Wednesday, October 29, 2008

HAYUNAN JAKARTA BANDUNG 2009



Setakat 29 Oktober 2008, dimaklumkan bahawa masih belum lagi mana-mana ahli Kelab yang membayar wang komitmen RM 200.00 untuk persetujuan menyertai hayunan Jakarta bandung. Kepada ahli kelab bowling yang masih belum berbuat demikian, sila berbuat demikian dengan menghubungi saya di talian 88895876 @ 019-3594975 atau kepada Pn hanizah Zainal ext 2115


Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Monday, October 27, 2008

MAJLIS HI TEA BATCH 5 EKSEKUTIF UKM

Pada 26 Oktober 2008 ( Ahad ) JK Kelas Eksekutif Batch 5 UKM telah menganjurkan satu Majlis Hi-Tea di Dewan Pujangga, Kelab Rekreasi UKM (Danau Golf Club)bagi melengkapkan 30% markah subjek Amalan Perhubungan Awam II. Semua pelajar seramai 93 orang telah terlibat dalam Majlis Hi Tea ini dan tetamu jemputan terdiri daripada Pensyarah Subjek sendiri iaitu En. Saipulnizam, wakil PKP En. Hafiz dan Eksekutif Kanan PKP. Saya telah dilantik sebagai Floor Manager Majlis dan aturcaranya iaitu ucapan aluan Syed Kadir Syed Mohammad Selaku Pengarah Projek diikuti dengan ucapan dari En Hafiz, persembahan nasyid oleh murid2 sekolah yang dibimbing oleh saudara Nurul Adli, persembahan silap mata oleh saudara Rais, cabutan nombor bertuah dan penyampaian cenderahati dari pihak kami kepada tetamu jemputan.

Hi Tea UKM


double click photo for slideshow

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

RUMAH TERBUKA KASTAM PUTRAJAYA

Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia telah mengadakan rumah terbuka Kastam pada 24 Oktober 2008 bertempat di ruang foyer KDRM. Semua warga Kastam telah turut sama menjayakan majlis ini dengan dihadiri juga mantan Ketua Pengarah Kastam iaitu Y.Bhg Dato' Ahmad Padzli, Y.Bhg Tan Sri Abdul Halil, mantan TKPK iaitu Dato' Wazir Muaz, Dato' Abdul Rashid Bolong dan ramai lagi mantan pengarah KDRM. KPK Kastam iaitu Dato' Ibrahim Jaapar telah dengan sendiri menyambut tetamu VVIP dan Mantan di tepi jalan masuk ke rumah terbuka. Perasaan amat teruja dan meriah sekali dengan bersama2 KPK baru Kastam.



Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Tuesday, October 14, 2008

AKHIRNYA HARGA MINYAK TURUN , TAPI......

PUTRAJAYA 14 Okt. - Harga runcit petrol RON97 akan diturunkan sebanyak 15 sen seliter iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter, berkuatkuasa 15 Oktober ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga diesel pula akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter iaitu daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter.

``Petrol RON92 pula akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter iaitu daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter,'' katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Utusan

Semoga kerajaan kerajaan sekarang nie memantau kenaikan barang-barang yang sudah naik tapi tak turun-turun. kita lihat nanti apakah pak menteri KPDNHEP berjaya mengatasi masalah ni.

p/s saya jangka boleh turun sampai RM 1.90, mcm asal atau kurang lagi. cepat naik tapi lambat kendur......





Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

SURAT ASAL RASULULLAH SAW ... menarik !!!!!!!!



Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Monday, October 13, 2008

CARA MENARIK PEMBACA

Semua sedia maklum bahawa blog yang dihasilkan adalah supaya ada pembaca. Kadang-kadang orang ramai tidak mengetahui kewujudan blog anda. Jika orang tidak tahu, macam mana orang nak buka blog anda. Jadi, anda perlulah berikhtiar untuk menghebahkan blog anda kepada umum.

Anda boleh gunakan berbagai cara untuk menghebahkan mengenai blog anda. Antaranya ialah:

* Submit kepada search engine. Maksudnya di sini ialah, anda beritahu kepada search engine tersebut alamat blog anda dan apa isi kandungannya. Contoh yang anda boleh gunakan ialah seperti; Google, Yahoo, SrcubTheWeb, dan sebagainya. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan SubmitExpress untuk lebih cepat.
* Submit kepada Online Directory. Contohnya ialah DMOZ Open Directory Project.
* EMail atau SMS atau mail biasa . Beritahu rakan-rakan anda mengenai kewujudan blog anda. Tetapi jangan SPAM, gunakan cara yang bersih supaya anda disenangi. Anda juga boleh mempromosikan blog anda dengan meletakkan alamat blog anda diruangan signature
* Forum atau Web Iklan. Daftar dan promosikan di dalam ruangan forum atau web-web iklan. Contohnya:
IklanPercuma
IklanFree
FreeIklan
E-Iklan
AdPost
Iklan101
MyKedai2U
Macam2Ada
Iklan
BKClassified
CariComMy
IklanCoUk
IklanNet
IklanMalaysia
JomIklan
Network54
HotClassified
MyIklan

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

HARGA MINYAK TAK TURUN LAGI KER ?

jawapannya LU PIKIRLA SENDIRI........

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

AMAZING SHOT TIGER WOOD






Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Thursday, October 9, 2008

HAYUNAN JAKARTA BANDUNG 2009




Lawatan Muhibbah " HAYUNAN JAKARTA BANDUNG 2009 "

Kepada ahli yang berminat sila membuat pembayaran komitmen / deposit sebanyak RM 200.00 bermula 21 Oktober 2008 sebagai persetujuan menyertai lawatan ini.
Ahli-ahli yang telah membuat bayaran komitmen / deposit boleh membayar secara ansuran bulanan bermula November, Disember, Januari dan Februari sehingga amaun RM 1,500.00 mencukupi.

Pertanyaan dan Pembayaran boleh dibuat kepada :

1/ Puan Hanizah Zainal ( Bahagian Akaun Aras 5 Selatan ) Setiausaha Kelab ext 2115
2/ En. Nor Amran Abdullah ( Bahagian Akaun Aras 5 Selatan ) Bendahari Kelab
03-8889 5876
merangkap
Pengarah Projek HAYUNAN JAKARTA BANDUNG



Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Monday, October 6, 2008

EID MUBARAK

Berhari raya tahun ini,macam hari-hari raya tahun lepas , cuma 2008 nie ada special sikit pasal, semua adik beradik sebelah mak berkumpul di Kampong Durian Gasing, Petaling, Kuala Kelawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Maklumlah tahun2 lepas ada yang balik kampong mertua, tapi tahun ni semua balik kecuali beberapa cucu tak dapat pulang kerana bekerja. Memang seronok sangat tahun nie , pasal dapat berkumpul beramai ( nanti gambar akan menyusul ). InsyAllah pada tahun ini adik beradik belah mak akan buat korban lembu pada hari raya aidiladha pada awal bulan Disember 2008.

Adios

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...