Sunday, July 25, 2010

TUN DR. SITI HASMAH..........BEZA BETUL LER..








Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr. Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah yang saya lihat ialah ketika beliau memakai telekung untuk solat. Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di IJN. Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. MasyaAllah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah nenek saya yang sudah kembali ke rahmatullah.

Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah..

Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi. Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi ‘menteri tambahan’. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara. Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London. Saya masih ingat jawapan Tun Siti: “ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan”. Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.

Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, samada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir. Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian. Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap ‘busy body’ bagi negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.

Begitu lama Tun Mahathir di tampok kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita ‘kegarangannya’ kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri. Bahasanya tidak bongkah, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.
Seorang pemimpin memerlukan isteri yang ‘tidak menyibuk’ seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya. Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin ‘pasal bini dia’. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!
Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya..Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!

SUMBER : BLOG DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

note : makkk.oi beza betul ler dgn yg sekarang ni.......I FOLLOW.....

Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Wednesday, May 26, 2010

SELAMAT HARI JADI KEPADA DATO' SRI IBRAHIM JAAPAR

Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Y.Bhg. Dato' Sri Hj. Ibrahim Bin Hj. Jaapar yg ke 58 dan kebetulan pula hari ini berlangsung Majlis perhimpunan setia dan mesra bulanan di HQ JKDM, Putrajaya.

"KEPADA DATO' SRI,

" SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI, SAYA DAN SELURUH KAKITANGAN CAWANGAN AKAUN AMAT BERBANGGA DENGAN DATO' SRI, SATU LAGI UTK MAKLUMAN DATO' SRI , KAD HARI JADI YG DATO SRI TERIMA TADI DI PENTAS ADALAH HASIL USAHA, PENAT LELAH KAMI WARGA CAWANGAN AKAUN DARI SEGI REKABENTUK DAN SEBAGAINYA. HARAP DATO' SRI GEMBIRA MENERIMANYA "

ADIOS


Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

AHLI PARLIMEN REMBAU TAMAT LATIHAN WATANIAH




Kenal siapa ni? Sekali imbas tak ubah macam mana-mana anggota tentera yang baru tamat latihan.Rupanya di sini beliau ‘ menyepi’ selama sebulan. Ini kerana ramai juga orang bertanya kemana perginya Khairy Jamaluddin.Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu tidak kelihatan semasa kempen pilihanraya kecil Sibu di Sarawak baru-baru ini.

Hari Selasa beliau menamatkan latihan sebagai askar Wataniah yang disertainya. sepanjang sebulan Khairy menjalani latihan ketenteraan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor.

Ahli Parlimen Rembau ini muncul sebagai sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan dan Pelatih Akademik Terbaik Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah pada majlis di , Rasah, sekat Seremban.

Menurut Khairy, penyertaannya dalam pasukan simpanan tentera darat itu semata-mata untuk berkhidmat kepada negara dan bukan disebabkan dorongan politik. Katanya beliau mempelajari banyak perkara semasa dalam latihan itu dan berharap dapat menarik golongan muda tanpa mengira fahaman politik untuk menyertai askar Wataniah. Khairy mengakui bahawa beliau sungguh minat dengan tentera, walaupun tidak pernah menyertai pasukan beruniform semasa dibangku sekolah dan pusat pengajian tinggi tetapi penyertaannya dalam Askar Wataniah telah menyempurnakan impian untuk menyarung uniform.

Beliau memilih untuk menjalani latihan asas dari bawah sebagai rekrut sedangkan ditawarkan untuk memiliki pangkat Mejar Kehormat.

“Saya masih muda, ada kudrat sikit, sebagai orang muda kita kena lalui dari bawah sepertimana 86 rekrut lain, dalam askar tiada jalan pintas, saya masak, makan, minum, mandi dan bekerjasama dalam apa juga keadaan” katanya.

Beliau sifatkan latihan Askar Wataniah lebih mencabar dan lasak walaupun selama sebulan berbanding Latihan Khidmat Negara (LKN) yang mengambil masa selama tiga bulan.

“Sebulan, lihatlah saya dah kurus dan rentung…walaupun azab seksa, kena kawad dari pagi sampai petang dan pernah sampai tengahmalam, kena ‘pumping’ berpuluh kali, tukar baju tujuh lapan kali, kena buat dan rasa dulu, kita jadi contoh pada golongan muda,” katanya.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut mentuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Jeanne, isterinya Nori dan ibunya Datuk Rahmah Abdul Hamid.-25/5/2010

sumber : AGENDA DAILY

Related Posts with Thumbnails
Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Sunday, May 23, 2010

PERMAINAN MINDA SUPERNEURON KINI DI PASARAN !! PERTAMA DI MALAYSIA



SALAM SEMUA SAHABATKU,

Untuk makluman semua, kini ada satu permainan minda baru di pasaran UNTUK SUBJEK SAINS UPSR, kini sudah berada di pasaran MALAYSIA, baru satu minggu di keluarkan,

berikan peluang kepada anak kita mengasah minda subjek sains melalui permainan minda ini.
Lebih banyak mereka bermain, lebih peluang mereka skor A dalam subjek Sains UPSR. Temui Permainan Minda Superneuron pertama di Malaysia untuk anda menuju Skor A Sains UPSR. Khas untuk ibu bapa dan guru-guru yang inginkan kecemerlangan anak2 dan pelajar2 anda dalam Skor A Sains UPSR. Sebagai usaha ke arah kecemerlangan, bermainlah dengan soalan-soalan tahun 4 hingga tahun 6 SAINS UPSR dengan SUPERNEURON. HEBAT DAN SKOR A SAINS.

kepada ibu bapa , dapatkan sekarang juga kepada pengedar , guru-guru sekolah yg berminat menjadi pengedar CEPAT JADILAH WAKIL PENGEDAR DI NEGERI MASING-MASING

Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Tuesday, May 11, 2010

BREAKFAST BULANAN MEKAR MEI 2010




























aLHAMDULILLAH pada 9 Mei 2010 ( Ahad ) tepat jam 8.30 pagi, breakfast bulanan MEKAR bagi bulan Mei telah diadakan di Restoran Itik Gembo-Gembo, Jalan Kg Attap ( milik saudagar Herray Pilus ), breakfast pada kali ini, julung-julung kali diadakan di sini, kerana saudara Herray telah offer tempat di Restorannya sebagai promosi kepada member MEKAR, sangat berjaya breakfast pada kali ini kerana makanan dan minuman telah ditanggung sepenuhnya oleh beliau TERIMA KASIH SAUDAGAR HERRAY !!!

Alhamdullilah pada perjumpaan pada kali ini telah menunjukkan peningkatan kerana kami telah berbincang mengenai penubuhan KOPERASI ALUMNI MEKAR khas untuk ex MEKAR, perkara ini telah dipersetujui sebulat suara, memandangkan breakfast ini telah dijalankan secara tetap bulanan sejak tahun lalu, maka rakan2 merasakan perlu ada satu organisasi yg boleh membantu ex MEKAR pada masa hadapan. Herray telah dipilih sebagai peneraju dan saya sebagai S/U secara sementara protem ditubuhkan. Saya telah ditugaskan untuk mendapatkan info mengenai penubuhan Koperasi manakala rakan2 lain memaklumkan mengenai koperasi ini kepda member2 lain

Related Posts with Thumbnails


Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPjKDRM

BOLING INTER BAHAGIAN JKDM PUTRAJAYA

Pada 8 Mei 2010 ( Sabtu )jam 10.00 pagi telah diadakan satu Kejohanan Boling InterBahagian yg diadakan di WOnderBowl, The Mines. Sebanyak 18 pasukan bertanding ( 1 team 3 orang 3 game ), Alhamdulillah penganjuran berjalan dengan lancar bermula daripada pendaftaran hinggalah ke majlis penyampaian hadiah. Hadiah telah disampaikan oleh Puan Azizah Ibrahim, Pengarah Cukai Dalaman.

Pasukan dari Penguatkuasaan telah menggungguli kejohanan dengan menduduki tempat pertama, Audit Kedua dan Korporat tempat ketiga

Tahniah di ucapkan, banyak muka-muka baru telah muncul dan potensi mereka utk mewakili Ibu Pejabat amat cerah....

Related Posts with Thumbnails


Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPjKDRM

Thursday, April 29, 2010

PENCARIAN ...........................

aku mencari......terus mencari.......
adakah aku istiqamah ?............terus mencuba, dicuba dan tercuba...
kecundang di tengah hari macam hujan di tengahari.....................
aku mencari .........terus mencari....................................
bertanya seorang diri................................................
adakah aku rakus........semua ingin dicoba...........................
tapi tidak ada hasilnya....

ku tanamkan tekad..........terus mencuba utk kali terakhir...........
tak sapa yg mampu merobah, kecuali diriku sendiri....................
telah ku tahu ungkapan itu, tapi sering tertewas.....................

aku mencari............terus mencari.................................
dilemma melanda........nnti padah menanti............................
BANGUNNNNNNNNNNNNNNNNN !!!!!!
teruskan perjuangan, teruskan pencarian..............................




Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj KDRM

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...