Thursday, May 29, 2008

Latihan Bowling KBKPj




Pada 27 Mei 2008 (Selasa) jam 6.00 petang satu latihan bowling bulanan telah diadakan di ARL Bowl, Alamanda, Putrajaya seramai 11 orang ahli Kelab Bowling Kastam Putrajaya telah mengambil bahagian dengan mendapat tunjuk ajar oleh Saudara SAbri dan Tuan Nadzri. Walaupun sedikit sahaja yang hadir akan tetapi tunjuk ajar yang diberikan adalah amat berkesan kerana mudah bagi Saudara Sabri dan Tuan Nadzri mengajar.

Saturday, May 24, 2008

Selamat Bersara Dato' Ibrahim Jaapar

Pada 24 Mei 2008, YBhg. Dato' Hj. Ibrahim Bin Jaapar , Timbalan Ketua Pengarah Kastam ( Pengurusan ){ Gred JUSA B }telah diraikan sempena Majlis Persaraan beliau. Beliau yang saya kenali, merupakan seorang yang mesra dan tegas, sepanjang saya mengenali beliau, Ybhg Dato' Ibrahim mudah mesra dan tidak sombong begitu juga kerjanya

SEMOGA BERJAYA DALAM KEHIDUPAN SEBAGAI PESARA

Bengkel MPK dan FM

Pada 14 hingga 18 Mei yang lalu saya sebagai Urusetia Bengkel MPK dan FM Fasa I Anjuran Bahagian Akaun KDRM telah bertolak ke Pulau Langkawi untuk menguruskan Bengel MPK dan FM bertempat di ASEANIA RESORT, Pantai Cenang, Pulau Langkawi. Ketua Akauntan bersama 24 ahli berbengkel di sana bagi mendapatkan tunjuk ajar untuk membuat MPK dan FM. Saya, Shamsul Anuar dan M.Azhar telah mengendalikan majlis tersebut dengan jayanya dan Ketua Akauntan telah memberikan penghargaan. Penceramah jemputan dari INTAN telah dijemput memberikan ceramah iaitu Puan Sarengah M. Sam dan Puan SUzana Edros. Selain aktiviti berbengkel sesi tour de langkawi di Pekan Kuah telah diadakan, begitu juga tour de Gunung Mat Chinchang , Makam Mahsuri dan tour de gamat rojam. Bagi Bengkel Fasa II pula pada 28 hingga 1 Jun 2008 , saya tidak dapat hadir kerana ada Midterm Undang2 dan Fiqh Jenayah, tapi saya telah mengamanahkan tugasan saya kepada en. Zainuddin.
CONCLUSION....... MEMANG BEST, for next project saya telah diamanahkan oleh Ketua Akauntan untuk mengadakan Kursus Public Speaking dan Mencandat Sotong ( 2 plus 1 ) di Kuala Terengganu dan Team Building... INSYALLAH
HIDUP PULAU BATU PUTIH..... yang tidak putih di mata rakyat Malaysia

Thursday, May 8, 2008

SURVEY DI Langkawi







Saya bersama Mat Sahrom dan Mr.Rashid telah bertolak ke Kuala Nerang pada 4 Mei 2008 (AHAD) untuk ke Pulau Langkawi dan menghadiri kenduri Saudara Farid Ibrahim di Pekan Kuala Nerang, jauh ler.... jugak. Ramai gak yang datang , satu bas Jabatan 44 orang dari Perolehan dan Kewangan juga hadir, Dato' Karim dan ramai lagi. ALHAMDULLILAH akhirnya Farid berjaya mendirikan masjid walaupun hanya tinggal 2 tahun lagi beliau akan berpencen ( kalau tak smbg 2 tahun ). Dalam pada itu pemergian saya ke Langkawi selepas majlis di Kuala Nerang adalah untuk discuss dgn pihak Aseania Resort di Pantai Cenang bagi persiapan Bengkel Fail Meja dan Manual Prosedur yang berlangsung pada 14 hingga 18 Mei utk FASA I dan 28 Mei hingga 1 Jun utk FASA II. Saya sebagai urusetia bengkel dalam bulan Mei ni..........memang BZ giler...........



tambahan pula memegang tanggungjawab sebagai Bendahari Kelab Bowling, Bendahari Prasiswazah ( Eksekutif ) batch 5 Pengajian Islam Syariah UKM, ahli PUTRAHEATCLUB (badminton), beginner golfer, nak buat assignment ler, dan beribu-ribu LEMON............................






OK JUMPA LAGI

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...