DARE TO DREAM

Friday, July 29, 2011

CORETAN DI PERHIMPUNAN HALAL DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL ( MALAYSIA VS SINGAPORE)



Related Posts with Thumbnails



SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA....



Pengembaraan menaiki motosikal Honda Wave bersama sahabatku Farid, bermula jam 6.30 ptg dari Putrajaya melalui Pintu 1 dkt Kg. Datuk Abu Bakar Baginda, Sg. Ramal.....traffic jam dah mula dari Pusat Latihan Maybank, Bangi hinggalah ke Bkt Jalil. Satu pengalaman yg menakjubkan, aku pon tak pasti kenapa ramai sgt nak ke stadium malam 28 Julai 2011.

Tika sampai di MSN, kiri kanan jalan dah penuh kereta parking dgn penyokong memakai warna kuning dan biru dan alhamdulillah tiada tangkapan oleh polis kpd org yg pakai baju kuning hehehehehe.......semangatnyer mereka, lalu aku pon bw motor terus melalui puluhan ribu org masuk begitu hampir dgn stadium dan jam menunjukkan pukul 6.45 ptg... mak datuk ramainyer org melayu, cina, india, sikh, omputeh pon ada yg pakai baju Malaysia......

Aku terus parking betul2 bertentangan kaunter masuk, mmg dekat sangat dgn stadium, boleh dikatakan aku park moto di tepi stadium hehehehe.....pertama dlm sejarah ...hehehe, pastu terus masuk jam 7.00 ptg dan RELA tgh menunggu dan check seluruh badan dan kata padaku " MINTA MAHAP EN. LIGHTER TAK BOLEH BAWAK " hehehe aku pun dgn senang hati bg kt mamat RELA tu , sbb sebenarnya kt tangan aku ada lagi satu lighter hehehe..

Jam 7.20 stadium level bawah dah penuh ....masuk sana, masuk sini , semua penuh, mak oiii...aku terus gi ambik wudhuk dan tunggu waktu Maghrib.SURAU !!!!...PENUH TUUUU.. dgn bendera di tangan aku bentangkan di depan dgn ribuan org sekeliling dan solat bawah tangga dgn farid, dan terus aku gi level atas sekali , tapi mak oiii penuh jugak dan terpaksa ler aku duduk di lauan tangga menghadap belakang tiang gol di aras 3.....takper... nanti kita sambung lagiiii..............................................



Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Thursday, July 28, 2011

PEMAIN TUMPUAN ( MALAYSIA VS SINGAPORE )


Related Posts with Thumbnails
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA



PEMAIN TUMPUAN
( MALAYSIA )

MOHD SAFEE SALI
POSISI: PENYERANG
Selepas ketinggalan dengan defisit 2 gol, maka harapan tinggi terletak di bahu Safee Sali untuk menggegar gawang lawan. Ketajamannya penyudahnya tidak boleh lagi diragui dengan empat gol dalam dua perlawanan. Semangat juangnya yang tinggi membuka peluang Malaysia memiliki peluang untuk bangkit daripada keputusan perlawanan pertama.

KHAIRUL FAHMI CHE MAT
POSISI: PENJAGA GOL
Khairul Fahmi dijangka kembali akan membarisi skuad utama bagi perlawanan timbal-balik menentang pasukan Kota Singa. Refleksi dan lonjakannya menyambut bola tinggi adalah satu kelebihan sementara apa yang lebih mustahak ialah komunikasinya dengan pemain pertahanan lebih baik berbanding pesaingnya yang lain.

AIDIL ZAFUAN ABDUL RAZAK
POSISI: PERTAHANAN TENGAH
Ketiadaannya jelas begitu dirasai selepas pertahanan negara mudah diperkotak-katikkan sebelum ini. Cukup kental sebagai pertahanan tengah dengan mengekang pergerakan lawan, corak agresif dan kebolehannya membaca perlawanan dengan baik mampu membantu negara untuk mematahkan serangan lawan. Aidil juga berkemampuan meledakkan rembatan kencang dalam situasi sepakan percuma selepas ketiadaan mastermind Safiq Rahim.

S. KUNANLAN
POSISI: PEMAIN SAYAP
Sama ada diletakkan di sayap kiri atau kanan, tiada masalah buat S. Kunanlan. Kelincahannya menyebabkan Malaysia kembali bernyawa untuk permainan menjadi 10 lawan 10 selepas Ismail Yunos dipersalahkan kerana mengasarinya dalam perlawanan terdahulu. Selepas meraih pujian beberapa jurulatih luar sebelum ini, Kunanlan akan terus dipertaruhkan Datuk K. Rajagobal dan rating persembahannya pasti lebih baik andai sentuhan penyudahnya lebih tajam.

ISMAIL FARUQI
POSISI: PEMAIN TENGAH
Pilihan kelima bagi pemain yang bakal menjadi tumpuan kali ini jatuh kepada perancang Terengganu, Ismail Faruqi. Kehadirannya di tengah kali ini cukup penting dan kerana itu dia telah mengetepikan Amirulhadi Zainal dalam pilihan kali ini. Sama ada bersedia atau tidak, Ismail Faruqi bakal menjadi pilihan utama sebagai arkitek di tengah padang bagi menampung kehilangan kapten pasukan, Safiq Rahim.

sUMBER : MALAYATIGERFOOTBALL..............




Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

JOM KE STADIUM ( MALAYSIA VS SINGAPORE) DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL SNBJ
























SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA

Sedih ! Kecewa ! dan Geram walaupon Harimau Malaya tewas kepada Singapore pada 23 Julai yang lalu , semangatku membara untuk melihat Harimau Malaya bangkit membaham pasukan jiran pada hari ini. Tiket telah ada, cuma perlu hadir sahaja untuk memberikan sokongan kepada harimau malaya, YANG PENTING sudah tentu esok apabila datang kerja pasti suaraku akan garau seperti Ramli Sarip..hehehe,

TAPI !!!!..apa yang paling penting adalah aku akan pakai baju biru, mafla kuning, naik motor gi stadium, bawa bendera malaysia utk di kibarkan dan UNTUK DIJADIKAN SEJADAH UNTUK SOLAT MAGHRIB DAN ISYAK !!!
ketika di stadium..

InsyaAllah kalau takde apa-apa hal diriku ini akan bersama sahabatku Farid Asmuzi untuk ke stadium pada malam ini 28 Julai 2011 ( Khamis )

HIDUP HARIMAU MALAYA !!!!!!!

Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Tuesday, July 26, 2011

TRIP MEMANCING DI MERSING ( PERAIRAN PULAU TIOMAN )

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA......



Lebih Kurang 10.00 malam 22 Julai 2011 aku bersama 9 rakan2 ( jiran2 ) dgn menaiki 2 kereta dan satu pajero mula bergerak dari Presint 11 ke Daerah Mersing, Johor utk menerokai perairan Pulau Tioman bg tujuan memancing ikan dan mencandat sotong. Dengan tiga orang rakan baru dari IPD Putrajaya kami mulakan dgn bacaan doa yg dipimpin olehku dan penerangan ringkas oleh Saudara Abdul Hadi.

23 Julai 2011 ( Sabtu )

12.00 - 12.30 TENGAH MALAM : singgah di R&R pagoh untuk pekena teh tarikh
4.00 pagi : singgah minum di pekan Mersing, pekena kopi panas
4.30 pagi : singgah dirumah salah sorang rakan yg berdekatan dgn jeti mersing, bersedia utk solat subuh, mandi dan sarapan
9.30 pagi : bertolak dari jeti mersing ke perairan Pulau Tioman untuk memancing ( lewat gerak sbb air cetek dn tekong blm bersedia
7.00 malam : bertolak pulang ke Kg Genting, PUlau Tioman, mandi solat, tengok bola Malaysia vs Singapura ( kena 3-5) ...adusssss makan dan tido di Sun Beach Resort, Tioman

24 Julai 2011 ( Ahad )

8.00 pagi : bertolak dari Jeti ke laut dalam....MANCING !!!!
7.00 malam : balik ke Kg Genting, P Tioman, mandi solat dan ada plak karaoke hehehe tapi tak nyanyi ler ( aurat hehehe ) makan , beli cenderahati dan tido

25 Julai 2011 ( Isnin )


9.00 pagi : bertolak pulang menaiki bot utk ke Jeti Mersing sambil mengangkat bubu....lumayan jugak
3.00 ptg : sampai di jeti Mersing.... punggah barang dan mandi di rumah zul dan makan tengahari di food court jeti mersing milik ibu zul. ( TERIMA KASIH MAKAN FREE )
5.00 ptg : balik........singgah ayer hitam beli buah ...
10.00 malam : sampai PRESINT 11, PUTRAJAYA BADAN PON LETIH ermmmmm




Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Sunday, July 10, 2011

SERASI RITMA - BAKAL BERSAING DI PASARAN

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA

Salam semua, alhamdulillah selesai sudah sound check PA System di rumah aku tadi bersama Bob dan Jai. Sound check tadi telah di adakan di rumah aku sbb lokasi rumah corner lot tanpa ada jiran yg amat sesuai utk memperdengarkan alunan muzik yg kuat, syukur alhamdulillah, tiada jiran yg mengadu gangguan bunyi tadi. 2 set speaker, 1 mixer, 2 mic, telah di ujicuba pertama kalinya dengan sambutan dari anak2 aku dan anak2 jiran dtg menjenguk...

SERASI RITMA nama diberi, khidmat menanti pelanggan pasti puas hati, bakal menmbusi pasaran utk memberikan perkhidmatan berikut :

1/ EVENT MANAGEMENT ( UTAMA )
2/ SEWA PA SYSTEM
( Majlis Harijadi, Tahlil, Kenduri, Rumah Terbuka Hari Raya, Perkahwinan, Sukaneka
Taska-Tadika, Hari Keluarga dan sebagainya )
3/ KHIDMAT SEWAAN KHEMAH ( buat permulaan small function dulu )
4/ KHIDMAT LATIHAN / MOTIVATION / TALK

Sebagai seorang yg amat berminat event management sejak dari bangku sekolah, kolej dan Universiti, maka SERASI RITMA sebagai langkah pertama diriku untuk pergi lebih jauh lagi demi untuk mencari pengalaman di pasaran Malaysia. InsyAllah jika berjaya, syarikat SDN BHD akan ditubuhkan- dgn izin Allah. Kami hanya akan berusaha sehabis baik dan akan memberikan perkhidmatan kepada semua



Related Posts with Thumbnails
Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Monday, July 4, 2011

MALAYSIA MARA KE PUSINGAN KE-2 BERTEMU SINGAPURA

SELAWAT KEATAS NABI DAN KELUARGANYA

MENDEBARKAN ! CEMAS ! SERAM SEJUK ! TAK SENANG DUDUK !

Itulah kata-kata yg boleh saya ucapkan selepas melihat game Malaysia vs Taiwan tadi, dengan berkesudahan Harimau Malaysia tewas 2 - 3 bertemu Taiwan, walaubagaimanapon kita mara ke pusingan ke-2 utk menentang Singapura pd 23 Julai 2011 dengan kiraan anggregat 4 - 4 dan kiraan gol di tempat lawan... TAHNIAH , TAHNIAH, TAHNIAH MALAYSIA.

Dua jaringan oleh Aidil dan Syafiq pd separuh masa pertama , menurut Hj Zainal Abidin Rawop adalah BERTARAF WORLD CLASS dn adalah antara gol-gol tercantik.. syabas bette...game Taiwan jugak tidak kurang hebatnya, w/pon ada player mrk yg bderpengkalan di Eropah itu tak semestinya Malaysia perlu gentar. Apa-apa pon GAME MALAYSIA terbaik setakat ini, dan perlu mengurangkan kesilapan saja...

tahniah HARIMAU MALAYA




Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Saturday, July 2, 2011

TAHNIAH HARIMAU MALAYA 2 VS 1 CHINESE TAIPEI ( TAIWAN )



SELAWAT KEATAS NABI DAN KELUARGANYA..

Pada 29 Jun 2011 yang lalu , saya bersama ex-boss dari JB , Tuan Misni Jasmo telah hadir untuk menyaksikan perlawanan pertama pusingan kelayakan 2014 Brazil zon Asia di Stadium Bkt Jalil dimana Malaysia vs Chinese Taipei ( Taiwan ), maklumler asyikk geram jer tgk team Malaysia kt TV dirumah, akhirnya tercapai jua gi stadium yg dah lama tidak saya kunjungi. Rasanya last gi stadium masa dpt pas percuma Grandstand dari TV3 masa MYTEAM 2 Vs INDONESIA. Mana tahan beb tgk kt TV, walaupon kt stadium takder ulangan gol oleh Malaysia dan Taiwan tapi saya amat puas dengan sudut pandangan padang dari granstand yg berharga RM 30.00. Lagi satu kengkadang tu gol pon kita tak sempat fokus sbb duk sibuk tgk ULTRAS MALAYA menyanyikan lagu semangat Malaysia.

Dari segi perlawanan plak, saya tgk ada 3 player Taiwan bersaiz ala-ala Rio Ferdinand , bagak2 besarnya badannya tapi slow ler plak, Malaysia plak yg paling tinggi si budak Amirul Hadi...yg lain semua saiz Asia Tenggara ( paham2 aja ler... ). First touch Taiwan banyak menyerang tapi dek sorakan penyokong yg gamat dan pertukaran Helmi Remeli oleh King Gopal , game terus jadi cantik mcm Barcelona dan terus Malaysia mendominasi perlawanan... SYABAS BETTE..... VIVA MALAYSIA, dan akhirnya Kapten Shafiq Rahim berjaya menjaringkan gol pertama dari sudut sukar pd first half, and the second half si aidil Zaquan tanduk hasil dari sepakan sudut plak ...YESSSS !!! GOL LAGI DAN STADIUM BERTAMBAH GAMAT.

Tapi apakan daya , 20 minit terakhir Taiwan dapat gol ler plak , frust betul aku !!!! itupun hasil bek kita yg tertidur heheeheh...... membiarkan striker Taiwan score.... sian Amirul Hadi, dia plak kenan cerca ....Apa-apa pon tahniah Malaysia, usaha lagi pada Ahad ni 3 Julai 2011 di Taiwan, King Gopal mesti ada strategi utk menangkis dan menahan serangan Taiwan, saya harap kita dapat berjumpa Singapore di second Leg yg sedang menanti krn dpt BYE......pastu masuk peringkat kumpulan ler plak.. dan dpt jugak saya gi stadium lagi.

Lastly , dapat ler jugak beli stiker kereta dan Mafla HARIMAU MALAYA...

HARIMAU MALAYA TERUSKAN PERJUANGANMU.....



DETIK2 FIRST GOL DARI SUDUT PENONTON ULTRA MALAYA....



GOL OLEH SHAFIQ RAHIM



SOROTAN PERLAWANAN ASTRO ARENA

Related Posts with Thumbnails
Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails