Thursday, April 26, 2012

MAAHAD AL-EHYA AL-KARIM MEMENANGI ANUGERAH PIBG TERBAIK PERINGKAT KEBANGSAAN

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA


Alhamdulillah pada 25 April 2012 ( Khamis ) sekolahku Maahad Al-Ehya Al-Karim telah dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Kebangsaan dan meraih wang tunai RM50,000.00 piala dan sijil penghargaan. Tahniah diucapkan kepada YDP PIBG Tuan Hj Zaid dan juga kepada Pengetua Sekolah Ustaz Johari diatas kecemerlangan sekolah.....banganya aku, 


Baru minggu lepas 21 April 2012 aku berborak-borak dengan Tuan Hj Zaid ttg anugerah ini di sekolah bersama sahabatku fakarudin, enol, shulinz dan twin abg dan akhirnya berjaya juga mengondol tempat pertama kebangsaan.....ini satu yang hebat dan sekolahku mendapat pengiktirafan peringkat negara...wow !!!!!!!!

Memang tidak aku nafikan kehebatan dua tokoh ini iaitu Tn Hj Zaid dan Ustaz Johari yang mempunyai idea yang hebat , berjaya mengangkat martabat sekolah ...seperti mana lirik lagu sekolah yang telah aku cipta sejak tahun 1993....................Related Posts with Thumbnails " terus harum di pelusuk dunia, kami janji menjaga oh namamu , impian kan jadi kenyataan....."

Sebenarnya mmg menjadi hasrat Tn Hj Zaid dan Ustaz Johari mengajak bekas pelajar MEKAR meneruskan hasrat murni mendaftarkan segera ALUMNI, aku sebenarnya mahu ianya menjadi realiti, walaupun kini ALUMNI berjalan secara tidak rasmi dan seolah-olah pihak PIBG dan sekolah seperti menganggap aku sebagai YDP ALUMNI, tapi sebenarnya wujud kengkangan dari rakan2 lain yang sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing. Akan tetapi , aku  sahut cabaran mereka , dgn beberapa kerat yang ada InsyaAllah dgn niat ikhlasku . aku akan cuba merealisasikannya bersama rakan2 lain. SEBAB AKU MEMANG SUKA BERORGANISASI, .................................







Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Tuesday, April 24, 2012

MAJLIS PENYERAHAN AIRCOND DARI ALUMNI KEPADA SEKOLAH MAAHAD AL-EHYA AL-KARIM, TG BIDARA MELAKA

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA

Alhamdulillah pada 21 April 2012 ( Sabtu ) jam 4.30 petang satu majlis penyerahan simbolik 4 unit penghawa dingin untuk Dewan Sekolah Maahad Al-Ehya Al-Karim, Tg Bidara, Melaka telah selamat diadakan. Saya mewakili ALUMNI MEKAR telah menyerahkan secara rasmi simbolik buku manual dan remote aircond kepada Tn Hj. Zaid YDP PIBG MEKAR yang mewakili pihak sekolah. Seramai 5 orang wakil ALUMNI iaitu  Saudara Fakaruddin, Saudara Zainor, Saudara Syafirin dan Saudari Shulinz telah sudi untuk mewakili ALUMNI sekolah di majlis ini

Saya telah diberikan peluang untuk berucap sepatah dua kata mengenai projek ini , dimana ianya adalah hasil sumbangan bekas pelajar MEKAR. Kutipan telah bermula sejak 2 Februari 2012 dan telah tamat pada 30 Mac 2012. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ALUMNI atas sumbangan yg telah diberikan. InsyAllah pada 30 April 2012 satu majlis perasmian Dewan Karomah MEKAR akan diadakan dan wakil ALUMNI dijemput hadir.

Sekian




 Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Wednesday, March 28, 2012

PROJEK PASANG AIRCOND DI MAAHAD AL-EHYA AL-KARIM

Related Posts with Thumbnails
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA

Alhamdulillah , projek pemasangan aircond untuk Dewan Sekolah MAahad Al-Ehya Al-KArim telah mencapai  matlamatnya. sejak tabung dilancarkan pada 2 Februari dgn sasaran RM12,800.00 . MAka pada 27 MAc 2012 tabung telah memperolehi sebanyak RM 13,357.00 hinggit.....dan tabung diTUTUP....

Pada Sabtu ( 24 MAc 2010 ) akan diadakan meeting sebagai penyaksian , makluman jumlah kutipan yg dilaksanakan di Kedai Komputer Alor GAjah, kontraktor yang dilantik iaitu Saudara Faizal Harom dari Karisma Services and Maintainance akan melaksanakan projek sekolah tersebut.

Tahniah kepada semua ex MEKAR kerana sudi membantu agar projek ini berjaya, akan tetapi sumbangan lebih banyak datang dari orang luar....Mengikut rekod lebih kurang 60 orang penyumbang tlg memberikan sumbangan mereka.. THANK YOU...


JUMLAH SUMBANGAN KASAR UTK PEMASANGAN AIRCOND DEWAN SEKOLAH

RM 3,000.00 ( sumbangan dari JPM ) dimasukkan dlm akaun PIBG sekolah
RM 5,000.00 ( sumbangan dari individu luar )
RM 5,027.00 ( sumbangan ex MEKAR..)
TOTAL KASAR : RM 13,027.00 ( hingga 27 MAC 2012 )






Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Sunday, March 11, 2012

ULANGTAHUN KELAHIRAN BONDAKU YG KE 62

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA

Hari ini 11 Mac 2012 ( Ahad) merupakan hari ulangtahun kelahiran ibundaku tercinta iaitu Hajah Kamariah Bte Ujang yg berumur 62 tahun. Dan alhamdulillah, kami sekeluarganya telah membuat satu SURPRISE untuk bonda kami pada tahun ini, dengan perancangan sejak 2 minggu yang lalu melalui makluman melalui Facebook, tanpa pengetahuan bondaku yg perancang utama adalah adikku yg ketiga.

Semua adik beradikku, seramai 5 orang bersama pasangannya serta beberapa orang anak buahku telah menjayakan  projek surprise ini telah berjalan dengan begitu berjaya. 

Lokasinya adalah di Pizza Hut , Setiawangsa sebelah Restoran NZ dan Wangsa Walk, tepat jam 12.30 aku dan keluarga aku telah pun menjadi penghuni pertama di Pizaa Hut di satu sudut yg strategik bg meraikan besday bondaku, dgn membawa hadiah kain ela yg dibeli di butik Riamoda di Tg. Malim. Kemudian 10 minit lepas itu, bangah dan isterinya membawa bersama hadiah kotak comel 2 helai tudung yg sgt cantik utk bondaku, selang beberapa minit adikku Akram dan Hakim membawa bersama kotak besar lagi berat berwarna merah wrapping JuscoRelated Posts with Thumbnails iaitu hadiah microwave jenama Sharp, kemudian tibalah masanya selang 5 minit lepas tu...adikku Nor Hajar , Wandy, Haikal dan Ainah tiba bersama bondaku utk surprise pada tahun ni.

Tapi, spoil pulak !!!!!!!!!!............bondaku ternampak pulak keretaku dan adikku yg lain bertentangan dgn kereta yg dinaiki oleh bondaku.......heheehehheheheh , silap strategi.........dgn wajah bondaku yg tersengeh2 berjalan berpimpin tangan dgn adikku...dgn langkah perlahan, bondaku menuju masuk Pizaa Hut ke sudut istimewa yg telah dirancang siap dgn belon2 ucapan hepi besday mom...!!!!...wow.........
Dengan dimulakan dengan bacaan doakan selamat yg dibaca olehku ....maka bermulalah majlis meraikan hepi besday utk bondaku ...........dgn bermacam2 makanan, hadiah, dan kek puding dan kek biasa ...yg amat menarik, kami sekeluarga telah  meraikan dgn gembira.....

Perarakan masuk 2 kek yg diiringi staff pizza hut dan iringan musik Hepi Besday tlh mengamatkan suasana hiruk pikuk di Pizza Hut....TAHNIAH KEPADA SEMUA KAUM KELUARGAKU.......terutama sekali norhajar dan wandy atas inisiatif mereka utk mengadakan majlis ini
SEMOGA BONDAKU HAJAH KAMARIAH BTE UJANG KAYA DAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.....










Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Wednesday, February 29, 2012

13 WASIAT RASULULLAH KEPADA ALI BIN ABI TALIB A.S

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYARelated Posts with Thumbnails


RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat danumat Islam seluruhnya.Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.
Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimindan muslimat.Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orangberiman.
Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: “Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:”
 1.Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang.Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal’un).
 2. Wahai Ali, janganlah engkau â??memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah’.Sesungguhnyaitu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
 3.Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: ”Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta” ( Tuhanku, ampunilah aku.Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau).Allah lalu berfirman: “Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkanAku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia”.
 4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta.Bahawasanya berdusta itu menghitamkan mukadan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta).Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq.Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.
 5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba.Bahawasanya orangberbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.
 6.Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau.Sesungguhnya Allahtidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
 7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok.Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
 8.Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.
 9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi.Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikatkerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.
 10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya.Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
 11.Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.
 12.Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman.Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
 13.Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan,nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
 Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.



 Nor Amran Abdullah
 Bendahari KBKPj
JKDM

Thursday, February 23, 2012

PERGOLAKAN SYRIA : DISEBALIK CERITA

Related Posts with ThumbnailsSELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA




Beliau pernah respon dalam harakah bulan lalu & pada pengamatan ana sendiri beliau xmenunjukkan sikap meyebelahi mana2 (mungkin bimbang dituduh pro-Syiah).

HARAKAH (http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/presiden/8313-syria-di-persimpangan-jalan)

Syria di persimpangan jalan

Syria menghadapi arus perubahan musim bunga politik yang sedang berlaku di dunia Arab secara khusus. Tidak boleh dinafikan sedikitpun, kebangkitan yang menggolakkan arus perubahan itu disebabkan oleh tempoh pemerintahan yang lama tanpa kebebasan rakyat, kerana pemerintahan bersifat diktator bertopeng demokrasi, yang menekan rakyat dengan lesen yang diberi oleh kuasa-kuasa besar dunia diatas nama rakan strategik bagi keselamatan Israel yang dilindungi dengan cara paling istemewa, akhirnya tidak mampu membatalkan musim yang bertiup.

Syria mempunyai kedudukkan yang agak berbeza dengan negara arab yang lain, kerana tidak mengiktiraf Israel dan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengannya. Syria juga menjadi pintu keluar bagi negara Iran yang dikepung, dalam masa yang sama mengizinkan buminya menjadi pangkalan bagi gerakan Islam Hamas dan Jihad Islami, serta pangkalan bantuan bagi Hizbullah yang berada di Selatan Lubnan. Hamas dan Jihad Islami bermazhab Sunni, tidak sama dengan Bashar Assad yang menganut mazhab Alawi. 

Begitu juga Republik Islam Iran dan Hizbullah yang bermazhab Syiah Imamiyyah yang bertentangan juga dengan mazhab yang dianut oleh Bashar dan keluarganya. Diambil kira juga parti Baath yang menganut ideologi sosialis yang keras sehingga hampir sama dengan negara komunis dan juga berfahaman nasionalis fanatik yang keras terhadap Israel. Menunjukkan bahawa masing-masing lebih menjadikan rakan strategik bagi menghadapi musuh yang sama iaitu Israel.

Dalam masa yang sama, negara kuasa besar khususnya Amerika yang menjadi rakan strategik Israel akan melindungi negara haram tersebut daripada sebarang gerakan yang dianggap ancaman kepada keselamatan Israel khususnya dalam berdepan dengan Islam. Kumpulan Hamas, Jihad dan Hizbullah adalah ancaman paling bahaya terhadap Israel dengan bantuan Iran secara terbuka juga diumumkan oleh pemimpin utamanya Imam Ali Khamanaei dalam khutbah jumaatnya yang terakhir, diikuti oleh lawatan rasmi ke Iran oleh Ismail Haniyyah, Perdana Menteri Palestin yang tidak diiktiraf oleh Barat dan sekutunya walaupun dipilih secara pilihanraya yang dipantau oleh pertubuhan antarabangsa. Maka kesemuanya adalah ancaman besar terhadap negara Zionis itu.

Sebelum daripada perkembangan ini, tercetus perang di Selatan Lubnan dan selepasnya serangan terhadap Ghazzah. Kedua peristiwa percubaan Israel ini yang menyerang bagi menghapuskan ancaman terhadap negara haram itu menemui kegagalan yang memalukan. Percubaannya gagal walaupun dengan bantuan negara-negara rakan Israel dan sokongan terbuka dan tersembunyi oleh negara-negara Arab yang bersahabat dengan Israel. Kesemua negara Arab dan negara Islam itu menerima konsep Road Map tajaan kuasa besar yang bertanggungjawab menubuhkan Israel.

Ia juga ekoran dicetuskan isu ancaman teknologi nuklear Iran, walaupun di atas tujuan perbekalan tenaga, bukannya persenjataan kerana diharamkan oleh agama Islam seperti dinyatakan oleh para pemimpinnya. Sebaliknya Israel pula telah memiliki senjata nuklear sejak tahun enam puluhan lagi, dengan tidak menandatangani apa-apa perjanjian antarabangsa yang mencegahnya daripada melakukan sesuatu yang mengancam keamanan dan keselamatan dunia. Sebarang tindakannya yang dikira menceroboh dan mengganas dengan nyata diselamatkan dengan kuasa veto oleh kuasa besar pelindungnya jika ada sebarang keputusan yang tidak berpihak kepadanya. Inilah dia undang-undang rimba yang diamalkan di peringkat antarabangsa iaitu siapa yang kuat dia selamat.

PAS bersama dengan parti Islam di seluruh dunia mengutuk segala kekejaman yang berlaku di Syria terhadap rakyatnya. PAS dan gerakan Islam bersetuju supaya kerajaan Syria menghentikan kekejaman terhadap rakyat. Kami juga bersetuju supaya Syria didesak dan dipaksa membuat perubahan kepada demokrasi yang sebenar. Namun kami tidak bersetuju jika perubahan yang berlaku kerana hendak menyelamatkan negara haram Israel dan masuk ke dalam agenda Israel dan sekutunya. Tujuannya bukan menyelamatkan Syria tetapi lebih daripada itu untuk menekan, melemah dan menghapuskan Hamas, Jihad Islami (daripada Sunni) dan Hizbullah serta Iran (daripada Syiah).

Pihak yang melawan kerajaan Syria pula melibatkan kumpulan Islam dan bukan Islam. Mereka dibekal dengan bermacam bantuan termasuk senjata dan ada yang diberi di atas nama Islam dengan agenda menegakkan kerajaan baru yang menyelamatkan Israel melalui gabungan kerjasama kumpulan Islam yang tidak kuat dengan kumpulan sekular yang berpangkalan di negara Barat yang lebih diperkuatkan supaya menguasai gerakan perubahan.

Media Israel melaporkan kenyataan pemimpin kerajaan dan tentera Israel bahawa mereka mahukan perubahan yang bukan berteraskan Islam yang lebih menyelamatkan Israel. Jika tidak maka Bashar Assad perlu diteruskan berkuasa pada tempatnya. Ini kerana perubahan yang memberi kemenangan kepada kumpulan Islam seperti di Mesir, Tunisia dan Libya lebih menjadi ancaman kepada keselamatan Israel.

Usaha mereka bukan sahaja menyekat ancaman terhadap Israel daripada utara dan selatannya, tetapi juga dilakukan bagi menghapuskan kekuatan Iran dan kemajuan teknologinya. Beberapa bulan yang lalu media Barat mendedahkan perselisihan pendapat di kalangan Zionis Yahudi berhubung keperluan melancarkan serangan ke atas Iran seperti yang pernah dilakukan ke atas janakuasa tenaga nuklear Iraq di tahun 70-an di masa Saddam Husain. 

Usaha juga dilakukan dengan menggunakan Iraq di zaman Saddam bagi menyerang Iran yang baru berjaya dalam Revolusi Islam menjatuhkan regim Shah yang pro Barat. Ada di kalangan mereka yang bersetuju supaya Iran diserang habis-habisan. Mereka ialah kalangan pelampau Zionis yang berada dalam negara haram Israel. Ada juga yang tidak bersetuju Iran diserang. Mereka ialah kumpulan Zionis yang berada di Amerika dan Eropah. Mereka bimbang tindakan itu akan menyuburkan gerakan anti Zeonis dikalangan masyarakat barat apabila berlakunya krisis sampingan selepas serangan itu.

Bagi melaksanakan agenda yang nyata dan tersembunyi ini, maka sudah tentu Amerika dan sekutunya menjadi penyumbang besar bagi menjayakan cita-cita keselamatan negara haram Israel. Kepada mereka yang dapat membaca medan politik secara sepak terajangnya, bukan secara akademik sahaja, perlu difahami bahawa politik perlu dibaca dengan dua aspek iaitu akademik yang bersurat dan sepak terajang yang tersirat. Betapa agenda melagakan umat Islam yang pernah menjatuhkan kerajaan Othmaniyah di awal abad yang lalu sedang diulangi senarionya.

Pertama, umat Islam dilagakan dengan semangat kebangsaan masing-masing sehingga membantu musuh bagi menjatuhkan kerajaan Othmaniyyah di abad yang lalu tanpa menafikan adanya kezaliman dan kesilapan kerajaan Othmaniyyah terhadap wilayahnya. Semangat nasionalisme digunakan bagi menimbulkan kebencian Arab terhadap bangsa Turki yang menguasai kerajaan Islam dimasa itu. Di atas semangat kebangsaan dengan bantuan yang melibatkan manusia seperti Lorans dan rakan-rakannya Arab dibantu untuk menentang Turki Otmaniyyah. Akhirnya Kerajaan Othmaniyyah dijatuhkan dan diberi tempat kepada Kamal Ataturk mendirikan kerajaan sekular menggantikan kerajaan Islam di atas nama memajukan Turki tetapi berakhir dengan bangsat.

Di kalangan bangsa Arab pula diupah dengan bahagian masing-masing mengikut road map Sykes Picot dengan membahagikan di kalangan negara Barat untuk menjaganya dengan upah mengangkut hasil bumi yang kaya. Manakala Arab pula dibayar dengan wang yang banyak supaya kaya-raya tanpa teknologi yang dapat menguatkannya sehingga dapat berdikari dan meninggalkan sifat Islamnya supaya tidak berakhlak, tetapi terus berlindung dengan negara-negara Barat tersebut. Negara-negara Arab yang mendapat bahagian ini masih lagi menjadikan hari mendapat bahagian tersebut sebagai hari kebangsaan masing-masing yang disambut dengan meriahnya secara tahunan.

Yang kedua, melagakan umat dengan mazhab yang ramai pengikut. Pengikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan majoriti umat Islam dan menjadi mazhab kerajaan Othmaniyyah yang bermazhab Hanafi, dilagakan dengan mazhab Syiah Imamiyyah yang ramai penganutnya di Iran, Iraq dan Selatan Lubnan dan menjadi mazhab Shah Iran di masa itu. Mazhab Zaidiyyah yang sebahagian besar pengikutnya di Yaman dan juga menjadi mazhab raja yang bergelar Imam yang memerintah Yaman. Ada pun Oman pula bermazhab Khawarij Ibadiyyah. Syah Iran dan Imam Yaman berperang dengan kerajaan Othmaniyyah. Oman pula menjadi pengkalan kuasa barat.

Malangnya dalam pergolakan yang berlaku di Syria dan perang yang masih dingin di antara Iran dan negara Barat dan sekutunya, isu nasionalisme dan mazhab dihidupkan semula. Dihidupkan semula galakan semangat nasionalisme di kalangan umat Islam sehingga meletakkan ajaran Islam yang boleh menyatukan umat dan akhlaknya yang mulia dilupakan. Masalah khilafiyyah di kalangan mazhab Islam yang satu dihidupkan semula. Sepatutnya menjadi perbincangan di kalangan para ulama yang mendalami ilmunya sahaja, tetapi dihidupkan bukan sahaja diantara Sunni dan Syiah bahkan di antara Sunni dan Sunni. 

Ia disebarkan saperti salafi (wahabi) dan Asya’irah dan Maturidiyyah di kalangan Ahli Sunnah. Masalah cabang ajaran agama yang berbeza dikalangan empat mazhab dan lain-lain dikalangan ahli sunnah dihidupkan kalangan masyarakat awam yang cetek pengatahuan agamanya. Syiah Imam Khomeini dan Khaminaei yang membuat perubahan politik daripada syiah tradisi di kalangan Syiah, diantara syiah Arab dan syiah Parsi di Iraq. Di samping menyebarkan mazhab-mazhab ini di kalangan umat Islam yang masih jahil agama, bukannya menyebarkan dan menambahkan penyebaran Islam di kalangan bukan Islam. Semua ini adalah agenda laga dan perintah atau penjajahan semula yang sepatutnya difahami oleh umat Islam.

Dalam kemelut yang begitu celaru, umat Islam perlu kembali ke pangkal jalan, mengenali kawan dan lawan serta mengambil iktibar daripada kesalahan yang lalu. Para ulama dan pemimpin di zaman keemasan umat Islam bersatu dalam perkara rukun dan berbeza pendapat dalam masalah cabang sehingga tidak memisahkan hubungan persaudaraan agama dan kemanusiaan berbagai agama dan kaum dalam negara Islam yang luas dan besar. Pandangan semua ulama dicatit menjadi kajian, termasuk pendapat paling lemah kerana keadaan situasi dan realiti yang boleh berubah. Kesilapan dalam perkara rukun diperbetulkan dengan kebijaksanaan. Maka paling menariknya berlaku perkembangan Islam secara damai lebih pesat daripada ketika berperang.

Allah mengajar penganut Islam di zaman Rasulullah S.A.W. supaya umat Islam bersatu di atas dasar dan konsep Islam serta menggunakan pendekatan damai dan strategik dengan masyarakat bukan Islam. Walaupun Rasulullah S.A.W. sudah wafat dan para sahabat generasi awal Islam berbeza pendapat siapakah pengganti Rasulullah S.A.W. selepas wafatnya sehingga melahirkan mazhab Sunni, Syiah dan Khawarij. Namun mereka bersatu bersama para Khulafa Rasyidin R.A. dalam menghadapi cabaran dan menyebarkan Islam sehingga berjaya selama beberapa abad. 

Mereka yang jahil dan melampau disingkirkan daripada masyarakat umat yang besar. Imam Abu Hanifah dan Imam Malik berguru dan bersatu dengan Imam Jaafar al-Sodiq pelopor Syiah Imamiyyah yang beribukan salah seorang daripada zuriyat Abu Bakar Al Siddiq R.A. Semua para ulama yang berwibawa itu menentang kezaliman di zaman Umawiyyah dan Abbasiyyah dan mendokong sesiapa yang adil, seterusnya dakwah dan jihad diteruskan. Adapun pertelingkahan yang tajam selepasnya, berlaku di kalangan para jahil daripada semua pihak.

Langkah penubuhan Majma’ Fiqh di bawah OIC yang melibatkan para ulama daripada semua mazhab itu adalah sangat positif bagi umat Islam. Begitu juga kenyataan dan fatwa pemimpin utama Iran Imam Ali Khaminaei supaya para pengikutnya berhenti daripada mencaci dan menghina para Ummahatul Mukminin (para isteri Rasulullah S.A.W.) yang bertaraf ibu kepada seluruh orang-orang yang beriman dengan perintah Al Quran secara nas dan berhenti menghina para sahabat R.A. malah para ulama besarnya memaklumkan bahawa lebih daripada sembilan ribu hadith yang ada dalam kitab al-Kulaini yang menimbulkan masalah hendaklah ditolak.

Adapun langkah membiarkan kuasa asing yang dijemput menyelesaikan masalah hanya mengulangi sejarah lama yang wajib dilipat dan dikebumikan. Kalau mahu menghidupkan semula dalam pergolakan di Syria terkini akan terlaksana sejarah lama yang mengundang singa dan buaya. Natijahnya kalau selamat daripada mulut harimau akan masuk ke dalam mulut buaya.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

*Sebarkan maklumat ini untuk pencerahan terutama bagi ramai manusia yg telah tertipu dengan permainan provokasi Wahabi di facebook. Maka kepanasanlah cacing-cacing wahabi..





 Nor Amran Abdullah Bendahari
KBKPj
JKDM

PELATIH SKUAD KEBANGSAAN VS FILIPINA DAN SABAH

Related Posts with Thumbnails SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA




Senarai 27 Orang Pelatih Skuad Kebangsaan Untuk Aksi Persahabatan Menentang Sabah (24.02.2012) dan Filipina (29.02.2012).
Penjaga Gol

1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
2. Farizal Marlias (N.Sembilan)
2. Norazlan Razali (Selangor)

Pertahanan

4. Asrarudin Putra Omar (Selangor)
5. G. Mahathevan (N.Sembilan)
6. Faizal Muhamad (Terengganu)
7. Zubir Azmi (Terengganu)
8. Muslim Ahmad (Terengganu)
9. S.Subramaniam (Kelantan)
10. Mahali Jasuli (Harimau Muda)
11. Fadhli Shas (Harimau Muda)
12. Aidil Zafuan (ATM)

Tengah

13. Amar Rohidan (Kedah)
14. K.Gurusamy (Selangor)
15. Shakir Shaari (Kelantan)
16. Bunyamin Omar (Selangor)
17. Baddrol Bakhtiar (Kedah)
18. Safiq Rahim (Selangor)
19. Ashaari Shamsudin (Terengganu)
20. Shahrudin Yakup (Sabah)
21. Wan Zack Haikal (Harimau Muda)
22. S.Kunanlan (N.Sembilan)

Penyerang

23. Shakir Ali (N.Sembilan)
24. Manaf Mamat (Terengganu)
25. Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
26. Zaquan Adha (ATM)
27. Safee Sali (Pelita Jaya)





 Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails