Tuesday, September 21, 2021

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat,

Alhamdulillah , hari ni teringat pulak nak mencoret catatan, tapi kali ini adalah mengenai simpan dan pelaburan saham khususnya di Bursa Malaysia. Sejak Jun 2020 , aku telah terdedah dengan pelaburan saham di Bursa Malaysia, berdasarkan pengalaman aku, langkah pertama untuk berkecimpung dalam dunia saham adalah seperti berikut : 

1. LANGKAH PERTAMA

 
  1. Pasaran saham USA
  2. Pasaran saham dunia
  3. Asas Pasaran hadapan CPO, Emas, Komoditi
  4. Pasaran saham Bursa Malaysia
  5. Fundamental Analisis
  6. Teknikal Analisis
  7. Asas membaca graf/carta 
  8. Asas uptrend
  9. Support dan Resistant
  10. Cara buka akaun CDS melalui RHB Tradesmart dan Rakuten Trade
  11. Mengenali siapa remiser aku
    






2. LANGKAH KEDUA

Melalui pembelajaran, aku masih terpingga pingga, macam mana nak cari kaunter-kaunter yang bagus, sebab dalam broker RHB terdapat beratus-ratus kaunter yang patuh syariah. Rupanya perlu ada satu screener atau lebih lebih tepat lagi , mesti ada satu atau dua screener untuk memudahkan kita saring kaunter mana yang bagus utk kita beli. Setakat ini aku perlu melanggan TRADING VIEW yang berbayar secara tahunan, bayk jugak kos kena keluar ni. Tapi alhamdulillah, semua kos yg aku keluarkan itu semua dah balik modal kerana keuntungan melabur saham. 



3. LANGKAH KETIGA : 

Perlu belajar cara macam mana nak trade dulu guna duit olok2 atau orang kata paper trade. Boleh refer kt sini :-  https://www.majalahlabur.com/saham/tutorial-beli-saham-olok-olok-paper-trade-melalui-investing-com/

4. LANGKAH KEEMPAT

Jika anda dah yakin dan mahir paper trade, bolehlah memberanikan diri untuk trade menggunakan duit sebenar. Mula dengan RM500 - RM1000 terlebih dahulu, dapatkan momentum untung dan rugi. Jika keberanian dan emosi sudah stabil. terpulang lah kepada tuan/puan nak labur berapa.

5. LANGKAH KELIMA :

Jaga emosi, Jaga emosi, Jaga emosi, jangan bercita-cita sangat dalam pelaburan saham, sebab apa aku kata jaga emosi sebab , emosi memainkan peranan kita dalam pelaburan saham.

SELAMAT MELABUR SEMUA

Nor Amran Abdullah
Exco Kebajikan PERKASA PUTRAJAYA
Presiden ALUMNI AL EHYA EL KARIM, MELAKA






Tuesday, December 17, 2019

PEMANGKASAN POKOK DURIAN

Related Posts with Thumbnails Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, amirul mukminin khalifah yg 4, sahabat sahabat Nabi, para wali2 Allah
1) Sayyidina As Syeikh Jaafar As Shodiq 2) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abdul Qodir Al Jailani 3) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abu Hassan Syazili 4) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abu Yazid Al Bustami 5) Sultan Aulia Abdul Kuzumi Al Kholidi 6) Sultanul Ariffin As Syeikh Junaid Al Baghdadi 7) Sultanul Ariffin As Syeikh Yahya Al Kholidi 8) Sultanul Ariffin As Syeikh Buha'uddin Naqsabandi





















 Nor Amran Abdullah Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur ( PPM-001-14-13052013) Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka Exco Kebajikan, Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia, Cawangan Putrajaya

CARA PENJAGAAN POKOK DURIAN

Related Posts with ThumbnailsSelawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, amirul mukminin khalifah yg 4, sahabat sahabat Nabi, para wali2 Allah
1) Sayyidina As Syeikh Jaafar As Shodiq
2) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abdul Qodir Al Jailani
3) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abu Hassan Syazili
4) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abu Yazid Al Bustami
5) Sultan Aulia Abdul Kuzumi Al Kholidi
6) Sultanul Ariffin As Syeikh Junaid Al Baghdadi
7) Sultanul Ariffin As Syeikh Yahya Al Kholidi
8) Sultanul Ariffin As Syeikh Buha'uddin Naqsabandi

Kandungan Zat Makanan :

KETERANGAN AM


Nama Biasa : Durian
Nama Saintifik : Durio zibethinus Murr
Keluarga : Bombaceae



Asal :

Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Spesis lain yang terdapat di Malaysia dari jenis Durio dan buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus, D.graveolens, D.dulcis dan D.kutenjensis.


Kawasan Utama Tanaman :

Durian didapati ditanam di semua kawasan di Malaysia dan kawasan utama penanaman secara komersial ialah di Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang.


Kegunaan :

Di Malaysia, durian merupakan buah yang paling popular untuk dimakan segar dan telah buah yang sangat digemari oleh pengguna. Buah durian boleh dimasak menjadi lempok, jem dan tempoyak. Buah durian juga boleh diproses dijadikan serbuk . Percubaan telah dibuat untuk mengeksport durian dalam bentuk sejuk beku.


KandunganUnit/100 g bybm
Tenaga153 kcal
Kabohidrat27 g
Kalsium40mg
Zat Besi1.9 mg
Vit. A (Carotene)150 mg
Vitamin B10.1 mg
Vitamin B20.13 mg
Vitamin C23.3 mg
Lemak3.4 g
Protin2.7 g
TANAMAN BOTANIA


Pokok :

Pokok durian boleh mencapai ketinggian sehingga 40 m. Manakala di bawah penanaman secara komersial, pokok lazimnya mencapai ketinggian di antara 12 - 20 m dan keluasan kanopi di antara 19 -12 m.


Daun :

Daun durian berbentuk bujur (oblong) berukuran 6 - 12 cm panjang dan 2 - 4 cm lebar. Permukaan atas daun berwarna hijau, berkilat sementara permukaan bawahnya berwarna keperangan dan diselaputi dengan sisik-sisik halus.


Bunga :

Terdapat di antara 20 - 60 kuntum bunga hermafrodit keluar dari tangkai pendek ( corymbose ) yang juga keluar dari dahan-dahan (cauliflorous). Bunganya besar, 5 - 7 cm panjang, berwarna putih berkrim.


Buah :

Buah durian berbentuk bulat hingga lonjong. Warnanya hijau hingga hijau keperangan. Kulitnya berduri dan tajam. Buahnya berpangsa-pangsa di antara 5 6 pangsa yang setiapnya mempunyai 1 - 5 ulas biji yang diselaputi dengan isi seperti kastad yang biasanya berwarna di antara kuning susu hingga oren.


Biji :

Kebiasaannya biji berbentuk ovat. Keadaan biji lazimnya penuh dan separuh penuh. Terdapat juga biji yang kesep.


Kultivar / Klon :

Jabatan Pertanian telah mendaftar lebih daripada 190 klon durian sejak 1934. Sehingga kini hanya 7 klon sahaja yang disyorkan untuk penanaman secara komersial di semenanjung Malaysia. Diantara klon-klon yang disyorkan adalah D24, D99, D123, D145, D158, D159 dan D169. Berikut adalah perbezaan ciri-ciri klon yang disyorkan :

Ciri-ciriD 24D 99D 123D 145D 158D 159
PokokCepat membesar, sangat sensitif kpd kemarau pada awal pertumbuhanJenis dwarf tetapi tahan lasakSederhana cepat membesar tetapi tahan lasakPertumbuhan sederhana cergasPertumbuhan sederhana cergas dan lasakPertumbuhan sederhana cergas dan lasak
BuahBuah berbentuk bujur, hijau hingga hijau keperangan. Saiz sederhana besar, purata 1.5 kg per buahBuah berbentuk bulat, berwarna hijau kelabu hingga keperangan. Saiz sederhana besar 1.8 kgBuah berbentuk oblong, berwarna hijau kelabu hingga hijau keperangan, Buah besar, purata berat 2.2 - 3.5 kgBerbentuk agak bulat. Berwarna hijau dan bersaiz sederhana (1.4 kg)Berbentuk agak bujur. Warna hijau. Bersaiz sederhana hingga besar (1.5-2.5 kg)Berbentuk oblong. Warna hijau kelabu. Saiz besar (3.5 kg)
Isi (Aril)Berwarna kuning susu hingga kuning, bertekstur halus, tebal dan pejal. Rasanya manis, sedikit pahit, beraroma kuat dan berflavorBerwarna sangat kuning.Isinya bertekstur halus dan tebal. Manis dan beraroma sederhana.Berwarna sangat kuning, tebal dan bertekstur halus. Manis, beraroma baik dan sedapBerwarna kuning hingga oren. Tebal dan bertekstur pejal. Manis dan mempunyai aroma yang kuat dan sedapBerwarna kuning pucat hingga kuning. Isinya tebal dan bertekstur halus.Manis, beraroma dan sedapBerwarna kuning pucat. Isinya tebal dan bertekstur halus. Manis dan aroma sederhana kuat
KeseluruhanKualiti buah sangat baik. Hasil tinggi dan konsisten (50-150 buah/pok/tah.) bagi pokok berumur 10-15 tahun. Sesuai ditanam di hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia. Kecuali di kawasan yang mempunyai kemarau yang panjangKualiti buah sederhana baik. Hasil konsisten (30-120 buah /pok/tah) bagi umur 10-15 tahun.Kualiti buah baik. Hasilnya tinggi dikawasan yang mempunyai musim kering yang nyata (25 - 90 buah /pokok/tahun)Kualiti buah sangat baik. Pokok matang berhasil 65 buah/pok/tah. Banyak ditanam di PahangKualiti sangat baik di kawasan kering yang nyata. Ditanam di KedahKualiti buah baik di kawasan yang mempunyai musim kemarau yang nyata. Buat masa ini didapati ditanam di Kedah dan Kelantan
KEPERLUAN TANAMAN


Cuaca :

Tanaman durian sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai hujan di antara 1800 mm – 4000 mm setahun dan suhu di antara 27 - 35ºC. Mempunyai musim kering di antara 2 - 8 minggu untuk menggalakan proses pembungaan, terpulang kepada klon.


Tanah :

Tanaman durian boleh hidup dengan baik di tanah berpasir hingga lom berpasir.yang mempunyai saliran yang baik. Kawasan tanah yang sesuai adalah siri Rengam, Jerangau, Kangkong, dan Selangor. Kawasan yang beralun, kecerunan 6-12 degree dan di lereng bukit adalah sangat sesuai untuk penanaman durian.


Zon Agro-iklim :

Kombinasi Klon:
Secara amnya adalah disyorkan 3 - 5 klon durian ditanam secara komersial bagi menggalakkan pendebungaan bersilang dan untuk memudahkan perancangan pasaran. Ini akan merangkumi 50 - 70% klon utama, 20 - 50% dari klon yang dapat membantu dalam proses pendebungaan dan 5 - 20% dari klon pilihan iaitu klon tempatan.


AMALAN KULTUR



Bahan Tanaman :

Pokok durian dibiak secara tampang melalui cantuman mata tunas atau baji. Di Malaysia, cara yang biasa digunakan ialah dengan menyediakan anak pokok didalam polibeg yang seterusnya dicantum dan dibesarkan sehingga mencapai spesifikasi yang ditetapkan (Malaysian Standard). Bagi bahan tanaman lanjutan (APM) pokok cantuman dijaga sehingga mencapai ketinggian 1 - 1.5 m di tapak semaian sebelum dipindah ke ladang. Bahan ini digunakan bagi mengurangkan tahap kematian diladang. Cantuman ladang boleh juga diamalkan terutama dikawasan yang curam dimana anak biji ditanam terus ke ladang dan dicantum apabila sesuai.


Jarak Tanaman :

Sistem penanaman yang lazimnya digunakan ialah sistem empat segi tepat iaitu 10 X 10 m (100 pokok/ha) atau 12 X 12m ( 69 pokok/ha). Menanam secara kontur pada jarak 10 m digunakan bagi kawasan curam.


Menanam :

Lubang berukuran 0.6 m X 0.6 m X 0.6 m digali dan dibiarkan selama 2 - 4 minggu. Sebanyak 5 - 10 kg bahan organik berserta 200 g CIRP dimasukkan kedalam lubang tanaman dan digaul rata. Anak pokok ditanam di tengah lubang, ditimbus dan dipadatkan pada pangkalnya.


Pemangkasan :

Pemangkasan yang betul adalah penting bagi menggalakan pokok durian berbunga awal dan mengeluarkan hasil yang tinggi.

Sistem pemangkasan yang terlibat adalah seperti berikut:-
i) Cantasan bagi membentuk batang utama.
ii) Membentuk cabang seawal yang boleh bagi menggalakkan penghasilan awal.
iii) Cantasan pengurusan bagi mengekalkan pokok sentiasa subur dan produktif.
iv) Cantasan untuk mengurangkan ketinggian pada masa dan keadaan yang sesuai.


Pembajaan :

Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

PeringkatUmur pokok(tahun)Jenis BajaKadar
(kg/pokok/tahun)
Masa Aplikasi
0CIRP
Bahan Organik
0.2
5-10
Semasa menanam
Vegetatif1
2
3
4
5
15 : 15 : 15
atau
15 : 15 : 6 : 4
Bahan Organik
0.5
1.0
2.0
3.0
2 - 4 kg
4 kali setahun (terutama awal musim hujan)
3 kali setahun selepas merumput
Pengeluaran Hasil6–7
8–10
11 ke atas
12:12:17:2 + TE
atau
13:13:20:2 + TE
Bahan Organik
6
7
8
5 - 10 kg
3 kali setahun seperti berikut:-
i) ¼ drpd jumlah 1 - 2 bulan sebelum
   berbunga.
ii) ¼ drpd jumlah pada peringkat awal
  berputik.
iii) ½ drpd jumlah selepas pungut hasil.
Pengurusan Air :
Pokok durian hendaklah diberi air pada musim kemarau supaya pertumbuhan tidak terbantut terutama D24 yang sangat sensitif dengan keadaan kemarau. Pengairan titis atau perencis mikro boleh digunakan untuk menyiram.


PENGURUSAN PEROSAK



Penyakit :

Penyakit- penyakit utama bagi durian adalah seperti berikut :

Penyakit
Tanda-tanda
Kawalan
1. Kanker batang
   (Phytophthora palmivora)
Lelehan berwarna coklat keluar dari nekrosis dipangkal batang dan juga boleh menyerang dahan dan akar. Daun yang diserang menjadi coklat dan matiKikis kulit batang yang dijangkiti dan sapu dengan bahan aktif metalaksil (Ridomil) atau fosetil aluminium ( Aliette)
2. Hawar daun
   (Rhizoctonia solani)
Daun yang dijangkiti menjadi perang dan gugurGuna racun kulat benomyl 0.03% a.i.
3.Cendawan angin
   (Corticum salmonicolor)
Ranting yang dijangkiti dipenohi dengan maicilia merah jambu Jangkitan terok daun akan gugur dan ranting akan matiGuna racun kulat berkuprum seperti copper oxychloride a.i. 0.1%.
4. Kulapok Hitam
    (Meliola sp.)
buah dan boleh mengganggu proses fotosintesis pada daun dan pada buah kelihatan kotor dan tidak menarikGuna racun kulat maneb @ 0.1 % a.i. Guna white oil untuk mengawal thrips.
Serangga :

Serangga yang biasa menyerang durian adalah seperti berikut :

PerosakTanda-tandaKawalan
1. Mudaria Pengorek  buah  (Mudaria magniplaga)Serangga dewasa bertelur pada buah muda hingga matang. Larva akan memakan isi dan mengorek hingga ke biji sebelum korek keluar untuk menjadi pupaDimethoate a.i. 0.1%
2. Monogatus Pengorek buah  (Monogatus punctiferalis)Menyerang kudup bunga,putik buah dan buah yang sedang membesar. Ulat ini memakan bahagian kulit sahaja. Kesan serangan boleh dilihat dengan adanya gumpalan tahi berwarna perang dicelah-celah duriDimethoate a.i. 0.1%
3. Teritip
    (Pectenococus sp.)
Pokok yang diserang menjadi pudar dan akan diselaputi oleh kulapuk hitam. Daun menjadi kering dan layu dan terus mati.Dimethoate a.i. 0.1%
4. Koya (Mealy bugs)Menyerang daun dan bunga tetapi tidak serius.Sembur dengan white oil pada bahagian yang diserang.
5. Kumbang platypus
 (Platypus capulatus Chap)
Pokok yang diserang akan kelihatan layu.Di batang pokok akan kelihatan lubang-lubang halus yang banyak dan terdapat habuk yang dikeluarkan dari lubang tersebut.Bahagian batang yang diserang perlu disapu dengan racun jenis sistemik seperti azodrin, rogor dan tamaron.
6. Pengorek batang
(Batocera gultata dan   Zeuzera coffeae)
Menyerang ranting dahan tetapi tidak seriusSuntik dengan dimethoate.
Mamalia Perosak :
Perosak lain yang memberi kesan terhadap hasil termasuk tupai dan monyet. Ini boleh di kawal dengan menjerat dan menembak.


Rumpai :

Bersihkan kawasan keliling pokok pada peringkat awal pertumbuhan dengan menggunakan cangkul atau sabit. Sungkupan adalah disyorkan bagi mengurangkan pertumbuhan rumpai di keliling pokok dan juga kelembapan dikekalkan. Rumpai di antara barisan dikawal dengan bahan kimia atau dengan menanam kacang penutup bumi.


KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL



Kematangan :

Pokok durian yang ditanam dari benih cantuman biasanya mengeluarkan hasil pada tahun ke enam selepas ditanam walaupun kadangkala ada pokok yang boleh mengeluarkan hasil pada umur 4 atau 5 tahun selepas menanam. Pokok dari benih anak biji pula mengeluarkan hasil selepas 7 - 10 tahun menanam.


Hasil :

Hasil pada peringkat awal pengeluaran adalah tidak menentu dan rendah (10 - 60 buah sepokok) dan boleh meningkat kepada 50 - 100 buah/pokok pada umur 10 tahun. Pokok durian yang menjangkau umur 20 tahun atau lebih boleh mengeluarkan hasil sehingga 100 - 200 buah sepokok semusim. Walau bagaimanapun hasil berubah dari tahun ketahun mengikut keadaan cuaca.


Musim :

Pokok durian mengeluarkan hasil yang tidak menentu, iaitu pengeluaran yang tinggi pada satu tahun dan berkurangan pada tahun berikutnya. Di bahagian utara seperti Kedah, Perlis dan Penang. Musim utama ialah dari bulan April hingga Julai sementara dibahagian selatan ialah pada bulan Jun hingga September. Di setengah kawasan dimana terdapatnya musim kemarau pada pertengahan tahun musim berbuah akan jatuh pada hujung tahun iaitu bulan November hingga Januari. 


Pendebungaan Berbantu :

Pada keadaan biasa dimana beberapa campuran klon ditanam di sesuatu kawasan pendebungaan berbantu tidak diperlukan memandangkan bilangan buah yang keluar adalah tinggi. Jika sekiranya terdapat di mana pada awal penghasilan hanya terdapat kekurangan bunga maka pendebungaan berbantu boleh diamalkan.


Penuaian :

Di Malaysia amalan yang biasa ialah dengan membiarkan buah jatuh ke tanah bagi mendapat buah yang matang (optimum) untuk dimakan segar. Buah durian boleh juga dipetik dengan memotong buah apabila mencapai peringkat matang melalui beberapa kaedah dan dibiarkan tangkainya jatuh sebelum digunakan.


PENYIMPANAN HASIL



Penyimpanan :

Buah durian yang luruh ke tanah apabila sudah masak boleh disimpan di antara 1 - 4 hari pada suhu ambien (28°C) mengikut klon. Suhu yang rendah (5 - 10°C) boleh memanjangkan tempoh penyimpanan ke 2 - 4 minggu. Buah durian yang hampir matang sepenuhnya hendaklah disimpan pada suhu yang lebih tinggi (15°C) bagi mengelakkan kesan sejukbeku. Pada suhu ambien buah-buah ini boleh disimpan di antara 1 - 2 minggu terpulang kepada peringkat kematangan semasa memotong.


EKONOMI


Jumlah kos pengeluaran sehektar bagi 25 tahun ( dengan D24 sebagai klon utama) ialah RM 90,000.00.

Berdasarkan kepada harga di ladang sebanyak RM4.00/kg
· NPV (Nilai Kini Bersih) pada 10% ialah RM130,000.00
· IRR ( Kadar Pulangan Modal) ialah 35% dan
· B/C ( Nisbah Faedah Kos) pada 10% ialah 5.3

* Kredit Kepada Jabatan Pertanian Malaysia

Nor Amran Abdullah 
Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur ( PPM-001-14-13052013) Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka
 Exco Kebajikan, Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia, Cawangan Putrajaya

Tuesday, July 23, 2019

WAJAH TERAKHIR TOK KENALI WALI ALLAH

Related Posts with Thumbnails Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, amirul mukminin khalifah yg 4, sahabat sahabat Nabi, para wali2 Allah
1) Sayyidina As Syeikh Jaafar As Shodiq
2) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abdul Qodir Al Jailani
 3) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abu Hassan Syazili
4) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abu Yazid Al Bustami
5) Sultan Aulia Abdul Kuzumi Al Kholidi
6) Sultanul Ariffin As Syeikh Junaid Al Baghdadi
7) Sultanul Ariffin As Syeikh Yahya Al Kholidi
8) Sultanul Ariffin As Syeikh Buha'uddin Naqsabandi




Gambar wajah akhir Al Alim Al Alamah Tok Kenali.

Photo ini telah dikemaskini dan dinaikkan warnanya di Hong Kong untuk mendapatkan warna sebenar pakaian Tok Kenali.

Ini adalah pakaian Tok Kenali dalam safar.
Gambar ini diambil semasa Tok Kenali bersiap hendak ke Pahang. Antara gambar paling rare di dunia . Kita selalu tengok gambar Tok Kenali waktu beliau bertubuh gempal.

Gambar asal kepada gambar ni terlalu lusuh dan tidak jelas. Sebab itu ia dihantar ke Hong Kong untuk dibaik pulih. Pada hari hari biasa Tok Kenali tidak berbaju, baju beliau akan digantung di bahu dan berkain pelikat singkat ...

Moga ALLAH Ta'ala menempatkan Tok Kenali dikalangan para Syuhada dan Solihin .. . Aamiin

:- Kredit buat Ustaz  Wan Asrul Al-Kalantani.
































 Nor Amran Abdullah Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur ( PPM-001-14-13052013) Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka Exco Kebajikan, Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia, Cawangan Putrajaya

Tuesday, July 9, 2019

ZIARAH MAKAM WALI ALLAH

Related Posts with Thumbnails Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, amirul mukminin khalifah yg 4, sahabat sahabat Nabi, para wali2 Allah
 1) Sayyidina As Syeikh Jaafar As Shodiq
2) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abdul Qodir Al Jailani
3) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abu Hassan Syazili
4) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abu Yazid Al Bustami
5) Sultan Aulia Abdul Kuzumi Al Kholidi
6) Sultanul Ariffin As Syeikh Junaid Al Baghdadi
7) Sultanul Ariffin As Syeikh Yahya Al Kholidi
8) Sultanul Ariffin As Syeikh Buha'uddin Naqsabandi


Pada 6 - 7 Julai 2019, alhamdulillah jemaah Lantabur telah bergerak jam 10 pagi ke Kg Gajah PErak untuk beriktikaf di Masjid Muhamadiah, Kg Air Mati Mukim Bandar, Kg Gajah Perak...ni kali ke 5 aku dah ke sini, apa yang menariknya Masjid ni ?????

1. Masjid ni dah lama org kg tak mendirikan solat Jumaat
2. Kg dah kurang orang asal
3. Sekrang yg memakmurkan adalah segelintir penduduk waris asal dan beberapa pekerja warga Indonesia.
4. Walaupun solok iaitu 5KM dari Jalan Besar / Main Road tp masjid tersebut sekarang ni tlh diubahsuai menjadi lebih cantik, ada pendingin hawa dan segalanya tip top utk sebuah fungsi masjid.

Berhampiran masjid ini ada satu Makam Wali Allah yg kurang dikenali akan tetapi di alam kewalian al marhum adalah antara yang tinggi makam darjat kewalian di tanah Melayu. Kebiasaanya pengikut jalan kesufian yang terbuka hijabnya pasti akan tahu, dan buat masa ini jemaah kami antara pengunjung tetap Masjid Ini.......kerana hubungan kerohanian wujud, kalau setakat jemaah biasa-biasa atau tabligh mgkn tak masuk sini sebab orang kampung dah hampir tiada lg....hanya mengharapkan kg sebelah...dan jarak antara kg ke kg adalah jauh.

Siapakah Wali Allah yang dimaksudkan ??

Tunggu...

Maklumat di bawah ini adalah dari Wikipedia mengenai Kampung Air Mati....

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Kampung Air Mati
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Air Mati
Flag
Mohor rasmi Kampung Air Mati
Mohor
Moto: 
"Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu kebangsaan: 
MENU
0:00

Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriNegeri Perak
DaerahKampung Gajah
KampungKampung Air Mati
Kerajaan
 • JenisRaja berperlembagaanelektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Muhammad V
 • Perdana MenteriTun Dr. Mahathir bin Mohamad
 • Timbalan Perdana MenteriDatuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Penduduk 
( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki, perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
36800
Kod kawasan+605
Lokasi Kampung Air Mati di Peta Google
Kampung Air Mati merupakan sebuah kampung yang terletak di Kampung Gajah, dalam negeri Perak, iaitu sebuah negeri di Malaysia.
Kampung Air Mati terletak di tebing kiri Sungai Perak, dalam mukim BandarKampung GajahPerak. Kampung ini sering dilanda banjir lebih-lebih lagi sebelum Empangan Temenggor siap dibina pada tahun 1976.
Sebagaimana kampung-kampung di tebing sebelah kiri Sungai Perak, kampung ini menghadapi masalah perhubungan yang serius sebelum tahun 1987. Sistem pengangkutan yang ada ketika itu ialah menggunakan bot, sebesar bot nelayan pantai.
Antara bot yang ada sekitar tahun 1960-an dan 1970-an ialah bot 88, bot Pak Ismail, bot Mat Lepap, bot Ghazali, bot naga dan lain-lain.
Di Kampung Air Mati terdapat tiga buah surau dan sebuah masjid. Masjid batu ini dibina berhampiran masjid kayu bertiang pada tahun 1960 dan dirasmikan oleh Tun Abdul Razak. Tun Razak dikatakan menjelajah ke seluruh negara lebih 200,000 kilometer dengan kereta, Vespa dan basikal. Untuk pergi ke sana ketika itu, Tun Razak terpaksa menggunakan bot, mudik dari Durian SebatangTeluk Intan

























 Nor Amran Abdullah Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur ( PPM-001-14-13052013) Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka Exco Kebajikan, Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia, Cawangan Putrajaya

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...