Friday, August 29, 2008

TAHNIAH KEPADA KDRM SEBAGAI TUAN RUMAH

Pada 25 dan 26 Ogos 2008, KDRM HQ khususnya Bahagian Akaun telah diberi amanah untuk menganjurkan Mesyuarat Pengarah dan Ketua-ketua Akauntan Pejabat Perakaunan Malaysia yang berlangsung selama dua hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Hasil dari meeting post mortem pada 27 Ogos 2008, didapati secara keseluruhannya penganjuran adalah amat berjaya pihak JANM dan pengurusan tertinggi KDRM memuji penganjuran dikalangan staff Bahagian Akaun. Tahniah diucapkan kepada 25 orang AJK termasuk JK Kecil. Begitu juga Majlis Makan @ Taklimat Core Business KDRM yang disampaikan oleh Dato' Seri Ketua Pengarah Kastam pada malam 25 Ogos 08 di Hotel Equatorial Bangi, PENGLIBATAN TUAN PUAN AMAT SAYA HARGAI !!!! Terima Kasih



Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

SEBAB WAJIB BERPUASA

Diwajibkan puasa Ramadhan oleh salah satu daripada beberapa sebab berikut :

1) Telah sempurna bulan Syaaban 30 hari , atau
2) Nampak anak bulan Ramadhan. Ini nisbah kepada orang yang melihatnya walaupun ianya
fasiq. atau
3) Sabit melihat anak bulan Ramadhan pada hukum syarak dengan saksi yang adil. Ini
nisbah kepada orang yang tidak melihatnya, atau
4) Diberitahu melalui beberapa alamat bagi menunjukkan bermulanya bulan Ramadhan
seperti melihat lampu dipasang dimenara, atau mendengar meriam, atau sebagainya
mengikut adat kebiasaan yang digunakan

sUMBER Kitab Matla' Al-Badrain

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Wednesday, August 27, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan berpuasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ditetapkan pada petang Ahad, 31 Ogos ini bersamaan 29 Syaaban 1429 Hijrah.

Lokasi melihat anak bulan Ramadan yang telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja ialah Pontian Kecil di Johor, Balai Cerap Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Menara Kuala Lumpur di Kuala Lumpur; Bukit Melawati di Kuala Selangor, Pulau Angsa di Daerah Kuala Selangor dan Bukit Jugra, Banting di Selangor dan di lain-lain tempat diseluruh negara

Posa jangan tak posa.......

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

TAHNIAH DATO SERI ANWAR IBRAHIM


PERMATANG PAUH: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkempen menggunakan tema Merdekakan Rakyat dan moto "Ke Putrajaya Bermula di Permatang Pauh" - kembali muncul sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh - selepas 'berehat' selama 10 tahun dengan majoriti 15,671 undi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengatasi majoriti lebih 13,000 undi yang dicatatkan oleh isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

sUMBER : mSTAR oNLINE


Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Sunday, August 24, 2008

MSKK GOLF CHALLENGE 2008

Majlis Sukan dan Kebajikan Kastam KUala Lumpur pada hari ini telah berjaya menganjurkan Pertandingan Golf " MSKK GOLF CHALLENGE 2008 " bertempat di Kinrara Golf Club, Puchong dengan jayanya. Saya bersama Tuan Presiden (Mohd Hisham) telah menyertai pertandingan tersebut yang mana tee off telah bermula jam 3.00 petang secara shot gun. Jadual pada awalnya bermula pada 1.40 petang telah ditunda pada jam 3.00 petang ekoran hujan lebat yang melanda (RAHMAT DARI ALLAH S.W.T). Jam 7.00 malam siren penamat telah dibunyikan menandakan perlawanan terpaksa dihentikan, walaupun terdapat baki dua lagi lubang. Elok jugak ler diaorang berhentikan sebab nak solat Asar. Ramai dari kalangan staff Kastam yang mengambil bahagian. Juara keseluruhan dimenangi oleh Dato' Mohd Rajiun, Bekas Pengarah Kastam WPKL. Saya pula dapat rezeki dari ALLAH SWT iaitu sebuah trofi 2nd Runner Up dan voucher dari Metrojaya ( yg sepatutnya dimenangi oleh kastam tapi dibatalkan sebab orang kastam tak boleh dapat hadiah, so hadiah trofi dijadikan hadiah LUCKY DRAW )
ALHAMDULILLAH

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj

BOWLING PERSAHABATAN KELAB BAHAGIAN AKAUN

Pada 22 Ogos 2008 ( Jumaat ) jam 6.00 petang ( tapi lewat sikit ) telah diadakan satu pertandingan bowling persahabatan anjuran Kelab SUkan dan Kebajikan Bahagian AKaun, KDRM, Putrajaya di ARL Bowl, Alamanda Putrajaya. Tujuan diadakan adalah untuk mempereratkan lagi hubungan sesama staff Akaun dan mempertajamkan lagi skill permainan bowling. Sebenarnya, pertandingan ini bukannya untuk mencari pemenang mutlak, akan tetapi semata-mata untuk mengeratkan persahabatan Kelab Bahagian Akaun. Apa-apa pun tahniah kepada semua warga bahagian Akaun yang mengambil bahagian. Pemenang saya tak dapat nak sebutkan pasal balik awal sikit sebab nak pergi ambil kain batik kat Pelabuhan Klang...... HEHEHEHE



Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

SENARAI RAJA TERKAYA DI DUNIA

1. King Bhumibol Adulyade of Thailand
2. Sheikh Khalifa Bin Zayed Al-Nahyan of the United Arab Emirates
3. King Abdullah Bin Abdulaziz of Saudi Arabia
4. Sultan Haji Hassanal Bolkiah of Brunei
5. Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum of Dubai
6. Prince Hans-Adam II von und zu Liechtenstein of Liechtenstein
7. Sheikh Hamad Bin Khalifa Al Thani of Qatar
8. King Mohammed IV of Morocco
9. Prince Albert II of Monaco
10. Sultan Qaboos bin Said Al Said of Oman


Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...