Thursday, September 25, 2008

DATO' IBRAHIM JAAPAR DILANTIK KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA YANG BARU

Kalau dah rezeki tu, mmg rezeki, semuanya ini ketentuan Allah, walaupun dah pencen. Dan sememangnya dari tahun lepas patut jadi KPK Kastam, Apa apa pun tahniah di ucapkan kepada Y.Bhg Dato' Ibrahim Jaapar diatas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Kastam Malaysia berkuatkuasa 3 Oktober 2008.

SYABAS DAN TAHNIAH DATO' IBRAHIM JAAPAR
layari BERNAMA.COM.MY untuk maklumat penuh.

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat hari Raya AidilFitri Maaf Zahir Dan Batin.
Berhati-hati di Jalanraya.


Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

Monday, September 8, 2008

KENAIKAN YG MELAMPAU HARGA KUIH DI BAZAAR RAMADHAN

Umum ketahui bahawa, sekarang ini harga kuih muih yang dijual di Bazaar Ramadhan adalah RM 2.00 bagi 5 keping kuih. Ini merupakan satu perubahan yang mendadak, mana-mana gerai menjual kuih dengan harga yang sama, tak kira apa jenis. Nak salahkan peniaga, tak boleh jugak sebab barangan pengguna dah naik, jadi mereka ini terpaksa naikkan harga. Jadik , yang menanggung adalah pengguna seperti saya dan semalaysia. Kenapa naik ?... semestinya harga minyak naik..., maklumlah gula, tepung, telur, kelapa, gula Melaka, serbuk penaik, pewarna makanan, garam, beras, semuanya diangkut dari kilang menggunakan lori atau pengangkutan yang guna petrol dan diesel, manakala production machine menggunakan jentera yg mungkin guna petrol atau diesel ataupun generator yg menggunakan kuasa diesel dan sebagainya. Memanglah kita akui.

Berbalik kepada cerita kuih pulak, peniaga nie dah macam bersekongkol jual harga kuih Rm 2.00 untuk 5 keping kuih, itu saya terpaksa AKUR...kerana kita pengguna tak ada pilihan. TAPI ADA SATU GERAI DI PUTRAJAYA DI BAZAAR RAMADHAN ( LOT MANA SATU DAH LUPA...) ADA KER MAKCIK TU JUAL KUIH 4 KEPING RM2.00, KECIK PLAK TU... AKU BEDERAU DARAH DENGAR MAKCIK TU KATA RM 2.00 UTK 4 KEPING KUIH. Jangan ler cekik darah makcik oiiiiii......semua kuih dia laku plak tu... CISSS, entah sedap entah tidak.

MORALNYA....jangan ler bulan Ramadhan ini nak untung giler2 makcik oiiii, tanamkan sifat jariah bulan posa tu, sambil meniaga sambil dapat pahala...BUKAN KER BEGITU !!!



Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...