" Bandingan ( derma ) orang2 yg membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji dan ( INGATLAH), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yg dikehendakinya-NYA dan Allah Maha Luas ( Rahmat ) kurniaNYA, lagi meliputi ilmu pengetahuanNYA. ( AL-BAQARAH : 261 )
Wednesday, October 30, 2013
CORETAN PERJALANANKU KE PENANG 31OKT 2013
Selawat ke atas nabi dan keluarganya
Hari ini 30 Okt 2013, aku berada di Penang, utk memberikan ceramah mengenai Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan kepada lebih 45 orang peserta pelbagai jabatan persekutuan dan negeri pulau pinang. Flight jam 9.15 pagi di KLIA dn terus ke airport, sampai jer driver en khairul dari SUK Peang tlh menunggu aku dn terus ke hotel royal , penang di georgetown......aku tulis ni pon pasa lepak kt lobi jam 11 malam.....hp adroid rosak.....so..pakai tab aku ambik wifi lobi....hehehehe, esok pagi aku check out dn terus ke PSDC utk sambung ceramah aku dn esok balik flight jam 8.15 malam.....
Bukan apa , dah jadi marathon plak sejak beberapa bulan lalu, sejak aku pindah ke MOF.....selalu plak travel.....minggu depan ke temerloh dn next plak ke segamat......ok itu saja dari aku..
Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat Inspirasi Wawasan
Wednesday, October 16, 2013
SALAM AIDILADHA
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA
Dikesempatan saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia di Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam, FPI, UKM, KUIM, MEKAR, MDF, SRJKDP ........
KULLU AM WA ANTUM BILKHAIR......semoga kita kaya dan berjaya dunia akhirat,
Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat
Inspirasi Wawasan
Tuesday, October 8, 2013
BERSATULAH ATAS NAMA ISLAM
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA
Kuala Lumpur ; Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, konflik antara puak Sunnah dan Syiah berpunca dari putar belit golongan radikal yang mengeskloitasikan hujah palsu untuk menimbulkan perpecahan dan mewajarkan keganasan.
Najib lantang berkata demikian sambil menyeru umat Islam bersatu menentang golongan radikal yang memeperalatkan agama untuk melakukan keganasan dalam Kenyataan Nasional pada Perbahasan Umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-68 di New York.
Sambil memperkenalkan penubuhan Gerakan Kesederhanaan Global, beliau berkata kumpulan radikal agama menyembunyikan agenda songsang mereka di dalam pakaian agama untuk memecah-belahkan keluarga, negara dan umat.
Menurut beliau lagi, umat Islam bertanggung jawab memelihara kesucian agama mereka dengan mempamerkan secara jelas ajaran sebenar Islam sebagai agama keamanan, kesederhanaan dan toleransi.
"Kita perlu sebarkan mesej ini dengan jelas agar semua orang mendengarnya dan berdiri teguh dalam menentang kumpulan minoriti yang memperalatkan Islam untuk menganjurkan keganasan bagi tujuan jahat," katanya.
Selain itu beliau menolak tafsiran keserhanaan sebagai kelemahan, malah perjuangan menentang keganasan dan menyeru kedamaian merupakan kekuatan.
Katanya lagi, Malaysia adalah negara contoh yang menganjurkan sifat saling menghormati dan inklusif serta mengeratkan hubungan antara masyarakat berbeza agama. Ini terbukti apabila Malaysia menjadi penganjur keamanan di Selatan Filipina dan Selatan Thailand yang dilanda pergolakan.
Perdana Menteri berkata demikian beberapa hari setelah markaz Syiah di Sri Gombak dipecah masuk beberapa ejen JAIS sambil merampas dokumen-dokumen dan wang tabung meskipun belum mendapatkan waran dari mahkamah Syariah.
Nor Amran Abdullah Setiausaha Kehormat Inspirasi Wawasan
Monday, September 9, 2013
TAUBAT - TUNGGU SERU ?
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA AHLUL BAIT
Bacaan ayat 10-13, surah Nuh:
Ayat ini mengisahkan bagaimana kaum Nabi Nuh diminta untuk bertaubat. Kadang-kadang kita mungkin nampak senang pada zahirnya – ada pekerjaan yang bagus, keluarga yang ramai namun masih rasa tiada ketenangan, atau kerasa ada kekosongan dalam kehidupan. Kekosongan yang dirasai itu adalah kefakiran yang dirasai apabila seseorang tidak bertaubat kepada Allah SWT. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan ibu bapa, pemimpin-pemimpin rakyat, ketua organisasi untuk mengajar dan mengingatkan agar anak-buahnya untuk bertaubat. Dalam ayat ini juga Allah berikan tips untuk mendapatkan harta yang banyak, umur yang diberkati, anak yang soleh atau untuk mendapatkan zuriat adalah dengan membanyakkan bertaubat.
Ada satu kisah taubat yang hebat yang dicatatkan dalam kitab Al-Isabah Fi Tamyiz As-Sahabat oleh Imam Ibn Hajar. Namun riwayat kisah ini disebut sebagai antara lemah dan sangat lemah. Sahabat ini bernama Sa’labah bin Abdul Rahman Al-Ansori, dan dia diamanahkan membuat satu kerja oleh Nabi SAW. Ketika dalam tugasan itu, dia ternampak aurat seorang wanita yang sedang mandi. Dia melihatnya sehingga 3 kali kerana kuatnya tarikan maksiat itu. Dia kemudian tersedar, beristighfar dan berasa sangat malu kepada Allah. Dia menjadi sangat risau kerana dia adalah orang yang rapat kepada Nabi SAW, dan dia malu jika ada wahyu diturunkan menceritakan kesalahannya kepada Nabi SAW. Lalu, dia pun melarikan diri bersembunyi ke pergunungan sehingga Nabi SAW pun tercari-cari. Setelah hampir 40 hari, Nabi SAW mengarahkan sahabat, ‘Umar dan Salman, pergi mencarinya, dan diriwayatkan bahawa Jibril datang kepada Nabi dan berkata, “Ada seorang daripada kamu yang bersembunyi di pergunungan dan meminta keampunan daripada Allah dan takut kepada api neraka”. Dikatakan bahawa Sa’labah berdoa dengan mengangkat kedua-dua tangannya dan meminta Allah mematikannya dalam keadaan bertaubat, dan agar dia dilindungi daripada tidak berpakaian di akhirat nanti kerana dosanya melihat wanita tidak berpakaian.
‘Umar dan Salman menemui Sa’labah, tetapi dia keberatan bertemu Rasulullah SAW, dan berharap agar kembali ketika Nabi SAW sedang menunaikan solat. Permintaanya itu dikabulkan, dan mereka sampai ketika Nabi SAW sedang mengerjakan solat sunat Dhuha. Maka mereka pun menunggu sehingga Nabi SAW selesai solat. Setelah selesai, Nabi SAW pun melihat Sa’labah dan bertanya apa yang berlaku. Dalam keadaan malu, Sa’labah menceritakan apa yang berlaku. Kemudian, Nabi SAW berkata, “Kamu nak tak aku ajarkan satu doa yang dapat memadam dosa-dosa dan kesilapan yang lalu?” Jawab Sa’labah, “Sudah pasti, Ya Rasulullah”. Lalu Nabi SAW mengajarkan doa "Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar", seperti yang dipetik daripada ayat 201, surah Al-Baqarah:
Setelah mendengar doa itu, Sa’labah berkata, “Tetapi, dosaku besar sungguh”. Nabi SAW pun berkata, “Ayat Allah lebih besar”. Sa’labah pun balik dan mengamalkan doa itu, tetapi hatinya remuk dan masih tidak berasa tenang dengan dosa yang telah dilakukannya itu. Dia menangis siang dan malam sehinggalah jatuh sakit. Setelah 8 hari sakit, sahabat memberitahu kepada Rasulullah SAW dan mereka pun pergi melawat Sa’labah. Ketika melawatnya, Rasulullah SAW meletakkan kepada Sa’labah ke atas ribaannya, tetapi Sa’labah mengangkat dan mengalihkan kepalanya. Nabi SAW pun bertanya, “Kenapa kamu mengalihkan kepalamu daripada ribaanku?”. Jawab Sa’labah, “Kerana aku terlampau berdosa”.
Kemudian Nabi SAW bertanya lagi, “Apakah yang kamu inginkan?”. Jawabnya, “Aku hanya inginkan keampunan daripada Allah SWT”. Selepas itu, Jibril pun turun memaklumkan kepada Nabi SAW bahawa Allah berkata, “Sekiranya dia ini datang kepada-Ku dengan dosa yang sebesar bumi sekalipun, maka Aku akan memberi sebesar bumi juga keampunan-Ku”. Perkara ini pun diberitahu kepada Sa’labah dan ketika itu juga dia pun nazak dan meninggal dunia. Ketika menghantar jenazahnya ke kubur, sahabat melihat Nabi SAW berjalan bertinjit-tinjit (berjalan dengan hujung jari kaki dengan berhati-hati seolah-olah tidak ingin melanggar sesuatu). Lalu ditanya oleh sahabat mengapa Nabi SAW berjalan sebegitu rupa. Baginda pun menjawab, “Kerana terlalu ramainya malaikat yang bersama-sama tadi, lalu aku takut terpijak kepak-kepak dan sayap mereka”.
Hari ini, berapa antara kita yang pernah melihat pornografi, namun tidak pernah rasa malu atau menangis di hadapan Allah. Jadi, mari kita sama-sama muhasabah diri kita.
Kita tidak boleh meminta orang bertaubat bagi pihak kita, contohnya meminta bantuan ustaz. Ada satu kisah seorang yang datang selepas zaman para Tabiin. Khalifah Hisyam datang ke masjid dan bertanya kepada seorang yang bernama Salim bin Abdullah, “Ya Salim, adakah apa-apa yang kamu ada hajat kepadaku sebagai khalifah?” Salim berkata, “Aku malu untuk meminta daripada selain Allah sedangkan aku berada di dalam rumah Allah”. Khalifah itu pun berkata, “Kalau begitu, nanti setelah keluar daripada masjid kamu datanglah meminta kepadaku”.
Setelah berada di masjid seketika, Salim pun pergi berjumpa khalifah di luar masjid. Khalifah pun berkata, “Sekarang kamu telah berada diluar masjid, maka mintalah apa yang kamu inginkan”. Salim pun bertanya, “Ya Amirul Mukminin, aku nak minta tentang hal dunia atau akhirat kepadamu?”
Jawab khalifah, “Tentulah hal dunia, kerana aku tidak beri apa-apa di akhirat”. Kemudian, Salim pun berkata, “Dalam keadaan aku tidak meminta dunia dari Allah pemilik dunia, bagaimana mungkin untuk aku meminta dunia daripada orang yang sebenarnya bukan pemilik dunia”.
Salim ini sebenarnya memang tidak ingin meminta apa-apa, dan dia hanya ingin memberi pengajaran kepada khalifah itu sahaja. Begitulah dengan kita, jika ingin bertaubat, minta pada Allah, bukan pada manusia.
Ada satu lagi kisah seorang sahabat, Lubabah, yang tidak sengaja terbocorkan rahsia Nabi SAW kepada orang kafir. Dia kemudian tersedar dan segera balik bertaubat dan mengikat dirinya ke tiang masjid. Cerita ini sampai kepada Nabi SAW dan Nabi bertanya apa yang berlaku kepadanya. Setelah diceritakan, Nabi pun berkata yang dia sepatutnya datang meminta Nabi memohon maaf baginya. Nabi SAW pun membiarkan dia mengikat dirinya dan setelah 6 hari barulah sampai berita gembira bahawa Allah telah mengampunkan dirinya. Setelah sampai berita itu, sahabat pun datang memberitahunya dan ingin membuka ikatannya. Dia melarang dan meminta Nabi SAW yang membukankan ikatan itu. Nabi SAW pun datang membukanya dan mereka pun sama-sama bersyukur dengan pengampunan yang Allah berikan itu.
Jika ada orang kafir yang tertarik dengan Islam, ketahuilah bahawa segala dosa yang kamu pernah lakukan akan diampunkan sebaik kamu memeluk Islam.
Sebagai kesimpulan, bersegeralah kita semua dalam bertaubat sebagai mengikut teladan yang ditunjukkan pada sahabat Nabi SAW. Dalam surah An-Nisa’, ayat 17, Allah berfirman dan menyatakan kepentingan untuk segera bertaubat:
SUMBER : DR. ZAHARUDDIN
Setiausaha Kehormat
Inspirasi Wawasan
Saturday, August 24, 2013
ANAK DEDAH PUNCA TIMB KETUA PENGARAH KASTAM DITEMBAK
Selawat ke atas Nabi dan Keluarganya Ahlul Bait
Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat
Inspirasi Wawasan
SEBELUM ANDA MULA MEMBACA, TERLEBIH DAHULU KITA SEDEKAHKAN SURAH AL-FATIHAH KEPADA ALLAHYARHAM DATO' HJ SHAHARUDDIN IBRAHIM, TKPK ( PERKASTAM DAN CDN ) ...saya secara peribadi pernah berkhidmat secara direct di bawah Arwah sejak tahun 2001 hingga 2005 semasa di Unit Pentadbiran Am, Ibu Pejabat JKDM sejak mula bekerja di Jalan Duta hingga di Putrajaya.
AL-FATIHAH.....
Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider. Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.
“Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini. Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastamsendiri."Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.
“Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini. Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastamsendiri."Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.
"Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
"Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya.
Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya."Tidak ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian bapa dibela," katanya.
Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh. Pertama kali bercakap kepada media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum ditembak mati.
Tanpa berfikir panjang, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke Langkawi untuk menyiasat."Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja dengan keluarga.
Namun saya diberitahu oleh ibu, seorang wartawan ada menelefon bapa saya bertanyakan mengenai isu sindiket penyeludupan kereta di Langkawi," kata Akhtar.
Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi.Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka.
Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya."Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis," katanya.
Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan."Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa dengan polis dalam dua atau tiga kali.
"Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes," katanya.Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara.
"Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah, siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa memperlakukan keluarga kami begini,” katanya kecewa.Tegas Akhtar beliau hanya mahu keadilan bagi bapanya.
"Bapa saya seorang berdedikasi dan pegawai jujur tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan dimiliki walaupun dia boleh berbuat demikian," katanya lagi.
Shaharuddin yang mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditembak mati pada 26 April.Beliau yang dilahirkan di Negeri Sembilan itu sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam dan diberikan jolokan "Mr Clean".
Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor menafikan kaitan pembunuhan Shaharuddin dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
“Ia merupakan spekulasi semata-mata,” Ku dilaporkan berkata.Laporan sebelum ini mengatakan polis sudah menyiasat 35 orang untuk kes ini termasuk pegawai-pegawai Kastam dan menahan dua orang untuk siasatan lanjut.
Seorang daripadanya merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi merupakan pengedar alat ganti. Kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan.Ku yang dihubungi semula berhubung pendedahan terbaru ini mengatakan, "kami masih menyiasat".
Kes tembak itu berlaku tidak lama sebelum pilihan raya umum ke 13. Kes itu mengejutkan kerana ianya melibatkan pegawai tinggi kerajaan.Selepas kes Shaharuddin, 35 kes tembakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22 kematian.
SUMBER ~the malaysian insider
Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat
Inspirasi Wawasan
Saturday, July 6, 2013
ISU MESIR DAN PRESIDEN DR.MORSI
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA.............
- Dr. Muhammad Morsi adalah Presiden Mesir yang sah melalui pilihanraya presiden yang dijalankan secara demokratik pada 24 Jun 2012. Justeru tindakan menjatuhkannya secara revolusi jalanan BUKANLAH CARA YANG BETUL, khususnya bagi seorang pemimpin yang baru hanya 1 tahun berkuasa. Berikan masa dan berdiskusi lebih tepat bagi mereka yang tidak bersetuju dan pengkritik.
- Sepanjang setahun beliau sebagai Presiden, beliau tidak mendapat sokongan penuh dari pihak tentera, polis dan pelbagai kakitangan kerajaan. Ini menjadikan perubahan yang dirancang sangat lambat dan kelihatan kurang berjaya. Selain itu, tempoh setahun terlalu pendek untuk membersihkan kekalutan ekonomi dan minda selama 30 tahun yang ditinggalkan oleh Hosni Mubarak.
- Saya melihat, sifat dan sikap rakyat Mesir yang kelihatan terlalu banyak berparti dan berpuak dan berbantah-bantah, keadaan ini sememangnya memerlukan satu jenis undang-undang 'ala diktator' dari pemimpin yang AMANAH DAN BAIK yang tegas membawa kepada kemaslahatan ramai mengenepi kepentingan individu dan parti tertentu, bagi menyatu dan mengurangkan masalah administrasi khususnya di awal-awal pemerintahan. Justeru, rang undang-undang yang memberi Presiden kuasa penuh yang kontroversi pada hujung November 2012 itu adalah perlu dan tidak patut dianggap sebagai keaiban kepimpinan Morsi.
- Tindakan tentera yang merampas kuasa dengan pengiktirafan dari Sheikhul Azhar dan Coptic Pope Tawadros tidak secara demokratik bakal menyaksikan masa hadapan Mesir semakin suram dan tidak pasti. Kelak nanti Presiden baru bakal menjadi boneka tentera yang mana kiranya tidak disetujui, maka akan dirampas lagi oleh tentera. Mungkin tindakan terbaik adalah Presiden baru perlu ‘revamp’ tentera agar senjata mereka tidak menjadikan mereka mencarik keputusan rakyat majoriti.
- Tindakan rakyat awam Mesir yang mengadakan revolusi jalanan dan bergembira atas kejatuhan Dr. Morsi adalah pelik dan kurang matang pada hemat saya. Masakan tidak, sedang mereka bergembira dan merayakannya, adakah mereka sedar dan tahu siapa yang bakal menjadi pemimpin terbaru mereka?, bilakah tarikh pemilihannya ? adakah mudah menaikkan pemimpina kesukaan mereka untuk diterima semua pendemonastrasi dan puak-puak? malah mungkin sebahagian besar mereka langsung tidak mempunyai idea siapakah calon yang paling layak. Apakah tindakan mereka ini lebih membantu menstabilkan Mesir atau mengoyahkannya semula? Dan lebih teruk, tindakan ini memberi kesan kepada kemaslahatan rakyat Palestin.
- Saya bersetuju dengan tindakan Kerajaan Turki yang TIDAK MENGIKTIRAF kerajaan sementara haram Mesir serta tidak berurusan diplomatik kecuali dengan Presiden Morsi dan wakilnya yang sah sebagai mewakili kerajaan Mesir. Memang benar, tindakan ini bakal menjejaskan banyak hubungan ekonomi dan diplomatik antara kedua Negara selepas ini.
- Rampasan kuasa Morsi ini lebih jelas disokong oleh pihak barat padahal mereka sering melaungkan keperluan untuk berpegang kepada Demokrasi, namun apabila Presiden Mesir dilihat ingin meluaskan agenda Islam dalam pentadbiran dan membantu Palestin, mereka kini berubah kepada menyokong rampasan kuasa pula.
- Kerajaan Malaysia sepatutnya mengecam rampasan kuasa ala tentera Mesir ini kerana iktirafan kerajaan Malaysia bakal memberi mesej yang mengelirukan kepada sebahagian rakyat Malaysia kelak iaitu seolah-olah Malaysia mengiktiraf kerajaan melalui revolusi jalanan sedangkan tiada kezaliman nyata dilakukan oleh Morsi yang hanya baru setahun jagung memerintah.
- Menukar pemimpin kerajaan melaui cara revolusi jalanan atau kekerasan memang lebih banyak membawa mudarat berbanding manfaat. Justeru, wajarlah ia dijauhi.
- Ini hanyalah pandangan peribadi dan mungkin saya juga boleh tersalah dalam analisa dan penerimaan maklumat. Wallahu’lam.
sUMBER : Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat
Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur
Thursday, June 20, 2013
DISEBALIK KONFLIK SYRIA
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA
Nor Amran Abdullah
Setiausaha
INSPIRASI WAWASAN
Syria menghadapi arus perubahan musim bunga politik yang sedang berlaku di dunia Arab secara khusus. Tidak boleh dinafikan sedikitpun, kebangkitan yang menggolakkan arus perubahan itu disebabkan oleh tempoh pemerintahan yang lama tanpa kebebasan rakyat.
Pemerintahannya bersifat diktator bertopeng demokrasi, yang menekan rakyat dengan lesen yang diberi oleh kuasa-kuasa besar dunia diatas nama rakan strategik bagi keselamatan Israel yang dilindungi dengan cara paling istemewa, akhirnya tidak mampu membatalkan musim yang bertiup.
Syria mempunyai kedudukan yang agak berbeza dengan negara Arab yang lain, kerana tidak mengiktiraf Israel dan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengannya.
Syria juga menjadi pintu keluar bagi negara Iran yang dikepung, dalam masa yang sama mengizinkan buminya menjadi pangkalan bagi gerakan Islam Hamas dan Jihad Islami, serta pangkalan bantuan bagi Hizbullah yang berada di Selatan Lubnan.
Hamas dan Jihad Islami bermazhab Sunni, tidak sama dengan Bashar Assad yang menganut mazhab Alawi. Begitu juga Republik Islam Iran dan Hizbullah yang bermazhab Syiah Imamiyyah yang bertentangan juga dengan mazhab yang dianut oleh Bashar dan keluarganya.
Diambil kira juga parti Baath yang menganut ideologi sosialis yang keras sehingga hampir sama dengan negara komunis dan juga berfahaman nasionalis fanatik yang keras terhadap Israel.Semua ini menunjukkan bahawa masing-masing lebih menjadikan rakan strategik bagi menghadapi musuh yang sama iaitu Israel.
Dalam masa yang sama, negara kuasa besar khususnya Amerika yang menjadi rakan strategik Israel akan melindungi negara haram tersebut daripada sebarang gerakan yang dianggap ancaman kepada keselamatan Israel khususnya dalam berdepan dengan Islam.
Kumpulan Hamas, Jihad dan Hizbullah adalah ancaman paling bahaya terhadap Israel dengan bantuan Iran secara terbuka. Ia diumumkan oleh pemimpin utamanya Imam Ali Khamanaei dalam khutbah jumaatnya yang terakhir, diikuti oleh lawatan rasmi ke Iran oleh Ismail Haniyyah, Perdana Menteri Palestin yang tidak diiktiraf oleh Barat dan sekutunya walaupun dipilih secara pilihanraya yang dipantau oleh pertubuhan antarabangsa. Maka kesemuanya adalah ancaman besar terhadap negara Zionis itu.
Sebelum daripada perkembangan ini, tercetus perang di Selatan Lubnan dan selepasnya serangan terhadap Ghazzah. Kedua peristiwa percubaan Israel ini yang menyerang bagi menghapuskan ancaman terhadap negara haram itu menemui kegagalan yang memalukan.
Percubaannya gagal walaupun dengan bantuan negara-negara rakan Israel dan sokongan terbuka dan tersembunyi oleh negara-negara Arab yang bersahabat dengan Israel.
Kesemua negara Arab dan negara Islam itu menerima konsep Road Map tajaan kuasa besar yang bertanggungjawab menubuhkan Israel. Ia juga ekoran dicetuskan isu ancaman teknologi nuklear Iran, walaupun di atas tujuan perbekalan tenaga, bukannya persenjataan kerana diharamkan oleh agama Islam seperti dinyatakan oleh para pemimpinnya.
Sebaliknya Israel pula telah memiliki senjata nuklear sejak tahun enam puluhan lagi, dengan tidak menandatangani apa-apa perjanjian antarabangsa yang mencegahnya daripada melakukan sesuatu yang mengancam keamanan dan keselamatan dunia.
Sebarang tindakannya yang dikira menceroboh dan mengganas dengan nyata diselamatkan dengan kuasa veto oleh kuasa besar pelindungnya jika ada sebarang keputusan yang tidak berpihak kepadanya. Inilah dia undang-undang rimba yang diamalkan di peringkat antarabangsa iaitu siapa yang kuat dia selamat.
PAS bersama dengan parti Islam di seluruh dunia mengutuk segala kekejaman yang berlaku di Syria terhadap rakyatnya. PAS dan gerakan Islam bersetuju supaya kerajaan Syria menghentikan kekejaman terhadap rakyat.
Kami juga bersetuju supaya Syria didesak dan dipaksa membuat perubahan kepada demokrasi yang sebenar. Namun kami tidak bersetuju jika perubahan yang berlaku kerana hendak menyelamatkan negara haram Israel dan masuk ke dalam agenda Israel dan sekutunya.
Tujuannya bukan menyelamatkan Syria tetapi lebih daripada itu untuk menekan, melemah dan menghapuskan Hamas, Jihad Islami (daripada Sunni) dan Hizbullah serta Iran (daripada Syiah).
Pihak yang melawan kerajaan Syria pula melibatkan kumpulan Islam dan bukan Islam. Mereka dibekal dengan bermacam bantuan termasuk senjata dan ada yang diberi di atas nama Islam dengan agenda menegakkan kerajaan baru yang menyelamatkan Israel melalui gabungan kerjasama kumpulan Islam yang tidak kuat dengan kumpulan sekular yang berpangkalan di negara Barat yang lebih diperkuatkan supaya menguasai gerakan perubahan.
Media Israel melaporkan kenyataan pemimpin kerajaan dan tentera Israel bahawa mereka mahukan perubahan yang bukan berteraskan Islam yang lebih menyelamatkan Israel. Jika tidak maka Bashar Assad perlu diteruskan berkuasa pada tempatnya. Ini kerana perubahan yang memberi kemenangan kepada kumpulan Islam seperti di Mesir, Tunisia dan Libya lebih menjadi ancaman kepada keselamatan Israel.
Usaha mereka bukan sahaja menyekat ancaman terhadap Israel daripada utara dan selatannya, tetapi juga dilakukan bagi menghapuskan kekuatan Iran dan kemajuan teknologinya.
Beberapa bulan yang lalu media Barat mendedahkan perselisihan pendapat di kalangan Zionis Yahudi berhubung keperluan melancarkan serangan ke atas Iran seperti yang pernah dilakukan ke atas janakuasa tenaga nuklear Iraq di tahun 70-an di masa Saddam Husain.
Usaha juga dilakukan dengan menggunakan Iraq di zaman Saddam bagi menyerang Iran yang baru berjaya dalam Revolusi Islam menjatuhkan regim Shah yang pro Barat. Ada di kalangan mereka yang bersetuju supaya Iran diserang habis-habisan. Mereka ialah kalangan pelampau Zionis yang berada dalam negara haram Israel.
Ada juga yang tidak bersetuju Iran diserang. Mereka ialah kumpulan Zionis yang berada di Amerika dan Eropah. Mereka bimbang tindakan itu akan menyuburkan gerakan anti Zeonis dikalangan masyarakat barat apabila berlakunya krisis sampingan selepas serangan itu.
Bagi melaksanakan agenda yang nyata dan tersembunyi ini, maka sudah tentu Amerika dan sekutunya menjadi penyumbang besar bagi menjayakan cita-cita keselamatan negara haram Israel. Kepada mereka yang dapat membaca medan politik secara sepak terajangnya, bukan secara akademik sahaja, perlu difahami bahawa politik perlu dibaca dengan dua aspek iaitu akademik yang bersurat dan sepak terajang yang tersirat. Betapa agenda melagakan umat Islam yang pernah menjatuhkan kerajaan Othmaniyah di awal abad yang lalu sedang diulangi senarionya.
Pertama, umat Islam dilagakan dengan semangat kebangsaan masing-masing sehingga membantu musuh bagi menjatuhkan kerajaan Othmaniyyah di abad yang lalu tanpa menafikan adanya kezaliman dan kesilapan kerajaan Othmaniyyah terhadap wilayahnya. Semangat nasionalisme digunakan bagi menimbulkan kebencian Arab terhadap bangsa Turki yang menguasai kerajaan Islam dimasa itu.
Di atas semangat kebangsaan dengan bantuan yang melibatkan manusia seperti Lorans dan rakan-rakannya Arab dibantu untuk menentang Turki Otmaniyyah. Akhirnya Kerajaan Othmaniyyah dijatuhkan dan diberi tempat kepada Kamal Ataturk mendirikan kerajaan sekular menggantikan kerajaan Islam di atas nama memajukan Turki tetapi berakhir dengan bangsat.
Di kalangan bangsa Arab pula diupah dengan bahagian masing-masing mengikut road map Sykes Picot dengan membahagikan di kalangan negara Barat untuk menjaganya dengan upah mengangkut hasil bumi yang kaya. Manakala Arab pula dibayar dengan wang yang banyak supaya kaya-raya tanpa teknologi yang dapat menguatkannya sehingga dapat berdikari dan meninggalkan sifat Islamnya supaya tidak berakhlak, tetapi terus berlindung dengan negara-negara Barat tersebut.
Negara-negara Arab yang mendapat bahagian ini masih lagi menjadikan hari mendapat bahagian tersebut sebagai hari kebangsaan masing-masing yang disambut dengan meriahnya secara tahunan.
Yang kedua, melagakan umat dengan mazhab yang ramai pengikut. Pengikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan majoriti umat Islam dan menjadi mazhab kerajaan Othmaniyyah yang bermazhab Hanafi, dilagakan dengan mazhab Syiah Imamiyyah yang ramai penganutnya di Iran, Iraq dan Selatan Lubnan dan menjadi mazhab Shah Iran di masa itu. Mazhab Zaidiyyah yang sebahagian besar pengikutnya di Yaman dan juga menjadi mazhab raja yang bergelar Imam yang memerintah Yaman.
Ada pun Oman pula bermazhab Khawarij Ibadiyyah. Syah Iran dan Imam Yaman berperang dengan kerajaan Othmaniyyah. Oman pula menjadi pengkalan kuasa barat.
Malangnya dalam pergolakan yang berlaku di Syria dan perang yang masih dingin di antara Iran dan negara Barat dan sekutunya, isu nasionalisme dan mazhab dihidupkan semula. Dihidupkan semula galakan semangat nasionalisme di kalangan umat Islam sehingga meletakkan ajaran Islam yang boleh menyatukan umat dan akhlaknya yang mulia dilupakan.
Masalah khilafiyyah di kalangan mazhab Islam yang satu dihidupkan semula. Sepatutnya menjadi perbincangan di kalangan para ulama yang mendalami ilmunya sahaja, tetapi dihidupkan bukan sahaja diantara Sunni dan Syiah bahkan di antara Sunni dan Sunni. Ia disebarkan saperti salafi (wahabi) dan Asya’irah dan Maturidiyyah di kalangan Ahli Sunnah.
Masalah cabang ajaran agama yang berbeza di kalangan empat mazhab dan lain-lain dikalangan ahli sunnah dihidupkan kalangan masyarakat awam yang cetek pengatahuan agamanya. Syiah Imam Khomeini dan Khaminaei yang membuat perubahan politik daripada syiah tradisi di kalangan Syiah, diantara syiah Arab dan syiah Parsi di Iraq.
Di samping menyebarkan mazhab-mazhab ini di kalangan umat Islam yang masih jahil agama, bukannya menyebarkan dan menambahkan penyebaran Islam di kalangan bukan Islam. Semua ini adalah agenda laga dan perintah atau penjajahan semula yang sepatutnya difahami oleh umat Islam.
Dalam kemelut yang begitu celaru, umat Islam perlu kembali ke pangkal jalan, mengenali kawan dan lawan serta mengambil iktibar daripada kesalahan yang lalu. Para ulama dan pemimpin di zaman keemasan umat Islam bersatu dalam perkara rukun dan berbeza pendapat dalam masalah cabang sehingga tidak memisahkan hubungan persaudaraan agama dan kemanusiaan berbagai agama dan kaum dalam negara Islam yang luas dan besar.
Pandangan semua ulama dicatit menjadi kajian, termasuk pendapat paling lemah kerana keadaan situasi dan realiti yang boleh berubah. Kesilapan dalam perkara rukun diperbetulkan dengan kebijaksanaan.
Maka paling menariknya berlaku perkembangan Islam secara damai lebih pesat daripada ketika berperang. Allah mengajar penganut Islam di zaman Rasulullah S.A.W. supaya umat Islam bersatu di atas dasar dan konsep Islam serta menggunakan pendekatan damai dan strategik dengan masyarakat bukan Islam.
Walaupun Rasulullah S.A.W. sudah wafat dan para sahabat generasi awal Islam berbeza pendapat siapakah pengganti Rasulullah S.A.W. selepas wafatnya sehingga melahirkan mazhab Sunni, Syiah dan Khawarij. Namun mereka bersatu bersama para Khulafa Rasyidin R.A. dalam menghadapi cabaran dan menyebarkan Islam sehingga berjaya selama beberapa abad. Mereka yang jahil dan melampau disingkirkan daripada masyarakat umat yang besar.
Imam Abu Hanifah dan Imam Malik berguru dan bersatu dengan Imam Jaafar al-Sodiq pelopor Syiah Imamiyyah yang beribukan salah seorang daripada zuriyat Abu Bakar Al Siddiq R.A. Semua para ulama yang berwibawa itu menentang kezaliman di zaman Umawiyyah dan Abbasiyyah dan mendokong sesiapa yang adil, seterusnya dakwah dan jihad diteruskan.
Adapun pertelingkahan yang tajam selepasnya, berlaku di kalangan para jahil daripada semua pihak. Langkah penubuhan Majma’ Fiqh di bawah OIC yang melibatkan para ulama daripada semua mazhab itu adalah sangat positif bagi umat Islam.
Begitu juga kenyataan dan fatwa pemimpin utama Iran Imam Ali Khaminaei supaya para pengikutnya berhenti daripada mencaci dan menghina para Ummahatul Mukminin (para isteri Rasulullah S.A.W.) yang bertaraf ibu kepada seluruh orang-orang yang beriman dengan perintah Al Quran secara nas dan berhenti menghina para sahabat R.A. Malah para ulama besarnya memaklumkan bahawa lebih daripada sembilan ribu hadith yang ada dalam kitab al-Kulaini yang menimbulkan masalah hendaklah ditolak.
Adapun langkah membiarkan kuasa asing yang dijemput menyelesaikan masalah hanya mengulangi sejarah lama yang wajib dilipat dan dikebumikan. Kalau mahu menghidupkan semula dalam pergolakan di Syria terkini akan terlaksana sejarah lama yang mengundang singa dan buaya. Natijahnya kalau selamat daripada mulut harimau akan masuk ke dalam mulut buaya.
Sumber : http://presiden.pas.org.my/v2/
Nor Amran Abdullah
Setiausaha
INSPIRASI WAWASAN
Subscribe to:
Posts (Atom)
FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...

.jpg)

