Thursday, October 7, 2010

PERGINYA SEORANG SAHABATKU, AHMAD TAJUDDIN NOR BIN TALIB






Tanggal 29 September 2010 ( Rabu ) , hari yang menyayat hati, kerana perginya seorang sahabatku iaitu Ahamd Tajuddin Nor Talib yang telah kembali kerahmatullah pada jam lebih kurang 3.30 pagi di HUKM, Cheras, KL. Beliau telah didapati menghidap Kanser Pankreas sebelum bulan Ramadhan yang lalu.

Kita doakan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT, kepada yang masih hidup, teruskan penghidupan kita sebagai seorang muslim sejati........JANGAN TINGGALKAN SOLAT 5 WAKTU...!!!

AL-FATIHAH.............GAMBAR-GAMBAR DI ATAS ADALAH YANG ADA DALAM SIMPANAN SAYA KETIKA SAMA-SAMA MELANCONG DI JAKARTA TAHUN 2009, SEMASA DI KASTAM, IBU PEJABAT DAN JUGA SEMASA SAMA-SAM JOIN BERNIAGA DI TAPAK MAEPS, SERDANG, SELANGOR




Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Thursday, August 19, 2010

KESILAPAN UMAT ISLAM DI BULAN RAMADHAN

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.


Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-


ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )


Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.


إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi :

SELAMAT BERAMAL.................

SUMBER : ZAHARUDDIN.NET

Related Posts with Thumbnails


Nor Amran Abdullah
Bendahari
KBKPjKDRM

Tuesday, August 10, 2010

PENIAGA MELAYU ALAMANDA DI NAFIKAN HAK BERNIAGA




NAMA saya Fahmi Fabilah, saya adalah salah seorang peniaga yang tidak disambung kontrak perniagaan di Suria KLCC di Alamanda, Putrajaya. Saya berniaga kemeja T buatan tempatan bernama Malaya Distro.

Alasan 'bijak' yang pertama mereka kepada saya ialah: Saya tidak dibenarkan lagi menjual kemeja T atas alasan penyewa kedai mengadu perniagaan mereka turun.

Ingin memberitahu bahawa ada yang saya lakukan ialah persaingan yang sihat.

Alasan kedua ialah kerana memiliki tiga push cart (kereta tolak). Tapi bagaimana pula dengan Pizzahut, KFC dan RASAMAS yang bernaung di bawah syarikat yang sama?
Sangat tidak munasabah jika ia dijadikan sebab untuk 'menendang' saya keluar. Apakah wujud diskriminasi di sini?

Saya boleh buktikan bagaimana terdapat diskriminasi dalam pengurusannya. Disebabkan rasa tidak puas hati, saya menceritakan perihal mereka ini difacebook saya. Gempar seketika apabila tulisan saya sampai ke KLCC. Dan seingat saya, ada sokongan dari individu yang mahukan perkara itu ditujukan kepada Tun Mahathir. Mungkin 'goyang' dengan sokongan itu, mereka telah membuat temujanji dengan saya di sebuah kafe di Alamanda untuk menyelesaikan perkara ini.

Untuk pengetahuan semua, deposit saya RM3,800 masih belum dipulangkan sedangkan saya telah satu bulan keluar dari Alamanda.

Sedangkan surat kontrak tidak disambung saya terima tiga bulan yang lepas. Pihak pegurusan memberi alasan sedang proses. Logikkah tiga bulan proses? Kenapa sewa mahu advance tetapi deposit sampai lambat sebegini rupa?

Bagaimana jika dulu kami bayar sewa lewat satu bulan? Dah pasti saya diperintah keluar. Anda fikirkan bertapa teruknya kelemahan sistem yang mereka jalankan.

Kenapa kita ditindas di tempat sendiri? Di sini suka sangat ingin saya beritahu, anda pergilah ke kompleks beli-belah ternama, anda kiralah berapa peratus peniaga 'Melayu' menyewa di situ?

Tidak sampai 10 peratus. Bukan kerana peniaga Melayu tidak mampu, tetapi kita tidak diberi tempat di situ.

Saya pernah pergi ke kompleks 'baru' di Wangsa Maju. Ruang niaga masih kosong, dan saya memohon ruang niaga. Anda tahu saya dilayan begitu teruk.

Sebulan selepas itu, ruang niaga penuh dengan kaum bukan Melayu. Di sini anda faham bukan, bukan kita tidak mampu, tapi kita ditolak mentah-mentah oleh kuasa mereka. Tetapi kenapa ia juga terjadi di Putrajaya?

Semenjak setahun lalu, Suria KLCC banyak membuat perubahan drastik. Mungkin ini juga strategi halus orang atas untuk menjatuhkan kita? Mari saya rungkaikan satu persatu.
Enam bulan lepas, kami diberi notis untuk membayar sewa pendahuluan (advance rental). Sedangkan kami telah membayar 'deposit' 1+1. Ia adalah notis mengejut ketika itu, kami terpaksa mencari wang sewa untuk dua bulan dalam masa sebulan.

Anda bayangkan betapa kami terpaksa bertungkus lumus mencari RM3,800 minggu ini, dan RM3,800 untuk lagi dua minggu. Dengan gaji pekerja, jumlah sebanyak RM9,000 sebulan, sedangkan perniagaan tidak begitu bagus ketika itu.

Taktik halus yang kedua: Mereka melagakan peniaga tanpa sedar. Ia berlaku sekarang. Caranya begini, dahulu peniaga mainan A di Utara, dan peniaga mainan B di Selatan. Perniagaan mereka sangat bagus. Cara untuk menjatuhkan salah seorang adalah meletakkan lokasi peniaga mainan A hampir dengan peniaga mainan B.

Secara psikologinya, mereka akan bersaing dan salah seorang akan jatuh. Yang jatuh itulah yang akan terkeluar. Sekarang anda nampak? Ketika itu, salah seorang dari mereka membuat rayuan untuk pindah tapak. Taktik berjaya bukan.

Taktik ketiga: Mereka mengeluarkan peniaga atas alasan produk tidak boleh dijual lagi. Ini terjadi ke atas saya sendiri.

FAHMI FABILAH
Dengkil

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA, RUANGAN KOMEN


Related Posts with ThumbnailsNor Amran AbdullahBendahari KBKPjKDRM

Sunday, July 25, 2010

TUN DR. SITI HASMAH..........BEZA BETUL LER..








Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr. Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah yang saya lihat ialah ketika beliau memakai telekung untuk solat. Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di IJN. Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. MasyaAllah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah nenek saya yang sudah kembali ke rahmatullah.

Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah..

Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi. Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi ‘menteri tambahan’. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara. Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London. Saya masih ingat jawapan Tun Siti: “ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan”. Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.

Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, samada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir. Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian. Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap ‘busy body’ bagi negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.

Begitu lama Tun Mahathir di tampok kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita ‘kegarangannya’ kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri. Bahasanya tidak bongkah, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.
Seorang pemimpin memerlukan isteri yang ‘tidak menyibuk’ seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya. Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin ‘pasal bini dia’. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!
Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya..Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!

SUMBER : BLOG DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

note : makkk.oi beza betul ler dgn yg sekarang ni.......I FOLLOW.....

Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Wednesday, May 26, 2010

SELAMAT HARI JADI KEPADA DATO' SRI IBRAHIM JAAPAR

Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Y.Bhg. Dato' Sri Hj. Ibrahim Bin Hj. Jaapar yg ke 58 dan kebetulan pula hari ini berlangsung Majlis perhimpunan setia dan mesra bulanan di HQ JKDM, Putrajaya.

"KEPADA DATO' SRI,

" SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI, SAYA DAN SELURUH KAKITANGAN CAWANGAN AKAUN AMAT BERBANGGA DENGAN DATO' SRI, SATU LAGI UTK MAKLUMAN DATO' SRI , KAD HARI JADI YG DATO SRI TERIMA TADI DI PENTAS ADALAH HASIL USAHA, PENAT LELAH KAMI WARGA CAWANGAN AKAUN DARI SEGI REKABENTUK DAN SEBAGAINYA. HARAP DATO' SRI GEMBIRA MENERIMANYA "

ADIOS


Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

AHLI PARLIMEN REMBAU TAMAT LATIHAN WATANIAH




Kenal siapa ni? Sekali imbas tak ubah macam mana-mana anggota tentera yang baru tamat latihan.Rupanya di sini beliau ‘ menyepi’ selama sebulan. Ini kerana ramai juga orang bertanya kemana perginya Khairy Jamaluddin.Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu tidak kelihatan semasa kempen pilihanraya kecil Sibu di Sarawak baru-baru ini.

Hari Selasa beliau menamatkan latihan sebagai askar Wataniah yang disertainya. sepanjang sebulan Khairy menjalani latihan ketenteraan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor.

Ahli Parlimen Rembau ini muncul sebagai sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan dan Pelatih Akademik Terbaik Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah pada majlis di , Rasah, sekat Seremban.

Menurut Khairy, penyertaannya dalam pasukan simpanan tentera darat itu semata-mata untuk berkhidmat kepada negara dan bukan disebabkan dorongan politik. Katanya beliau mempelajari banyak perkara semasa dalam latihan itu dan berharap dapat menarik golongan muda tanpa mengira fahaman politik untuk menyertai askar Wataniah. Khairy mengakui bahawa beliau sungguh minat dengan tentera, walaupun tidak pernah menyertai pasukan beruniform semasa dibangku sekolah dan pusat pengajian tinggi tetapi penyertaannya dalam Askar Wataniah telah menyempurnakan impian untuk menyarung uniform.

Beliau memilih untuk menjalani latihan asas dari bawah sebagai rekrut sedangkan ditawarkan untuk memiliki pangkat Mejar Kehormat.

“Saya masih muda, ada kudrat sikit, sebagai orang muda kita kena lalui dari bawah sepertimana 86 rekrut lain, dalam askar tiada jalan pintas, saya masak, makan, minum, mandi dan bekerjasama dalam apa juga keadaan” katanya.

Beliau sifatkan latihan Askar Wataniah lebih mencabar dan lasak walaupun selama sebulan berbanding Latihan Khidmat Negara (LKN) yang mengambil masa selama tiga bulan.

“Sebulan, lihatlah saya dah kurus dan rentung…walaupun azab seksa, kena kawad dari pagi sampai petang dan pernah sampai tengahmalam, kena ‘pumping’ berpuluh kali, tukar baju tujuh lapan kali, kena buat dan rasa dulu, kita jadi contoh pada golongan muda,” katanya.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut mentuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Jeanne, isterinya Nori dan ibunya Datuk Rahmah Abdul Hamid.-25/5/2010

sumber : AGENDA DAILY

Related Posts with Thumbnails
Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Sunday, May 23, 2010

PERMAINAN MINDA SUPERNEURON KINI DI PASARAN !! PERTAMA DI MALAYSIA



SALAM SEMUA SAHABATKU,

Untuk makluman semua, kini ada satu permainan minda baru di pasaran UNTUK SUBJEK SAINS UPSR, kini sudah berada di pasaran MALAYSIA, baru satu minggu di keluarkan,

berikan peluang kepada anak kita mengasah minda subjek sains melalui permainan minda ini.
Lebih banyak mereka bermain, lebih peluang mereka skor A dalam subjek Sains UPSR. Temui Permainan Minda Superneuron pertama di Malaysia untuk anda menuju Skor A Sains UPSR. Khas untuk ibu bapa dan guru-guru yang inginkan kecemerlangan anak2 dan pelajar2 anda dalam Skor A Sains UPSR. Sebagai usaha ke arah kecemerlangan, bermainlah dengan soalan-soalan tahun 4 hingga tahun 6 SAINS UPSR dengan SUPERNEURON. HEBAT DAN SKOR A SAINS.

kepada ibu bapa , dapatkan sekarang juga kepada pengedar , guru-guru sekolah yg berminat menjadi pengedar CEPAT JADILAH WAKIL PENGEDAR DI NEGERI MASING-MASING

Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Tuesday, May 11, 2010

BREAKFAST BULANAN MEKAR MEI 2010




























aLHAMDULILLAH pada 9 Mei 2010 ( Ahad ) tepat jam 8.30 pagi, breakfast bulanan MEKAR bagi bulan Mei telah diadakan di Restoran Itik Gembo-Gembo, Jalan Kg Attap ( milik saudagar Herray Pilus ), breakfast pada kali ini, julung-julung kali diadakan di sini, kerana saudara Herray telah offer tempat di Restorannya sebagai promosi kepada member MEKAR, sangat berjaya breakfast pada kali ini kerana makanan dan minuman telah ditanggung sepenuhnya oleh beliau TERIMA KASIH SAUDAGAR HERRAY !!!

Alhamdullilah pada perjumpaan pada kali ini telah menunjukkan peningkatan kerana kami telah berbincang mengenai penubuhan KOPERASI ALUMNI MEKAR khas untuk ex MEKAR, perkara ini telah dipersetujui sebulat suara, memandangkan breakfast ini telah dijalankan secara tetap bulanan sejak tahun lalu, maka rakan2 merasakan perlu ada satu organisasi yg boleh membantu ex MEKAR pada masa hadapan. Herray telah dipilih sebagai peneraju dan saya sebagai S/U secara sementara protem ditubuhkan. Saya telah ditugaskan untuk mendapatkan info mengenai penubuhan Koperasi manakala rakan2 lain memaklumkan mengenai koperasi ini kepda member2 lain

Related Posts with Thumbnails


Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPjKDRM

BOLING INTER BAHAGIAN JKDM PUTRAJAYA

Pada 8 Mei 2010 ( Sabtu )jam 10.00 pagi telah diadakan satu Kejohanan Boling InterBahagian yg diadakan di WOnderBowl, The Mines. Sebanyak 18 pasukan bertanding ( 1 team 3 orang 3 game ), Alhamdulillah penganjuran berjalan dengan lancar bermula daripada pendaftaran hinggalah ke majlis penyampaian hadiah. Hadiah telah disampaikan oleh Puan Azizah Ibrahim, Pengarah Cukai Dalaman.

Pasukan dari Penguatkuasaan telah menggungguli kejohanan dengan menduduki tempat pertama, Audit Kedua dan Korporat tempat ketiga

Tahniah di ucapkan, banyak muka-muka baru telah muncul dan potensi mereka utk mewakili Ibu Pejabat amat cerah....

Related Posts with Thumbnails


Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPjKDRM

Thursday, April 29, 2010

PENCARIAN ...........................

aku mencari......terus mencari.......
adakah aku istiqamah ?............terus mencuba, dicuba dan tercuba...
kecundang di tengah hari macam hujan di tengahari.....................
aku mencari .........terus mencari....................................
bertanya seorang diri................................................
adakah aku rakus........semua ingin dicoba...........................
tapi tidak ada hasilnya....

ku tanamkan tekad..........terus mencuba utk kali terakhir...........
tak sapa yg mampu merobah, kecuali diriku sendiri....................
telah ku tahu ungkapan itu, tapi sering tertewas.....................

aku mencari............terus mencari.................................
dilemma melanda........nnti padah menanti............................
BANGUNNNNNNNNNNNNNNNNN !!!!!!
teruskan perjuangan, teruskan pencarian..............................




Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj KDRM

Wednesday, April 21, 2010

BOLING INTER BAHAGIAN JKDM PUTRAJAYA

Kelab Boling JKDM ( KBKPj ) akan menganjurkan satu kejohanan boling antara Bahagian yg bakal di adakan di Wonder Bowl, The Mines pada 8 Mei 2010 bermula jam 10 pagi. Kepada semua warga Kastam Putajaya di jemput menyertai kejohanan ini, surat jemputan rasmi akan di edarkan kepada semua Pengarah Bahagian Ibu Pejabat, di tampal di papan kenyataan di setiap aras dan borang boleh didapati daripada Saudara Jukie ( Caw. Kewangan ) Saudari Hanizah ( Caw. Akaun )

JOM KITA MERIAHKAN !!!!!!!



Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Thursday, March 25, 2010

DUKA NESTAPA DI KELONG ACHEH, ENDAU ROMPIN

Pada 19 Mac 2010 tepat jam 2.30 pagi, saya bersama rombongan seramai 11 org bertolak ke Kelong Kelong Acheh, Kg. Pennyabong , Endau Johor. Semangat berkobar nak memancing laut yg merupakan pengalaman pertama. Sampai saja jam 8.30 pg di jeti Kg. Penyabong, hujan sudah mula menampakkan dirinya, dengan ribut serta hujan lebat membasahi kami, kami pasrah dan mengharapkan hujan reda dan bila tekong bot bersedia meredah ombak, kami pon bersiap menaiki bot. Sampai di Kelong hujan masih renyai dan renyai dan renyai sesekali lebat dan ribut tidak mematahkan semangat kami utk melabuhkan pancing, dengan harapan hujan berhenti malam nanti

Joran tetap dilabuhkan dgn teknik balingan biasa guna batu 12 dan teknik apollo aja. Tapi ikan Yu Bodoh, belut laut yg menyambar joran yg sebenarnya bkn tafget kami, sehingga malam, hujan pula turun dgn lebatnya tak berhenti sehingga keesokan paginya. Satu pbincanga singkat dibuat pd 20 Mac 2010 dan keputusannya kami putuskan utk PULANG SAJA .....kerana hasil tidak lumayan beb....SEKIAN KISAH SAYA YG DUKA NNESTAPA.

TAPI KAMI AKAN DATANG LAGI DGN PERSIAPAN LEBIH RAPI.....TUNGGUUUUU..........






Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Tuesday, March 9, 2010

TRIP KE KELONG ACHEH, PENYABONG, JOHOR

InsyaAllah pada 18 MAc 2010 saya bersama jiran2 hardcore di Putrajaya iaitu seramai 11 orang kaki pancing akan menyertai ekspidisi menawan Kelong Acheh di Penyabong , Johor. Bagi saya ini adalah pengalaman pertama memancing di laut , sejak sekian lama sepupu saya Foad mengajak saya.... akhirnya termakan jugak saya dgn kata2 jiran utk pergi jugak mancing di laut. Almaklumler jer lah saya ni kaki pancing ikan air tawar jer..... so diharapkan perancangan akan menjadi kenyataan, sebab planning asal nak pergi Tasik Kenyir tp terpaksa cancel pasal org t'gganu kata tasik kenyir skrg tak sesuai mancing ( air masam katanya ).

So utk tidak menghampakan rakan2 , maka Kelong Acheh di Penyabong Johor menjadi destinasi penggantian, INSYAALLAH GAMBAR SELEPAS MANCING AKAN DI UPLOAD.......adios........DOAKAN KAMIK YERKKKK......



Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Sunday, February 21, 2010

BAAZAR @MAEPS 20 dan 21/2/2010






Alhamdulillah selesai sudah saya menyertai Karnival Baazar@Maeps selama dua (2) hari yang berlangsung di Tapak Expo Pertanian Malaysia, Serdang.Karnival tlh dirasmikan oleh Ketua Pengarah MARDI merangkap CEO Malaysia Algricultural Exposition Park Serdang ( MAEPS ). Bermula pada 20/2 , tepat jam 1.30 ptg saya bersama partner farid dan kamal check-in tapak perniagaan yg strategik di laluan utama ke pentas....syukur. Cuaca semalam mmg panas terik ketika check in dgn kekalutan pd awalnya , akan tetapi bmula jam 5.30 ptg hujan plak turun dgn lebatnya hingga ke malam , tp berhenti pada pukul 9.00 mlm.... tapi sayang lampu khemah saya tidak berfungsi kerana overload , wlau bagaimanapun biz tetap diteruskan jugak kerana ramai pengunjung datang....
Ramai juga artis jemputan yg dtg memeriahkan karnival iaitu BOB AF, Aliff, Azian Mazuan Sapuan, Ifa Raziah, Roslan Aziz, Razali Husin, Fazli Zainal, Siti Saidah AF...
Alhamdulillah penganjuran memuaskan walaupun ada sedikit salah faham... diantara peniaga dan penganjur.





Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Monday, February 8, 2010

TOUR DE OUDHCOM PERFUMES ( MALACCA )

Alhamdulillah, tepat jam 9.00 pagi 7/2 ( Ahad ) misi tour de Oudhcom Perfumes ( malacca ) . Berikut jadual semalam :-

- 10.30 PAGI saya terus ke Pusat Kraftangan banda hilir ( depan kapal Flo De La Mar ) untuk berjumpa sepupu saya salah seorang peniaga kraftangan, sy di kerumuni oleh 7 orang taukeh peniaga. POSITIF

- 1.30 PETANG saya terus ke Restoran Subaidah, Ayer Keroh berjumpa kawan sekolah seorang biz minded. POSITIF

- 4.00 PETANG saya ke Taman Cempaka (depan melaka sentral) berjumpa kawan sekolah seorang peniaga kain, tudung dan aksesori wanita. POSITIF

- 6.45 PETANG saya ke Taman Bertam Perdana, berjumpa sahabat lama family. POSITIF

- 9.30 MALAM saya ke Kuarters perumahan Guru Alor Gajah, untuk berjumpa rakan saya. POSITIF.




Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Friday, February 5, 2010

oudhcom perfumes

DAPATKAN PRODUK TERBARU DARI UAE..............
YANG BARU MASUK KE PASARAN MALAYSIA

Sunday, January 10, 2010

RAHSIA RM369.00 MENJADI 30K ( PROGRAM EKSPRESS)

Baru-baru ini saya telah mengunjungi satu taklimat program ekspress di Seksyen 7 Shah Alam Selangor, mula-mula mmg takder mood , almaklum ler pelaburan, TETAPI sangkaan saya sangat meleset. Ini kerana program ini bukannya pelaburan tapi sumbangan, perghhh.org nyer jgn cakap, mmg penuh melimpah ruah. Program ini sudah berjalan 6 tahun dan melahirkan 45 jutawan senyap. Ada Pelan A ( menaja orang ) manakala Pelan B ( duduk diam2 doa dapat duit 5D )....menarik jugak...
KLIK DI SINI UTK LIHAT

KAAU BERMINAT CALL SAYA 019-359 4975........... SAYA DAH MASUK DAH, nak tau lebih lanjut, bersemuka lebih elok kot...hehehe


Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Monday, January 4, 2010

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2010







Alhamdulillah syukur pada pagi ini sesi persekolahan anak kedua iaitu Ammar Shauqi telah berjalan dengan lancar di SK Presint 11(3), Putrajaya. Pada pagi ini murid2 tahun satu dikumpulkan di kantin sekolah untuk dibahagikan kepada tiga (3) kelas tahun satu bg sesi 2010 berbanding sesi 2009 sebanyak dua (2) kelas sahaja.

Semuanya berjalan lancar, tanpa karenah dan tanpa menunggu lama, kerana anakku yg pertama ada dalam tahun dua (2), so kalau pergi kantin ke, tandas ke, bookshop ke, takde masalah sebab ada kakaknya yg boleh boleh membantu. Walaupon begitu, ada juga anak2 lain yg menangis takut ditinggalkan di sekolah... ermmmm nasib baik anak aku tabah sikit hehehehe.

Semoga anak2 ku cemerlang, gemilang dan terbilang dan menjadi anak yg soleh dan solehah.



Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Sunday, January 3, 2010

BREAKFAST BULAN JAN 2010 EX MEKAR








Pada hari ini 3 Januari 2010 ( AHAD ) Alhamduliilah selesai sudah majlis sarapan pagi bulanan kali ke 3 EX-MEKAR yang berjaya di adakan di ALI BISTRO , Presint 15 Putrajaya dengan kedatangan seramai 6 hardcore ex MEKAR dgn keceriaan yg melampau. Syukur kepada Allah kerana breakfast ini merupakan kali ke 3 tlh dijayakan dgn sokongan kengkawan. Byk kritikan, kutukan, pandangan, sindiran, ugutan, gertakan, perbincangan meliputi zaman lampau turut di perkatakan..
Ayuh !! ex MEKAR yg lain, kita meriahkan pada bulan Februari nanti.....
Hadir :
1. Bond
2. Kepet
3. Twin
4. Zul
5. Hairol
6. Rais
THANX U SYABAs BETTE KEPADA YG HADIR


Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...