Friday, July 24, 2009

KEPUTUSAN FUN BOWLING SIRI 4/2009

Sebentar tadi lebih kurang jam 6.15 petang, telah berlangsung Fun Bowling Siri 4/2009 yang diadakan di ARL Power Bowl, Alamanda, Putrajaya. Seramai 35 ahli Kelab Bowling Kastam Ibu Pejabat, Putrajaya ( KBKPj ) telah mengambil bahagian yang mana telah menggunakan 12 lane di pusat bowling tersebut, iaitu separuh daripada 24 lane yang ada disana. Syabas kepada pemenang FUN BOwling Siri 4/2009, tahniah diucapkan. Berikut senarai pemenang yg menerima hadiah bg kategori lelaki dan wanita.

Lelaki
1/ Hasrul Efendi Alias ( Akaun )
2/ Abu Kasim Lajis ( Perkhidmatan Teknik )
3/ Ahmad Nadzri Mohd Zain ( Perolehan )

Wanita
1/ Hamidah Abdul Latif ( Cukai Dalam Negeri )
2/ Ruhana Wazali ( Teknologi Maklumat )
3/ Manisa ( Penguatkuasaan/Pencegahan )

Kepada lain-lain peserta tahniah diucapkan. Ahli-ahli yang menunjukkan permainan yang konsisten akan dijemput mengikuti rombongan kelab ke Terengganu bagi menentang pasukan Pengarah Kastam Negeri Terengganu pada minggu hadapan ( 31 Julai - 2 Ogos 2009 )

Adios......................


Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Tuesday, July 21, 2009

FUN BOWLING SIRI 4/2009 KBKPj

KBKPj akan menganjurkan FUN BOWLING SIRI 4/2009 pada ketetapan berikut :

Tempat : ALAMANDA , PUTRAJAYA
Masa : 5.30 petang
Tarikh : 24 Julai 2009 ( Jumaat dan Hari Gaji )

Semua ahli kelab dijemput hadir, hadiah seperti biasa akan diberikan, dalam pada itu jugak satu pemilihan akan dibuat bagi mengikuti trip ke terengganu untuk perlawanan persahabatan Kelab KBKPj VS Pasukan PKN Negeri Terengganu.

Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

SYABAS PASUKAN MALAYSIA

Lama sudah saya tidak berblogger. BZ dan malas ckit. Cuma disini ingin berkongsi pandangan. Saya tidak berpeluang menyaksikan pasukan Malaysia XI vs MU di Stadium Bkt Jalil secara live di stadium, kerana menghadiri kenduri cukur jambul cousin di wangsa maju. Akan tetapi sempat la jugak tengok Malaysia VS MU di Astro hari Sabtu yang lalu.
Walaupun jurang game MU dan Malaysia amat jauh seperti jauhnya planet Pluto dan bumi, tetapi kerajinan anak buah Rajagopal amat menarik dan boleh pergi lebih jauh. Tak sangka pulak kecerdikan Amri Yahyah menjaringkan 2 gol menjadikan 2-2 pada 2nd half yg menarik, hinggakan saya sekeluarga tergelak besar..... walaupun MU tak bermain sepenuh hati sbb baru sampai, semestinya MU tak nak dimalukan oleh pasukan kerdil ini. Sy lihat gol yg dijaringkan oleh Malaysia jugak diraikan oleh penyokong yg pakai baju merah ( tentunya MU fan ). Malaysia tewas tipis 2 - 3 .Semalam pulak baca di akhbar Malaysia kecundang 2- 0 ( not bad )... PULL UP YOUR SOCKS MALAYSIA !!!
SYABAS BETTE, INSPEKTOR SHAHAB.....

CADANGAN.... eloklah diramaikan atau dipelbagai kaumkan pasukan Malaysia mcm zaman Santokh Singh, Datuk Soh Chin Aun...

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...