Friday, March 25, 2011

SIAPAKAH SELEBRITI YANG SEIRAS ANDA


oleh Nazli Ibrahim (fmt)


Selawat...........


Ramai percaya, setiap individu di muka bumi ini turut memiliki enam lagi individu lain yang memiliki wajah seiras sekaligus menjadikan tujuh orang yang memiliki wajah seiras.

Bagi yang dilahirkan kembar seiras pula, masih terdapat lima individu lain yang seiras dengannya dan begitulah seterusnya bagi yang dilahirkan sebagai kembar tiga, empat atau seterusnya.

Logiknya, berbanding individu yang tidak popular, wajah mirip individu popolar lebih mudah untuk ditemui dan dicamkan.

Alasan logiknya ialah gambar individu-individu terkenal ini kita boleh lihat secara kerap dan di merata-rata tempat.

Ianya bukan suatu yang mustahil malahan boleh dianggap bukan terlalu rumit untuk menemui insan lain yang memiliki wajah seiras anda lebih-lebih lagi jika usaha yang dijalankan itu dibuat secara intensif dengan melibatkan sebuah pasukan mencari yang cekap dan diselaraskan dengan baik di seluruh negara.

Malahan ketika regim Saddam Hussein hampir tumbang di tangan tentera bersekutu beberapa tahun lalu, diberitakan pihak perisikan rahsia Saddam memiliki beberapa klon bekas presiden itu yang bertujuan untuk mengelirukan pihak musuh di saat-saat kecemasan.

Juga diberitakan ‘klon-klon’ tersebut telah dilatih dalam masa yang amat panjang dari semua aspek termasuk gaya percakapan, berjalan, duduk dan sebagainya untuk menjadi ‘Saddam Hussein’ dalam waktu memerlukan.

Menerusi perbualan dengan seorang rakan tidak berapa lama dahulu pula, katanya setiap presiden Amerika Syarikat turut mempunyai klon yang dilatih oleh Perkhidmatan Rahsia mereka yang dijaga dengan baik untuk digunakan saat-saat kecemasan besar.

Bagaimanapun tidaklah dapat saya pastikan sejauh mana kebenaran kedua-dua cerita ini samada hanya rekaan semata-mata ataupun memang benar-benar berlaku.

Terutama sekali cerita yang disampaikan oleh rakan saya tadi yang saya amat pasti bukan sahaja tidak pernah berkhidmat di White

House, malahan sepanjang penegetahuan saya, beliau belum pernah menjejakkan kakinya ke AS sekalipun.

Terjumpa ‘selebriti terkenal’

Anda sendiri tentu pernah mengalami pengalaman terjumpa seseorang yang pada awalnya bermati-matian disangkakan seorang selebriti terkenal samada artis mahupun ‘public figure’ dalam lapangan lain.

Isteri saya sendiri pernah mengalami peristiwa yang melucukan sekitar hujung 90an ketika beliau masih di zaman bujangnya.

Peristiwa lucu tersebut berlaku ketika beliau dan beberapa rakan-rakan sekerjanya sedang asyik menjamu selera di Pertama Kompleks, Kuala Lumpur.

Tanpa disedari beliau, ketika itu beliau sedang menjadi tumpuan beberapa gadis yang juga sedang menjamu selera di tempat yang sama.

Apabila isteri saya menyedari beberapa mata sedang memerhatikannya, keadaan tersebut menyebabkan rasa kurang selesa dihatinya dek bimbangkan kalau ada sesuatu yang tidak kena yang mungkin boleh menyebabkan keadaan memalukan dirinya.

Bagaimanapun untuk menteteramkan dirinya, isteri saya sempat juga melemparkan senyuman kepada gadis-gadis yang tidak dikenalinya itu yang jaraknya hanya selang satu meja sahaja dari meja beliau dan rakan-rakannya.

Selesai sahaja gadis-gadis tersebut menghabiskan hidangan tengahari mereka, dengan tidak semena-mena mereka menghampiri meja isteri saya dan perasaan isteri saya sedikit cemas ketika itu.

Tiba-tiba salah seorang gadis tersebut menyapa isteriku dengan berkata, “Akak ni Kak Maya kan?,” sambil tersenyum simpul.

Rupa-rupanya gadis-gadis selang semeja itu menyangkakan isteri saya adalah penyanyi dan pelakon terkenal yang bernama Maya.

Apabila isteri saya menjelaskan bahawa dia bukanlah Maya si artis tersebut, muka mereka bertukar menjadi merah padam akibat perasaan malu dan dengan rasa bersalah mereka meminta maaf kepada isteri saya.

Kini sekarang isteri saya yang telah melahirkan empat cahaya mata kami dan umur yang juga telah meningkat persamaan tersebut tidaklah ketara lagi, namun tetap menawan, baik di mata mahupun di hati saya dan itu sudah memadai buat saya.

“Emak, Hamid Gurkha datang, mak!”

Pengalaman bapa mertua saya yang bertugas sebagai pembaca jangka elektrik seperti yang diceritakan kepada isteri saya yang ketika itu masih di alam remaja juga menarik untuk saya kongsi bersama.

Ketika sesampai sahaja beliau di sebuah rumah untuk mengambil bacaan jangka elektrik di kediaman terbabit, secara tiba-tiba anak tuan rumah yang mungkin sedang bersekolah rendah dengan tiba-tiba melauang kepada ibunya yang berada di dalam rumah.

“Emak…! Hamid Gurkha datang, mak…!!!,” laung kanak-kanak tersebut dengan perasaan sedikit teruja apabila melihatkan ‘pelawak terkenal Hamid Gurkha’ berada di halaman rumahnya dan bapa mertua saya pula tidak mampu berkata apa-apa melainkan hanya mampu tersenyum.

Jumpa ‘Anwar’ pekena teh tarik di warung

Tidak kurang menarik, pengalaman saya sendiri yang kalau tidak silap saya ketika itu kes liwat 1 sedang meletup di dada-dada akhbar bahkan kejadian tersebut turut melibatkan wajah yang seiras dengan individu yang terlibat dalam kes liwat 1, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sedang saya leka menghirup teh tarik di sebuah warung sekitar Jalan Ipoh pada suatu petang, mata saya lekas tertumpu pada susuk seorang lelaki yang wajahnya memang saling tidak tumpah dengan Anwar Ibrahim.

Malah saya berani katakan, wajah lelaki tersebut mempunyai 80-90 peratus iras wajah Anwar ketika itu tetapi saya tidaklah bertindak menyapa lelaki itu kerana agak pasti bahawa lelaki itu bukanlah Anwar.

Antara sebab utama yang menyebabkan saya yakin lelaki itu bukanlah Anwar, isu liwat pada masa itu cukup panas dan Anwar sendiri juga pada bila-bila masa akan ditahan polis sekaligus tidak memungkinkan untuk beliau ‘berkeliaran’ dan minum seorang diri di warung tersebut.

Lebih-lebih lagi ketika lelaki itu mahu beredar, saya melihat lelaki itu menyarungkan topi keledarnya dan memandu motorsikal kapcai sekaligus mengesahkan lelaki itu bukanlah Anwar.

Pada masa yang sama juga ketika itu diberitakan Anwar sedang menjelajah ke beberapa tempat dalam negara untuk membersihkan namanya yang dakwanya telah dicemari fitnah liwat.

Selain lelaki yang aku temui di warung tersebut, indentiti terkenal lain yang dilihat mempunyai iras Anwar ialah ahli perniagaan, Datuk Eskay dan juga bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Datuk Suhaimi Ibrahim.

Persamaan Suhaimi dengan wajah Anwar lebih ketara ketika Anwar dalam lingkungan umur 40-50an dan Eskay pula mempunyai perbezaan di rambutnya apabila memiliki ‘jambul ala Superman’ dan potongan rambut yang lebih panjang berbanding Anwar.

Bagaimanapun, wajah kedua-dua mereka tidak mampu menandingi persamaan yang dimiliki lelaki yang saya temui di gerai yang saya ceritakan tadi.

Selain itu, walaupun tidak mempunyai wajah tidak berapa seiras Anwar, beberapa individu terkenal lain turut mempunyai gaya pidato yang hampir menyerupai Anwar.

Individu seperti ini bolehlah diangap sebagai pengkagum Anwar hingga terbawa-bawa gaya pembawaan Anwar secara tidak disedari atau sebaliknya.

Antara beberapa individu terkenal yang memiliki gaya pidato mirip seperti Anwar ialah bekas Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd Noor dan orang kuat PKR, Mustafa Kamil Ayub.

Lumrah bagi insan seperti Anwar yang sering dijadikan ikon oleh pengkagum-pengkagum beliau dan cuba mempraktikkan beberapa gaya yang boleh dianggap sinonim dengan individu yang dikaguminya itu.

Anda bagaimana? Tentunya anda juga pernah mengalami sekurang-kurangnya salah satu dari situasi di atas tadi atau mungkin anda pernah menerima komen dari rakan-rakan yang mengatakan wajah anda seiras dengan seseorang selebriti terkenal.

Atau, bagi kategori ‘mainan perasaan sendiri’, mungkin secara diam-diam anda sendiri yang mengaku wajah anda seiras Hans Issac, Anuar Zain ataupun Tom Cruise?

Jika anda seorang wanita pula, mungkin ada pernah terlintas di fikiran bahawa wajah anda mirip kepada Nasha Aziz, Lisa Surihani mahupun Ziana Zain tetapi awas jangan kongsikan apa yang anda fikirkan ini dengan rakan-rakan sepejabat anda!

Sumber dari CheguBard.blogspot.com ( oleh Nazli Ibrahim (fmt)


Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Monday, March 21, 2011

GEMPA BUMI, TSUNAMI, REKTOR NUKLEAR BOCOR DAN SALJI

SELAWAT..........

Gegaran gempa berdekatan dengan wilayah Sendai di Jepun pada Jumaat 2 minggu lalu telah memusnahkan bandarnya dengan kini kematian mencecah 10,000 orang dan beberapa ribu lagi. Dengan catatan 8.9 skala rithcer tlh menyebabkan kemusnahan teruk sejak 140 tahun yang lalu. Sebagai negara moden dan mempunyai bangunan kalis gempa sehingga 7 skala ricther sahaja tidak mampu melawan kuasa ALLAH SWT.

Sesungguhnya kuasa Allah mengatasi segala-galanya, tsunami meranapkan rumah, bangunan di persisiran pantai yg selama ini tenang dan sepi. TAHUKAH ANDA ? jika anda seorang Islam yang beriman, tentu sahaja anda mengetahui bhw itu semua adalah BALA dari Allah kepada manusia agar manusia beriman kepada Allah , semua ini ada hikmahnya,

Malang bertimpa-timpa kepada rakyatnya, sudahlah ditimpa gempa dan tsunami, rektor nuklear plak bocor dan dihujani SALJI......sungguh menyayat hati...

SEMOGA ALLAH MENETAPKAN IMAN ISLAM KITA KETIKA KITA MATI NNTI...


Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Monday, February 28, 2011

CORETAN PERTAMA TAHUN 2011

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW DAN KELUARGANYA AHLUL BAIT

sudah lama, sudah terlewat !!!....Sudah lama aku tidak mencoret di blog ini, sejak dari tahun lepas lagi, tak tau ler kenapa ?..... Dengan kesibukan bersama keluarga, tekanan yg bermacam-macam, hobi baru, beli motor Honda Wave, waktu bertenang selepas menguruskan urusan kewangan atau dengan kata lain alignmentkan balik aset alih dan tak alih, beli basikal dan bermacam-macam lagi..... oooppppppsss lagi satu , peluang kerjaya yg belum tentu lagi.

Itu ler dia betapa sibuknya urusan DUNIA yang tidak ada kesudahannya, TETAPI Alhamdulillah, urusan akhirat juga dapat aku mantapkan lagi dengan aku merasakan peningkatan tahap rohani yg semakin baik , bertambah baik, berbau baik heheheeh. Kadangkala aku mencoverkan diri ini dengan memanjatkan doa kepada Allah dengan memohon bermacam pertolongan dan permintaan, cool downkan diri agar tidak stress, dan tadi di klinik kesihatan aku check, Alhamdulillah BP aku SANGAT BAIK !!! dengan keputusan 110 / 70...........wow sukanya aku , berbaloi usaha aku sejak bulan Januari 2011 yg lalu aku bersenam, berbasikal, senaman otot perut, maklumler hobi baru iaitu BERBASIKAL !!!!

NANTI KITA SAMBUNG YER ,
SELAWAT........................

Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari
KBKPj JKDM

Thursday, October 7, 2010

PERGINYA SEORANG SAHABATKU, AHMAD TAJUDDIN NOR BIN TALIB






Tanggal 29 September 2010 ( Rabu ) , hari yang menyayat hati, kerana perginya seorang sahabatku iaitu Ahamd Tajuddin Nor Talib yang telah kembali kerahmatullah pada jam lebih kurang 3.30 pagi di HUKM, Cheras, KL. Beliau telah didapati menghidap Kanser Pankreas sebelum bulan Ramadhan yang lalu.

Kita doakan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT, kepada yang masih hidup, teruskan penghidupan kita sebagai seorang muslim sejati........JANGAN TINGGALKAN SOLAT 5 WAKTU...!!!

AL-FATIHAH.............GAMBAR-GAMBAR DI ATAS ADALAH YANG ADA DALAM SIMPANAN SAYA KETIKA SAMA-SAMA MELANCONG DI JAKARTA TAHUN 2009, SEMASA DI KASTAM, IBU PEJABAT DAN JUGA SEMASA SAMA-SAM JOIN BERNIAGA DI TAPAK MAEPS, SERDANG, SELANGOR




Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Thursday, August 19, 2010

KESILAPAN UMAT ISLAM DI BULAN RAMADHAN

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.


Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-


ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )


Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.


إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi :

SELAMAT BERAMAL.................

SUMBER : ZAHARUDDIN.NET

Related Posts with Thumbnails


Nor Amran Abdullah
Bendahari
KBKPjKDRM

Tuesday, August 10, 2010

PENIAGA MELAYU ALAMANDA DI NAFIKAN HAK BERNIAGA




NAMA saya Fahmi Fabilah, saya adalah salah seorang peniaga yang tidak disambung kontrak perniagaan di Suria KLCC di Alamanda, Putrajaya. Saya berniaga kemeja T buatan tempatan bernama Malaya Distro.

Alasan 'bijak' yang pertama mereka kepada saya ialah: Saya tidak dibenarkan lagi menjual kemeja T atas alasan penyewa kedai mengadu perniagaan mereka turun.

Ingin memberitahu bahawa ada yang saya lakukan ialah persaingan yang sihat.

Alasan kedua ialah kerana memiliki tiga push cart (kereta tolak). Tapi bagaimana pula dengan Pizzahut, KFC dan RASAMAS yang bernaung di bawah syarikat yang sama?
Sangat tidak munasabah jika ia dijadikan sebab untuk 'menendang' saya keluar. Apakah wujud diskriminasi di sini?

Saya boleh buktikan bagaimana terdapat diskriminasi dalam pengurusannya. Disebabkan rasa tidak puas hati, saya menceritakan perihal mereka ini difacebook saya. Gempar seketika apabila tulisan saya sampai ke KLCC. Dan seingat saya, ada sokongan dari individu yang mahukan perkara itu ditujukan kepada Tun Mahathir. Mungkin 'goyang' dengan sokongan itu, mereka telah membuat temujanji dengan saya di sebuah kafe di Alamanda untuk menyelesaikan perkara ini.

Untuk pengetahuan semua, deposit saya RM3,800 masih belum dipulangkan sedangkan saya telah satu bulan keluar dari Alamanda.

Sedangkan surat kontrak tidak disambung saya terima tiga bulan yang lepas. Pihak pegurusan memberi alasan sedang proses. Logikkah tiga bulan proses? Kenapa sewa mahu advance tetapi deposit sampai lambat sebegini rupa?

Bagaimana jika dulu kami bayar sewa lewat satu bulan? Dah pasti saya diperintah keluar. Anda fikirkan bertapa teruknya kelemahan sistem yang mereka jalankan.

Kenapa kita ditindas di tempat sendiri? Di sini suka sangat ingin saya beritahu, anda pergilah ke kompleks beli-belah ternama, anda kiralah berapa peratus peniaga 'Melayu' menyewa di situ?

Tidak sampai 10 peratus. Bukan kerana peniaga Melayu tidak mampu, tetapi kita tidak diberi tempat di situ.

Saya pernah pergi ke kompleks 'baru' di Wangsa Maju. Ruang niaga masih kosong, dan saya memohon ruang niaga. Anda tahu saya dilayan begitu teruk.

Sebulan selepas itu, ruang niaga penuh dengan kaum bukan Melayu. Di sini anda faham bukan, bukan kita tidak mampu, tapi kita ditolak mentah-mentah oleh kuasa mereka. Tetapi kenapa ia juga terjadi di Putrajaya?

Semenjak setahun lalu, Suria KLCC banyak membuat perubahan drastik. Mungkin ini juga strategi halus orang atas untuk menjatuhkan kita? Mari saya rungkaikan satu persatu.
Enam bulan lepas, kami diberi notis untuk membayar sewa pendahuluan (advance rental). Sedangkan kami telah membayar 'deposit' 1+1. Ia adalah notis mengejut ketika itu, kami terpaksa mencari wang sewa untuk dua bulan dalam masa sebulan.

Anda bayangkan betapa kami terpaksa bertungkus lumus mencari RM3,800 minggu ini, dan RM3,800 untuk lagi dua minggu. Dengan gaji pekerja, jumlah sebanyak RM9,000 sebulan, sedangkan perniagaan tidak begitu bagus ketika itu.

Taktik halus yang kedua: Mereka melagakan peniaga tanpa sedar. Ia berlaku sekarang. Caranya begini, dahulu peniaga mainan A di Utara, dan peniaga mainan B di Selatan. Perniagaan mereka sangat bagus. Cara untuk menjatuhkan salah seorang adalah meletakkan lokasi peniaga mainan A hampir dengan peniaga mainan B.

Secara psikologinya, mereka akan bersaing dan salah seorang akan jatuh. Yang jatuh itulah yang akan terkeluar. Sekarang anda nampak? Ketika itu, salah seorang dari mereka membuat rayuan untuk pindah tapak. Taktik berjaya bukan.

Taktik ketiga: Mereka mengeluarkan peniaga atas alasan produk tidak boleh dijual lagi. Ini terjadi ke atas saya sendiri.

FAHMI FABILAH
Dengkil

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA, RUANGAN KOMEN


Related Posts with ThumbnailsNor Amran AbdullahBendahari KBKPjKDRM

Sunday, July 25, 2010

TUN DR. SITI HASMAH..........BEZA BETUL LER..








Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr. Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah yang saya lihat ialah ketika beliau memakai telekung untuk solat. Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di IJN. Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. MasyaAllah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah nenek saya yang sudah kembali ke rahmatullah.

Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah..

Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi. Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi ‘menteri tambahan’. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara. Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London. Saya masih ingat jawapan Tun Siti: “ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan”. Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.

Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, samada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir. Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian. Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap ‘busy body’ bagi negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri. Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.

Begitu lama Tun Mahathir di tampok kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita ‘kegarangannya’ kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri. Bahasanya tidak bongkah, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.
Seorang pemimpin memerlukan isteri yang ‘tidak menyibuk’ seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya. Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin ‘pasal bini dia’. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!
Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya..Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!

SUMBER : BLOG DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

note : makkk.oi beza betul ler dgn yg sekarang ni.......I FOLLOW.....

Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...