DARE TO DREAM

Wednesday, January 29, 2014

RAHSIA ANWAR BERTANDING DI DUN KAJANG


SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYARelated Posts with Thumbnails
PKR hari ini menjelaskan rasional di sebalik pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah langkah menghadapi plot menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari dalam Umno oleh kem Tun Dr Mahathir Mohamad. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata usaha untuk menyingkirkan Najib mula dijalankan kem bekas perdana menteri itu yang juga merupakan musuh utama kepada Anwar dalam kes pemecatan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998.


"Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula."Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik sahaja Najib tersingkir.

"Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan," katanya.Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kontroversi agama dan perkauman yang dimainkan oleh Umno dan sekutu mereka sejak kebelakangan ini adalah isyarat jelas bahawa perkara di luar jangkaan mungkin berlaku."Jika Najib jatuh, diramalkan isu manipulasi perkauman dan agama akan dicipta untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan kepada kerajaan negeri Selangor," katanya.

Rafizi berkata, langkah meletakkan Anwar bertanding di Kajang juga adalah sebagai batu loncatan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha merampas pentadbiran Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN)."Istanbul menjadi batu loncatan kepada Erdogan dan Jakarta kepada Jokowi, Selangor boleh menjadi batu loncatan kepada Pakatan untuk merampas Putrajaya," katanya.

Sementara itu, katanya, PR memerlukan pemimpin tertinggi dan berkemampuan untuk mempertahankan Selangor daripada dirampas BN kerana negeri tersebut dianggap mutiara kepada mana-mana parti politik di Malaysia."Kita perlukan sebanyak mungkin pemimpin tertinggi di Selangor untuk mempertahankannya kerana ia merupakan mutiara kepada mana-mana gabungan parti politik di dalam negara," katanya.

Rafizi berkata, tidak mustahil suatu hari nanti kontroversi PKR di Kajang akan mengubah rentak strategi menuju ke Putrajaya."Kita boleh imbau ketika saat sukar yang akan dikenang sebagai 'Langkah Kajang' sebagai penentu dalam usaha menawan Putrajaya,” katanya.

Rafizi turut meminta maaf kepada pengundi Kajang kerana terpaksa berdepan satu lagi pilihan raya dan menegaskan PKR sedia menerima akibat sekiranya pengundi menghukum mereka.PKR di Selangor ketika ini sedang bergolak selepas dikatakan wujud usaha untuk menjatuhkan menteri besar penggal kedua, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada tampuk pemerintahan.Krisis dan kontroversi tercetus sejak pengumuman kenaikan gaji oleh Abdul Khalid yang dikatakan tidak dibuat secara konsensus.

Kemudiaan disusuli dengan insiden pengguguran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali daripada anak syarikat negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) baru-baru ini.Kemelut PKR berterusan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya pada Isnin.

Semalam, pengumuman dibuat oleh PKR untuk meletak Anwar sebagai calon di kerusi yang dianggap selamat untuk dimenangi.Langkah meletak Anwar dilihat pengkritik sebagai usaha meredakan ketegangan antara kem Abdul Khalid dan Azmin yang menyukarkan pentadbiran Selangor.
Ulasan saya : HANYA ALLAH  maha mengetahui, bg saya satu pembaziran pilihanraya kecil kali ini. !!!!! kalau ADUN mati , takper jugak, ini sesaje jer letak jawatan. Kurang Assam !!
SUMBER  ~tmi http://networkedblogs.com/



 Nor Amran Abdullah Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur ( PPM-001-14-13052013) Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka

Monday, January 27, 2014

SEMINAR PERCUKAIAN GST IPTS/IPTA NEGERI MELAKA


Related Posts with Thumbnails SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA


Syukur Alhamdulillah diatas penganjuran Seminar Percukaian IPTA dan IPTS Melaka yang diadakan di Kolej Universiti Islam Melaka pada 22 Januari 2014 ( RABU). Kali ini NGO aku Persatuan Inspirasi Wawasan dengan kerjasama Persatuan ALUMNI KUIM telah berjaya menganjurkan seminar ini buat julung-julung kalinya. Hasil kerja usahasama EXCO dan ALUMNI KUIM seramai 400 pelajar terdiri dari pelajar KUIM, Kolej Micost, Kolej RISDA dan Kolej Perdana telah menghandiri Seminar ini. 





Bermula dengan pendaftaran pelajar dan seterusnya 3 pembentangan kertas kerja oleh IW telah berjalan dengan lancar. Pada sebelah petang pula gabungan 3 panel GST yg terdiri daripada :-

1. En Kamaluddin Abdul Rahman, Pengurus Cukai Imtiyaz Ass. mewakili MALAYSIAN ASSOCIATION OF TAX ACCOUNTANTS
2. En. Abdussalam Shokhawi, Head GST mewakili SALIHIN CONSULTANTS
3. En. Mohd Shahar dari ASPIRASI MALAYSIA
4. Presiden IW menjadi moderator.








Selepas itu pada sebelah petang selepas Forum, Naib Canselor KUIM, Prof Emiritus Datuk Dr Mohd Yusoff Hashim telah memberikan ucapan ringkas manakala Perasmian Penutup disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen Masjid Tanah, Puan Mas Ermieyati Samsuddin merangkap Ahli Lembaga Pengarah KUIM dan Ketua Puteri UMNO Malaysia.

Terima kasih kepada 
Persatuan ALUMNI KUIM, En Norsalman
KUIM, 
Zaskah Catering
Pejabat Parlimen MAsjid Tanah
EXCO INSPIRASI WAWASAN

JUMPA LAGI PADA BULAN APRIL 2014 NANTI

Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur ( PPM-001-14-13052013) Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka

Monday, January 13, 2014

TREASURE HUNT PERKASA WPKL 2014

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA



Pada 11 Januari 2014 (Sabtu ), aku bersama geng Inspirasi Wawasan (IW) seramai empat orang telah menyertai Treasure Hunt 2014 anjuran Persatuan Pegawai Kanan Kastam WPKL. Kami bersarapan bersama di mamak Kelana Jaya sebelum pergi daftar di JKDM WPKL. Ini adalah pengalaman pertama aku TREASURE HUNT..memang memenatkan, soalan mencabar, jarak pulak MULA KELANA JAYA HABIS KT MELAKA. Seramai 47 kenderaan ( 4 org satu kereta ) mengambil bahagian. 

Dari segi pencapaian mmg kitaorg menjadi pasukan pertama menghantar semua task yang diberi, selesai dalam tempoh 8 jam . Kami bermula jam 8.37 pagi dan sampai plak jam 3.30 petang, mmg memenatkan dan habis idea. Tiba di lokasi akhir iaitu di Avillion Hotel, Melaka sebelah Fajar, kami diberikan tugasan terakhir .

Pada waktu malam diadakan Majlis Makan Malam di Hotel Avillion bagi meraikan pemenang, hanya pemenang tempat ketiga hingga Johan sahaja. Begitu juga terdapat cabutan bertuah hampir 100 hadiah disediakan. NEXT TIME NAK JOIN LAGI LAAA....

Tapi apa yang penting pasukan wajib satu kepala dan bijak bijak belaka hahahahaha.








Related Posts with Thumbnails 
Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat
Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur
 ( PPM-001-14-13052013)
ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka

Friday, January 10, 2014

BOJAN HODAK JURULATIH PASUKAN MOF FC

Related Posts with Thumbnails
 SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA






Diberitakan shohih oleh pemain Perbendaharaan Malaysia, bahawa bekas Jurulatih TRW , Kelantan Bojan Hodak diberi tugasan untuk melatih secara sementara Skuad Bolasepak Perbendaharaan Malaysia (MOF FC) bagi mengharungi LIGA FAM Tahun 2014.

Patutler Bojan Hodak dan Shebby Singh dua minggu lepas ada datang meeting dgn bos aku kt pejabat rupanya dilantik sementara jadi jurulatih.

Menurut sumber aku, pemain itu berkata buat masa ini MOF FC sedang menunggu kelulusan dari FAM , samada MOF FC layak bermain atau tidak di dalam LIGA FAM yang akan memulakan sepak mula pada bulan Mac 2014 nanti.

Buat masa ini Bojan Hodak sejak minggu lepas melatih pemain MOF FC hanya dalam latihan berbentuk kecergasan sahaja bagi mencari stamina pemain. Harap player MOF FC dapat bermain dalam LIGA FAM yang boleh dikatakan mencabar jugak.

GO GO GO MOF FC..............



Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur
 ( PPM-001-14-13052013)
ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka

KADIR JASIN : NAJIB "KERAMAT HIDUP" YANG TAK BOLEH DISENTUH ?

Related Posts with Thumbnails

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA



Tokoh wartawan A Kadir Jasin mempertahankan siri kritikannya terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang disifatkannya boros, cemerkap menguruskan kewangan dan tidak sensitif terhadap perasaan rakyat.

Ini kerana, menurut bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu, masih banyak masalah membimbangkan dalam pentadbiran Najib, selain kesan negatif rasionalisasi terhadap ekonomi.


“Adakah beliau raja berkuasa mutlak yang tidak boleh disentuh barang sedikit pun?

“Atau adakah dia keramat hidup yang bebas daripada segala bentuk kesilapan?” sindir Kadir.

Menulis di blognya semalam, Kadir juga membangkitkan langkah Najib dua tahun berturut-turut bercuti di luar negara dan kemudian “menjanjikan khabar buruk” kepada rakyat dengan memansuh dan mengurangkan subsidi secara serentak.

Dalam tulisan panjang itu, Kadir juga membangkitkan soal kemerosotan nilai ringgit, masalah defisit belanjawan, hutang negara yang makin meruncing serta penjualan aset bagi mengatasi masalah kewangan negara.

“Ini bukan cerita khayalan rekaan saya. Bukan fitnah. Ini adalah kata Bank Dunia yang kita menjadi anggotanya,” katanya lagi.
 Sumber : A. Kadir Jasin, Mantan Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times


Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur
( PPM-001-14-13052013)
ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka

Thursday, January 2, 2014

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2014, PELBAGAI PERISTIWA PAHIT MANIS

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA

Alhamdulillah, pada hari ni, 2 Januari 2014, telah bermulah persekolahan di Putrajaya, aku cuti hari ni dan esok dan pagi ini aku hantar 2 orang anakku ke SK P11(3) dan hantar seorang lagi anakku Ali Naufal ke Tadika Islam Al-Furqaan. Semua tak sabar nak bersekolah, cuma Ali sahaja malu-malu kucing nak masuk kelas dan menangis, tapi takpe tadika hari ni just taklimat jer, pukul 10 dah habis dah....

Di bawah ini juga aku, masukkan beberapa keping gambar yang mengelikan hati , sepanjang hari pertama persekolahan 2014 di seluruh Malaysia.

Anakku Ammar Shauqi Darjah 5 dan Roqaiyah Darjah 6 bergambar sebelum ke sekolah di SK Presint 11 (3), Putrajaya Tahun 2014





Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur
( PPM-001-14-13052013)
Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara,
Masjid Tanah, Melaka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails