Wednesday, August 17, 2011

BERBALOIKAH ANDA BERBUKA PUASA DI HOTEL DGN BAYARAN MAHAL ??




Related Posts with Thumbnails
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA

ANDA BOLEH LIHAT SENDIRI HARGANYA................

Adakah berbaloi dgn harganya atau anda tak kisah berbelanja besar atau adakah ianya dikatakan BERSEDERHANA........anda mampu menjawabnya,

1. The Window Restaurant & The Terrace, The Royale Bintang Damansara
Harga : RM60++
Tempahan : 03-78431111 ext 1405
Website : http://www.royale-bintang-hotel.com.my/

2. Serena Brasserie, Hotel Nikko Kuala Lumpur
Harga : RM90++
Tempahan : 03-27826128
Website : http://www.hotelnikko.com.my/

3. Sunflower Brasserie, The Royale Bintang Kuala Lumpur
Harga : RM50++
Tempahan : 03-21439898
Website : http://www.royale-bintang-hotel.com.my/

4. Oceania Cafe Summit Hotel Subang Jaya
Harga : RM66 nett (Dewasa), RM33 nett (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-80233000
Website : http://www.summithotelusj.com/

5. Verandah Restaurant, Cyberview Lodge Resort & Spa Cyberjaya
Harga : RM70++ (Dewasa), RM35++ (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-83127015
Website : http://www.cyberview-lodge.com/

6. Brasserie, Legend Hotel Kuala Lumpur
Harga : RM85++
Tempahan : 03-40429888/27719888 ext 9032
Website : http://www.legendsgroup.com/

7. Flavors Restaurant, Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur
Harga : RM65++ (Dewasa), RM33++ (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-21413333 ext 506
Website : http://www.swissgarden.com/

8. Utara Coffee House, Hotel Armada PJ
Harga : RM62++ (Dewasa), RM35++ (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-79546888 ext 4557
Website : http://www.armada.com.my/

9. The Mill, Grand Millennium Kuala Lumpur
Harga : RM88++ (Dewasa), RM42++ (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-21174163
Website : www.millenniumhotels.com/my/

10. Saffron Brasserie, Ancasa Hotel & Spa Resorts Kuala Lumpur
Harga : RM49++ (Dewasa), RM40++ (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-20266060 ext 7703
Website : http://www.ancasa-hotel.com/

11. Sime Darby Convention Centre
Tempoh Diskaun : Ahad, 1 May 2011 – Ahad, 31 Jul 2011
May Voucher – RM50 Nett
Jun Voucher – RM60 Nett dan Julai Voucher – RM70 Nett
Tempahan : 03 2089 3688

12. Raintree Cafe, Hotel Maluri
Harga : RM 58.00 net (Dewasa) dan RM 32.00 nett (Kanak-kanak)
Tempahan : 03-92878833 ext 630

13. Restoran Chakri Express
Harga : RM39.00
Tempahan : 03-8890 1616 or 016-2277 357 (Affandy)

14. Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.
Tempahan : (603)-7956 2100
Website : http://hspj.com.my

15. Restoran Cerana, Cheras
Harga : Rm49.50 (Dewasa) dan RM27.50 (kanak-kanak)
Tempahan : MOHD ALI (ASST MANAGER) : 017-3096511, 019-2953450
Website : Cerana.com.my

16. Paya Serai, Hotel Hilton, Petaling Jaya
Harga : RM109++ Dewasa, RM69++ Kanak-kanak
Tempahan : (03) 7955 9122 extn. 4260/1
Website: http://www.zestpj.com

17. Chatz Brasserie, Parkroyal Kuala Lumpur
Harga : RM75++ Dewasa, RM39++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-27828301
Website : http://www.parkroyalhotels.com

18. Hotel Grand Continental, KL
Harga : RM52++ Dewasa, RM26++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-26939333
Website : http://www.ghihotels.com.my

19. Grand Blue Wave Hotel Shah Alam
Harga : RM85++ Dewasa, RM50++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-55118811 ext 2612
Website : http://www.bluewavehotels.com

20. Nipah Coffeeshop, Hotel Equatorial, KL
Harga : RM92++ Dewasa, RM46++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-21617777 ext 8220
Website : http://www.equatorial.com/kul

21. Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya
Harga : RM80++ Adult, RM40++ Child
Tempahan : 03-83127091
Website : http:// http://www.cyberview-lodge.com

22. Dorsett Regency Hotel, KL
Harga : RM69++ Dewasa, 50% Diskaun untuk Kanak-kanak
Tempahan 03-27151000 ext 188
Website : http://www.dorsettregency.com.my

23. PNB Darby Park Cafe
Tempahan: 03-7490 3838
Harga: RM65++ Dewasa, RM35++ Kanak-kanak

24. Quality Hotel Shah Alam
Tempahan : 03 55103696
Harga : RM68 ++ Dewasa, RM38 ++ Kanak-kanak
Website : http://quality.com.my

25. Restoran Berputar Sri Angkasa – Menara KL
Tempahan : 03-2145 1811 / 03-2145 1833 / 03-2020 5055
Harga : RM135 ++ Dewasa ,RM75 ++ Kanak-kanak

26. Restoran Sri Melayu
Tempahan: 03-2145 1811 / 03-2145 1833 / 03-2020 5055
Harga: RM70++ Dewasa, RM40++ Kanak-kanak, 15% Warga tua

27. Hotel Century, Johor Bahru
Harga : RM46 ++ dewasa,RM25 ++ kanak-kanak
Tempahan : 07-333 3300.

28. Hotel Grand Blue Wave, Johor Bahru
Harga : RM55++ Dewasa, RM35++ kanak-kanak
Tempahan : 07-221 6666

29. Hotel Mutiara, Johor Bahru
Harga : RM68++ dewasa, RM40++ kanak-kanak
Tempahan : 07-330 0300

30. The Puteri Pacific, Johor Bahru
Harga : RM75.00 ++ Dewasa, RM35.00 ++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-2199999
Website : http://puteripacific.com

31. Hotel Equatorial Bangi
Harga : RM75.00 ++ Dewasa, RM35.00 ++ Kanak-kanak
Tempahan : 03-82102222/03-89251111
Website : http://equatorial.com

32. Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie
Harga : RM88 ++ Dewasa, RM50 ++ Kanak-kanak
Tempahan : 03- 78025245/78025200 ext 2915
Website : http://eatanddrink-hiklg.blogspot.com



Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Tuesday, August 16, 2011

PEMAIN BOLASEPAK MUSLIM EROPAH MENGHADAPI BULAN RAMADHAN KETIKA LIGA BERMULA

Related Posts with Thumbnails
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA........

Apakah situasi anda sebagai pemain profesional , katakan aku mgambil contoh kalau khabar angin benar utk Baddrol Bakhtiar dapat tawaran bermain dgn Wigan Athletic bagaimana beliau akan menghadapi situasi bermain pada bulan Ramadhan. TAHUKAH TEMAN-TEMAN sekelian mereka yang muslim yg pekerjaannya pemain bolasepak adalah dbenarkan utk tidak berpuasa ?.....Makan ini jawapannya .........aku ambil dari SOKERNET.COM

Sebenarnya diorang mmg menghadapi dilemma utk berpuasa kerana majikan tidak membenarkan berpuasa ketika turun beraksi di padang. So di bawah ini aku nyatakan situasi muslim profesional yang bermain di eropah..

Ramadhan datang lagi dan selepas sesi testing dan menganjing in the last couple of days time to get serious eh? Sempena kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini ada baiknya aku post berita fatwa hukum berpuasa bagi pemain bola professional di negara Jerman.

Seperti yang kita sedia maklum didalam pasukan Jerman terdapat beberapa orang pemain muslim. Mereka adalah Sami Khedira, Mesut Ozil dan Serdar Tasci. Setipa kali datang bulan puasa pemain berugama islam menghadapi dilemma sama ada mahu berpuasa atau didenda kelab yang menggaji mereka. Tahun lalu 3 orang pemain FSV Frankfurt berugama Islam didenda kelab kerana berpuasa tanpa meminta kebenaran kelab. Mengikut pandangan ahli fioslogi pemain bola yang berpuasa lebih mudah penat dan cedera disamping mengalami performanca issue. Pemain Islam seperti Nicolas Anelka (Abdul-Salam Bilal) terang-terang mengaku beliau tidak berpuasa jika musim bolasepak bertindan dengan bulan ramahdan.



Bagi mengelakkan salah faham untuk musim akan datang. Persatuan Bolasepak Jerman meminta pandangan German Central Council of Muslims. Pihak kounsil ini pula mendapatkan pandangan Universiti Al Azhar. Universiti Al Azhar mengeluarkan fatwa dimana;

"Pemain bolasepak professional dibenarkan tidak berpuasa pada bulan Ramadhan atas alasan perkerjaan mereka. Jika berpuasa memudaratkan prestasi melakukan kerja mereka maka tidak salah jika tidak berpuasa"

Nice

Walau bagaimanapun terdapat beberapa pemain yang berkeras untuk berpuasa. Mereka ialah pemain FC Cologne Adil Chichi dan Youssef Mohamad. Mereka percaya prestasi mereka tidak terganggu kerana sudah biasa bermain bola dalam keadaan berpuasa.

Sebelum fatwa ini dikeluarkan ada pemain-pemain berugama Islam menggunakan loophole untuk tidak berpuasa. Sebagai contoh pada hari perlawanan, mereka akan memandu sejauh beberapa kilometer diatas jalan raya bagi mendapatkan status musafir. Clever

Bagi aku, sesunguhnya Allah Maha Mengetahui, Wallahua'lam......

Diterjemah dari
DW-World.DE

CREDIT TO SOKERNET.COM

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Monday, August 15, 2011

DATO' LEE CHONG WEI TEWAS BERMARUAH..!!




Related Posts with Thumbnails


SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARNYA..

Bermula jam 8.00 malam tadi debaran telah mula memuncak di depan TV, mana taknya...Lee Chong Wei mempertaruhkan pcubaannya yang ke ENAM (6) untuk cuba mencari gelaran juara dunia d dalam Kejohanan Badminton Dunia, di London, England. Kali ni beliau berdepan dengan SUPER DAN dari China, aku memang confident dari mula pusingan pertama Chong Wei main dan menang straight set menentang lawan.hinggalah FINAL..........

Tapi adakan daya, perjuangan Lee Chong Wei tidak kesampaian, sampai terangkat kaki ler masa tengok badminton tadi. Dan akhirnya beliau KECUNDANG bermaruah kepada Lin Dan dengan kiraan 20 - 22, 21 - 14 dan 23 - 21

kalah kita kalah bermaruah, kita sudah berjuang habis habisan, apa pun Tahniah Datuk Lee Chong Wei, Kami rakyat tetap berbangga dengan mu..
Oh Malaysia tetap Dihati~
SELAMAT BERSAHUR.............

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Wednesday, August 10, 2011

SAFEE SALI DIRISIK KELAB BOLASEPAK DARI GERMANY ?

Related Posts with Thumbnails
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA

Penyerang sensasi dan berbakat Malaysia masakini Mohd Safee Sali dikhabarkan telah dirisik oleh kelab bolasepak dari BUNDESLIGA ( Germany = Liga Utama Germany mcm Malaysian Super League ler ) baru-baru ini. Selepas beliau menunjukkan aksi yg amat memberansangkan ketika mewakili Kelab Pelita Jaya, Indonesia dan ketika aksi mewakili harimau malaya dalam saingan kelayakan Piala Dunia vs Taiwan dan Singapura, aksi beliau bertambah menakjubkan dengan sekurang-kurangnya menjaringkan gol setiap perlawanan. Waduhhh...hebat bangat player idaman rakyat Malaysia ni, aku rasa buat masa ni beliau penyerang terbilang lebih2 lagi lepas wakil Pelita Jaya, aku rasa game dia mmg meningkat dan terus meningkat.

Sebenarnya aku mengikut jejak Safee Sali ketika beliau mewakili Sarawak lagi, sbb tgk dia mudah jer jaringkan gol ms umur awal 20-an , dia bukanler keluaran SSBJ ker .....cuma bermula dari bawah lagi. Aku harap beliau mampu mengembangkan karier bolasepaknya demi mendptkan pengalaman berharga........boleh ikut jejak Lim Teong Kim yg pernah beraksi di Hertha Berlin di BUNDESLIGA masa tahun 80-an dulu.....


Berikut laporan dari Astro Arena dan kredit to SOKERNET.COM

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Friday, August 5, 2011

AKHIRNYA RAJAGOPAL PANGGIL PEMAIN SENIOR......


Related Posts with Thumbnails
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA Akhirnya K. Rajagopal memanggil semula pemain2 senior untuk memperkuatkan HARIMAU MALAYA setelah kita tumbang tangan musuh tradisi SINGAPURA.. minggu lalu, dikhabarkan bakal berentap dengan Oman dan Indonesia , tapi semuanya dibatalkan atas dasar teknikal dan ketidak siapsedianya team harimau malaya ekoran kehilangan 7 tonggak Olimpik yg terpaksa diterbangkan ke Slovakia. Apa-apa pun sebenarnya Raja perlu menukar pemain keseluruhannya sebelum game ke-dua di Bukit Jalil, ( pendapat aku laa ) dan akhirnya momentum kemenangan tidak kesampaian dan aku benar-benar kecewa perkara ini terjadi....

sooo.......di bawah ini aku nak story dari blog akupunnakmenulis.blogspot.com yg sependapat dgn aku .....yg mmg patut Raja menukar player dan akhirnyaaa...............

http://akupunnakmenulis.blogspot.com/2011/08/rajagobal-terpaksa-panggil-pemain-baru.html




PENJAGA GOL:

Mohd Sharbinee Allawee (TERENGGANU)

Mohd Farizal Marlias (NEGERI SEMBILAN)

Norazlan Razali (KUALA LUMPUR)



PERTAHANAN :

Norhafiz Zamani Misbah (NEGERI SEMBILAN)

Mohd Rizal Fahmi Rosid (KELANTAN)

Mohd Farisham Ismail (KELANTAN)

Muhd Faizal Muhammad (HARIMAU MUDA A)

Mohd Shahrom Abdul Kalam (KUALA LUMPUR)

Mohd Asraruddin Putra Omar (SELANGOR)

Mohamad Azmi Muslim (KEDAH)

Helmi Remeli (TERENGGANU)

TENGAH:

Safiq Rahim (SELANGOR)

Mohd Amirulhadi Zainal (SELANGOR)

Mohd Shakir Shaari (KELANTAN)

S. Chanturu (KELANTAN)

S. Kunanlan (NEGERI SEMBILAN)

Mohamad Ashaari Samsudin (TERENGGANU)

Ismail Faruqi Ashari (TERENGGANU)

Joseph Kallang Tie (TERENGGANU)

Amar Rohidan (KEDAH)

Baddrol Bakhtiar (KEDAH)

Muhd Khyril Muhymin Zamri (KEDAH)

PENYERANG:

Mohd Safee Mohd Sali (PELITA JAYA)

Abdul Hadi Yahya (TERENGGANU)

Shahrizal Mohd Saad (Johor FC)



Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Monday, August 1, 2011

KEAJAIBAN AL-QURAN ( KEMENANGAN BYZANTINE )

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA...

Sepotong ayat menarik yang terdapat di dalam Al-Qur'an mengenai masa hadapan dapat dilihat dalam ayat pertama surah Rom, yang merujuk kepada empayar Byzantin, bahagian timur kerajaan Roman yang ada dahulu. Dalam ayat ini, ianya dinyatakan bahawa empayar Byzantin menemui kekalahan yang besar tetapi kemudianya ia mendapat kemenangan.

"Alif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah yang paling rendah di permukaan bumi, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam berapa tahun.
Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah. (Surah Ar-Rum: 1-4.)

Ayat ini diturunkan lebih kurang tahun 620 sebelum masihi, hampir 7 tahun selepas kekalahan teruk kerajaan kristian Byzantin di tangan kerajaan penyembah berhala Persia. Tetapi ia didedahkan di dalam ayat tersebut bahawa kerajaan Byzantin akan mendapat kemenangan kembali dalam masa yang singkat. Sebenarnya, Byzantin telah awal lebih sengsara menanggung kerugian yang besar yang kelihatan seolah-olah amat mustahil baginya, bahkan untuk kekal bertahan, untuk menang kembali. Bukan sahaja Persia, tetapi Avar, Slav, dan Vonhard juga memberikan ancaman yang besar kepada empayar Byzantin. Kerajaan Avar telah pun menjangkau dinding kota Konstantipol. Maharaja Byzantin Heraklius telah memerintahkan supaya meleburkan emas dan perak di gereja-gereja untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan ketenteraan, apabila semua ini masih tidak mencukupi bahkan patung-patung gangsa juga dileburkan untuk tujuan yang sama. Banyak gabenor-gabenor memberontak menentang Heraklius. Dan empayar ketika itu berada dalam kedudukan hampir roboh. Mesopotamia, Alicik, Syria, Palestin, Mesir dan Armenia yang pada asalnya berada di bawah jajahan Byzantin, telah pun diceroboh oleh Persia.

Ringkasnya, semua yang ada ketika itu menjangkakan empayar Byzantin akan musnah. Tetapi pada ketika itu, ayat pertama surah Rum diturunkan memaklumkan kemenangan Byzantin dalam beberapa tahun. Kemenangan ini dilihat amat mustahil sehinggakan kaum Arab jahiliyyah mempersendakan ayat ini, mereka beranggapan bahawa kemenangan yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an itu tidak akan menjadi kenyataan.

Lebih kurang 7 tahun selepas ayat pertama surah Rom diwahyukan pada Disember 627 selepas masihi, peperangan sengit di antara Byzantin dan empayar Persia berlaku di Ninaveh, dan kali ini, askar Byzantin tidak disangka-sangka berjaya menewaskan tentera Persia. Beberapa bulan kemudian, kerajaan Persia telah membuat perjanjian degan Byzantin, yang mewajibkan mereka menyerahkan kembali kawasan yang mereka rampas.


Di akhirnya, kemenangan kerajaan Rom yang dinyatakan oleh Maha Suci di dalam Al-Qur'an, menjadi kenyataan

Satu lagi keajaiban yang dinyatakan di dalam ayat ini ialah perkhabaran mengenai fakta dari sudut geografi yang tidak diketahui oleh sesiapa pun ketika itu.

Dalam ayat ke 3 surah Rom, kita dimaklumkan bahwa kerajaan Rom telah ditumpaskan di bahagian paling rendah di permukaan bumi. Frasa 'Adna ard' dalam bahasa arab diertikan sebagai 'kawasan yang berhampiran' dalam kebanyakan penafsiran. Tetapi ini bukanlah pengertian literal dari kenyatan yang asal, tetapi lebih berbentuk pentafsiran secara kiasan (metaforik). Perkataan 'adna' dalam bahasa arab berasal dari perkataan' daniy' yang bermaksud 'rendah' dan 'ard' bermaksud bumi.
Dengan itu kenyataan 'adna al-ard' memberi erti kawasan yang paling rendah di muka bumi.

Apa yang menarik, saat penting peperangan yang terjadi di antara empayar Byzantin dan Persia ketika Byzantin di tewaskan dan kehilangan wilayah Jerusalem, benar-benar terjadi di titik paling rendah di muka bumi. Kawasan ini dikenali sebagai Teluk Laut Mati yang terletak di titik persilangan antara tanah Syria, Palestin dan Jordan. Laut mati yang terletak 395 meter di bawah paras laut, sebenarnya adalah kawasan paling rendah di muka bumi.

Ini bermaksud bahawa kerajaan Byzantin telah ditewaskan di kawasan paling rendah di muka bumi seperti yang dinyatakan dalam ayat tersebut.

Seperkara yang penting di sini ialah fakta bahawa altitud Laut Mati hanya dapat diukur dengan teknik pengukuran moden. Sebelum itu, adalah amat mustahil bagi sesiapun untuk mengetahui bahawa ianya adalah kawasan yang paling rendah di muka bumi. Tetapi hal ini telah disebut di dalam Al-Qur'an, oleh yang demikian bukti ini sekaligus membuktikan bahawa Al-Qur'an adalah wahyu dari Maha Suci Tuhan.

SUMBER : Zaharuddin.net..........

Related Posts with ThumbnailsNor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...