DARE TO DREAM

Tuesday, October 18, 2011

NO KAWTIM KEPADA PELANCONG ( TIDAK BOLEH TAWAR MENAWAR CUKAI DI PINTU MASUK )


Related Posts with Thumbnails
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA

Semalam baru lepas check in di Hotel Langkasuka, Pulau Langkawi dan terbang dari KLIA menerusi AIR ASIA ( guna waran , ada makan, laluan ekspress dan hotseat-duduk depan sekali ) heheheehee........bukan apa nak try Air Asia lak ( tajaan Kerajaan )..sbb sebelum ni naik MAS jer.

Tujuan aku pergi adalah menjadi sekretariat utk projek CKRA JKDM bg modul SOP eKIRA dan eTAHAN...... so AWAS kepada pelancong , jgn tak declare barang yg dibawa yer, sistem ni adalah bg mengelakkan proses KAWTIM wujud, so lepas ni kita tak boleh nak KAWTIM cukai yg dikenakan oleh Kastam. Dengan sistem ini, diharapkan bahawa persepsi rasuah terhadap agensi Kastam dapat dilenyapkan dan pendapatan kerajaan dapat ditingkatkan.

Untuk makluman jika kita tidak membayar cukai yg dikenakan , kita diberi tempoh 30 hari untuk mencari sumber kewangan bg pembayaran cukai ( klu duit tak cukup semasa di pintu masuk ) dan barang ditahan sementara di pintu2 masuk, jika kita tidak dapat membayar cukai dlm tempoh 30 hari , maka kita dibenarkan untuk melanjutkan tempoh hingga 30 hari lagi. Jika sekiranya bayaran cukai tidak dapat dilunaskan maka barangan anda akan diserahkan kepada pihak pencegahan utk di rampas.

Akhir sekali, diharapkan tiada lagi urusan KAWTIM dipintu-pintu masuk ketika bayaran cukai dikenakan dan dengan ini pendapatan kerajaan dapat ditingkatkan....




Nor Amran Abdullah
Bendahari
KBKPj JKDM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails