Tuesday, September 21, 2021

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat,

Alhamdulillah , hari ni teringat pulak nak mencoret catatan, tapi kali ini adalah mengenai simpan dan pelaburan saham khususnya di Bursa Malaysia. Sejak Jun 2020 , aku telah terdedah dengan pelaburan saham di Bursa Malaysia, berdasarkan pengalaman aku, langkah pertama untuk berkecimpung dalam dunia saham adalah seperti berikut : 

1. LANGKAH PERTAMA

 
  1. Pasaran saham USA
  2. Pasaran saham dunia
  3. Asas Pasaran hadapan CPO, Emas, Komoditi
  4. Pasaran saham Bursa Malaysia
  5. Fundamental Analisis
  6. Teknikal Analisis
  7. Asas membaca graf/carta 
  8. Asas uptrend
  9. Support dan Resistant
  10. Cara buka akaun CDS melalui RHB Tradesmart dan Rakuten Trade
  11. Mengenali siapa remiser aku
    






2. LANGKAH KEDUA

Melalui pembelajaran, aku masih terpingga pingga, macam mana nak cari kaunter-kaunter yang bagus, sebab dalam broker RHB terdapat beratus-ratus kaunter yang patuh syariah. Rupanya perlu ada satu screener atau lebih lebih tepat lagi , mesti ada satu atau dua screener untuk memudahkan kita saring kaunter mana yang bagus utk kita beli. Setakat ini aku perlu melanggan TRADING VIEW yang berbayar secara tahunan, bayk jugak kos kena keluar ni. Tapi alhamdulillah, semua kos yg aku keluarkan itu semua dah balik modal kerana keuntungan melabur saham. 



3. LANGKAH KETIGA : 

Perlu belajar cara macam mana nak trade dulu guna duit olok2 atau orang kata paper trade. Boleh refer kt sini :-  https://www.majalahlabur.com/saham/tutorial-beli-saham-olok-olok-paper-trade-melalui-investing-com/

4. LANGKAH KEEMPAT

Jika anda dah yakin dan mahir paper trade, bolehlah memberanikan diri untuk trade menggunakan duit sebenar. Mula dengan RM500 - RM1000 terlebih dahulu, dapatkan momentum untung dan rugi. Jika keberanian dan emosi sudah stabil. terpulang lah kepada tuan/puan nak labur berapa.

5. LANGKAH KELIMA :

Jaga emosi, Jaga emosi, Jaga emosi, jangan bercita-cita sangat dalam pelaburan saham, sebab apa aku kata jaga emosi sebab , emosi memainkan peranan kita dalam pelaburan saham.

SELAMAT MELABUR SEMUA

Nor Amran Abdullah
Exco Kebajikan PERKASA PUTRAJAYA
Presiden ALUMNI AL EHYA EL KARIM, MELAKA






No comments:

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...