Saturday, July 19, 2014

KURSUS ASAS PENGUASA KASTAM SIRI 1/2014

Related Posts with Thumbnails Selawat Ke Atas nabi dan Keluarganya Ahlul Bait


AKMAL, Melaka 19 Julai 2014, Alhamdulillah masuk hari ini sudah 41 hari aku berkursus Penguasa Kastam W41 bertempat di AKMAL Melaka. Rezeki kenaikan pangkat namanya, sejak 13 tahun aku telah berkhidmat dengan kerajaan sejak 2001 di JKDM, Jalan Duta, Kuala Lumpur dalam Skim Penolong Pegawai Tadbir N27 dan N32. Walaupun lewat dari segi umur, tapi kita hanya mampu merancang, hanya Allah yang menentukan. Akhirnya Allah memberikan aku peluang untuk melonjakkan diri dalam kerjaya yang lebih tinggi. 

Menginap Bilik 10 ABID 5 menjadi rumah keduaku di sini. Bergaul bersama teman teman baru yang rata-ratanya lebih muda dari aku yang hampir 10 tahun beza umur dariku. Aku sememangnya tiada masalah untuk bergaul kerana memang diriku mudah bergaul dengan rakan dan senang bersosial. 

Berkawad bersama teman yang dilatih oleh anggota Tentera menjadi satu saat yang dinantikan. Ilmu kawad yang sebelum ini tiada telah pun diri ini menempuhnya. Hasil Dinamika kumpulan menjadikan pergaulan bersama teman disini lebih dikenali dan rapat. Mematuhi peraturan dengan bangun seawal jam 4.45 pagi menjadi rutin seharian diri ku di sini. Peraturan yang boleh dikatakan ketat ( takleh mcm Polis dan tentera ...heheheeh ) menjadikan ianya satu pengalaman berharga. Segalanya di penuh jadualku di sini. 

Sudah masuk minggu ke 21 ramadhan aku disini, dilantik menjadi Imam merangkap Ketua Biro Kerohanian untuk semua peserta menjadikan tanggungjawabku bertambah. Memastikan jadual Imam dan Bilal termasuk Imam dan Bilal terawikh dijalankan dengan sempurna. Melaksanakan program keagamaan menjadi rutinku, disamping program yang lain. Dengan 2 tugasan diberikan berbentuk kumpulan dan individu , perlu aku selesaikan kerana tugasan perlu dihantar selesai Aidilfitri 2014. 
y
Aku akan diberikan cuti raya satu minggu bermula 26 Julai dan selepas itu Latihan Medan selama 10 hari menanti aku. Cuak.......le plak, tp aku yakin, dengan berbekalkan pengalaman mendaki gunung semasa bertugas di MOF selama setahun, menjadikan diriku rasa bersedia menghadapi, maklumler baru lepas menawan puncak Kinabalu pada 1 Mei 2014 yang lalu.

Ok......sampai sini sahaja nukilanku untuk kali ini, kerinduan sudah mula terpacul terhadap keluarga, maklumler nak raya.....ADIOS......LAPORPO












 Nor Amran Abdullah Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur ( PPM-001-14-13052013) Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka

1 comment:

Fahmi Amin said...

assalamualaikum bro..sepanjang kurus penguasa kastam w41 di AKMAL tu,apa jenis2 kursus yg mereka sediakan sepanjang pengajian? dan berapa lama tempoh kursus pengajian?

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...