Wednesday, May 14, 2014

PASUKAN MOF MENAWAN PUNCAK KINABALU BULAN MEI 2014

Related Posts with Thumbnails
Selawat keatas nabi dan keluarganya



Alhamdulillah syukur kpd Allah, pada tanggal 2 Mei 2014 sepasukan 29 staff Kelab Perbendaharaan Malaysia khususnya Kumpulan B telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, Sabah.

Dengan melalui Mersilau ke Laban Rata, ini merupakan pengalaman pertama menaiki Gunung tertinggi di Malaysia. 6 bulan yang lalu aku pernah berkata dalam diriku sendiri , " aku mesti mencabar kemampuan diriku....." walaupun tahun depan umurku sudah mencecah 40 tahun.....

Tapi dengan azam yang kuat, berbekalkan dengan pengalaman sebagai pesilat Silat Olahraga ketika di SUKMA , Perak tahun 1994 dahulu, latihanku hanya berdasarkan latihan kendiri. Naik tangga sambil berlari, dan senaman otot kaki dan lutut.



1 Mei 2014 - 12.00 Tiba di KK dan kami Kumpulan B tidur di Marina Court Apartment, tp semasa tu aku bersama Zahri, Faizal dan Wahyu sahaja yg tiba, yang lain tiba lewat petang.

2 Mei 2014 - Pagi-pagi bertolak ke Kundasang dengan bas Jab Imigresen, kemudian singgah jap...pastu kami tukar pengangkutan menaiki Van , sebanyak 3 buah Van digunakan untuk mendaki tempat pelepasan iaitu di MERSILAU.

2Mei 2014 - 8.30 pagi - tiba di Mersilau membuat pendaftaran, terima Name tag, sarapan pagi, taklimat ringkas dan timbang bag utk dapatkan perkhidmatan potter.sekilo RM12.00.

9.40 pagi - Memulakan perjalanan mendaki Mersilau - Laban mengambil masa lebih kurang 6 jam.

3.30 petang - sampai !!!!!! Berehat, makan, suhu sejuk 11 darjah...mak oi sejuknya

3 Mei 2014 - 1.30 pagi BANGUN DAN STANDBY KE PUNCAK, aku nyaris tak naik sebab dah rasa demam dan nafas semakin laju...udara nipis. Tapi member grup kata semua itu terjadi pada semua orang, so....aku tampal koyok dan makan ubat AMS dan terus daki, daki, daki dan daki......akhirnya sampai ke puncak...SUBHANALLAH...TAK SANGKA AKU BERJAYA SAMPAI KE PUNCAK !!!!

smpai puncak, ambik gambar dan turun ke Laban Rata ambik barang dan terus turun melalui TIMPOHON...van pun menunggu dan bawa aku dan aizwan bersama potter ke Kinabalu Park utk makan tengahari.....walaupon dah petang 4.00 petang.......

4 Mei - Bertolak balik ke KLIA


















































Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur ( PPM-001-14-13052013)
Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka

Tuesday, April 1, 2014

XPDC GUNUNG AYAM, KELANTAN

Related Posts with Thumbnails Selawat ke atas nabi dan keluarganya...





Pada 27 Mac 2014, bermula detik pertamaku dalam hidup sebagai salah seorang pendaki gunung, mengikut pendaki dari Kelab Perbendaharaan Malaysia ( MOF ). Aku mendaki Gunung Ayam, yang terletak di Kawasan Gunung Stong Resort Park, Tanah Merah Kelantan. 

27.3.2014 ( Khamis )
Bertolak lebih kurang 10.00 malam menaiki bas MOF di depan bangunan Perbendaharaan, kebanyakkan rakan pendaki adalah rakan yang baru pertama kali aku kenali dan ramai yang lebih muda dari aku...hehhehehe

28.3.2014 ( Jumaat )
5.30 pagi sampai di kaki gunung dan solat subuh, 

9.00 pagi BERMULA naik gunung selama 2 jam untuk ke Kem Baha, tempat perkhemahan pendaki

11.30 pagi pasang khemah, rehat

11.45 pagi bergerak naik ke ke atas selama 5-6 jam dan sampai di dua puncak iaitu Gunung Baha        ( 1450meter) dan di Gunung Ayam ( 1500meter ).

 6.00 petang tiba di puncak Ayam dan Baha

7.25 malam turun ke Kem Baha

12.20 malam tiba di Kem Baha

29.3.2014 ( Sabtu )
11.00 pagi bersiap dan turun ke resort ( kaki gunung )

12.00 pagi singgah Bukit Bunga, beli barang

Malam menginap di POK C BAR Homestay, milik En. Wahid, malam ada makanan dan minuman serta pertandingan karaoke

30.3.2014 ( Ahad )

BALIK PUTRAJAYA BERGERAK JAM 11.00 PAGI DAN SAMPAI DI MOF JAM 11.30 MALAM, JALAN JEM TERUK MAKLUMLAH CUTI SEKOLAH.

Rumusannya

Alhamdulillah , dgn bebanan berat badan dan bebanan bag yang disandang, aku berjaya mendaki 2 puncak gunung dalam satu masa.

Cramp betis dan peha di pertengahan jalan ke puncak, tp syukur selepas letak Counterpain, kaki dh mula ok dan aku berjaya












Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur ( PPM-001-14-13052013) Presiden Penaja
Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka

Monday, March 10, 2014

FAKTA 10 KES ACCIDENT PESAWAT

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA



SUMBER : Blog Serius

Nor Amran Abdullah Setiausaha Kehormat
Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur ( PPM-001-14-13052013) 

Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...