Sunday, February 19, 2012

PROPAGANDA ISRAEL TERHADAP DUNIA ISLAM

Related Posts with Thumbnails
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA

 WASHINGTON, Feb 4, 2012 (IPS) - When Defence Secretary Leon Panetta told Washington Post columnist David Ignatius this week that he believes Israel was likely to attack Iran between April and June, it was ostensibly yet another expression of [5ats of military action. -- Gareth Porter IPS

Dua minggu dulu - ketika kita semua sibuk dengan cuti panjang Mauludur Rasul dan Thaipusam - di New York, rancangan jahat Amerika telah digagalkan oleh Rusia dan China. Kuasa imperial Amerika bersama kuncu-kuncu Nato-nya telah cuba meluluskan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menyerang Syria. Ini adalah mondus operandi menggunakan topeng ketetapan PBB. Ketetapan PBB telah digunakan oleh Amerika dan kuncu Nato untuk menyerang Iraq, Afghanistan dan Libya.

united nation un general assemblyTetapi pada 4 Febuari yang lalu, Rusia dan China telah menggunakan kuasa veto mereka untuk membatalkan rancangan jahat Amerika. Kalau tidak diveto, melalui ketetapan PBB ini Amerika ingin mewujudkan sekatan ekonomi dan kemudian sekatan penerbangan (no fly zone) ke atas Syria. .

Lalu timbul persoalan, apa yang sebenarnya sedang berlaku sekarang? Dalam tulisan minggu lalu, saya telah menerangkan apa dia NeoCon. Apa dia falsafah dan pejuangan NeoCon. Dalam tulisan yang sama saya telah menerangkan rancangan NeoCon dengan Projek Amerika Kurun Baru atau Project For the New American Century (PNAC).

Justeru, semua yang sedang berlaku di hadapan mata kita dalam dunia hari ini adalah pengimplementasian projek-projek untuk menjayakan perancangan-perancangan yang telah diajukan dalam dokumen PNAC. Apakah tuan pembaca yang budiman menganggap saya ini keterlaluan? Biar saya butirkan lagi agar kita bersama-sama mendapat pencerahan.

iran opposition election 260609 05Pada ketika ini, dari bahan bahan bacaan terkini, dari laporan media antarabangsa, sahih Amerika sedang bersedia untuk menyerang Iran. Sama ada serangan ini dilakukan oleh Israel atau oleh Amerika sendiri bukan persoalan. Lalu timbul pertanyaan, jika Iran yang mahu diserang kenapa pula pertempuran sedang bermula di Syria? Kenapa sekatan ekonomi mahu dikenakan ke atas Syria?

Untuk memahami babak ini mari saya bawa kembali kepada apa yang di panggil Gulf of Tonkin Incident. Pada 2 Ogos 1964, sebuah kapal perang Amerika bernama USS Maddox telah dikatakan diserang oleh tentera laut Vietnam Utara. Apabila berita serangan dari tentera laut Vietnam Utara tersebar meluas di Amerika, Presiden Johnson pun mengistiharkan perang ke atas Vietnam Utara. Hari ini sejarah telah membuktikan tidak ada serangan dari tentera laut Vietnam Utara pada hari itu. Gulf of Tonkin itu hanya taktik untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika agar menyokong Presiden Johnson menghantar tentera ke Vietnam dan melancarkan perang.

Kerana tangisan Nayirah


Mungkin apa yang berlaku di Gulf of Tonkin agak lama dahulu. Ketika itu mungkin ramai pembaca masih belum lahir atau baru pandai kencing-kencing berdiri. Kerana itu biar saya buka surah yang terbaru. Pada 10 Oktober 1990, dahulu seorang budak perempuan 15 tahun bernama Nayirah telah menangis-nangis di kaca TV kerana dia ternampak soldadu Iraq masuk ke dalam hospital dan mengambil bayi-bayi yang tersimpan dalam inkubator. Dunia menjadi gempar. Dunia semakin yakin akan keganasan Saddam Hussein. Dunia melihat Saddam sebagai pemimpin yang sudah gila.

george w bush final days 130109 03Berasaskan kesah dan tangisan Nayirah ini, Presiden Bush Senior (kiri) telah berjaya mengolah persetujuan rakyat Amerika untuk menyerang Iraq. Awas! Hanya beberapa hari kemudian dunia diberitahu bahawa Nayirah ini anak kepada Saud bin Nasir Al-Sabah, duta besar Kuwait ke Washington DC. Tangisan Nayirah ini hanyalah lakonan dirakam dan difilemkan di Washington DC, bukan di Kuwait oleh syarikat Hill & Knowlton - sebuah syarikat lobi. Tetapi berita sahih tentang siapa sebenarnya Nayirah ini tidak diambil peduli oleh media antarabangsa. Rakyat Amerika sudah naik minyak dan bersedia untuk bersama Bush menyerang Iraq.

Kalau Iran hendak diserang, apa perlunya Syria juga di serang?

Untuk memahami babak ini kita wajib memahami apa dia Israel. Banyak orang tersilap baca. Israel ini adalah negara pendatang (settlers state) seperti Afrika Selatan, seperti New Zealand, seperti Australia, seperti Kanada, seperti Singapura dan seperti Amerika sendiri. Negara-negara didatangi oleh orang-orang asing yang pembudayaan, bahasa, agamanya tercipta di satu wilayah yang lain. Mereka datang menjadi penduduk dan meminggirkan warga asal. Dalam kes Israel, mereka bukan hanya meminggir, malah menghalau keluar orang Palestin - warga asal.

NONEPada tahun 1967, saya dalam tingkatan empat. Pada tahun itu, Perang Enam Hari Arab-Israel telah pecah. Saya hairan kenapa 100 juta warga Arab tidak dapat mengalahkan tiga juta Yahudi di Israel. Memang ramai kawan-kawan saya turut sama merasa hairan kenapa Arab yang ramai dapat dikalahkan oleh Yahudi yang sedikit. Sebenarnya ketika itu saya tidak faham apa itu Israel dan apa itu imperialisme. Hari ini saya telah mengetahui dengan mendalam tentang Israel. Dan saya tidak akan membuat kesilapan tentang siapa dan apa sebenarnya Israel ini.

Israel, selain dari negara pendatang adalah juga pangkalan tentera Amerika yang cukup lengkap dengan persenjataan terbaru dan tercanggih. Setiap tahun Israel mendapat AS$3 bilion bantuan bukan pinjaman dari Amerika. Ini belum termasuk bantuan persenjataan dan dana perniagaan. Dunia hari ini mengetahui bahawa Israel yang memiliki lebih dari 250 butir bom nuklear. Justeru bala tentera Israel adalah yang terkuat di Timur Tengah. Bala tentera Israel ini juga selalu mengadakan latihan bersama dengan tentera Amerika. Di mana soldadu Israel berakhir, di situ soldadu Amerika bermula.

Ketika Perang Enam Hari tahun 1967 berlaku, Isreal telah merampas Bukit Golan, wilayah milik Syria. Wilayah Golan ini sempadan Israel, Syria dan Lebanon. Israel menganggap wilayah ini strategik untuk pertahanan Utara Israel. PBB tidak mengitiraf perampasan Bukit Golan ini. PBB meluluskan ketetapan agar wilayah ini dipulangkan. Tetapi Israel dengan kuasa bala tentera Amerika dibelakangnya terus tidak mempedulikan pandangan rakyat sedunia.

Kecelakaan di musim bunga?

Melihatkan musuh yang amat degil maka Syria telah membuat perjanjian pertahanan dengan Iran pada Jun 2006 dahulu. Melalui perjanjian ini Syria telah dibantu oleh Iran dari segi persenjataan. Berasaskan perjanjian ini , Iran sedang membina pelabuhan dan pangkalan tentera dan di pesisiran pantai Syria. Ini untuk membolehkan senjata-senjata dari Iran masuk melalui pelabuhan ini. Perjanjian pertahan ini diperkuatkan lagi dengan Perjanjian Perdagangan Bebas antara Syria dan Iran yang bermula semenjak tahun Disember 2011. Semua ini dilihat oleh Isreal sebagai langkah yang berbahaya.

russia georgia south ossentia conflict 140808 01Manakala Syria dan Rusia telah memiliki hubungan yang intim semenjak zaman Perang Dingin lagi. Di zaman Presiden Hafez Al-Assad di Syria - ayah kepada Presiden Bashar, Syria telah mendapat perlindungan ketenteraan dari Rusia. Syria menggunakan alat persenjataan dari Rssia dan dari blok sosialis. Manakala Rusia dibenarkan menempatkan kapal-kapal tentera lautnya di pelabuhan Syria. Ini kerana selama 6 bulan pelabuhan Rusia di Utara Eropah disalut oleh air batu. Maka pelabuhan Syria menjadi tempat terbaik. Hubungan intim antara Syria dan Rusia ini tidak disenangi oleh Amerika dan dilihat mengancam keselamatan Israel.

Keadaan politik bertambah tajam apabila Parti Hisbullah dan gerila bawah parti ini mendapat dukungan dan sokongan teguh dari Iran. Parti yang berpangkalan di Lebanon ini adalah satu-satunya parti yang sedang berjuang mengangkat senjata melawan Zionis Israel. Syria pula memainkan peranan yang amat penting sebagai tempat pangkalan bantuan senjata dan makanan dari Iran disalurkan kepada Hisbullah. Senjata dari Iran sampai ke pelabuhan Syria dan kemudian masuk mengikut jalan darat ke Lebanon untuk sampai ke gerila Hisbullah.

israel invades gaza strip hamas palestineJusteru apa yang kita lihat sekarang telah wujud setiakawan dan frontbesar - antara Iran, Syria dan Hisbullah. Dalam masa yang sama Iraq di bawah kerajaaan baru ini lebih sedia bekerjasama dengan Iran. Kini secara tidak resmi telah wujud ‘ Tembok Syiah' yang kukuh. Blok revolusioner dengan dasar anti-Zionis dan anti-Amerika.

Melihatkan kemunculan Tembok Syiah ini maka kaum Zionis Israel sedang merancang untuk menimbulkan satu ‘kecelakaan' seperti Gulf of Tonkin Incident atau seperti tangisan Nayirah. Kecelakaan yang dirancanga seperti ini amat penting untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika. Hati rakyat Amerika wajib dimenangi kerana pada ketika ini telah muncul kumpulan rakyat Amerika yang jelak dan mual dengan gerakan Zionis dan pengaruh Zionis dalam politik Amerika .

NONEKetika tulisan ini digarap, Syria semakin diasak oleh apa yang dipanggil ‘Syrian Free Officer Movement yang berpengkalan di Turki. Gerombolan yang menggunakan nama gerakan Gamal Abdel Nasser ini sebenarnya adalah anak syarikat Nato. Mereka dilatih dan dibiayai oleh Amerika dan kuncu-kuncu Nato. Turki menjadi pusat dan pengkalan gerakan ini. Gerombolan inilah nanti yang sedang menyediakan pentas untuk menghalalkan Amerika, Israel dan Nato masuk menyerang Syria.

Sebelum memasuki Iran, tembok Syiah wajib diruntuhkan atau sekurang-kurangnya diretakkan. Kita tunggu dan lihat bila musim bunga dan musim panas sampai. Apakah bentuk kecelakaan yang sedang dirancang di Syria?
kredit to HISHAMUDDIN RAIS, Malaysiakini 20 Feb 2012

 Nor Amran Abdullah
 Bendahari KBKPj
JKDM

Wednesday, February 15, 2012

IRAN MANSUHKAN EKSPORT MINYAK KE 6 NEGARA EROPAH

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA

Dalam tindakbalasnya kepada berbagai sekatan oleh negara2 Kesatuan Eropah (EU) ke atas sektor tenaga (minyak) dan perbankannya, Republik Islam Iran telah memotong bekalan ekspot minyaknya ke 6 negara EU.

Iran pada hari Rabu secara rasminya menamatkan ekspot minyaknya kepada 6 negara Eropah iaitu Holland, Sepanyol, Italy, France, Greece dan Portugal.

http://www.presstv.ir/detail/226807.html

SEDIKIT ANALISIS DARI PERKEMBANGAN INI:-
Kesatuan Eropah telah pada 23 Januari 2012 sebulat suara mengisytiharkan sekatan impot minyak Iran ke atas negara-negara anggotanya yang selama ini banyak membeli minyak mentah daripada Iran. Namun perlaksanaannya telah ditangguhkan sehingga 1 Julai tahun ini memandangkan negara2 Eropah tersebut yang banyak mendapatkan bekalan minyaknya dari Iran sedang mengalami masalah ekonomi yang gawat seperti Greece, Italy dan Sepanyol. Penangguhan tersebut bertujuan agar Kesatuan Eropah mempunyai masa yang cukup untuk membantu mengukuhkan kembali ekonomi negara2 ini serta memberikan masa yang cukup kepada negara2 itu untuk mendapatkan bekalan minyak alternatif daripada negara-negara lain.

Namun begitu, pada 26 Januari, akhbar Tehran Times telah melaporkan kenyataan salah seorang ahli parlimen Iran, Nasir Soudani yang telah mengusulkan kepada Parlimen Iran agar negaranya menyekat langsung penjualan minyaknya kepada negara-negara Eropah tersebut pada waktu itu juga agar mereka akan terbakar di dalam telaga-telaga minyak Iran. Kenyataan keras Soudani adalah berdasarkan kepada tiga faktor berikut :-

1) Kebanyakan negara2 Eropah itu tidak boleh membeli minyak mentah daripada negara lain kerana kilang-kilang penapis mereka telah dibina khusus hanya untuk menapis minyak mentah daripada Iran dan tidak dari negara atau sumber yang lain (Secara tak langsung, jika menghentikannya bekalan minyaknya pada waktu ini juga, maka negara-negara ini yang sedang mengalami masalah ekonomi yang gawat, akan terus jatuh menjunam kerana tidak punya bekalan minyak yang mencukupi untuk keperluan negaranya).

2) Sekatan impot minyak Iran akan mengakibatkan seluruh negara2 Eropah mengalami kekurangan bekalan minyak dan secara tak langsung harga minyak akan melambung di rantau itu dan menimbulkan masalah kegawatan eokonomi yang lebih meruncing kepada negara2 EU.

3)Negara2 EU itu dalam keadaan sedemikian akan terpaksa mendapatkan bekalan minyak mentah Iran dengan menggunakan khidmat orang tengah yang secara tak langsung juga akan meningkatkan kos pembelian minyak mereka.

Berdasarkan ketiga-tiga faktor di atas, Soudani menegaskan bahawa tindakan EU untuk mengenakan sekatan impot minyak Iran tersebut adalah sebuah tindakan yang akan hanya memerangkap diri mereka sendiri dan mereka perlu diberikan pengajaran agar tidak akan cuba bermain dengan api lagi di masa hadapan.

Lanjutan daripada cadangan Soudani itu yang mendapat sokongan majoriti ahli parlimen Iran ketika itu, beberapa negara EU itu telah menghantar wakil mereka untuk bertemu dengan Menteri Minyak Iran dan merayu agar Iran tidak meneruskan tindakannya itu.

Namun jelas pada hari ini, Iran tidak akan sesekali memberi muka kepada sesiapa sahaja yang terlalu ghairah untuk menjadi budak suruhan Zionis.




 Nor Amran Abdullah 
Bendahari KBKPj 
JKDM

PERPECAHAN UMAT ISLAM HASIL PROPAGANDA YAHUDI ??? BENARKAH







SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA


Ini post yang kedua saya untuk bulan ini, hasil dari pemerhatian saya mengenai umat Islam di Malaysia, ingin saya rumuskan dan berpendapat....




Yang Pertama
Jika kita lihat sejak akhir2 ini pergolakan dalaman antara pakatan rakyat amat hebat dan perkara ini telah diambil kesempatan dari parti memerintah utk menghighlightkan lagi isu, iaitu isu pemecatan Exco Selangor Dr Hassan Ali, beliau mendakwa ada parasit dalam PAS ( parti yg dicintainya ) yg menyebabkan PAS terpesong dari landasannya.

Yang Kedua,
Promosi hebat kesesatan syiah tlh diutarakan dgn hebatnya oleh ulama2 yg hebat2 ( mcm hebatlah sangat tuuu......) Dr. Asri, Ustaz Fathul Bari dgn ideolagi wahabinya hasil didikan dari Arab Saudi, bercakaran dengan ust Abu syafiq, Ust Zamihan dari JAKIM dgn ideologi Ahli Sunnah Wal Jamaahnya.......masing2 melahirkan perasaan benci antara umat Islam, tuduhan kesesatan syiah menjadi topik utama, tapi tiada wakil syiah yg dijemput utk tampil membela diri ,



Yang Ketiga,




Kehebatan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong keselamatan Israel, maknanya seolah2 DSAI menyokong Israel mendapat pembelaan dan jugak rakyat palestin....., hinggakan majlis syura PAS menggesa agar DSAI menyaman AWSJ atau menerangkan cerita sebenar.....saya pon tak taulah , adakah ini propaganda pihak musuh atau sebalik WALLAHU A'LAM.......sedangkan kita tahu bahawa kita sbg umat Islam tidak boleh mengiktiraf Israel sebagai negara Haram di dunia...dan pemerintah menjaja isu ini setiap hari....




TAPI apa yg peliknya pemerintah jugak tunduk atas desakan US dan Israel agar menghentikan bekalan minyak sawit, gas dan sebagainya atas alasan kesukaran pembayaran.....dan dalam masa yang sama menghantar bekalan minyak sawit , mengadakan dagangan dengan Israel......

Yang Keempat



Keberanian Russia/China menggunakan kuasa veto utk menghalang tindakan US dan sekutunya mengenai minyak kepada Iran. Iran ( sebuah negara syiah sesat org wahabi kata ) .....berkeseorangan dalam mempertahankan negaranya....tapi dibantu oleh negara bukan Islam...dimana negara Arab lain yg mengaku kononnya Islam sebenar ???? di mana ???



Iran telah menawarkan minyak dgn harga yg rendah kepada India.....apalagi ..suka lah India kerana dpt tawaran harga rendah sbb minyak Iran tlh disekat ke negara eropah......,Greece merupakan pengguna terbesar minyak Iran.....sudah pening kepala.......,

Yang Kelima




Kemerduan suara dari langit telah menyebabkan dunia menjadi gempar kerana yg terkini suara dari langit tlh dapat didengari di Kota Samarahan, Sarawak...beruntung lah org sana dpt dengar suara pelik tu...sbb kalau anda buka youtube , suara dari langit itu adalah sama tidak anda berada di Malaysia. Poland, USA, Ireland, Slovakia, Crotia dan sebagainya....APAKAH SUARA INI SEBENARNYA.....sesuatu akan berlaku kepada penduduk bumi tidak lama lagi..apakah kaitannya dengan Islam ???



Yang Keenam




Siapakah IMAM MAHDI.......kezuhurannya bak kata org Syiah ( tgk dlm youtube ) sudah hampir dekat dgn persiapan tentera Iran, HIzbollah dan Palestin utk menakluk Israel........., bagaimana dgn kita di Malaysia, amat jarang saya dengar ustaz2 kita menceritakan mengenai IMAM MAHDI, just hanya dimaklumkan masa sekolah , kolej dan UKM dulu bahawa IMAM MAHDI akan zuhur....tapi apakah persediaan kita di Malaysia ini, utk menunggu IMAM MAHDI dan nabi ISA ????.......................tiada, cuma yg ada kita umat Islam di MAlaysia bercakaran sesama sendiri.., tidak ada dakwah secara keseluruhan....itu yg Zionis dan USA suka ,.....

KESIMPULAN / PANDANGAN SAYA

Kalau umat Islam bercakaran , siapa yg dapat untung..?....kalau kita lihat pula hadith dari NAbi Muhammad SAW ada menjelaskan bahawa umat Islam berpecah menjadi 73 firqah atau golongan dan hanya satu golongan sahaja yang akan masuk syurga.......so adakah kita ini firqah yg masuk syurga. ????.HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI




WAHDAH , WAHDAH, ISLAMIYAH , LA SYARQIAH LA GHARBIAH JUMHURIYYAH ISLAMIYAH...





Related Posts with ThumbnailsNor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM, ibu pejabat

Thursday, February 2, 2012

TABUNG DANA PEMASANGAN PENGHAWA DINGIN UTK DEWAN SURAU MEKAR DILANCARKAN

SELAWAT

Sudah 2 bulan tidak update..entah apa yang sibuk pon entahlah...ok to the point , aku sebenarnya tlh diamanahkan oleh rakan2 sekolah utk menubuhkan satu dana utk projek PEMASANGAN AIRCOND DI DEWAN SURAU MEKAR......so aku sahut cabaran rakan2 dan alhamdulillah bermula hari ni 2 Februari 2012 ( Khamis ) aku telah melancarkan DANA ini berikut adalah paparan yg tlh aku publish dalam FB, dan sehingga 10.00 malam ni ( 2/2/2012 ) dana terkumpul adalah sebanyak RM 1050.00.....alhamdulillah

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA A'LI MUHAMMAD


saya dgn rasa rendah diri dan tanggungjawab serta kepercayaan penuh yg diberikan oleh rakan2 sy melalui FB ini bahawa dgn ini DANA BAGI PEMASANGAN 4 UNIT AIRCOND ( 2HP ) UNTUK DEWAN SEKOLAH MEKAR dengan ini dilancarkan dan dibayar melalui akaun saya :-

sila masukkan sumbangan IKHLAS anda ke dalam akaun atas nama NOR AMRAN BIN ABDULLAH , CIMB ISLAMIC BANK BERHAD NO. AKAUN 1237-0000572-20-5
semoga Allah merahmati kita sebagai bekas pelajar / pelajar MA'AHAD AL-EHYA AL-KARIM

kepada sahabat2 yg ingin membuat SUMBANGAN wang utk projek aircond dewan sekolah kita, boleh memaklumkan kepada saya nama anda ( sekiranya mahu ) di dlm inbox FB saya atau sms saja 019-359 4975... SEKIAN TERIMA KASIH...

MINIMUM CADANGAN SUMBANGAN ADALAH RM 30.00, JIKA BAYAR LEBIH adalah amat-amat digalakkan, jika terdpt lebihan , wang tersebut akan di bawa utk projek sekolah akan datang...

syarikat yg dilantik ialah KARISMA MAINTENANCE AND SERVICES ( EX MEKAR super super senior ) tlh membuat site visit dn telah berjumpa dgn Pengetua dan Ustzh Marhamah semalam, beliau tlh mengemukakan sebut harga beserta drawing skematic ( gambarajah aliran elektrik )..kerja2 termasuk menaik taraf aliran letrik utk menampung aircond...

Kerja-kerja membuat pendawaian utk mata aircond dgn menggunakan kabel (4mm) pvc di dlm upvc paip berserta panel starter dan kerja2 menaiktaraf Papan Suis Kecil sediaada
RM 2,000.00

Kerja-kerja membekal dan memasang aircond berkadaran 2.0 HP jenis siling dan bergantung dan kerja2 yang berkaitan dengannya
RM 2,700.00 x 4 unit = RM 10,800.00

TOTAL : RM 12,800.00

( SAYA JANGKA TEMPOH DLM MASA 2 ATAU 3 MINGGU )......THE MORE U GIVE THE MORE U'LL GET, FAST ACTION FAST RESULT.......................

JANGAN TUNGGU LAMA2, BENDA YG BAIK KENA DISEGERAKAN DAN LAGI CEPAT AIRCOND DIPASANG


Related Posts with ThumbnailsNor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Tuesday, November 15, 2011

Wednesday, November 2, 2011

MENGHADIRI ADVANCED MARKETING POWER-DR.AZIZAN

Related Posts with Thumbnails
SELAWAT KEATAS NABI DAN KELUARGANYA

Berlangsung Wisma MCA, pada 28,29 dan 30 Oktober 2011 yang lalu , aku menghadiri Seminar Advanced Marketing Power anjuran RICHWORK ( Dr.Azizan ) bersama sahabatku Farid dan adiknya Kamal, bermacam ilmu pemasaran yang aku pelajari dengan beratus-ratus idea pemasaran dan juga meningkatkan kekuatan minda untuk berjaya dan kaya.
Bagi yg hendak memulakan atau untuk meningkatkan lgi sales, menghadiri seminar ini AMAT BERBALOI !!!!!...KALAU ANDA HENDAK BERJAYA , ANDA KENA USAHA, KEJAYAAN ADALAH PILIHAN

SLOGAN SEMANGAT !!

M=MENTOR
E=ELMU @EMOSI
S=STRATEGI
T=TINDAKAN
I=IMPIAN...

anda kaya dan berjaya

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Tuesday, October 18, 2011

NO KAWTIM KEPADA PELANCONG ( TIDAK BOLEH TAWAR MENAWAR CUKAI DI PINTU MASUK )


Related Posts with Thumbnails
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA

Semalam baru lepas check in di Hotel Langkasuka, Pulau Langkawi dan terbang dari KLIA menerusi AIR ASIA ( guna waran , ada makan, laluan ekspress dan hotseat-duduk depan sekali ) heheheehee........bukan apa nak try Air Asia lak ( tajaan Kerajaan )..sbb sebelum ni naik MAS jer.

Tujuan aku pergi adalah menjadi sekretariat utk projek CKRA JKDM bg modul SOP eKIRA dan eTAHAN...... so AWAS kepada pelancong , jgn tak declare barang yg dibawa yer, sistem ni adalah bg mengelakkan proses KAWTIM wujud, so lepas ni kita tak boleh nak KAWTIM cukai yg dikenakan oleh Kastam. Dengan sistem ini, diharapkan bahawa persepsi rasuah terhadap agensi Kastam dapat dilenyapkan dan pendapatan kerajaan dapat ditingkatkan.

Untuk makluman jika kita tidak membayar cukai yg dikenakan , kita diberi tempoh 30 hari untuk mencari sumber kewangan bg pembayaran cukai ( klu duit tak cukup semasa di pintu masuk ) dan barang ditahan sementara di pintu2 masuk, jika kita tidak dapat membayar cukai dlm tempoh 30 hari , maka kita dibenarkan untuk melanjutkan tempoh hingga 30 hari lagi. Jika sekiranya bayaran cukai tidak dapat dilunaskan maka barangan anda akan diserahkan kepada pihak pencegahan utk di rampas.

Akhir sekali, diharapkan tiada lagi urusan KAWTIM dipintu-pintu masuk ketika bayaran cukai dikenakan dan dengan ini pendapatan kerajaan dapat ditingkatkan....




Nor Amran Abdullah
Bendahari
KBKPj JKDM

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...