Thursday, May 29, 2008

Latihan Bowling KBKPj




Pada 27 Mei 2008 (Selasa) jam 6.00 petang satu latihan bowling bulanan telah diadakan di ARL Bowl, Alamanda, Putrajaya seramai 11 orang ahli Kelab Bowling Kastam Putrajaya telah mengambil bahagian dengan mendapat tunjuk ajar oleh Saudara SAbri dan Tuan Nadzri. Walaupun sedikit sahaja yang hadir akan tetapi tunjuk ajar yang diberikan adalah amat berkesan kerana mudah bagi Saudara Sabri dan Tuan Nadzri mengajar.

Saturday, May 24, 2008

Selamat Bersara Dato' Ibrahim Jaapar

Pada 24 Mei 2008, YBhg. Dato' Hj. Ibrahim Bin Jaapar , Timbalan Ketua Pengarah Kastam ( Pengurusan ){ Gred JUSA B }telah diraikan sempena Majlis Persaraan beliau. Beliau yang saya kenali, merupakan seorang yang mesra dan tegas, sepanjang saya mengenali beliau, Ybhg Dato' Ibrahim mudah mesra dan tidak sombong begitu juga kerjanya

SEMOGA BERJAYA DALAM KEHIDUPAN SEBAGAI PESARA

Bengkel MPK dan FM

Pada 14 hingga 18 Mei yang lalu saya sebagai Urusetia Bengkel MPK dan FM Fasa I Anjuran Bahagian Akaun KDRM telah bertolak ke Pulau Langkawi untuk menguruskan Bengel MPK dan FM bertempat di ASEANIA RESORT, Pantai Cenang, Pulau Langkawi. Ketua Akauntan bersama 24 ahli berbengkel di sana bagi mendapatkan tunjuk ajar untuk membuat MPK dan FM. Saya, Shamsul Anuar dan M.Azhar telah mengendalikan majlis tersebut dengan jayanya dan Ketua Akauntan telah memberikan penghargaan. Penceramah jemputan dari INTAN telah dijemput memberikan ceramah iaitu Puan Sarengah M. Sam dan Puan SUzana Edros. Selain aktiviti berbengkel sesi tour de langkawi di Pekan Kuah telah diadakan, begitu juga tour de Gunung Mat Chinchang , Makam Mahsuri dan tour de gamat rojam. Bagi Bengkel Fasa II pula pada 28 hingga 1 Jun 2008 , saya tidak dapat hadir kerana ada Midterm Undang2 dan Fiqh Jenayah, tapi saya telah mengamanahkan tugasan saya kepada en. Zainuddin.
CONCLUSION....... MEMANG BEST, for next project saya telah diamanahkan oleh Ketua Akauntan untuk mengadakan Kursus Public Speaking dan Mencandat Sotong ( 2 plus 1 ) di Kuala Terengganu dan Team Building... INSYALLAH
HIDUP PULAU BATU PUTIH..... yang tidak putih di mata rakyat Malaysia

Thursday, May 8, 2008

SURVEY DI Langkawi







Saya bersama Mat Sahrom dan Mr.Rashid telah bertolak ke Kuala Nerang pada 4 Mei 2008 (AHAD) untuk ke Pulau Langkawi dan menghadiri kenduri Saudara Farid Ibrahim di Pekan Kuala Nerang, jauh ler.... jugak. Ramai gak yang datang , satu bas Jabatan 44 orang dari Perolehan dan Kewangan juga hadir, Dato' Karim dan ramai lagi. ALHAMDULLILAH akhirnya Farid berjaya mendirikan masjid walaupun hanya tinggal 2 tahun lagi beliau akan berpencen ( kalau tak smbg 2 tahun ). Dalam pada itu pemergian saya ke Langkawi selepas majlis di Kuala Nerang adalah untuk discuss dgn pihak Aseania Resort di Pantai Cenang bagi persiapan Bengkel Fail Meja dan Manual Prosedur yang berlangsung pada 14 hingga 18 Mei utk FASA I dan 28 Mei hingga 1 Jun utk FASA II. Saya sebagai urusetia bengkel dalam bulan Mei ni..........memang BZ giler...........



tambahan pula memegang tanggungjawab sebagai Bendahari Kelab Bowling, Bendahari Prasiswazah ( Eksekutif ) batch 5 Pengajian Islam Syariah UKM, ahli PUTRAHEATCLUB (badminton), beginner golfer, nak buat assignment ler, dan beribu-ribu LEMON............................






OK JUMPA LAGI

Thursday, April 24, 2008

pUTRAHEATCLUB

Pada minggu lepas satu kejohanan badminton tertutup untuk ahli-ahli Kelab badminton Putra Heat KDRM telah mengadakan pertandingan badminton dan Isnin lepas 21 April saya dengan fresh partner Fairuz saya telah tewas di tgn beregu En Rahman+Hermanto dan Jukie+Sham. Kekalahan straight set yg amat mengejutkan saya, saya dgn fairuz nampak cukup tak serasi dan memerlukan byk bersama semasa latihan , saya dan fairuZ ada 3 lagi game dan berharap saya akan menang utk mengumpul mata.

sekian
MAJULAH PUTRAHEATCLUB

Thursday, April 17, 2008

Kursus Fail Meja dan MPK






Bermula 14 hingga 17 April 2008 saya telah menghadiri Kursus Anjuran INTENGAH, Jalan Elmu Kuala Lumpur. Saya telah mendapat banyak manfaat dari kursus ini, memandangkan pada akhir bulan dan awal bulan Mei saya akan mengendalikan Kursus yang sama kepada staff Bahagian Akaun saya di Hotel Seaview, Pulau Langkawi Kedah. Semua kenalan semasa kursus amat sporting dan suasana berkursus amat santai dgn diselang seli gelak ketawa, khususnya kenalan saya dari Penang iaitu Saudara Roslan ( JKR ) yang juga sebagai Penghulu Kursus.

So far ....... Secara kesimpulannya kandungan kursus ni termasuk peserta memang berinfomasi serta sempoi habis, SAYA RASA KALAU HADIR KURSUS LAIN , TAK AKAN SAMA DENGAN KURSUS MACAM NI... SEBAB PESERTANYA SEMUA SEMPOI DAN SANTAI....

APA-APA PON...... KENGKAWAN LU MMG BEST...

Kalau ada apa-apa masalah dan any information jgn segan2 contact saya...


wASSALAM



Wednesday, April 16, 2008

Lawatan ke Johor Bharu


Pada Sabtu 12 April yang lepas ,saya telah bersama Anuar, Misni dan beberapa kenalan Kastam telah bermain golf di Permas Jaya Golf Club, Johor Bharu. Saya bersama rakan lain telah bermain 18 lubang dan dari masa ke semasa permainan saya nampak baik sedikit, maklumlah dari baik kepada yang lebih baik. InsyaAllah saya akan memperbaiki mutu permainan saya nanti. Dan saya telah membeli 2 batang driver Great Big Bertha Callaway dan wood Maruman semuanya sekali berharga RM350 sahaja. WOW murahnyaaaa.......... wood maruman harganya RM 10.00 sahaja..... Pada Isnin 14 April , saya, hafidzi dan anuar turun ke cyberjaya driving range untuk mempertajamkan permainan dan saya amat berpuashati dengan wood maruman saya dan Driver pula, dlm pembikinan

Saya akan cuba untuk memperbaiki permainan saya....

Wassalam

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...