Monday, January 27, 2014

SEMINAR PERCUKAIAN GST IPTS/IPTA NEGERI MELAKA


Related Posts with Thumbnails SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA


Syukur Alhamdulillah diatas penganjuran Seminar Percukaian IPTA dan IPTS Melaka yang diadakan di Kolej Universiti Islam Melaka pada 22 Januari 2014 ( RABU). Kali ini NGO aku Persatuan Inspirasi Wawasan dengan kerjasama Persatuan ALUMNI KUIM telah berjaya menganjurkan seminar ini buat julung-julung kalinya. Hasil kerja usahasama EXCO dan ALUMNI KUIM seramai 400 pelajar terdiri dari pelajar KUIM, Kolej Micost, Kolej RISDA dan Kolej Perdana telah menghandiri Seminar ini. 





Bermula dengan pendaftaran pelajar dan seterusnya 3 pembentangan kertas kerja oleh IW telah berjalan dengan lancar. Pada sebelah petang pula gabungan 3 panel GST yg terdiri daripada :-

1. En Kamaluddin Abdul Rahman, Pengurus Cukai Imtiyaz Ass. mewakili MALAYSIAN ASSOCIATION OF TAX ACCOUNTANTS
2. En. Abdussalam Shokhawi, Head GST mewakili SALIHIN CONSULTANTS
3. En. Mohd Shahar dari ASPIRASI MALAYSIA
4. Presiden IW menjadi moderator.








Selepas itu pada sebelah petang selepas Forum, Naib Canselor KUIM, Prof Emiritus Datuk Dr Mohd Yusoff Hashim telah memberikan ucapan ringkas manakala Perasmian Penutup disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen Masjid Tanah, Puan Mas Ermieyati Samsuddin merangkap Ahli Lembaga Pengarah KUIM dan Ketua Puteri UMNO Malaysia.

Terima kasih kepada 
Persatuan ALUMNI KUIM, En Norsalman
KUIM, 
Zaskah Catering
Pejabat Parlimen MAsjid Tanah
EXCO INSPIRASI WAWASAN

JUMPA LAGI PADA BULAN APRIL 2014 NANTI

Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur ( PPM-001-14-13052013) Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka

Monday, January 13, 2014

TREASURE HUNT PERKASA WPKL 2014

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA



Pada 11 Januari 2014 (Sabtu ), aku bersama geng Inspirasi Wawasan (IW) seramai empat orang telah menyertai Treasure Hunt 2014 anjuran Persatuan Pegawai Kanan Kastam WPKL. Kami bersarapan bersama di mamak Kelana Jaya sebelum pergi daftar di JKDM WPKL. Ini adalah pengalaman pertama aku TREASURE HUNT..memang memenatkan, soalan mencabar, jarak pulak MULA KELANA JAYA HABIS KT MELAKA. Seramai 47 kenderaan ( 4 org satu kereta ) mengambil bahagian. 

Dari segi pencapaian mmg kitaorg menjadi pasukan pertama menghantar semua task yang diberi, selesai dalam tempoh 8 jam . Kami bermula jam 8.37 pagi dan sampai plak jam 3.30 petang, mmg memenatkan dan habis idea. Tiba di lokasi akhir iaitu di Avillion Hotel, Melaka sebelah Fajar, kami diberikan tugasan terakhir .

Pada waktu malam diadakan Majlis Makan Malam di Hotel Avillion bagi meraikan pemenang, hanya pemenang tempat ketiga hingga Johan sahaja. Begitu juga terdapat cabutan bertuah hampir 100 hadiah disediakan. NEXT TIME NAK JOIN LAGI LAAA....

Tapi apa yang penting pasukan wajib satu kepala dan bijak bijak belaka hahahahaha.








Related Posts with Thumbnails 
Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat
Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur
 ( PPM-001-14-13052013)
ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka

Friday, January 10, 2014

BOJAN HODAK JURULATIH PASUKAN MOF FC

Related Posts with Thumbnails
 SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA






Diberitakan shohih oleh pemain Perbendaharaan Malaysia, bahawa bekas Jurulatih TRW , Kelantan Bojan Hodak diberi tugasan untuk melatih secara sementara Skuad Bolasepak Perbendaharaan Malaysia (MOF FC) bagi mengharungi LIGA FAM Tahun 2014.

Patutler Bojan Hodak dan Shebby Singh dua minggu lepas ada datang meeting dgn bos aku kt pejabat rupanya dilantik sementara jadi jurulatih.

Menurut sumber aku, pemain itu berkata buat masa ini MOF FC sedang menunggu kelulusan dari FAM , samada MOF FC layak bermain atau tidak di dalam LIGA FAM yang akan memulakan sepak mula pada bulan Mac 2014 nanti.

Buat masa ini Bojan Hodak sejak minggu lepas melatih pemain MOF FC hanya dalam latihan berbentuk kecergasan sahaja bagi mencari stamina pemain. Harap player MOF FC dapat bermain dalam LIGA FAM yang boleh dikatakan mencabar jugak.

GO GO GO MOF FC..............



Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur
 ( PPM-001-14-13052013)
ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka

KADIR JASIN : NAJIB "KERAMAT HIDUP" YANG TAK BOLEH DISENTUH ?

Related Posts with Thumbnails

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA



Tokoh wartawan A Kadir Jasin mempertahankan siri kritikannya terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang disifatkannya boros, cemerkap menguruskan kewangan dan tidak sensitif terhadap perasaan rakyat.

Ini kerana, menurut bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu, masih banyak masalah membimbangkan dalam pentadbiran Najib, selain kesan negatif rasionalisasi terhadap ekonomi.


“Adakah beliau raja berkuasa mutlak yang tidak boleh disentuh barang sedikit pun?

“Atau adakah dia keramat hidup yang bebas daripada segala bentuk kesilapan?” sindir Kadir.

Menulis di blognya semalam, Kadir juga membangkitkan langkah Najib dua tahun berturut-turut bercuti di luar negara dan kemudian “menjanjikan khabar buruk” kepada rakyat dengan memansuh dan mengurangkan subsidi secara serentak.

Dalam tulisan panjang itu, Kadir juga membangkitkan soal kemerosotan nilai ringgit, masalah defisit belanjawan, hutang negara yang makin meruncing serta penjualan aset bagi mengatasi masalah kewangan negara.

“Ini bukan cerita khayalan rekaan saya. Bukan fitnah. Ini adalah kata Bank Dunia yang kita menjadi anggotanya,” katanya lagi.
 Sumber : A. Kadir Jasin, Mantan Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times


Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur
( PPM-001-14-13052013)
ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka

Thursday, January 2, 2014

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2014, PELBAGAI PERISTIWA PAHIT MANIS

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA

Alhamdulillah, pada hari ni, 2 Januari 2014, telah bermulah persekolahan di Putrajaya, aku cuti hari ni dan esok dan pagi ini aku hantar 2 orang anakku ke SK P11(3) dan hantar seorang lagi anakku Ali Naufal ke Tadika Islam Al-Furqaan. Semua tak sabar nak bersekolah, cuma Ali sahaja malu-malu kucing nak masuk kelas dan menangis, tapi takpe tadika hari ni just taklimat jer, pukul 10 dah habis dah....

Di bawah ini juga aku, masukkan beberapa keping gambar yang mengelikan hati , sepanjang hari pertama persekolahan 2014 di seluruh Malaysia.

Anakku Ammar Shauqi Darjah 5 dan Roqaiyah Darjah 6 bergambar sebelum ke sekolah di SK Presint 11 (3), Putrajaya Tahun 2014





Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur
( PPM-001-14-13052013)
Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara,
Masjid Tanah, Melaka

Friday, December 27, 2013

PEMUKIMAN EXCO IW DI SEKITAR KUALA LUMPUR

Related Posts with Thumbnails
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA


Alhamdulillah pada Rabu 25 Disember 2013, saya bersama EXCO Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur telah berkumpul dan berjumpa bagi mengadakan sesi MINDSTORMING program kami. Bermula di Starbuck bermula jam 11 pagi hingga 1 petang. selepas solat di Masjid Assyakirin KLCC kami bergerak ke PNB Darby Park Cafe utk perbincangan seterusnya.

Banyak perkara yang dibincangkan seperti Plan30, Inspirasi4u, Charity4U dan Cukai4U. dan InsyaAllah pada 22 Januari 2013 IW akan mengadakan Seminar Percukaian IPTA di Kolej Universiti Islam Melaka.
manakala pada bulan bulan Febuar pula Program BOWL FOR CHARITY bg mengisi dana INSPIRASI 4U kami akan di adakan di Megalanes, Sunway Piramid..






Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat
Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur
 ( PPM-001-14-13052013)
Presiden
Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka

Tuesday, December 24, 2013

MAJLIS HI TEA ALUMNI MAAHAD AL-EHYA EL-KARIM 15 Disember 2013

Related Posts with Thumbnails SELAWAT KEATAS NABI DAN KELUARGANYA...





BERSAMA AJK PROGRAM HI TEA 2013

dari kiri Shaflina, Norafidah, Alin, Ichah, Alin Lawyer, Aishah, Amran, Herray, Johari dan Zul




Alhamdullillah pada 15 Disember 2013 ( AHAD) yang lalu, ALUMNI MEKAR telah berjaya menghimpunkan lebih 50 bekas pelajar MEKAR sejak tahun 1986, brader dan sister ramai yang hadir memeriahkan majlis. Majlis telah diadakan di Botanikal Garden Ayer Keroh Melaka. Ini merupakan Majlis Hi Tea yang Ke-2 diadakan oleh ALUMNI MEKAR.

Seramai 7 orang guru telah hadir termasuk Ustaz Johari (Pengetua MEKAR), Ustaz Zaid (Pengerusi PIBG MEKAR), Ustaz Kamal, Ustazah Esah, Ustazah Marhamah, Ustazah Azaniah dan Ustazah Salasiah. Terima kasih kepada Sahabat saya Norafidah kerana telah sudi menjadi Pengacara Majlis, mmg layak dia menjadi pengacara Majlis dgn celoteh yang padat dengan isi dan warkah pantun yang menarik.

Dari segi pendaftaran pula, sahabat saya Aishah Mat Noor dan Shaflina sudi menjadi ratu di meja pendaftaran, Alumni dikehendaki mendaftar dapat buku program dan cabutan bertuah.......

Persembahan 30 minit gambar-gambar ALUMNI telah dipaparkan semasa tetamu menikmati hidangan.

Terima kasih sahabat saya yg sudi hadir dan membantu menjayakan program ini...

Herray
Norafidah
Nor Hazlina Tahkim
ROslinda Ahmad
Aishah
Norafidah
Shaflina
Haslisah
Johari Siman
Zulkarnaen
Azmi ISmail

NEXT TIME KITA JUMPA LAGI


Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat
Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur
dan
Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim
Tg Bidara, Masjid Tanah Melaka

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...