Wednesday, May 14, 2014

PASUKAN MOF MENAWAN PUNCAK KINABALU BULAN MEI 2014

Related Posts with Thumbnails
Selawat keatas nabi dan keluarganya



Alhamdulillah syukur kpd Allah, pada tanggal 2 Mei 2014 sepasukan 29 staff Kelab Perbendaharaan Malaysia khususnya Kumpulan B telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, Sabah.

Dengan melalui Mersilau ke Laban Rata, ini merupakan pengalaman pertama menaiki Gunung tertinggi di Malaysia. 6 bulan yang lalu aku pernah berkata dalam diriku sendiri , " aku mesti mencabar kemampuan diriku....." walaupun tahun depan umurku sudah mencecah 40 tahun.....

Tapi dengan azam yang kuat, berbekalkan dengan pengalaman sebagai pesilat Silat Olahraga ketika di SUKMA , Perak tahun 1994 dahulu, latihanku hanya berdasarkan latihan kendiri. Naik tangga sambil berlari, dan senaman otot kaki dan lutut.



1 Mei 2014 - 12.00 Tiba di KK dan kami Kumpulan B tidur di Marina Court Apartment, tp semasa tu aku bersama Zahri, Faizal dan Wahyu sahaja yg tiba, yang lain tiba lewat petang.

2 Mei 2014 - Pagi-pagi bertolak ke Kundasang dengan bas Jab Imigresen, kemudian singgah jap...pastu kami tukar pengangkutan menaiki Van , sebanyak 3 buah Van digunakan untuk mendaki tempat pelepasan iaitu di MERSILAU.

2Mei 2014 - 8.30 pagi - tiba di Mersilau membuat pendaftaran, terima Name tag, sarapan pagi, taklimat ringkas dan timbang bag utk dapatkan perkhidmatan potter.sekilo RM12.00.

9.40 pagi - Memulakan perjalanan mendaki Mersilau - Laban mengambil masa lebih kurang 6 jam.

3.30 petang - sampai !!!!!! Berehat, makan, suhu sejuk 11 darjah...mak oi sejuknya

3 Mei 2014 - 1.30 pagi BANGUN DAN STANDBY KE PUNCAK, aku nyaris tak naik sebab dah rasa demam dan nafas semakin laju...udara nipis. Tapi member grup kata semua itu terjadi pada semua orang, so....aku tampal koyok dan makan ubat AMS dan terus daki, daki, daki dan daki......akhirnya sampai ke puncak...SUBHANALLAH...TAK SANGKA AKU BERJAYA SAMPAI KE PUNCAK !!!!

smpai puncak, ambik gambar dan turun ke Laban Rata ambik barang dan terus turun melalui TIMPOHON...van pun menunggu dan bawa aku dan aizwan bersama potter ke Kinabalu Park utk makan tengahari.....walaupon dah petang 4.00 petang.......

4 Mei - Bertolak balik ke KLIA


















































Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur ( PPM-001-14-13052013)
Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...