Pada hari ( Jumaat 15 Ogos 2008 )ini selepas perbincangan dan keputusan mesyuarat exco bowling pada pagi tadi, majlis sepetang bersama Penasihat Bowling tetap akan dilaksanakan, majlis ramah mesra bersama ahli kelab bowling akan tetap berlangsung,Tuan Presiden dengan berbesar hati akan memaklumkan aktiviti semasa dan aktiviti akan datang untuk semua ahli Kelab. Kepada semua ahli kelab Bowling Ibu Pejabat, datanglah beramai-ramai ke Bilik Eksekutif Lounge di aras 3 Selatan, jamuan disediakan.
Dan jangan lupa pada 19 Ogos 2008 (SELASA) siri latihan Bowling kali ke-7 akan berlangsung di ARL Bowl, Alamanda DATANG... JANGAN TAK DATANG....
ADIOS
Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM
" Bandingan ( derma ) orang2 yg membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji dan ( INGATLAH), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yg dikehendakinya-NYA dan Allah Maha Luas ( Rahmat ) kurniaNYA, lagi meliputi ilmu pengetahuanNYA. ( AL-BAQARAH : 261 )
Tuesday, August 12, 2008
Sunday, August 10, 2008
OLYMPIC 08.08.08 CHINA
Bermulah tirai sukan Olimpik Beijing 2008, dengan bermula satu era moden sukan dunia,dengan gahnya Stadium Sarang Burung dan Kiub yang bersebelahan, diyakini Negara China dapat menjuarai pungutan pingat dari kalangan semua negara bertanding khususnya Emas. Permulaan persembahan malam perasmian yang saya rasa amat-amat berpuashati, seperti menonton filem sejarah awal Negera China hinggalah ke China Moden kini. Penggunaan efek khas amat menakjubkan dengan pelari yg membawa obor di ikat dengan tali dan berlari hingga ke bumbung Stadium sehinggalah menyalakan obor Sukan Olimpik. Sukan Olimpik akan berlangsung dari 8 Ogos hingga 24 Ogos 2008, dengan harapan agar Malaysia, setidak-tidaknya membawa pulang apa-apa pingat tidak kira apa warna sekalipun.
MALAYSIA BOLEH....................!!!!! SAKSIKAN DI BAWAH INI VIDEO KLIP HEROES OLIMPIK DAN KLIP SETERUSNYA SEORANG ATLIT JUDO YANG MEMENANGI EMAS.( SANGAT MENARIK )
Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM
MALAYSIA BOLEH....................!!!!! SAKSIKAN DI BAWAH INI VIDEO KLIP HEROES OLIMPIK DAN KLIP SETERUSNYA SEORANG ATLIT JUDO YANG MEMENANGI EMAS.( SANGAT MENARIK )
Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM
Thursday, August 7, 2008
Wednesday, August 6, 2008
Perlawanan Futsal Muhibbah Bahagian Akaun
Pada 5 Ogos 2008 bermula jam 9.00 malam bertempat di Pusat Komuniti Cyberjaya, satu perlawanan muhibbah di antara Pasukan Gagak Hitam VS Kuda Putih telah berlangsung dengan jayanya. Seramai hampir 20 orang pemain Bhgn Akaun dan beberapa pemain import Bahagian lain turut serta dalam menjayakan perlawanan yang amat memenatkan ( maklumlah enjin 1.3, mana taknya main kejap dah pancit ). Itu takpe, yang penting sokongan padu pemain dengan kerjasama yang diberikan amatlah membanggakan, hubungan yang mesra telah diterjemahkan ketika perlawanan berlangsung dan ketika tamat perlawanan. Saksikan klip video di bawah.
Kalah menang adat bertanding.
Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM
Kalah menang adat bertanding.
Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM
Tuesday, August 5, 2008
Perlawanan Futsal
Pada hari ini 5 Ogos 2008 Selasa, akan diadakan perlawanan FUTSAL muhibbah antara kakitangan Bahagian Akaun, Ibu Pej. KDRM yang berlangsung di Cyberjaya Community Centre jam 9.00 malam. Team A dan team B bertarung.... apa2 pon
maklumat selanjutnya atau keputusannya akan dimaklumkan kelak
Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM
maklumat selanjutnya atau keputusannya akan dimaklumkan kelak
Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM
Monday, August 4, 2008
Martial Arts
Saya sebenarnya di dalam hati kecil ini perasaan membuak-buak untuk meneruskan perjuangan saya dalam ilmu seni pertahanan diri, berada di kota pusat pentadbiran kerajaan persekutuan putrajaya, membantutkan hajat saya untuk mencari mencari ilmu ini. Badminton, futsal, bowling dan yang terkini golf kini menjadi sukan saya. Akan tetapi ilmu pertahanan diri sebenarnya yang sedang tercari-cari. Maklumlah basic pertahanan diri begitu mendalam dalam hati ini. Bukan apa, saya menjadi puas kalau dapat mencari ilmu ini. Majalah seni beladiri keluaran Azlan Ghanie Sdn. Bhd dilanggan setiap bulan. CD Senaman Tua sudah pun dibeli di pejabatnya di Danau Kota. Tapi CD, tak puas tengok..... nak belajar direct... masa ada kursus kejurulatihan Senaman Tua bulan ......( lupa lak ) tak dapat join, pasal ada exam semester di UKM. So, mencari jugalah, tadi masa minum dengan kawan di Presint 9 ( food court ) belakang mamak kembar, ada nampak org pakai baru t shirt silat 4 orang, tapi tak sempat nak tanya, mungkin ada kelas silat kot kat sini.
Takpe satu hari nanti ada ler, 2 tahun lepas ada gak pergi kat Puchong ( Gelanggang Pusaka Gayong ) tapi member yg bawak tu, dah tukar Sg. Petani. Melepas..... Anyway for this moment focusing on bowling and golf.
Wassalam
Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM
Bendahari KBKPj
KDRM
Subscribe to:
Posts (Atom)
FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...
-
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, amirul mukminin khalifah yg 4, sahabat sahabat Nabi, para wa...
-
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, amirul mukminin khalifah yg 4, sahabat sahabat Nabi, para wa...
-
Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kem...