Wednesday, August 26, 2009

RAMADHAN AL-MUBARAK 1430 HIJRAH

Walaupun dah 4 hari kita berpuasa, aku rasa masih belum terlambat lagi mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di bulan ramadhan ini. Aku baru balik dari kedai mamak kembar kt Presint 11, saja borak-borak berisi dgn partner aku farid dan Kamal. Topik yang dibincangkan, apalagi biz ler......aku baru dapat call dari member aku Sulaiman dah berjanji untuk letak baju-baju dari kedai jahitnya utk port kt tempat aku ( Tapak MAHA, UPM ala-ala uptown minggu ni )
Ok, kita masuk bab lain plak, insyaAllah minggu depan aku bercadang nak letak biskut cookies kt lobi Kastam utk dijual, aku dah dpt greenlight dari org Puspanita. Canteekkk....memandangkan org byk jual kuih raya sampai 20 hingaa 30 hingggit( mahal tuuuu ), aku plak nak jual cookies RM 12.00 ajer.... murah, sedap dan memang berbaloi !! sapa nak order call aku ler...

Akhir sekali, TINGKATKAN IBADAH KITA, KURANGKAN BERCAKAP BENDA YG LAGHA' ( SIA-SIA )
ALLAHUMMA SOLLI A'LA MUHAMMAD WA ALI MUHAMMAD
WA KULLI AM WA ANTUM BIKHAIR

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Thursday, August 13, 2009

FLEA MARKET / CAR BOOT SALES DI TAPAK EKSPO MAHA, UPM SERDANG ( MAEPS)






Sudah masuk 7 minggu Flea Market / Car Boot Sales di adakan di tapak MAHA di Serdang, UPM, Flea Market ini telah diusahakan oleh Persatuan Idea dan Usahaniaga. Kepada kawan-kawan yang tinggal berdekatan. Datanglah beramai-ramai ke FLEA MARKET / CAR BOOT SALES pada setiap hari sabtu dari jam 5.00 hingga 11.30 malam.

BERMULA 24 OGOS 2009 DAN 18 SEPT 2009 ADA JUALAN PASAR RAMADAN DAN PESTA PAKAIAN ANTARABANGSA

JOM KITA MERIAHKAN...................MACAM-MACAM ADA !!!



Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Wednesday, August 12, 2009

PENULARAN WABAK H1N1 DI PUTRAJAYA


PAKAI TOPENG MUKA !!!!!!
Itulah situasi terkini di pejabat JKDM, Putrajaya. Satu kes telah dilaporkan berlaku.
Penularan H1N1 tidak mengenal siapa, bersiap sedialah dengan langkah pencegahan iaitu memakai topeng muka, jika ada tanda2 demam, teruslah mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berdekatan. JANGAN TUNGGU...............

Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Setakat 11 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)

Kes - Kes Baru: 270
Kes - Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 270
Kes Kematian: 6

Jumlah Kes di Malaysia: 2,253 dengan jumlah kematian 38 orang.

sumber KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Tuesday, August 11, 2009

SUSU KAMBING

Sejarah Susu Kambing

NABI ADAM : Bermulanya tamadun manusia, habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan bianatang pertama di dunia
NABI IBRAHIM : Merupakan penternak kambing yang agong. Terdapat 12k ekor anjing yang menjaga kambing-kambingnya. Berlaku peristiwa sedekah kambing yang terbesar dalam sejarah Islam
NABI ISA : Juga menternak kambing Wujudnya Bani Israel-bangsa Yahudi ( satu bangsa yang dikenali cerdik ) mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Thursday, August 6, 2009

KLINIK BOWLING KDRM PUTRAJAYA

KELAB BOWLING KASTAM PUTRAJAYA

Perhatian kepada semua ahli Kelab Bowling Kastam Putrajaya.

Kelab akan mengadakan Klinik Bowling seperti berikut:-

Tarikh : 10 Ogos (Isnin)

Masa : 5.30Ptg

Tempat : Pusat Bowling, ARL Powerbowl, Alamanda

Jangan lepaskan peluang ini, marilah sama-sama kita majukan sukan bowling Kastam, pelbagai acara yang akan dianjurkan oleh kelab selepas ini seperti pelawanan persahabatan antara kelab bowling Kastam Negeri, pelawanan antara Bahagian/Cawangan Jabatan Kastam Putrajaya(Perebutan Piala Pengarah Kastam) , tournament jemputan dengan syarikat swasta dan pelbagai lagi pelawanan yang akan dianjurkan oleh kelab.

mai...secawan

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...