Monday, May 30, 2011

BUKTI KIAMAT SEMAKIN HAMPIR / TSUNAMI JEPUN

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA...

Tsunami Jepun Telah Mengubah Sedikit Kedudukan Matahari

Di dalam Al-Quran ada menyebut bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:


1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya
kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan
perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa
takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan
pengejek dalam masyarakat.
12. Semakin ramai golongan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat



Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Monday, May 23, 2011

BENGKEL MPK DI SURIA CHERATING BEACH RESORT

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA....

Alhamdulillah aku baru sahaja pulang dari Suria Cherating Beach Resort, Pahang bagi mengendalikan Bengkel Manual Prosedur Kerja MPK, Cawangan Akaun, Ibu Pejabat Kastam Putrajaya. Sebagai urusetia yg dibantu oleh Sahrom, farhana, Rusni dan Fendi, jasa kamu semua amat dihargai kerana membantu melicinkan Bengkel MPK tersebut yg berlangsung 18 - 21 Mei 2011. Kemudahan fasiliti resort adalah TERBAEKK !!!....dan servis yg amat memuaskan kami dan aku bagi 9 bintang ( skala 1-10 ) . Banyak Proses kerja dan carta aliran ditambahbaik untuk dipaparkan didalam MPK Caw. Akaun. Ianya bagi memudahkan individu merujuk proses sesuatu kerja. Dan BOSS baru nak benda ni siap dan hntr pada aku pada 1 Jun 2011.....

TETAPI... ada satu berita buruk yang aku terima iaitu isteriku maklumkan bhw anak sulungku Roqaiyah telah dimasukkan ke hospital selama 3 hari kerana terkena air panas pada badan. Ya Allah.......badan melecur 17%....nak balik, Bengkel belum mula dan aku plak urusetia yg handle Bengkel dan jadi MC.....so wife aku kata dlm keadaan terkawal dan aku tak perlu balik...

Dan akhirnya aku terpaksa pulang awal dan tidak jadi mencandat sotong dgn mantan Ketua Akauntan ....apakan daya KITA HANYA MAMPU MERANCANG, ALLAH YG BERKUASA YG MENENTUKAN.....

jumpa lagi di lain waktu , KEPADA PUAN AZIRA DARI SURIA CHERATING BEACH RESORT...terima kasih atas layanan anda, makanan yg sedap , penginapan yg hebat, pemandangan laut yg HEBAT !!!

Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Wednesday, April 27, 2011

PERBINCANGAN BERSAMA SURIA BEACH RESORT CHERATING, PAHANG




SELAWAT..............

Aku baru sahaja pulang dari mengadakan perbincangan bersama pihak Suria Cherating Beach Resort di Cherating, Pahang pada 25 dan 26 April 2011. Tujuannya adalah untuk berbincang tentang persiapan tempat bagi mengadakan Mesyuarat Manual Prosedur Kerja MPK, Cawangan Akaun pada bulan 18 - 21 Mei 2011 nanti. Aku bersama Mat Sahrom menaiki kenderaan jabatan ke sana melalui highway MTD, Karak - Kuantan - Jabor - Cherating, maklum ler first drive sendiri ke sana, hehee sebelum ni naik bas jer. Ronda2 di bandar Kuantan yang begitu asing bagi diriku baru kali ke-2 menjejakinya, its oklaa... nasib baik Sahrom ex student POLISAS , so dia tahu ler jalan2 di sekitar Kuantan. Tepat jam 2.45 petang tiba di Suria Beach Resort, Cherating. Wahhhhhh cantikk jugak tempat tu, maklum ler bincang sambil jenjalan makan angin, pantai nan hijau, angin sepoi2 bahasa dan yg paling tak tahan ialah PANAS TUUUUUUUUU !!!!!!!!.... pastu bincang dengan org resort just take about 1/2 hour jer ...

Petang lak mancing pantai, joran 9 kaki yg aku bawak guna umpan sotong dan ikan selar bersama Sahrom, kat pantai tu org kata mmg PARI menjadi habuan..tapi tak mengena sbb sejam jer .. malam tido awal lepas solat isyak heheeheh. Selasa plak cari SATA buat bekalan dalam kereta, beli ler jugak keropok lekor yg dah direbus, keropok kering dan macam2 lagi.....

Bertolak balik jam 12.40 tghari dan sampai di pejabat Putrajaya jam 3.45 petang mmg mcm pelesit aku bawak 160 - 170 km/h MAINTAIN, kekadang jer 140 km/h maklum ler kete waja baru CPS. belum letak lambang lagi. tapi tadi aku gi ambik logo kastam dari Pikk Hashim kt Admin utk aku tampal kt kete SPANCO TUUUU...

wassalam berjumpa lagi



Related Posts with ThumbnailsNor Amran AbdullahBendahari KBKPjKDRM

Thursday, April 7, 2011

WARGA KASTAM MAUT JATUH BANGUNAN SPRM




Kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini menjadi tumpuan rakan-rakan Ahmad Sarbani Mohamed sebaik sahaja mendengar kematian penolong pengarah Kastam itu, yang ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun kebanyakan mereka yang kelihatan terkejut dan sedih melahirkan satu pandangan yang sama – mustahil bagi pegawai Kastam itu (gambar) yang berusia 56 tahun – boleh mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi.

Dengan berpakaian Kastam Diraja Malaysia sejumlah kakitangan agensi itu berhimpun di kawasan hospital sementara menunggu hasil bedah siasat.

Sesetengah pula didapati tidak dapat mengawal perasaan.

Keluarga Ahmad Sarbani pula kelihatan “mengawal” isteri dan lima anaknya, yang diiringi ke bilik menunggu dewan mayat dengan muka mereka ditutup bagi mengelak dirakamkan oleh media.

Saudara-mara juga enggan memberi sebarang komen kepada pemberita yang membanjiri kawasan bilik mayat.

Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad memberitahu The Malaysian Insider, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

“Saya sangat rapat dengan dia dan dia seorang yang rendah diri. Saya merasakan tuduhan SPRM ke atasnya mengarut. Jika benar, tunjukkan bukti.

“Cara mereka menyoal siasat dia tidak adil,” katanya.

“Dia hanya dijadikan kambing kerana seseorang,” kata Ridzuan,bekas pemberita ini, yang berusia 46 tahun.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

“Malam tadi dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (hari ini), untuk menghantar dokumen,” katanya lagi.

Seorang lagi rakannya, Ashaari Isa juga yakin Ahmad Sarbani bukan seorang yang boleh mengambil tindakan membunuh diri.

“Itu yang SPRM mahu berkata, tetapi bagi mereka yang mengenali dia secara peribadi adalah mustahil (boleh membunuh diri),” katanya lagi.

“Personaliti dan tingkah laku dia adalah bukti dia seorang yang kuat beriman,” kata ahli perniagaan berusia 57 tahun ini.

Justeru kata Ashaari, dia mahu SPRM menjelaskan mengapa seorang pegawai kanan Kastam sanggup untuk membunuh diri dan mahu ditunjukkan rakaman CCTV kepada umum.

Ashaari, yang memandu dari kampung Ahmad Sarbani di Perak, dengan rasa marah menafikan bunuh diri sebagai punca kematiannya.

“Lelaki dari kampung saya tidak akan membunuh diri, tetapi kami bunuh orang,” katanya dengan nada beremosional.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.



Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.

Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan.

Pada satu sidang media di sini tengah hari tadi, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.

Ahmad Sarbani telah dibebaskan oleh SPRM selepas diikat jamin Sabtu lalu.

Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas didapati tidak kelihatan di bilik dia diminta menunggu pada pukul 10.15 pagi.

Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada sidang media itu, SPRM berkata, “antara pukul 10.15 pagi hingga 10.20 pagi satu kejadian telah berlaku di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur di mana seorang individu telah ditemui meninggal dunia.”

“Individu yang ditemui meninggal dunia ini dikenal pasti sebagai Ahmad Sarbani Mohamed, berumur 56 tahun, seorang Penolong Pengarah Kastam,” kata kenyataan itu.

SPRM mengesahkan bahawa Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang telah ditahan pada 1 April lalu di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang.

“Penama tersebut setelah membantu dalam siasatan yang melibatkan Operasi 3B iaitu satu siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, telah dilepaskan melalui jaminan pada 2 April, pukul 12.30 tengah hari.

“Penama tersebut telah pun meninggalkan pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas dilepaskan melalui jaminan tersebut,” kata kenyataan itu lagi.

Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

“Oleh kerana pegawai-pegawai sedang bermesyuarat, maka penama berkenaan telah menunggu di lobi pejabat sehingga pukul 9.30 pagi.

“Penama tersebut kemudian telah diiringi oleh seorang pegawai ke bilik pejabatnya untuk mendapatkan pegawai penyiasat menemui penama tersebut. Pegawai yang mengiringi penama tersebut telah berada bersamanya dalam bilik pejabat pegawai berkenaan,” katanya lagi.

Kenyataan itu menambah, lebih kurang 10.15 pagi, pegawai yang mengiringi beliau telah meninggalkan penama tersebut di pejabatnya dan keluar sebentar pergi mendapatkan pegawai penyiasat.

“Dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati penama berkenaan tiada dalam bilik berkaitan,” tambah kenyataan tersebut.

“Setelah mencari dalam kawasan pejabat, seorang pegawai telah terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat satu bangunan pejabat ini.

“SPRM telah pun memaklumkan kejadian ini kepada keluarga si mati dan pihak pengurusan jabatannya serta menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk mengambil sebarang tindakan,” kata kenyataan itu lagi. -TMI greenboc


Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Wednesday, April 6, 2011

KATA-KATA HIKMAT SAIDINA ALI a.s

SELAWAT.................

Ramai masyarakat Islam tidak mengetahui bahawa Saidina Ali AS iaitu menantu dan golongan Ahlul Bayt banyak mengeluarkan kata-kata hikmat yang boleh menjadi panduan kepada seluruh umat Islam. Rasullullah SAW pernah bersabda " AKU ADALAH GEDUNG ILMU DAN ALI ADALAH PINTU SEGALA ILMU ". Dari hadis tersebut menunjukkan bahawa Saidina Ali as adalah tempat rujukan para sahabat selepas wafatnya rasullullah SAW, hingggalah Khalifah Ar-Rasyidin merujuk kepada beliau ttg urusan dunia dan akhirat berdasarkan Al-Quran dan Assunnah, beliau merupakan seorang yg sangat mahir dalam pentafsiran Al-Quran hingga di gelar Ahlul Kitab. Berikut beberapa kata-kata hikmat Saidina Ali as yang boleh menjadi panduan kehidupan manusia.

BILANGAN 17

" WAHAI ANAK ADAM !!, KAMU MELIHAT DAN TAHU BAHAWA TUHAN KAMU SUBHANAHUWATAALA MEMBERI NIKMAT KE ATASMU SEDANGKAN KAMU BERBUAT MAKSIAT KEPADANYA , MAKA JAGALAH BALASAN KEMURKAANNYA "

BILANGAN 18

" APA YANG TERSIMPAN DI DALAM HATI SESEORANG ITU AKAN TERLIHAT JUGA DALAM KATA-KATANYA KETIKA TERSILAP SERTA PADA AIR MUKANYA "





Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari
KBKPj JKDM

Tuesday, April 5, 2011

KLIP VIDEO SENSASI TERBONGKAR DI DADA AKHBAR

SELAWAT.......................

SUBHANALLAH, aku bukannya aktif dalam mana-mana parti politik, tapi aku rasa geram, sedih dan malu membeli KOSMO hari ni, sbb takut nnti anak aku tanya gambo vieo klip hitam putih di dada akhbar hari ni ( Selasa 5/4/2011 ). Sebagai manusia yg dianugerahi oleh Allah utk berfikir, aku merasakan ada sesuatu yg tak kena dengan MALAYSIA, akhbar pemerintah memaparkan gambo video klip yg didakwa pelakunya mirip DSAI dan pembangkang hanya mempunyai ruang yg amat terbatas untuk bertahan dan mematahkan hujah.

Aku amat yakin ini permainan POLITIK FITNAH manusia pada abad ini yg menandakan HARI KIAMAT akan tiba tidak lama lagi, dan aku amat yakin BALA DARI ALLAH BAKAL TIBA TAK LAMA LAGI DI MALAYSIA PULAK seiring dengan penyataan dari Al-Quran dan Hadis.





Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Friday, March 25, 2011

SIAPAKAH SELEBRITI YANG SEIRAS ANDA


oleh Nazli Ibrahim (fmt)


Selawat...........


Ramai percaya, setiap individu di muka bumi ini turut memiliki enam lagi individu lain yang memiliki wajah seiras sekaligus menjadikan tujuh orang yang memiliki wajah seiras.

Bagi yang dilahirkan kembar seiras pula, masih terdapat lima individu lain yang seiras dengannya dan begitulah seterusnya bagi yang dilahirkan sebagai kembar tiga, empat atau seterusnya.

Logiknya, berbanding individu yang tidak popular, wajah mirip individu popolar lebih mudah untuk ditemui dan dicamkan.

Alasan logiknya ialah gambar individu-individu terkenal ini kita boleh lihat secara kerap dan di merata-rata tempat.

Ianya bukan suatu yang mustahil malahan boleh dianggap bukan terlalu rumit untuk menemui insan lain yang memiliki wajah seiras anda lebih-lebih lagi jika usaha yang dijalankan itu dibuat secara intensif dengan melibatkan sebuah pasukan mencari yang cekap dan diselaraskan dengan baik di seluruh negara.

Malahan ketika regim Saddam Hussein hampir tumbang di tangan tentera bersekutu beberapa tahun lalu, diberitakan pihak perisikan rahsia Saddam memiliki beberapa klon bekas presiden itu yang bertujuan untuk mengelirukan pihak musuh di saat-saat kecemasan.

Juga diberitakan ‘klon-klon’ tersebut telah dilatih dalam masa yang amat panjang dari semua aspek termasuk gaya percakapan, berjalan, duduk dan sebagainya untuk menjadi ‘Saddam Hussein’ dalam waktu memerlukan.

Menerusi perbualan dengan seorang rakan tidak berapa lama dahulu pula, katanya setiap presiden Amerika Syarikat turut mempunyai klon yang dilatih oleh Perkhidmatan Rahsia mereka yang dijaga dengan baik untuk digunakan saat-saat kecemasan besar.

Bagaimanapun tidaklah dapat saya pastikan sejauh mana kebenaran kedua-dua cerita ini samada hanya rekaan semata-mata ataupun memang benar-benar berlaku.

Terutama sekali cerita yang disampaikan oleh rakan saya tadi yang saya amat pasti bukan sahaja tidak pernah berkhidmat di White

House, malahan sepanjang penegetahuan saya, beliau belum pernah menjejakkan kakinya ke AS sekalipun.

Terjumpa ‘selebriti terkenal’

Anda sendiri tentu pernah mengalami pengalaman terjumpa seseorang yang pada awalnya bermati-matian disangkakan seorang selebriti terkenal samada artis mahupun ‘public figure’ dalam lapangan lain.

Isteri saya sendiri pernah mengalami peristiwa yang melucukan sekitar hujung 90an ketika beliau masih di zaman bujangnya.

Peristiwa lucu tersebut berlaku ketika beliau dan beberapa rakan-rakan sekerjanya sedang asyik menjamu selera di Pertama Kompleks, Kuala Lumpur.

Tanpa disedari beliau, ketika itu beliau sedang menjadi tumpuan beberapa gadis yang juga sedang menjamu selera di tempat yang sama.

Apabila isteri saya menyedari beberapa mata sedang memerhatikannya, keadaan tersebut menyebabkan rasa kurang selesa dihatinya dek bimbangkan kalau ada sesuatu yang tidak kena yang mungkin boleh menyebabkan keadaan memalukan dirinya.

Bagaimanapun untuk menteteramkan dirinya, isteri saya sempat juga melemparkan senyuman kepada gadis-gadis yang tidak dikenalinya itu yang jaraknya hanya selang satu meja sahaja dari meja beliau dan rakan-rakannya.

Selesai sahaja gadis-gadis tersebut menghabiskan hidangan tengahari mereka, dengan tidak semena-mena mereka menghampiri meja isteri saya dan perasaan isteri saya sedikit cemas ketika itu.

Tiba-tiba salah seorang gadis tersebut menyapa isteriku dengan berkata, “Akak ni Kak Maya kan?,” sambil tersenyum simpul.

Rupa-rupanya gadis-gadis selang semeja itu menyangkakan isteri saya adalah penyanyi dan pelakon terkenal yang bernama Maya.

Apabila isteri saya menjelaskan bahawa dia bukanlah Maya si artis tersebut, muka mereka bertukar menjadi merah padam akibat perasaan malu dan dengan rasa bersalah mereka meminta maaf kepada isteri saya.

Kini sekarang isteri saya yang telah melahirkan empat cahaya mata kami dan umur yang juga telah meningkat persamaan tersebut tidaklah ketara lagi, namun tetap menawan, baik di mata mahupun di hati saya dan itu sudah memadai buat saya.

“Emak, Hamid Gurkha datang, mak!”

Pengalaman bapa mertua saya yang bertugas sebagai pembaca jangka elektrik seperti yang diceritakan kepada isteri saya yang ketika itu masih di alam remaja juga menarik untuk saya kongsi bersama.

Ketika sesampai sahaja beliau di sebuah rumah untuk mengambil bacaan jangka elektrik di kediaman terbabit, secara tiba-tiba anak tuan rumah yang mungkin sedang bersekolah rendah dengan tiba-tiba melauang kepada ibunya yang berada di dalam rumah.

“Emak…! Hamid Gurkha datang, mak…!!!,” laung kanak-kanak tersebut dengan perasaan sedikit teruja apabila melihatkan ‘pelawak terkenal Hamid Gurkha’ berada di halaman rumahnya dan bapa mertua saya pula tidak mampu berkata apa-apa melainkan hanya mampu tersenyum.

Jumpa ‘Anwar’ pekena teh tarik di warung

Tidak kurang menarik, pengalaman saya sendiri yang kalau tidak silap saya ketika itu kes liwat 1 sedang meletup di dada-dada akhbar bahkan kejadian tersebut turut melibatkan wajah yang seiras dengan individu yang terlibat dalam kes liwat 1, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sedang saya leka menghirup teh tarik di sebuah warung sekitar Jalan Ipoh pada suatu petang, mata saya lekas tertumpu pada susuk seorang lelaki yang wajahnya memang saling tidak tumpah dengan Anwar Ibrahim.

Malah saya berani katakan, wajah lelaki tersebut mempunyai 80-90 peratus iras wajah Anwar ketika itu tetapi saya tidaklah bertindak menyapa lelaki itu kerana agak pasti bahawa lelaki itu bukanlah Anwar.

Antara sebab utama yang menyebabkan saya yakin lelaki itu bukanlah Anwar, isu liwat pada masa itu cukup panas dan Anwar sendiri juga pada bila-bila masa akan ditahan polis sekaligus tidak memungkinkan untuk beliau ‘berkeliaran’ dan minum seorang diri di warung tersebut.

Lebih-lebih lagi ketika lelaki itu mahu beredar, saya melihat lelaki itu menyarungkan topi keledarnya dan memandu motorsikal kapcai sekaligus mengesahkan lelaki itu bukanlah Anwar.

Pada masa yang sama juga ketika itu diberitakan Anwar sedang menjelajah ke beberapa tempat dalam negara untuk membersihkan namanya yang dakwanya telah dicemari fitnah liwat.

Selain lelaki yang aku temui di warung tersebut, indentiti terkenal lain yang dilihat mempunyai iras Anwar ialah ahli perniagaan, Datuk Eskay dan juga bekas Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Datuk Suhaimi Ibrahim.

Persamaan Suhaimi dengan wajah Anwar lebih ketara ketika Anwar dalam lingkungan umur 40-50an dan Eskay pula mempunyai perbezaan di rambutnya apabila memiliki ‘jambul ala Superman’ dan potongan rambut yang lebih panjang berbanding Anwar.

Bagaimanapun, wajah kedua-dua mereka tidak mampu menandingi persamaan yang dimiliki lelaki yang saya temui di gerai yang saya ceritakan tadi.

Selain itu, walaupun tidak mempunyai wajah tidak berapa seiras Anwar, beberapa individu terkenal lain turut mempunyai gaya pidato yang hampir menyerupai Anwar.

Individu seperti ini bolehlah diangap sebagai pengkagum Anwar hingga terbawa-bawa gaya pembawaan Anwar secara tidak disedari atau sebaliknya.

Antara beberapa individu terkenal yang memiliki gaya pidato mirip seperti Anwar ialah bekas Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd Noor dan orang kuat PKR, Mustafa Kamil Ayub.

Lumrah bagi insan seperti Anwar yang sering dijadikan ikon oleh pengkagum-pengkagum beliau dan cuba mempraktikkan beberapa gaya yang boleh dianggap sinonim dengan individu yang dikaguminya itu.

Anda bagaimana? Tentunya anda juga pernah mengalami sekurang-kurangnya salah satu dari situasi di atas tadi atau mungkin anda pernah menerima komen dari rakan-rakan yang mengatakan wajah anda seiras dengan seseorang selebriti terkenal.

Atau, bagi kategori ‘mainan perasaan sendiri’, mungkin secara diam-diam anda sendiri yang mengaku wajah anda seiras Hans Issac, Anuar Zain ataupun Tom Cruise?

Jika anda seorang wanita pula, mungkin ada pernah terlintas di fikiran bahawa wajah anda mirip kepada Nasha Aziz, Lisa Surihani mahupun Ziana Zain tetapi awas jangan kongsikan apa yang anda fikirkan ini dengan rakan-rakan sepejabat anda!

Sumber dari CheguBard.blogspot.com ( oleh Nazli Ibrahim (fmt)


Related Posts with Thumbnails

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...