Tuesday, March 31, 2009

KISAH ORANG ASLI DENGAN YB

Dengan diringi sekalian para juak-juak,

yang berhormat itu memasuki sebuah perkampungan orang-orang asli.

mereka menaiki jip pajero.

segala kemudahan telah kamu perolehi, air paip, api elektrik dan jalan bertar sudah diberi

“apa lagi yang kamu mahu?” tanya yang berhormat yang tengah syok berkempen.

“kami mahu jip!” jawab tok batin“kami mahu jip pajero, macam encik punya,”sahut anak-anak buah tok batin. Beramai-ramai.

“kamu mahu jip? untuk apa?” tanya yang berhormat.

Panik dan hairan“supaya kami senang membawa barang-barang kami keluar dari hutan. Kami pun senang untuk keluar mengundi nanti”. Jawab anak-anak buah tok batin beramai-ramai.

Adapun yang berhormat itu, yang kedatangannya adalah untuk memancing undi orang-orang asli di perkampungan itu terkejut dengan permintaan yang tak terduga

“tak boleh, tak boleh, saya tak dapat luluskan permintaan kamu itu,” beritahu yang berhormat sambil matanya melilau.

“kenapa pula?” asak tok batin . “kami sudah diberi jalan bertar, takkanlah awak tak boleh beri kami jip!”

“saya boleh beri kamu jip tetapi, kamu tak ada lesen,” jawab yang berhormat.

Tok batin dan anak-anak buahnya ketawa terbahak-bahak.

Yang berhormat bertambah-tambah hairan. Kalau awak boleh beri kami jip yang besarnya sebesar-besar bapak gajah itu takkanlah awak tak boleh beri rekomen kami sekeping lesen yang besarnya, alahai! boleh diselit dalam kotak tembakau kami,” seru tok batin ..

Yang berhormat itu hairan dan paniknya tak sudah

hasilnya: apabila keputusan pilihanraya diumumkan yang berhormat itu kalah

kerana orang-orang asli yang dipancingnya

tak keluar mengundi.


Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Thursday, March 26, 2009

MINGGU SIBUK

Bermulanya minggu ini, aku jadi sibuk sebab kena buat kerja-kerja tertunggak sebab 3 minggu MC sakit mata, sepanjang minggu ini bz menguruskan persiapan bg pemilihan dart untuk mewakili JMS A ke Sukan Akauntan Negara pada akhir bulan April nanti di Terengganu. Tadi bermula jam 11.00 pagi aku memberikan sedikit taklimat umum kepada peserta Karom dan Dart di Dewan Semarak Jati KDRM, pastu jd peserta dart, masuk final. Ptg plak aku main bowling...........................
Sabtu ni pulak Kejohanan Bowling Jemputan KDRM, pon sibuk gak,
Minggu ni jugak aku kena buat presentation Undang2 kt UKM
Baru kejab td aku kemaskini assingment LAW aku utk dihantar kpd Lokman UKM... emmmmm

Negara aku Malaysia, tgh sibok dok memilih bakal pemimpin negara, minggu nie jugak negara aku Malaysia akan sibok penamaan calon di Bkt Selambau, Bukit Gantang dan BAtang I atau Btg U haah,............. lupa laaa.... hahahha. minggu dpn pilihanraya......

BZ dan FENIN............



Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Tuesday, March 10, 2009

ALANGKAH SEKSANYA UNTUK MEMPERJUANGKAN BANGSA MELAYU : DEMO PPSMI




Sungguh tak ku sangka sebenarnya amat seksa untuk memperjuangkan BAHASA MELAYU sendiri di Negara yang majoriti orang Melayu MALAYSIA. A. Samad Said aku rasa bukannya aktivis parti mana-mana, cuma kebanyakkan peserta demo , mmg tak dinafikan byk dari PAS, PKR. UMNO pulak aku tak tau la.... Secara peribadi aku menyokong GMP untuk memansuhkan PPSMI, untuk masa depan anak-anak agar boleh berbahasa Melayu, agar Bahasa Melayu pada 15 tahun akan datang tidak menjadi sejarah aje. Bukan apa nanti 15 tahun akan datang org dah tak cakap Bhs Melayu, tapi cakap Bhs Melayu ROJAK INGGERIS. Sekarang nie pon aku akui , aku cakap pon Malay mix English, bagaimana pula pada masa akan datang.

Bersedialah dari sekarang, UTAMAKAN BAHASA MELAYU, KENAPA KITA MALU MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU, jadi eloklah Bahasa Melayu diperkayakan penggunaannya, diperbanyakkan istilah dgn menukarkan istilah Inggeris kedalam Bahasa Melayu, diperkukuhkan DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA dgn memberikan sejumlah kuasa / undang-undang untuk mereka menegakkan Bahasa, DBP harus boleh mengeluarkan kompaun kepada mereka yang salah penggunaan Bahasa dan tidak menggunakan Bahasa. Oleh itu, bangsa bukan melayu di Malaysia sudah semestinya menghormati BAHASA MELAYU.

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Monday, March 9, 2009

MAULIDUR RASUL S.A,W

SELAMAT MENYAMBUT KEPUTERAAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W

Marilah kita bersama-sama BERSALAWAT ke atas Nabi Muhammad SAW.........

Rasulullah SAW berasal daripada Kabilah Quraisy iaitu suku Arab yang dipercayai daripada keturunan Nabi Ismail AS. Diputrakan pada 12 Rabiul Awal, Tahun Gajah yang biasa disamakan dgn tahun 570 Masihi.
Disini saya sertakan serba sedikit rupa paras dan bentuk badan Rasululluh SAW seperti mana Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi

" Kata Anas B Malik, Rasulullah tidaklah terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah, warna kulitnya tidak terlalu putih dan tidak terlalu kemerahan, rambutnya tidak terlalu kerinting dan tidak juga terlalu lurus, Allah mengutuskan menjadi rasul ketika berumur 40 tahun, baginda tinggal di Makkah selepas menjadi rasul selama 10 tahun ( setengah riwayat 13 tahun ) dan tinggal di Madinah selama 10 tahun. Baginda wafat semasa berumur 60 ( setengah riwayat 63 tahun ) dan uban rambut dan janggutnya tidak melebihi 10 helai.

SUHANALLAH.........SALAWAT !!!!!!!!!!

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Thursday, March 5, 2009

GAME TENDANG NORMAN HAKIM

Kat sini aku terjumpa game tendang norman hakim yg dok heboh kat paper arus perdana tempoh hari. Kalau ada yang nak try tendang , SILA CUBA DIBAWAH INI DGN CLICK GAMBAQ NI ....MAI PENENDANG.................






Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Sunday, March 1, 2009

KISAH SAKIT MATA KELUARGA

SITUASI 1
Hari ini genap dua minggu anakku yg berumur 7 tahun sakit mata dan tidak bersekolah , esok dia akan mula bersekolah seperti biasa, Hadi jiran aku akan tolong membawanya ke sekolah hantar dan jemput

SITUASI 2
Kesian pulak anakku yang berusia 9 bulan, dia pun sakit mata, dah 3 hari dia sakit mata sakit dan dia phobia bukak mata, asyik lelap mata aje, time tidur mmg la tutup mata tapi time sedar pon dia tutup mata.

SITUASI 3
Bini aku pon pulak sakit mata.......KESIANNYA KAMI

SITUASI 4
Aku pulak dah satu minggu MC tak pergi keje, kena jangkit sakit mata dari anak aku yg 7 tahun tu......semalam SAbtu aku admit Hospital Putrajaya kerana ada habuk masuk dalam mata aku, dah le sakit mata kes AKU DIKLASIFIKASIKAN sebagai zon Kuning ( separa bahaya ) kat WAD KECEMASAN.. mata kanan aku ada luka dan kabur pandangan. tadi check mata dgn doktor pakar, mata kanan aku hanya mampu baca tiga baris huruf jer. KRONIK,,,,, mata kiri ok gak,
aku menaip ni pon kejap nampak , kejap tak nampak...

minggu esok aku akan dapat MC sebab nak bawak kereta pon tak boleh.............
ada sesiapa boleh jadi supir aku.......
itu saja coretan aku.....

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...