DARE TO DREAM

Monday, December 24, 2012

DILEMMA SYRIA...DISEBALIK CERITA

Related Posts with Thumbnails
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA


http://www.youtube.com/watch?v=OoHqlMcry9g


Nor Amran Abdullah Bendahari KBKPj KDRM

PUISI AFDLIN SHAUQI BERKAITAN GAZA

Related Posts with Thumbnails
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA

MATA KECILKU
Nukilan : Ammu Afdlin Shauki aka Abu Miasara

... Kau buat mataku kecil
Kau buat badanku besar
Kau sayangkan aku

Kau buatku serba kekurangan
Supaya aku berusaha mencari kejayaan
Kemudian kau limpahkan dgn kesenangan
Kau sayangkan aku

Aku leka dengan hidup dunia
Tiada syukur tersemat didada
Hari hari bergelumang dosa
perhubungan kita tidak ku jaga
seperti seorang anak tak mengenang jasa
Kau sayangkan aku

Aku yg sudah hanyut jiwaku
Rasa tak layak lagi bersamaMu
Sangkaku tertutup sudah pintu kemaafanMu
kerana ke-alpaan diriku
Kerana kebodohan diriku
kerana keangkuhan diriku
Kerana ku butakan mata kecilku
"Masihkah Kau sayangkan Aku?"

f16 Israel membedil Gaza
Kau sayangkan aku

Bom Bom Israel mencari Syuhada
Kesengsaraan di tanah Gaza
Kehancuran merata- rata
Kezaliman yg tak terkata
Kau sayangkan aku

Kemanusiaan membawaku ke sana
Kau permudahkan segala cara
Walaupun debar menggoncang dada
Kau beri ku kekuatan minda
Selamat perjalananku ke Gaza
Agar akhirnya dapat ku guna
Mata yang lama tak bercahaya
Kerana hanya mengejar dunia
Kau Sayangkan aku

Mataku melihat, runtun hatiku
bukan kerana kematian dan kesusahan di situ
Gaza tanah barakahMU
walaupun semuanya kelabu
Dipenuhi oleh kekasih-kekasihMU
Yang tidak pernah menyoal cintaMU
Yang tak pernah menyalahkanMU
Walaupun apa saja kesusahan yang kau beri
Kesyukuran tak pernah meninggalkan hati
Semua kekasih kekasihMU itu merindui
Bersamamu di Jannah nanti

Air mata berlinangan dari mata kecilku
Melihat Ketenangan wajah kekasihMU
Melihat Keberanian jiwa kekasihMU
Melihat keredhaan hati kekasihMU
Melihat ketaqwaan hidup kekasihMU

Senyum kekasihMU penuh cahaya
Senyun terukir walaupun duka
Senyum di beri tak memilih siapa
Senyum penuh kesyukuran padaNYA

AKu terduduk, terdiam melihatnya
Mata aku berkelip tidak percaya,
tidak pernah aku melihat sepertinya
Adakah aku dibumi nyata
ataupun menghampiri ahli-ahli syurga

Palestin bergolak atas keizinanMu
Kau mahu Palestin menjadi guru
Pelajaran bagi semua umat MU
Menyuluh jalan pulang padaMU

Aku meminta pengampunan dariMu Ya Allah
Kerana setelah semua yg aku laku
kau masih sudi membuka mataku
kau masih sudi mahu bersama ku
Kau masih sudi sayangkan aku
Kau sayangkan aku

Aku bersyukur dan merasa rendah
kerana diriku yang masih kau endah
Akan ku balas cintamu dengan seluruh jiwaku
dengan badan besarku
dengan seniku, dengan jenakaku, dengan akalku
dengan mata kecilku yang kini melihat kebesaran Mu
kekuatan Mu, Ke BijaksanaanMu, PengampunanMU
Cinta Mu yang memang tidak ada seteru.
Semua yang ku lakukan kini kerana Mu

UntukMu inginku menjadi Qalam
Akan aku ceritakan kebesaranmu kepada sekian Alam
Akan ku sampaikan kasih mu yg sangat mendalam
Ya aku, Budak gemuk yg 120kg ni... ISLAM.

 




Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

SINGAPURA JUARA PIALA SUZUKI AFF 2012

Related Posts with Thumbnails
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA














Akhirnya debaran kemuncak AFF telah melabuhkan tirainya dengan Singapura menang AFF 2012, apa boleh buat.....aku sokong Thailand....apa-apa pon tahniah pada Singapura, pelan pembangunannya menjadi kali ini setelah join liga Malaysia.
MALAYSIA PERLU MENCARI KOMBINASI PEMAIN YANG LEBIH HEBAT LEPAS INI UTK MENGHARUNGI KELAYAKAN PIALA ASIA BULAN FEBRUARI 2013.

BANGKOK: Singapura dinobatkan juara kali keempat dalam kejohanan Piala AFF Suzuki selepas menundukkan pasukan tuan rumah, Thailand menerusi agregat 3-2.

Perlawanan akhir pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Supachalasai menyaksikan pasukan pelawat menggunakan pendekatan bertahan selepas berbekalkan kelebihan dua gol atas kemenangan 3-1 pada pusingan pertama.

Walaupun Thailand mendapat gol awal pada penghujung separuh masa pertama iaitu minit ke-45 hasil jaringan K Keawsomba, ia gagal membantu pasukannya muncul sebagai juara Piala AFF Suzuki 2012.
SUMBER  : bERITA HAIRAN




Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Wednesday, December 19, 2012

MALAYSIA TERSUNGKUR DI SEPARUH AKHIR DI TANGAN THAILAND

Related Posts with Thumbnails
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA








KUALA LUMPUR, 13 Dis - Misi Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan saingan Piala AFF Suzuki 2012 berakhir apabila tewas menerusi agregat 1-3 kepada Thailand dalam saingan separuh akhir.

Kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, minggu lepas.

Dalam perlawanan separuh akhir kedua yang baru berakhir di Stadium Supachalasai, Bangkok, Malaysia tewas 0-2. Kedua-dua gol Thailand dijaringkan pada minit ke-61 dan 65.

Dengan kemenangan ini, Thailand akan menentang Singapura dalam perlawanan akhir pada 19 dan 21 Disember ini.

Pada perlawanan malam ini, sebaik perlawanan bermula Malaysia lebih agresif dengan beberapa percubaan berbahaya dan seawal minit kedua, kubu pasukan tuan rumah diuji, namun rembatan dari jauh Safiq Rahim berjaya diselamatkan dengan senang oleh penjaga gol Thailand.

Selepas itu, giliran Thailand menguji gawang Malaysia apabila Pichitphong Choeichiu cuba merembat bola dari tendangan sudut Datsakon, tetapi percubaannya melambung tinggi.

Selang minit kemudian, gawang Malaysia terus diuji apabila Jakkraphan @ornsai hampir-hampir ambil kesempatan daripada kesilapan Aidil. Pun begitu penjaga gol skuad kebangsaan, Farizal Marlias berjaya menyelamatkan keadaan.

Kehadiran penyokong Thailand di stadium nyata memberi motivasi luar biasa kepada pemain untuk meneruskan corak permainan menyerang.

Thailand sekali lagi mempunyai peluang meledak gol pada minit ke-19. Rembatan Teerasil melepasi benteng pertahanan Malaysia.

Susulan serangan Thailand, Malaysia melakukan asakan dan peluang negara tiba menerusi larian solo Mat Yo pada minit ke-24. Serangan Mat Yo  dipatahkan pertahanan Thailand.

Benteng pertahanan Malaysia terus huru hara apabila diasak oleh Thailand, namun Mahali menanduk keluar hantaran Datsakon pada minit ke-29.

Malaysia yang terdesak memburu gol awal terus tertekan apabila  pemainnya, Fadhli Shas dibuang padang oleh pengadil perlawanan, Lee Minhu pada minit ke-44. Pemain pertahanan ini tidak seharusnya terbawa-bawa dengan provokasi pemain tuan rumah mengakibatkan beliau dilayangkan kad merah setelah dilayangkan dua kad kuning oleh pengadil.

Beraksi 10 orang pemain nyata tidak melemahkan semangat Malaysia untuk memburu gol. Bagaimanapun tendangan percuma Safiq berjaya diselamatkan oleh Kawin dengan senang.

Babak kedua bermula, Thailand terus menggandakan asakan ke kubu Malaysia. Percubaan Apipoo Suntornpanavej tersasar.

Kesilapan pemain  pertahanan Malaysia, Amar yang menanduk bola dari tandukan Panupong Wongsa akhirnya memberi Teerasil peluang untuk meledak gol pertama pada minit ke-61 sekali gus menggegarkan stadium tuan rumah.

Teerasil sekali lagi hampir membolosi gawang apabila berjaya melepasi benteng perthanan Malaysia, tetapi Farizal berjaya menyelamatkan harapan negara.

Selang satu minit kemudian, Theerathon menambah jaringan skuad Thailand sekali gus memberi kedudukan selesa tuan rumah.

Biarpun ketika Thailand dilihat lebih menguasai permainan, Malaysia tetap enggan menyerah kalah apabila tendangan Aidil pada minit ke-76  yang melepaskan dari jauh hampir membolosi gawang lawan.

Begitupun, Kawin menyelamatkannya dengan mudah.

Thailand terus ghairah memburu gol ketiga apabila Anucha memecut di sayap kiri tetapi hantaran beliau tersasar.

Malaysia terus berusaha menguji benteng pertahanan Thailand, dua percubaan menerusi dua penyerang negara, Mat Yo dan Safe Sali terus gagal dilaksanakan.

Safee sekali lagi mendapat peluang di dalam kotak penalti pada minit ke-84 tetapi berjaya dipatahkan oleh pertahanan Thailand.

Malaysia yang tertekan terus mengasak, namun sepakan percuma yang diperolehi Harimau Malaya terus menemui jalan buntu apabila gagal membolosi gawang lawan sehingga kedudukan tersebut kekal ke wisel penamat.




Nor Amran Abdullah Bendahari
 KBKPj JKDM

Monday, December 10, 2012

MALAYSIA SERI MENENTANG THAILAND SUZUKI AFF CUP 2012

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA..



9 DISEMBER 2012 ( AHAD ) .....Akhirnya tamatlah sudah perlawanan Separuh Akhir Pertama Malaysia VS Thailand dalam Piala AFF Suzuki yang berkesudahan Thailand berjaya mengikat Malaysia 1 - 1. Perlawanan yang bermula tepat jam 8.00 malam , telah dijangka FULL HOUSE dgn penyokong Harimau Malaya. Hujan yang mula turun sejak jam 3 petang tidak mematahkan semangatku untuk hadir bersama anakku, Ammar Shauqi. Jam 4.30 aku tiba dan parking di depan Majlis Sukan Negara. 



Datangjer awal tapi masuk jam 6 petang, pasai apa ?....pasai si bangah ( adik aku ) pulak lambat datang kunci motor di rumah dia tertinggal kt umah mak di Taman Permata, tiket pulak ada pada Sutan, so aku pun dgn anak aku dgn kawan bangah masuk dulu ambik port atas ULTRAS MALAYA.port mmg terbaik. Si bangah dgn Sutan dan Hakim masuk ler kendian.....

Last tgk game Malaysia masa di Shah Alam bulan lepas Malaysia lawan Hong Kong, ......oklah kita citer game malam ni, Port baru aras 2 , atas Ultras Malaya boleh tahan jugak hiruk pikuknyer....aku pon walaupun dah umur hampir 4 series terasa jugak macam awal 20 -an bagi support pada team Malaysia. TAPI......

Yang paling TAK BESTNYA ... masa half time aku pon pergiler solat dulu, gi bilik air dan beli air...tup tup, tgh orang bising2 ...masa makcik air tgh bagi aku duit baki, ssatu stadium menjerit GOOOLLLLL !!!!!!!!!...aku pon apa lagi berlari ler masuk ke tempat duduk sambil galat , TAK DAPAT TENGOK Malaysia jaringkan gol...aduh hai, tak dapat aku tgk LIVE gol. Lepas duduk aku tanya anak aku , sapa jaringkan , anak aku cakap MAT YO......perghh terbaik la. Masa Thailand jaring , dpt plak tgk....cobaan..

Dengan semangat yang berkobar2 semangat lain macam kerana lega dah solat dan ceria sikit.......Apa-apa pon Separuh Akhir Kedua Harap Malaysia dapat kalahkan Thailand...

HIDUP HARIMAU MALAYA....


















 Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Friday, December 7, 2012

AGENDA KRISTIAN TELAH TERBONGKAR DI JERUSALEM ???

Related Posts with Thumbnails

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA..

Nukilan ini saya ambil dari Ustaz Amin, kepada pembaca bacalah dgn hati yg tenang, tarik nafas dalam-dalam, mgkn berita ini betul , boleh jadi juga kurang tepat, tapi apa-apa pun anda nilailah sendiri. jadilah orang yg berfikir. Apabila datang satu berita maka selidikilah dahulu sumbernya. Anda yg menentukan.
selawat..........ya ali madad................ya mahdi adrikni................



Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.
Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.
Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.
Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.
“Muhammad, mari sini” katanya.
“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.
“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.
“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.
“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.
“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.
“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.
“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.
“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.
“Tak, mereka ini  lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.
Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.
Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.
Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.
Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.
Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.
Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.
Mahmood memarahi saya…
“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”
Apa yang mampu saya jawab hanyalah…
“berpecah, dan ramai yang berpecah…”
Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”
Ya, kurang rasa sensitiviti….
Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……
1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…
Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.
Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.
Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.
Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

Tulisan itu berbunyi..
Decree For Malaysia
“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”
Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba  Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.
Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.
Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.
Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.
Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai  ahli politik yang punyai kepentingan.
Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.

Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-
1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.
2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang  menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim  dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.
3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.
4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.
5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.
6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.
7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.
Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membahu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang 




Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails