Saturday, July 2, 2011

TAHNIAH HARIMAU MALAYA 2 VS 1 CHINESE TAIPEI ( TAIWAN )



SELAWAT KEATAS NABI DAN KELUARGANYA..

Pada 29 Jun 2011 yang lalu , saya bersama ex-boss dari JB , Tuan Misni Jasmo telah hadir untuk menyaksikan perlawanan pertama pusingan kelayakan 2014 Brazil zon Asia di Stadium Bkt Jalil dimana Malaysia vs Chinese Taipei ( Taiwan ), maklumler asyikk geram jer tgk team Malaysia kt TV dirumah, akhirnya tercapai jua gi stadium yg dah lama tidak saya kunjungi. Rasanya last gi stadium masa dpt pas percuma Grandstand dari TV3 masa MYTEAM 2 Vs INDONESIA. Mana tahan beb tgk kt TV, walaupon kt stadium takder ulangan gol oleh Malaysia dan Taiwan tapi saya amat puas dengan sudut pandangan padang dari granstand yg berharga RM 30.00. Lagi satu kengkadang tu gol pon kita tak sempat fokus sbb duk sibuk tgk ULTRAS MALAYA menyanyikan lagu semangat Malaysia.

Dari segi perlawanan plak, saya tgk ada 3 player Taiwan bersaiz ala-ala Rio Ferdinand , bagak2 besarnya badannya tapi slow ler plak, Malaysia plak yg paling tinggi si budak Amirul Hadi...yg lain semua saiz Asia Tenggara ( paham2 aja ler... ). First touch Taiwan banyak menyerang tapi dek sorakan penyokong yg gamat dan pertukaran Helmi Remeli oleh King Gopal , game terus jadi cantik mcm Barcelona dan terus Malaysia mendominasi perlawanan... SYABAS BETTE..... VIVA MALAYSIA, dan akhirnya Kapten Shafiq Rahim berjaya menjaringkan gol pertama dari sudut sukar pd first half, and the second half si aidil Zaquan tanduk hasil dari sepakan sudut plak ...YESSSS !!! GOL LAGI DAN STADIUM BERTAMBAH GAMAT.

Tapi apakan daya , 20 minit terakhir Taiwan dapat gol ler plak , frust betul aku !!!! itupun hasil bek kita yg tertidur heheeheh...... membiarkan striker Taiwan score.... sian Amirul Hadi, dia plak kenan cerca ....Apa-apa pon tahniah Malaysia, usaha lagi pada Ahad ni 3 Julai 2011 di Taiwan, King Gopal mesti ada strategi utk menangkis dan menahan serangan Taiwan, saya harap kita dapat berjumpa Singapore di second Leg yg sedang menanti krn dpt BYE......pastu masuk peringkat kumpulan ler plak.. dan dpt jugak saya gi stadium lagi.

Lastly , dapat ler jugak beli stiker kereta dan Mafla HARIMAU MALAYA...

HARIMAU MALAYA TERUSKAN PERJUANGANMU.....



DETIK2 FIRST GOL DARI SUDUT PENONTON ULTRA MALAYA....



GOL OLEH SHAFIQ RAHIM



SOROTAN PERLAWANAN ASTRO ARENA

Related Posts with Thumbnails
Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Sunday, June 26, 2011

TAHNIAH OLIMPIK MALAYSIA 2 vs 1 LEBANON

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA

TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH ! kepada pasukan Olimpik Malaysia yang telah mengalahkan pasukan pilihan Lebanon pd kelayakan pusingan kedua Olimpik di stadium bkt jalil pada 22 Jun 2011 ( Rabu ). Ini merupakan satu penghargaan kpd rakyat Malaysia. MALAYSIA terus mengaum lagi, walaupon tak gi stadium mlm tu, klu tgk persembahan Malaysia amat membanggakan dgn 2 jaringan separuh masa pertama dan pertahanan kental yg bertahan hanya 10 org pemain dpt mengekang penyerang Lebanon daripada menjaringkan gol.....



jaringan pertama



jaringan kedua


Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Saturday, June 18, 2011

JUS PENYINGKIR TOKSIK TERTINGGI / TERHEBAT DI DUNIA

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA





Apa khabar semua teman2, aku baru sahaja menjadi pengguna JUS MAQUI BERRY yang dipercayai cara terbaik untuk menyingkitkan racun ( TOKSIK ) di dalam tubuh badan manusia DENGAN CARA PALING SELAMAT, CEPAT DAN MEYAKINKAN, yg mana toksik inilah yang menjadi punca segala penyakit iaitu dari sekecil-kecil penyakit kulit dan badan hinggalah penyakit KANSER !!!!!....ini adalah kerana akibat dari pemakanan kita pada zaman ini. Puncanya adalah dari air yg kita minum tanpa tapisan, makanan yg bertoksik spt seafood, sayur yg penanamnya menGgunakan racun dan yg PALING kita tidak tahu bahawa SEBENARNYA didalam tubuh kita sendiri ada mengeluarkan toksik " radikal bebas ".....
Minuman yg dimaksudkan adalah JUS MAQUI BERRY, iaitu jus yg telah diminum / digunakan oleh puak Mapuche Indians secara tradisional selama 12 kurun lamanya yg mempunyai badan yg kuat, berbadan besar, pintar dan sentiasa sihat. Puak ini tinggal di selatan negara Chile yang tidak pernah dijajah.

Menurut Los Angeles Times berkenaan Maqui Berry " RESEARCH SHOWS MAQUI IS THE HIGHEST ANTIOXIDANT SUPERFRUIT IN THE WORLD "

Sebagai TESTIMONI sendiri aku , anak aku yang bernama ALI NAUFAL 3 tahun yg menghidap kudis buta di kakinya telah sembuh dalam tempoh seminggu..... dan Alhamdulillah pulih sepenuhnya dan aku yakin bahawa jus ini juga mampu membantu orang ramai INSYAALLAH untuk menyembuhkan penyakit2 mereka.

sila lihat penerangan di youtube di bawah ini :



Kalau ada sesiapa ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk ini boleh email pada saya amran4975@yahoo.com atau hubungi 019-3594975 ( Presint 11, Putrajaya )
atau klik siniMAQUI BERRY REGISTER

Related Posts with Thumbnails
Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Wednesday, June 8, 2011

ORANG YANG TELAH BERJAYA JUGA MEMERLUKAN BANTUAN DAN MOTIVASI




SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGAGNYA

Sekiranya seseorang itu sudah berjaya , perlukah lagi sebarang BANTUAN DAN MOTIVASI ?

Sudah tentu !! Tidak kira tahap mana kejayaan anda, anda masih memerlukan bantuan dan motivasi untuk memberi daya TOLAK kepada anda untuk terus mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

Tiger Woods masih mempunyai "coach" dalam bermain golf. begiru juga Michael Schumacher memerlukan penasihat untuk memperbaiki perlumbaannya. Sama juga dengan pemain-pemain bola sepak terhebat duni, David Beckham, Ronaldinho dan Zidane

Sedangkan mereka yang sudah berjaya masih memerlukan bantuan dan motivasi untuk terus berjaya, bagi mereka yang belum mencapai matlamat pula , DAYA TOLAK YANG LEBIH KUAT AMAT DIPERLUKAN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN !!!!!

Sumber : Buku Irfan Khairi " NOTA JUTAWAN, NOTA MOTIVASI "

Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari
KBKPj KDRM

Sunday, June 5, 2011

TAHNIAH TO MY BROTHER " NOR SYARIZAL "









SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA

Tahniah diucapkan kepada Nor Syarizal a.k.a Mr. Bob kerana telah melangsungkan pernikahan pada 27 Mei 2011 (Jumaat) bertempat di Masjid Ikhwaniah, Cheras. Dapat adik ipar lagi, semoga perkahwinan berkekalan hingga ke anak cucu dan semoga dapat membimbing isteri ke arah jalan yg diredhai oleh Allah.

Pada 29 Mei 2011, pula majlis lelaki telah diadakan di Dewan AU5, Lembah Keramat, dan sambutan saudara mara, sahabat handai amat meriah, TERIMA KASIH KEPADA YANG HADIR.

SUKRAN JAZILAN


Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Monday, May 30, 2011

BUKTI KIAMAT SEMAKIN HAMPIR / TSUNAMI JEPUN

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA...

Tsunami Jepun Telah Mengubah Sedikit Kedudukan Matahari

Di dalam Al-Quran ada menyebut bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:


1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya
kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan
perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa
takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan
pengejek dalam masyarakat.
12. Semakin ramai golongan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat



Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Monday, May 23, 2011

BENGKEL MPK DI SURIA CHERATING BEACH RESORT

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA....

Alhamdulillah aku baru sahaja pulang dari Suria Cherating Beach Resort, Pahang bagi mengendalikan Bengkel Manual Prosedur Kerja MPK, Cawangan Akaun, Ibu Pejabat Kastam Putrajaya. Sebagai urusetia yg dibantu oleh Sahrom, farhana, Rusni dan Fendi, jasa kamu semua amat dihargai kerana membantu melicinkan Bengkel MPK tersebut yg berlangsung 18 - 21 Mei 2011. Kemudahan fasiliti resort adalah TERBAEKK !!!....dan servis yg amat memuaskan kami dan aku bagi 9 bintang ( skala 1-10 ) . Banyak Proses kerja dan carta aliran ditambahbaik untuk dipaparkan didalam MPK Caw. Akaun. Ianya bagi memudahkan individu merujuk proses sesuatu kerja. Dan BOSS baru nak benda ni siap dan hntr pada aku pada 1 Jun 2011.....

TETAPI... ada satu berita buruk yang aku terima iaitu isteriku maklumkan bhw anak sulungku Roqaiyah telah dimasukkan ke hospital selama 3 hari kerana terkena air panas pada badan. Ya Allah.......badan melecur 17%....nak balik, Bengkel belum mula dan aku plak urusetia yg handle Bengkel dan jadi MC.....so wife aku kata dlm keadaan terkawal dan aku tak perlu balik...

Dan akhirnya aku terpaksa pulang awal dan tidak jadi mencandat sotong dgn mantan Ketua Akauntan ....apakan daya KITA HANYA MAMPU MERANCANG, ALLAH YG BERKUASA YG MENENTUKAN.....

jumpa lagi di lain waktu , KEPADA PUAN AZIRA DARI SURIA CHERATING BEACH RESORT...terima kasih atas layanan anda, makanan yg sedap , penginapan yg hebat, pemandangan laut yg HEBAT !!!

Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...