Sunday, February 24, 2013

TANDA TANDA KIAMAT KECIL

Related Posts with Thumbnails SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA


Diantara tanda-tanda qiamat kecil adalah:

1. Diutusnya Rasulullah saw. Dari Jabir ra berkata: "Adalah Rasulullah saw. jika beliau khutbah memerah matanya, suaranya keras, dan penuh dengan semangat seperti panglima perang, beliau bersabda: "(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian", beliau melanjutkan: "Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini" Rasulullah saw mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah. (HR Muslim)


2. Disia-siakannya amanah. Dari Jabir ra. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majlis sedang berbicara dengan sahabat, maka datanglah orang Arab Badwi dan berkata: Bila terjadi Kiamat? »Rasulullah saw. terus melanjutkan percakapannya. Sebahagian sahabat berkata: »Rasulullah saw. mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya «. Berkata sebahagian yang lain: »Rasul saw. tidak mendengar ". Setelah Rasulullah saw. menyelesaikan perkataannya, beliau bertanya: "Mana yang bertanya tentang Kiamat?" Berkata lelaki Badui itu: "Saya wahai Rasulullah saw. ". Rasul saw. berkata: "Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat". Bertanya: "Bagaimana menyia-nyiakannya?". Rasul saw. menjawab: "Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat" (HR Bukhari)

3. Penggembala menjadi kaya, Rasulullah saw. ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda qiyamat, lalu beliau menjawab: "Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang dan miskin penggembala binatang berlumba-lumba saling tinggi dalam bangunan" (HR Muslim).

4. Sungai Efrat berubah menjadi emas. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: »Tidak akan terjadi kiamat hingga sungai Eufrat menghasilkan gunung emas, manusia berebut tentangnya. Dan setiap seratus 100 terbunuh 99 orang. Dan setiap orang dari mereka berkata: "Barangkali akulah yang selamat" (Muttafaqun 'alaihi)

5. Baitul Maqdis dikuasai umat Islam. "Ada enam dari tanda-tanda kiamat: kematianku (Rasulullah saw.), Pembukaan Baitul Maqdis, seorang lelaki diberi 1000 dinar, tapi dia membencinya, fitnah yang panasnya masuk pada setiap rumah muslim, kematian menjemput manusia seperti kematian pada kambing dan khianatnya bangsa Romawi , sampai 80 mata, dan setiap mata 12.000 "(HR Ahmad dan At-Tabrani dari Muadz).

6. Banyak terjadi pembunuhan. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: »Tiadak akan terjadi qiamat, sehingga banyak terjadi haraj». Sahabat bertanya apa itu haraj ya Rasulullah? »Rasul saw. menjawab: »Haraj adalah pembunuhan, pembunuhan» (HR Muslim)

7. Munculnya golongan Khawarij. Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai ditenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya kan mendapat pahala di hari kiamat "(HR Bukhari).

8. Banyak Polis dan pembela kezaliman. "Di akhir zaman banyak polisi di pagi hari melakukan sesuatu yang dimurkai Allah, dan di sore hari melakukan sesutu yang dibenci Allah. Hati-hatilah engkau jangan sampai menjadi rakan mereka "(HR At-Tabrani)

9. Perang antara Yahudi dan Umat Islam. Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: "Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada seorang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pokok-pokok kayu. Dan berkatalah batu dan pohon: "wahai muslim wahai hamba Allah ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia kecuali pohon Ghorqod kerana ia adalah pokok Yahudi" (HR Muslim)

10. Dominannya Fitnah. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. Bersabda: »Tidak akan terjadi kiamat, hingga dominannya fitnah, banyak dusta dan berdekatannya pasaran» (HR Ahmad).

11. Sekurang-kurangnya ilmunya, Merebaknya perzinahan, Banyaknya kaum wanita. Dari Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda qiamat ialah ilmu diangkat, banyaknya kebodohan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum khomr, sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai pada 50 wanita hanya ada satu lelaki" (HR Bukhari)

12. Bermewah-mewah dalam membangun masjid. Dari Anas ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Di antara tanda kiamat adalah bahawa manusia saling membanggakan dalam keindahan masjid" (HR Ahmad, An-Nasa'i dan Ibnu Hibban)

13. Menyebarnya riba dan harta haram. Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. Bersabda: »Akan datang pada manusia suatu masa, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya» (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. Bersabda: »Akan datang pada manusia suatu saat di mana, seseorang tidak peduli dari mana hartanya diperolehi, apakah dari yang halal atau yang haram? "(HR Ahmad dan Bukhari).


 Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Tuesday, February 19, 2013

SOMBONG BUKAN AKHLAK MUSLIM

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA


Sombong, bongkak, angkuh, atau takabbur mempunyai satu kategori yang sama, iaitu tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji). Sifat ini, walaupun jika terdapat unsurnya yang sedikit sekalipun ia akan mendatangkan kebencian dan kemurkaan Allah Taala, malah sifat mazmumah tersebut boleh menghalang kita mendapat Syurga dan menghapuskan segala amal kebajikan kita. 

Firman Allah Taala, bermaksud:


"Dan Tuhan kamu berfirman; Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan memperkenankannya. Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina." (Surah al-Ghafir : ayat 60).

Sifat sombong atau takabbur boleh dibahagikan kepada dua bahagian;

1. Takabbur Zahir dan;
2. Takabbur Batin.

Takabbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam menghina orang yang dianggap tarafnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan releven sepanjang masa, serta tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat yang baik. Imam al-Ghazali berkata di dalam kitab Ihya'-nya, "Orang yang takabbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya (tidak beradab) keras dan kasar".

Takabbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya, Iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya. Oleh itu, sifat mazmumah ini adalah sifat yang paling bahaya jika ia dimiliki oleh manusia, kerana sifat ini merupakan sifat warisan Iblis yang akhirnya menempah neraka buat selama-lamanya.

Sombong adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pemimpin jemaah terutamanya. Ditakuti melalui tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk. Sifat ini boleh membawa kebinasaan kepada petugas dan pemimpin jemaah. Hal ini kerana sifat takbur ia menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan dia dan jemaah.

Orang yang takbur mereka lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis qudsi yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud, "Allah berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang merampas keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyeksanya." (Riwayat Muslim)

Tanda-Tanda Sifat Takabbur

1. Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan.

2. Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian.


3. Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang.


4. Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami.Perkara inilah yang diperingat oleh Baginda Nabi Muhammad SAW, 
"Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya" (Sunan Abi Daud dan At Tirmizi)


5. Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain.

Cara Mengubat Wabak Takabbur

Untuk mengatasi penyakit ini kita mesti bersifat tawaduk. Orang yang tawaduk hidup dengan semua kategori manusia dan bersedia menyambut semua orang, bercakap dengan semua orang, menziarahi semua orang dan mengasihi semua orang. Dia memberi khidmatnya kepada seluruh jenis manusia tanpa mengira tinggi atau rendah pangkatnya. Dia sentiasa berhubung dengan orang ramai bukan memutuskan dan menjauhi merek


kita hendaklah mesti bersikap rendah diri sama ada sesama anggota atau dengan orang lain lebih-lebih lagi yang bertaraf pemimpin. Rai-kanlah bukan wang yang mereka minta. Mereka hanya perlukan senyuman, teguran dan sentuhan daripada pemimpin. Mereka tidak minta upah semasa mereka memenangkan kita sebagai wakil rakyat. Mereka meninggalkan kerja harian, untuk bertugas kepada calon yang bertanding, walaupun keluarga mereka memerlukan perbelanjaan harian. Mereka tidak pernah merungut dan mengeluh terhadap curahan tenaga mereka yang tidak pernah dibayar.

Walaupun kita bijak macam mana sekalipun, dia  perlu membuang sifat ego daripada dirinya. Hal ini kerana yang ia pimpin ini satu jemaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan  ada gaji. Apabila ini dapat dibuktikan dalam jemaah, insya-Allah ia akan merancakkan kerja jemaah dan dapat melebarkan pengaruh Pas kepada orang luar. Sekiranya  MANUSIA dengan sifat ego dan merasakan dirinya pandai dan bijak maka ia tidak akan boleh membawa parti ke arah yang lebih cemerlang.

Abdullah Ibn Masud RA ada menyebut dua perkara yang membinasakan manusia iaitu sikap berputus asa dan rasa bangga diri.

Sifat tawaduk akan membuka hati mad’u untuk tertarik dengan apa yang dibawa . Apabila bertemu dengan orang ramai, dia yang memulakan salam dengan semua orang yang ditemuinya, bersikap sederhana ketika berkumpul dengan orang-orang fakir dalam satu majlis, makan dengan apa yang dihidangkan kepadanya, dan berjalan di atas muka bumi dengan rasa rendah hati.

Firman Allah Taala, bermaksud:

"Dan hamba Allah yang baik (yang diredhai-Nya); ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan)." (Surah al-Furqan : ayat 63)


Rasulullah SAW turut bersabda, maksudnya, "Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawaduk sehingga seorang tidak merasa megah terhadap seorang yang lain, dan juga tidak bersikap melampau di antara seseorang dengan seorang yang lain." (Riwayat Muslim dan Abi Daud)


Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita. Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya. Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya. Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

http://blog.tarbawi.my/

Related Posts with Thumbnails


 Nor Amran Abdullah

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...