Sunday, August 10, 2008

OLYMPIC 08.08.08 CHINA

Bermulah tirai sukan Olimpik Beijing 2008, dengan bermula satu era moden sukan dunia,dengan gahnya Stadium Sarang Burung dan Kiub yang bersebelahan, diyakini Negara China dapat menjuarai pungutan pingat dari kalangan semua negara bertanding khususnya Emas. Permulaan persembahan malam perasmian yang saya rasa amat-amat berpuashati, seperti menonton filem sejarah awal Negera China hinggalah ke China Moden kini. Penggunaan efek khas amat menakjubkan dengan pelari yg membawa obor di ikat dengan tali dan berlari hingga ke bumbung Stadium sehinggalah menyalakan obor Sukan Olimpik. Sukan Olimpik akan berlangsung dari 8 Ogos hingga 24 Ogos 2008, dengan harapan agar Malaysia, setidak-tidaknya membawa pulang apa-apa pingat tidak kira apa warna sekalipun.

MALAYSIA BOLEH....................!!!!! SAKSIKAN DI BAWAH INI VIDEO KLIP HEROES OLIMPIK DAN KLIP SETERUSNYA SEORANG ATLIT JUDO YANG MEMENANGI EMAS.( SANGAT MENARIK )





Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Wednesday, August 6, 2008

Perlawanan Futsal Muhibbah Bahagian Akaun

Pada 5 Ogos 2008 bermula jam 9.00 malam bertempat di Pusat Komuniti Cyberjaya, satu perlawanan muhibbah di antara Pasukan Gagak Hitam VS Kuda Putih telah berlangsung dengan jayanya. Seramai hampir 20 orang pemain Bhgn Akaun dan beberapa pemain import Bahagian lain turut serta dalam menjayakan perlawanan yang amat memenatkan ( maklumlah enjin 1.3, mana taknya main kejap dah pancit ). Itu takpe, yang penting sokongan padu pemain dengan kerjasama yang diberikan amatlah membanggakan, hubungan yang mesra telah diterjemahkan ketika perlawanan berlangsung dan ketika tamat perlawanan. Saksikan klip video di bawah.
Kalah menang adat bertanding.

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Tuesday, August 5, 2008

Perlawanan Futsal

Pada hari ini 5 Ogos 2008 Selasa, akan diadakan perlawanan FUTSAL muhibbah antara kakitangan Bahagian Akaun, Ibu Pej. KDRM yang berlangsung di Cyberjaya Community Centre jam 9.00 malam. Team A dan team B bertarung.... apa2 pon
maklumat selanjutnya atau keputusannya akan dimaklumkan kelak



Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Monday, August 4, 2008

Martial Arts


Saya sebenarnya di dalam hati kecil ini perasaan membuak-buak untuk meneruskan perjuangan saya dalam ilmu seni pertahanan diri, berada di kota pusat pentadbiran kerajaan persekutuan putrajaya, membantutkan hajat saya untuk mencari mencari ilmu ini. Badminton, futsal, bowling dan yang terkini golf kini menjadi sukan saya. Akan tetapi ilmu pertahanan diri sebenarnya yang sedang tercari-cari. Maklumlah basic pertahanan diri begitu mendalam dalam hati ini. Bukan apa, saya menjadi puas kalau dapat mencari ilmu ini. Majalah seni beladiri keluaran Azlan Ghanie Sdn. Bhd dilanggan setiap bulan. CD Senaman Tua sudah pun dibeli di pejabatnya di Danau Kota. Tapi CD, tak puas tengok..... nak belajar direct... masa ada kursus kejurulatihan Senaman Tua bulan ......( lupa lak ) tak dapat join, pasal ada exam semester di UKM. So, mencari jugalah, tadi masa minum dengan kawan di Presint 9 ( food court ) belakang mamak kembar, ada nampak org pakai baru t shirt silat 4 orang, tapi tak sempat nak tanya, mungkin ada kelas silat kot kat sini.

Takpe satu hari nanti ada ler, 2 tahun lepas ada gak pergi kat Puchong ( Gelanggang Pusaka Gayong ) tapi member yg bawak tu, dah tukar Sg. Petani. Melepas..... Anyway for this moment focusing on bowling and golf.

Wassalam


Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Tuesday, July 29, 2008

Tempahan dodol BERMULA

aSSALAMUALAIKUM WRH. WBT

Kepada semua teman2 sekalian, tempahan untuk dodol Melaka yang diberi nama DODOL NENEKKU telah bermula


Harga

Bekas kecil bulat RM 2.00

1/2 kilo RM 12.00

1 kilo RM 22.00


Sesuai untuk tempahan hari raya, goodies orang kahwin, hadiah kepada orang dsb




Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Monday, July 21, 2008

ISU-ISU TERKINI MENENGGELAMKAN KESENGGSARAAN RAKYAT

Saya sampai satu peringkat sudah mula boring dan geram pada paper arus perdana kerana cerita2 liwat, fitnah, sana tak betul sini tak betul..... meluatnya... Sebab apa berita2 sensasi ini telah meneggelamkan kesengsaraan rakyat akibat kenaikan harga minyak.
Buat masa sekarang ni, apa2 topik yang dibincangkan adalah terarah kepada cara macam mana nak meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Semalam adik saya bagitau, geng2 dia dah mula menceburi bidang ternakan cacing, lintah, tanam serai @ wangi, buluh mas, lembu, unit trust laaa. Ini menunjukkan bahawa sebenarnya rakyat kini terdesak dan ingin keluar dari belenggu ekonomi sekarang. ( tapi baguih jugak kan , agar rakyat lebih kuat berusaha ). Itu yang mampu nak bisnez kecik2, tapi bagi orang kampung yg takde harta camna.......
Kesian rakyat kerajaan mengatakan kita diberi SUBSIDI, kalau syarikat dinamakan INSENTIF, sama ler tu. Walau apa pon yang terjadi sebagai rakyat, kita wajib berbuat sesuatu untuk meningkatkan ekonomi kita.

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...