Saturday, June 7, 2008

Komponen BN Berang Mengenai Harga Minyak

Sila layari www.malaysiakini.com/news/84111

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Kenaikan MInyak Dunia

Kenaikan minyak dunia amat mendukacitakan rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung kos bahan api dinegara ini. Kenaikan sebanyak 41% kos bahan petrol dinegara ini amat mendadak, cuba bayangkan lepas ini semua harga barang keperluan asas akan naik kerana keperluan asas yang diangkut semuanya dengan lori atau van yang menggunakan minyak bukannya guna basikal. Aduhh..... saya pon terasa bahangnya, bayangkan semalam mak mertua saya memberitahu harga tong gas 14KG telah diwar-warkan naik hingga mencecah RM32.00 setong di Tanjong Malim, Perak. Perkara ini memang tak mustahil, mungkin manipulasi peniaga menaikkan harga barang sewenang-wenangnya tanpa kawalan. Kerajaan harus mengambil langkah segera. Semalam Dato' Noh Omar kata tambang pengangkutan awam tidak naik, tapi hari nie ada pengusaha bas awam kata tambang akan dinaikkan. Saya rasa sekarang ni macam keadaan tak terkawal laaaaa. Semuanya naik, tak turun-turun, saya harap Dato' Noh Omar dapat turun padang menyelesaikan kemelut ini dan bantu rakyat pertengahan dan berpendapatan rendah. Kalau boleh jangan cakap jer kat paper, itulah yang diharapkan. Saya berharap agar kerajaan Barisan Nasional sekarang ini dapat mengatasi kemelut sekarang dengan disamping tentangan dari Pakatan Rakyat dan Tun Mahathir. Kalau tak bersungguh2, mungkin tak lama lagi Dato' Seri Anwar akan berada di tampuk kerajaan Malaysia. Apa-apa pon saya yang nuetral ini berharap kerajaan dapat bersungguh-sungguh mengatasi masalah ini
Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Wednesday, June 4, 2008

BERSABAR ATAS KENAIKAN MINYAK

Kita telah sedia maklum tentang pengumuman kerajaan menaikkan harga minyak petrol dari 1.92 kepada 2.70 begitu juga dengan diesel, kerajaan juga umum bayaran rebet pembaharuan cukai jalan bg motor dan kereta dan kerajaan akan menstruktur semula subsidi diesel.
Pada saya ada pro dan kontra dalam perkara ini, pada mulanya naik angin juga saya bila tahu minyak naik adalah 2-3 jam pening kepala, tapi kalau nak difikirkan bagus jugak untuk saya agar tekanan kenaikan ini dapat saya berusaha mencari duit lebih...... dgn lebih lagi dan tidak dalam keadaan selesa. bukan apa kalau saya dalam keadaan selesa , kita tak berusaha cari duit, tapi kalau kita dalam keadaan tertekan, barulah kita nak berusaha cari duit macam kita berada di negara orang. Tengok orang Melayu di London atau negara lain, semuanya berjaya kerana desakan persekitaran hidup. Apa-apa pun mulai esok kerajaan Barisan NAsional akan berhadapan bermacam-macam bantahan, kerenah dan demonstrasi dari rakyat yang tidak berpuashati dengan perkara ini. Itu ini UBAHLAH MINDA KITA, TAKBIRR................
nOTE : MARILAH KITA BERSATU UNTUK MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA

Thursday, May 29, 2008

Latihan Bowling KBKPj




Pada 27 Mei 2008 (Selasa) jam 6.00 petang satu latihan bowling bulanan telah diadakan di ARL Bowl, Alamanda, Putrajaya seramai 11 orang ahli Kelab Bowling Kastam Putrajaya telah mengambil bahagian dengan mendapat tunjuk ajar oleh Saudara SAbri dan Tuan Nadzri. Walaupun sedikit sahaja yang hadir akan tetapi tunjuk ajar yang diberikan adalah amat berkesan kerana mudah bagi Saudara Sabri dan Tuan Nadzri mengajar.

Saturday, May 24, 2008

Selamat Bersara Dato' Ibrahim Jaapar

Pada 24 Mei 2008, YBhg. Dato' Hj. Ibrahim Bin Jaapar , Timbalan Ketua Pengarah Kastam ( Pengurusan ){ Gred JUSA B }telah diraikan sempena Majlis Persaraan beliau. Beliau yang saya kenali, merupakan seorang yang mesra dan tegas, sepanjang saya mengenali beliau, Ybhg Dato' Ibrahim mudah mesra dan tidak sombong begitu juga kerjanya

SEMOGA BERJAYA DALAM KEHIDUPAN SEBAGAI PESARA

Bengkel MPK dan FM

Pada 14 hingga 18 Mei yang lalu saya sebagai Urusetia Bengkel MPK dan FM Fasa I Anjuran Bahagian Akaun KDRM telah bertolak ke Pulau Langkawi untuk menguruskan Bengel MPK dan FM bertempat di ASEANIA RESORT, Pantai Cenang, Pulau Langkawi. Ketua Akauntan bersama 24 ahli berbengkel di sana bagi mendapatkan tunjuk ajar untuk membuat MPK dan FM. Saya, Shamsul Anuar dan M.Azhar telah mengendalikan majlis tersebut dengan jayanya dan Ketua Akauntan telah memberikan penghargaan. Penceramah jemputan dari INTAN telah dijemput memberikan ceramah iaitu Puan Sarengah M. Sam dan Puan SUzana Edros. Selain aktiviti berbengkel sesi tour de langkawi di Pekan Kuah telah diadakan, begitu juga tour de Gunung Mat Chinchang , Makam Mahsuri dan tour de gamat rojam. Bagi Bengkel Fasa II pula pada 28 hingga 1 Jun 2008 , saya tidak dapat hadir kerana ada Midterm Undang2 dan Fiqh Jenayah, tapi saya telah mengamanahkan tugasan saya kepada en. Zainuddin.
CONCLUSION....... MEMANG BEST, for next project saya telah diamanahkan oleh Ketua Akauntan untuk mengadakan Kursus Public Speaking dan Mencandat Sotong ( 2 plus 1 ) di Kuala Terengganu dan Team Building... INSYALLAH
HIDUP PULAU BATU PUTIH..... yang tidak putih di mata rakyat Malaysia

Thursday, May 8, 2008

SURVEY DI Langkawi







Saya bersama Mat Sahrom dan Mr.Rashid telah bertolak ke Kuala Nerang pada 4 Mei 2008 (AHAD) untuk ke Pulau Langkawi dan menghadiri kenduri Saudara Farid Ibrahim di Pekan Kuala Nerang, jauh ler.... jugak. Ramai gak yang datang , satu bas Jabatan 44 orang dari Perolehan dan Kewangan juga hadir, Dato' Karim dan ramai lagi. ALHAMDULLILAH akhirnya Farid berjaya mendirikan masjid walaupun hanya tinggal 2 tahun lagi beliau akan berpencen ( kalau tak smbg 2 tahun ). Dalam pada itu pemergian saya ke Langkawi selepas majlis di Kuala Nerang adalah untuk discuss dgn pihak Aseania Resort di Pantai Cenang bagi persiapan Bengkel Fail Meja dan Manual Prosedur yang berlangsung pada 14 hingga 18 Mei utk FASA I dan 28 Mei hingga 1 Jun utk FASA II. Saya sebagai urusetia bengkel dalam bulan Mei ni..........memang BZ giler...........



tambahan pula memegang tanggungjawab sebagai Bendahari Kelab Bowling, Bendahari Prasiswazah ( Eksekutif ) batch 5 Pengajian Islam Syariah UKM, ahli PUTRAHEATCLUB (badminton), beginner golfer, nak buat assignment ler, dan beribu-ribu LEMON............................






OK JUMPA LAGI

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...