Sunday, June 30, 2019

DOA MAJLIS PERKAHWINAN

Related Posts with Thumbnails
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, amirul mukminin khalifah yg 4, sahabat sahabat Nabi, para wali2 Allah
1) Sayyidina As Syeikh Jaafar As Shodiq
2) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abdul Qodir Al Jailani
3) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abu Hassan Syazili
4) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abu Yazid Al Bustami
5) Sultan Aulia Abdul Kuzumi Al Kholidi
6) Sultanul Ariffin As Syeikh Junaid Al Baghdadi
7) Sultanul Ariffin As Syeikh Yahya Al Kholidi
8) Sultanul Ariffin As Syeikh Buha'uddin Naqsabandi


Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami berpasang-pasangan. Selawat dan salam di atas junjungan kami Saiyidina Muhammad rahmat sekelian alam serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian. Ya Allah, pada petang yang berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka.

Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis ini semoga ianya berjalan dengan sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki dan berkatilah majlis yang diadakan ini dengan keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal A’lamin.


Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad s.a.w & Siti Khadijah. Ya Allah, satukanlah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.

اَ
Segala puji-pujian adalah milik Allah. Kami memujiMu, memohon pertolongan dan keampunan kepadaMu Ya Allah. Kami berlindung kepada Mu Allah daripada segala kesalahan dan keterlanjuran kami. Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah semata-mata yang tiada sekutu bagiNya dan kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah hamba dan rasulNya. Bersempena dengan majlis walimah ini, kami memohon inayah dan rahmatMu. Ya Allah, agar dikurniakan kepada kedua mempelai yang diraikan tengahari ini, iaitu XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX dan pasanganya XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX, kesejahteraan, kebahagiaan, ketenangan dan zuriat yang beriman lagi bertaqwa.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya kami menyedari bahawa Engkau telah menjadikan semua makhluk ciptaanMu berpasangan. Benarlah firmanMU, Maha suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari Yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa Yang mereka tidak mengetahuinya.
Ya Rahman Ya Rahim, Anugerahkanlah keberkatan dan kerahmatan kepada kedua pasangan mempelai pada hari ini kerana mereka telah menunaikan salah satu daripada sunnah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Mantapkanlah iman, ikatan kasih sayang dan perasaan hormat-menghormati sesama mereka. Perkasakan akhlak dan budi bahasa mereka. Anugerahkanlah kepada pasangan pengantin yang diraikan hari ini keintiman, kecenderungan dan perasaan tenteram sentiasa. Jalinkahlah perhubungan mereka dengan ikatan kasih sayang, persefahaman, kebahagiaan dan belas ihsan.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya pasangan yang diraikan dalam walimatul’urus ini telah menunaikan salah satu suruhan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dalam sabda baginda yang bermaksud: “Sejahtera ke atas kamu yang memilih jalan pernikahan kerana kamu telah memilih untuk menutup jalan maksiat”. Anugerahkanlah zuriat yang berkualiti dan warisan anak-pinak yang banyak kepada mereka.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya kami sedar betapa hebatnya hikmah orang yang bernikah berbanding mereka yang hidup bujang dan betapa Islam memuliakan mereka yang memilih jalan pernikahan daripada mereka yang masih terdedah dengan pintu-pintu kemaksiatan. Dengan hanya satu lafaz agung, yang haram menjadi halal, yang maksiat menjadi ibadah, yang keji menjadi suci terpuji.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami sedar bahawa engkau telah menyediakan jalan yang paling mudah untuk menghalalkan cinta sepasang anak Adam ini. Bahagiakanlah pasangan ini dahulu, kini dan selamanya. Engkau semaikanlah putik dan bunga-bunga kasih yang mekar dalam mahligai pasangan ini. Jadikanlah pasangan ini merpati dua sejoli yang berkongsi kasih, kehidupan dan segalanya. Engkau tegakkanlah pintu ketenteraman dan kedamaian dalam kehidupan pasangan ini biar apapun badai yang melanda. Ya Allah, engkau anugerahkanlah pepohon cinta yang berpanjangan dan hubungan yang berkekalan dan semaikanlah bibit cinta mereka keranaMu ya Allah. Kami merakamkan ucapan Barakallahulakum Wa Baraka’Alaikum Wa Jama’a Bainakuma Fil Khair (Mudah-mudahan Allah melimpahkan barakah kepada pasangan yang diraikan perkahwinan mereka hari ini dan semoga Allah melimpahkan kebahagiaan ke atas mereka dan mempertemukan mereka dalam kebaikan.





Nor Amran Abdullah
 Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur ( PPM-001-14-13052013)
 Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka (2018 - 2020 )
Exco Kebajikan, Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia, Cawangan Putrajaya (2018 -2020)

Monday, May 6, 2019

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL ANJURAN PERKASA CAW PUTRAJAYA DAN SPINA BIFIDA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabat2 Nabi dan para wali2 Allah..

Alhamdulillah pada 3.5.2019 (Jumaat) di Istana Hotel, Kuala Lumpur jam 8.00 malam telah berlangsung dengan jayanya Program Majlis Makan Malam Amal yang dianjurkan oleh Persatuan Pegawai Kanan Kastam Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Persatuan SPINA BIFIDA Malaysia. Majlis yang julung-julung kali diadakan oleh PERKASA PUTRAJAYA ini telah berjaya menarik sebanyak 24 buah syarikat untuk menaja meja pada kali ini. Walaupun ianya jauh tersasar dari sasaran 80 meja, akan tetapi ia tetap satu pencapaian yang baik berikutan dengan masa yg  terhad, tenaga kerja EXCO yang sebilangan kecil sahaja yang mampu all out disebabkan kengkangan masa diantara kerja hakiki dan NGO.

Ketua Pengarah Kastam Malaysia, YBhg Dato' Paddy Abd Halim dan isteri turut sudi meluangkan masa bersama dalam majlis ini, Di antara VIP yang turut hadir adalah Timb Pengarah Kastam (Pengurusan) Dato Dr Zulkifli, Timb Pengarah Kastam (P&P) Dato Azimah Abd Hamid.

Sebanyak 3 syarikat telah menjadi kategori GOLD iaitu Percetakan Nazional Malaysia Berhad (PNMB), Swift Haulage Sdn Bhd dan Persatuan Pengimport2 Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA). 

Artis yang turut menjayakan majlis iaitu Noryn Aziz, Zul Umbrella dan Gimie Gegar Vaganza, dalam pada itu seramai 20 orang anak yatim termasuk seorang penjaga turut hadir dan menerima sumbangan dari PERKASA PUTRAJAYA.

Semua anak2 yatim dan wakil Rumah jalinan Kasih telah menerima sumbangan, manakala wang tunai RM20,000 telah diserahkan kepada Persatuan SPIna Bifida Malaysia sebagai usahasama PERKASA dan SIBIAM.



Nor Amran Abdullah

Monday, April 29, 2019

TRIP ZIARAH BERSAMA GURU MURSYID MENAIKI ETS DARI KL SENTRAL KE ARAU , PERLIS

Salam semua, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga, sahabat2 Nabi, masyaeikh, 

Kali ni trip 3H 2M aku ke tempat iktikaf macam biasa di Kg Bukit Keteri, Perlis. Kali ni aku, mak aku (maklang) dan 11 lagi jemaah kami akan naik ETS, kali ni kurang sikit berbanding trip Bulan Dis 2018 yang lalu. Lain2 sepupu sepapat aku tak dpt join sebab umah diorg kt Pantai, N9 ada kenduri. 

Misi TRIP - IKTIKAF - KHIDMAT GURU - BERKEBUN

26 April 2019
Jam 10.15 mlm bertolak dari Putrajaya Sentral ke KL menaiki ERL , tiket biasalaaa RM14 hinggit sehala der. 22 minit jugak laaaa...perjalanan lancar tanpa masalah, sampai je KL Sentral Guru Mursyidku dan jemaah lain dah duduk menunggu , kami duduk sementara menunggu ETS jam 11.55.
Masuk je ETS, selesa ya amat, dapat duk gerabak F, keselesaan mmg tidak terkata, duduk 20 minit terus aku lena hahhaahaha, tapi sakit gak punggung.

27 April 2019
jam 4.55 pagi, tiba di stesen Arau, di jemput oleh 3 buah kenderaan jemaah yg dah siap tunggu di sana, Sh Razman, Sh Khairi dan Sh Sharul. pagi tu Arau ada Marathon PERLIS 2019, nampakla diorang tgh berlari, acara 42Km sejak jam 11 malam ..hahahaha giler , jam 5 pagi diorg berlari tak lama lagi subuh..........baik diorg tahajud 50 salam lg bagus. Sampai Bkt Keteri, Solat Subuh berjemaah dan pagi tu, kami jemaah termasuk anak2 tahfiz, berkebun dan mengemas musolla kami.

tengahari ya ampun...paneh mengelit....panas lit lit kt Perlis ni......takda aktiviti luar langsung, semua berehat dalam rumah.
Sebelah malam , pengajian selama 1/2 jam oleh Guru Mursyid.

28 April 2019
Jam 10.30 pagi bergerak naik van sewa ke ETS Arau utk kami pulang. jam 5 petang sampai KL Sentral

tengah malas menaip...nnti sambung dan edit balik laaa hahaahah















Ni makanan yang ada 

Order yang ni sahaja 

Surau maximum 3 orang boleh solat 

Tandas terbaik, mcm dalam pesawat, vacuum


Ni route dia 






Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur ( PPM-001-14-13052013) Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka Exco Kebajikan, Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia, Cawangan Putrajaya

Wednesday, April 17, 2019

ECRL DITERUSKAN LAGI OLEH KERAJAAN PAKATAN HARAPAN LALU JELEBU KAMPUNG OMAK DEN



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Akhirnya sejak akhir 2018 yang lalu rundingan demi rundingan yang boleh dikatakan amat rumit telah menemui jalan penyelesaiannya. Walaupon kos pembinaan berbillion ringgit, saya sebagai rakyat Malaysia yg bukannya taksub mana-mana parti bersetuju dengan pengurangan kos amat berbaloi. Dengan pihak China bersetuju untuk memulangkan 3.1 Billion disamping perubahan jajaran laluan berkembar dari Mentakab ke Jelebu adalah amat baik sekali.



Umum semua tahu, Menteri Pengangkutan adalah salah seorang ADUN dalam kawasan Parlimen Jelebu, beliau sudah tentu mencadangkan laluan ikut di kawasannya agar Jelebu lebih membangun, omak den mmg dari Jelebu , so jajaran melalui kawasan ini amat menarik, tak payah nanti ikut Bukit Tangga yang jalannya bengkang bengkok.. so dari Putrajaya je naik train sampai ke Jelebu...

Di samping itu, kerajaan juga berjaya memelihara kawasan Permatang Kuarza Gombak sepanjang 15KM dari ditarah oleh pembangunan, sejak dulu lagi Kerajaan Selangor membantah laluan melalui Permatang ini yang akan diiktiraf oleh UNESCO.

Tahniah Kerajaan, mana yang bagus kita sokong, bukan macam kawan sei sorang ni, tak ponah langsung sokong walaupon baik hahhaha..







Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur ( PPM-001-14-13052013) Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka Exco Kebajikan, Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia, Cawangan Putrajaya

Tuesday, April 16, 2019

IM BACK

Apa kabar semua, sejak 2015 yang lalu hingga hari ini, saya berehat seketika dari menulis blog ini, entah kenapa tiba-tiba , ringan pulak tangan yang menulis kembali blog yang dah lama tak update.

Ermmm..................apa ler nak tulis ni,

tunggu....apa-apa tajuk boleh


Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur ( PPM-001-14-13052013) Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka
Exco Kebajikan, Persatuan Pegawai Kanan Kastam Caw Putrajaya

Monday, July 6, 2015

BACAAN BEBERAPA AYAT SURAH AL KAHFI HINDARI FITNAH DAJJAL

Assalamualaikum WRH

Selawat ke atas nabi dan keluarganya Ahlul Bait...


Nabi saw bersabda;”
Image result for fitnah dajjalBarangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal ‘. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)
Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi berkata:
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.”
(HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)
Image result for fitnah dajjal
Pada lafadz Tirmidzi: “Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Dia berkata: “Hadits hasan.”
Pada hadits yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu `anhu bahwa Nabi SAW berkata; “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah radliallahu `anhu.
Dan pada lafadz Nasai menyatakan:
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Hadis daripada Anas bin Malik pula Baginda bersabda:
“Keluar Dajjal daripada Yahudi Asfahan bersamanya 70,000 orang yahudi,”.
Pada hadits yang marfu’ dari Ali bin Abi Thalib:
“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai delapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.”








Tuesday, May 12, 2015

CORETAN TUN MAHATHIR 11 MEI 2015

Assalamualaikum

SELAWAT KE ATAS NABI DAN AHLUL BAIT

Related Posts with Thumbnails 1. Apabila pilihanraya kecil bermula di Rompin dan Permatang Pauh, saya diberitahu oleh penyokong Najib bahawa PRK ini akan membuktikan sokongan kuat kepada Dato Sri. Dakwaan saya yang Najib tidak popular akan meleset.

2. BN akan menang besar di Rompin kerana ini kubu UMNO dan JJ amat popular. Lagipun calon PAS lemah dan PAS mempunyai masalah dalaman.

3. Di Permatang Pauh pula parti lawan berpecah kerana hudud PAS. PAS tidak akan sokong PKR. Azmin Ali pula berhasrat mengalahkan Wan Azizah. Ada kemungkinan BN boleh menang pun.

4. Kejayaan UMNO dan BN dalam kedua-dua PRK akan menunjuk bahawa dakwaan saya Najib tidak disukai ramai adalah salah. Dan Najib boleh dapat kemenangan dalam PRU 14.

5. Saya berada dalam keadaan serba salah. Sebagai ahli UMNO saya hendak BN menang. Tetapi kemenangan akan mengekalkan kepimpinan Najib dalam PRU 14. Dan saya yakin BN pimpinan Najib akan kalah PRU 14.

6. Keputusan PRK di kedua-dua kawasan menunjuk sangkaan penyokong Najib bahawa dakwaan saya yang Najib tidak dapat sokongan ramai lebih tepat dari harapan mereka.

7. Sesungguhnya saya menghadapi dilema sejurus selepas Dato Sri Najib mengambilalih tampuk Kerajaan dari Tun Abdullah. Harapan saya bahawa Najib akan betulkan kesalahan Abdullah tidak menjadi kenyataan.

8. Sebaliknya ia mengekalkan dasar dan tindakan Abdullah. Bukan sahaja jambatan dan landasan berkembar keretapi tidak dilaksana, ia mendokong kononnya liberalisme Abdullah.

9. Dasar luar negara juga ditukar dengan mengutamakan persahabatan dengan kuasa besar seperti AS dan Eropah.

10. Secara tersembunyi ia mengambil penasihat British dan mengguna pakar runding (consultant) luar.

11. Ia gemar mengadakan perhimpunan rakyat upahan yang menatang sepanduk kecil yang dibekal kepada mereka dengan tulisan “I love PM” dan menyanyi lagu “IM4U”. Mereka ini datang kerana dibawa dengan bas dari jauh, diberi makan dan upahan.

12. Untuk mendapat sokongan orang Cina, Najib membelakangkan DEB, mengurangkan tempat dan biasiswa bagi penuntut bumiputra di universiti, dan melayan segala tuntutan parti pembangkang. Dipercayai bahawa dengan slogan “Ah Jib Gor” abang Ajib, orang Cina akan sokongnya.

13. Najib juga percaya bahawa wang tunai adalah raja (cash is king). Jika wang diberi maka rakyat akan sokong dirinya. Maka diperkenalkan BR1M, wang percuma untuk rakyat.

14. Sebelum PRU 13 diarah supaya dikumpul 70,000 orang Cina di Kelang untuk mendengar kempennya. Tak sampai 15,000 yang datang. Mereka tidak hirau ucapan Najib. Najib kalah teruk di sini pada PRU 13.

15. Saya tidak percaya semua ini akan memulihkan sokongan kepada BN. Tetapi sangkaan saya ialah prestasinya dalam PRU 13 akan menjadi lebih baik dari Abdullah.

16. Harapan saya tidak menjadi kenyataan. Prestasi Najib lebih buruk dari Abdullah.

17. Saya harap Najib akan ambil iktibar dari PRU 13. Tetapi tidak. Ia meneruskan dengan pemberian wang. Ia masih mengekalkan penasihat Britishnya. Tingkat 4 diperbesarkan. Pejabat PM dipenuhi dengan ramai anggota yang diberi tugas-tugas ciptaan. Gaji yang diberi tidak mengikut system gaji pegawai Kerajaan.

18. Jawatan-jawatan bertaraf menteri diwujud untuk memberi tempat kepada yang bersara. Ditubuhkan badan bebas yang mengambilalih kerja dan tugas jabatan-jabatan Kerajaan seperti EPU. Mereka ini dibayar gaji yang tinggi, yang menyebabkan pegawai Kerajaan berasa kecewa.

19. Saya didatangi oleh ramai kumpulan-kumpulan dan individu yang mengadu terhadap kepimpinan Dato Sri Najib. Mereka datang berkali-kali dan meminta saya buat sesuatu supaya Najib berhentikan dasar dan pendekatannya.

20. Yang datang bukan sahaja orang Melayu dan ahli UMNO tetapi juga orang Cina. Mereka amat tidak senang dengan isteri Najib, dengan cara hidup mewahnya, dengan lagaknya seakan-akan ia Perdana Menteri.

21. Menerima desakan dari mereka ini saya cuba nasihat dan tegur Dato Sri. Tetapi tidak berkesan. Ia yakin caranya, pemberian wang olehnya akan memikat hati orang ramai. Dia percaya benar bahawa rakyat begitu sayang dengannya. Dia percaya walaupun UMNO dan BN tidak popular tetapi ia begitu disukai ramai dan ia akan jadikan dirinya sebagai idola dan ikon UMNO dan BN. Ia percaya perhimpunan-perhimpunan besar yang diadakan, dengan sepanduk I love PM membuktikan betapa rakyat suka kepadanya.

22. Desakan supaya saya membuat sesuatu untuk menyedarkan Najib akan kemerosotan sokongan kepadanya, dan kebencian kepada tindak-tanduknya serta cara hidup mewah isterinya datang bertalu-talu kepada saya.

23. Buatlah sesuatu, kata mereka. Saya jawab saya sudah buat tetapi tidak berkesan.

24. Tetapi, apabila saya mula mendengar berkenaan 1MDB, saya berasa keadaan sudah m
enjadi amat serius. Pada masa itu maklumat tidak banyak. Saya terpaksa buat keputusan untuk hantar kepada Najib surat menyatakan saya tidak sokongnya lagi.

25. Najib hanya mengarah orang berdekatan dengannya supaya saya tarik balik surat saya. Kerana ia tidak dedah penarikan sokongan saya, terpaksalah saya dedah sendiri.

26. Saya terima lebih banyak maklumat berkenaan 1MDB. Saya terkejut dengan jumlah hutang yang begitu tinggi. Kerajaan sendiri tidak pernah hutang begitu banyak. Hutang ini pula dibuat secara off-budget, iaitu tanpa mendapat kelulusan Kabinet atau Dewan Rakyat.

27. Saya tidak dapat terima pembelian stesen janakuasa dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran. Ini bukan soal satu dua juta atau sepuluh duapuluh juta. Kelebihan harga mencecah ribuan juta sedang lesen operasi kilang sudah hampir tamat dan nilainya akan jatuh kepada ratusan ribu ringgit sahaja. Kenapa tidak tunggu sehingga tamat lesen.

28. Bila ditanya Najib berkata apabila nilai naik, kilang-kilang boleh dijual untuk mendapat untung. Ini bukan kerja Kerajaan – jual beli syarikat.



29. Saya tidak percaya 1MDB akan dapat untung dari penjualan kilang yang dibeli dengan harga begitu tinggi. Hari ini kita tahu yang syarikat kilang elektrik 1MDB tidak pun dapat disenarai di bursa.

30. Saya dapati penarikan sokongan saya kepada Najib tidak berkesan. Sementara itu masalah 1MDB semakin meruncing. 1MDB tidak dapat bayar faedah keatas hutang 42 billionRinggit. Wang yang kononnya dilabur di Cayman Islands tidak dapat dibawa balik.

31. Pelaburan dan JV dengan Petro Saudi kabur dan wang pelaburan tidak begitu jelas di mana berada.

32. Apabila lapuran polis dibuat berkenaan Jho Low dengan 1MDB, rumah pihak yang melapur dirampas dan dianya diisytihar muflis.

33. Pemberita yang melapur bahawa Majlis Raja-Raja tidak bersetuju dengan hudud PAS telah ditangkap kerana kononnya menyalahi undang-undang hasutan. Kemudian hakim melepas mereka kerana ia bukan hasutan.

34. Tindakan ke atas pemberita disyaki untuk menakutkan orang ramai dari membuat apa-apa kenyataan anti-Kerajaan.

35. Saya berasa terdapat salahguna kuasa oleh Kerajaan. Agensi-agensi Kerajaan diguna untuk ugutan. Rakyat semakin tidak suka kepada Kerajaan. Saya lebih berkeyakinan BN akan kalah PRU 14 jika dipimpin oleh Najib.

36. Saya tidak dapat terima negara diperintah oleh Pakatan. Dasar-dasar dalam parti-parti dalam pakatan bertentangan antara satu dengan yang lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam. Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan sebenarnya untuk Islam. Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri.

37. Jika Pakatan menjadi Kerajaan, huru-hara akan berlaku. Kemajuan negara akan terjejas dan rakyat semua kaum akan menderita.

38. Saya sedar jika saya tidak sokong Najib parti lawan akan ambil kesempatan. Sebaliknya jika Najib pimpin BN dalam PRU 14, BN akan kalah. Luah mati mak, telan mati bapak.
39. Jika kepimpinan UMNO dan BN hendak ditukar, ia harus dibuat sebelum masa untuk pemulihan terlalu singkat sebelum PRU 14.

40. Akhirnya saya terpaksa dedah kesalahan Najib dalam 1MDB. Duit berbillion Ringgit sudah hilang dan tidak mungkin didapati balik. Secara langsung atau tidak langsung Najib bertanggungjawab terhadap kehilangan yang besar ini.

41. Kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini Najib tidak lagi layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

SUMBER CHE DET...


Nor Amran Abdullah Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur ( PPM-001-14-13052013) Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...