Thursday, December 18, 2008

HATI-HATI BILA NAK MAKAN DI KOPITIAM " NISSIN NOODLE TIDAK HALAL"







Hati-hati wahai orang yang mengaku dirinya ISLAM, byk kopitiam pada ketika ini menghidangkan menu yang ada nissin noodle, hati-hati bila menyemak menu ketika nak makan, saya sebagai orang ISLAM, rasa bertanggungjawab pula nak sebar benda ini. So lihatlah gambar diatas. Akhir sekali, hati-hati bila nak makan tu, pastikan makanan anda itu halal dan tidak meragukan kehalalannya. Kalau rasa ragu-ragu makanan itu, maka janganlah makan. Tapi kalau nak kompom halal, carilah produk halal dan MASAK SENDIRI BEB......................
HATI-HATI

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

KES KEPALA BABI DI MELAKA BERULANG LAGI

Kes mengantung kepala babi hutan telah berulang lagi di Melaka pada hari ini 17 Disember 2008. Kali ini kepala babi itu digantung di pagar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak, Melaka. Penjenayah yang melakukan perkara provokasi tersebut harus di cari hingga ke lubang cacing. Tapi saya amat pelik kerana penjenayah itu masih belum lagi ditemui oleh polis yang dikatakan hebat macam Scotland Yard, walaupun sudah kali ketiga perkara ini berlaku ( kalau tak silap saya ). Kalau perompak tu, cepat pulak di kesan dan ditangkap.
Tapi apa-apa pon saya amat bersetuju benor kalau penjenayah yg melakukan provokasi kepala babi itu di tangkap dengan I.S.A jer. Sebab provokasi yang dia buat tu akan menimbulkan kemarahan orang kampung dan menggugat ketenteraman awam dan boleh berlaku rusuhan. Polis jangan sumbat orang ni di penjara Kajang, tapi disumbatkan kat penjara kamunting (ISA). Sekian


Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Monday, December 1, 2008

THE HIGHEST POSITION OF THE WORLD

Do you know who is sitting in The Highest Position of the World ?!

U.S President ?

NO

Osama Bin Laden ?

NO

UN General Secretary ?

NO

Pope Benedict ?

NO

I Will Tell You

But Please

Don’t Wonder





doubleclick for bigger pic


Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Thursday, November 27, 2008

CAKRA ALAM EXPOSED !!!!!!!!!!!!!!!!!!!! BY JAMES RANDI





Remember this guy? Those of us who drive past the impressive Cakra Alam HQ at Jalan Jejaka, Taman Maluri, just a few blocks away from Jusco Taman Maluri would usually wonder whether the fella is truly gifted with special powers as claimed by this Ustaz Arif and who has been featured many times before by TV3's Asia Hebat programmes.

Well, it seems that a Korean TV Crew has finally managed to expose the hoaxer for what he truly is?

See for yourself and be aware of such fraudsters in our midst.

What a bloody shame for us to have such a religious looking guy pull a fast one on the unsuspecting masses!

Damn! Imagine the thousands of Malaysians who trusted this chap and got conned!

Watch the video and be outraged! You have the right to be so! What a bloody shame for us all!

JAMES RANDI PAKAR PSIKIK BARAT BERJAYA MENDEDAHKANNYA DALAM SATU PROGRAM DI KOREA, DAN HARI INI DALAM RANCANGAN 360 TV3, USTAZ ARIEF MENAFIKAN, ANDA TATAPI VIDEO KLIP DI ATAS....lu pikirlah sendiri..........................

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Thursday, November 20, 2008

TIP-TIPS KEPIMPINAN YANG BAIK

a/ Pemimpin perlu ada hala tuju iaitu menetapkan visi, misi, objektif dan strategi.
b/ Pemimpin perlu menetapkan budaya kerja
c/ Pemimpin perlu mewujudkan nilai etika dan kumpulan/organisasi
d/ Pemimpin perlu pandai menguruskan konflik dalam kumpulan/organisasi
e/ Pemimpin perlu mewujudkan suasana perpaduan dalam kumpulan/organisasi
f/ Pemimpin perlu pandai mengurus perbelanjaan dalam kumpulan/organisasi
g/ Pemimpin perlu pandai mendorong kumpulannya/organisasi

Kepada yang nak jadi pemimpin tu, tidak kira kumpulan kecil atau besar cuba-cubalah tip ini, kalau nak tahu lebih lanjut, belilah apa-apa buku pengurusan.

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Wednesday, November 12, 2008

TAHNIAH KEPADA JUARA KMK KEBANGSAAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA 2008

Sekalung tahniah diatas kejayaan pasukan KMK dari Negeri Selangor ( kumpulan C.E.K.S ) kastegori Pengurusan dan dari Negeri Perlis ( kumpulan G2 ) kategori Teknikal kerana telah menjuarai Konvensyen KMK peringkat Kebangsaan Kastam Diraja Malaysia pada 9 hingga 11 November 2008 bertempat di Menara Kastam, Larkin Johor Bharu. Syabas juga diucapkan kepada KDRM Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur kerana menduduki tempat ke-2 bagi kategori Pengurusan dan Teknikal, manakala tempat ke-3 dimenangi oleh KDRM Johor (G.A.I.A.) bg kategori pengurusan dan KDRM Pulau Pinang (D.A.D.) kategori teknikal. Secara keseluruhannya menurut pendapat ketua panel hakim, terdapat peningkatan tahap laporan yang dipersembahkan dan secara keseluruhannya wujud pengurangan kos mengurus hasil daripada KMK yang dibuat iaitu RM1.7 juta... SYABAS...

Kepada Pasukan Ibu Pejabat ( Kumpulan JMS ) saya secara peribadi selaku Pengurus/Penyelaras Pasukan Ibu Pejabat KMK juga mengucapkan sekalung penghargaan kepada rakan-rakan kerana atas daya usaha, ketabahan, kesabaran, daya kreativiti anda semua, mampu mewakili Ibu Pejabat walaupun tidak memenangi sebarang kemenangan. Bagi saya anda semua telah menang kerana pada tahun ini tidak ada satu pasukan pun dari Ibu Pejabat yg menyahut cabaran KMK melainkan kumpulan KMK JMS dari Bahagian Akaun. Ini menunjukkan kesungguhan kakitangan bahagian Akaun amat tinggi kerana cabaran KMK ini, walaupun terpaksa membahagikan masa antara mesyuarat KMK dan tugasan hakiki. Rakan-rakan sekelian ahli kumpulan JMS, sesungguhnya anda telah mendapat pengalaman yang begitu berharga yang tidak ada di tempat lain. Berbanggalah menjadi ahli KMK kerana ini merupakan satu "value added" anda dan merupakan kelebihan pada diri anda. Yakin dan percayalah pengalaman ini anda akan ingat sehingga anda bersara nanti.

Utk ucapan terakhir, dengan rasa bangga saya ingin menyatakan bahawa terharu dengan usaha anda, dan teruskan keceriaan kita semasa kita berada di Johor

ANDA CERIA , KAMI GEMBIRA



Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Friday, November 7, 2008

KONVENSYEN KMK KDRM 2008

InsyAllah pada 9 November 2008 jam 9.00 pagi saya selaku Pengurus bersama pasukan KMK Ibu Pejabat (JMS) akan berangkat pergi ke Johor Bharu, Johor bagi menyertai Konvensyen Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) Peringkat Kebangsaan Kastam Diraja Malaysia bermula dari 9 hingga 12 November 2008. Pada tahun ini Konvensyen akan diadakan di Menara Kastam, Larkin, JB manakala penginapan para peserta di Hotel New York, Johor. Kontinjen Ibu Pejabat akan menaiki bas eksekutif KDRM " Putra Malaysia" dengan semangat dan keluhuran hati untuk cuba memenangi gelaran juara KMK KDRM. Pada tahun 2007, kontinjen Ibu Pejabat telah berjaya meraih Pasukan Persembahan Terbaik di Kelantan, pada tahun ini pula kita akan cuba sedaya upaya untuk memberikan persembahan terbaik bagi menghadapi gergasi KMK dari Negeri Selangor yang menjadi juara pada tahun lalu. Diharapkan segala yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar. Terima diucapkan kepada penaja atas sumbangan tuan puan.
Kepada ahli pasukan JMS, Ibu Pejabat " pull up your socks " SELAMAT BERJUANG.

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...