Tuesday, June 24, 2008

sEMBANG2 KEPAYAHAN

Kerajaan baru-baru ini telah mengeluarkan beberapa plan tindakan untuk mengimbangi kenaikan harga petrol dan diesel dan bagi mengurangkan bebanan rakyat seperti rebat tunai di pejabat pos, kawalan harga subsidi dan lain-lain lagi. Sebagai rakyat Malaysia saya berpendapat kerajaan begitu susah payah terpaksa melaksanakan perkara tersebut demi untuk rakyat, bagi saya kan senang kalau tak dinaikkan harga minyak, takpayah ler kerajaan di hentam sebegitu teruk oleh rakyat. Saranan perbelanjaan berhemat yang diwar-warkan oleh kerajaan juga adakah ianya sekadar saranan, baru-baru ini Kememterian Kewangan telah mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil 9 Tahun 2008 iaitu mengenai perbelanjaan berhemah. Ini satu perkara yang amat baik sekali untuk kerajaan, tapi jangan ada pulak yang tak mematuhi peraturan ini, oleh itu Ketua jabatan atau lebih tepat lagi ketua Bahagian dan Cawangan haruslah bertindak dengan lebih proaktif dengan memaklumkan kepada staff masing-masing. Jangan sekadar pekeliling jer keluar.
Sebagai Ketua Jabatan, bahagian dan Cawangan haruslah mengambil tindakan pro aktif seperti contoh menggunakan draf paper kalau buat memo, photostat kertas biarler guna muka depan dan belakang, mengurangkan penggunaan kertas tu ( kertas DOUBLE A akan naik nanti ) lampu dipadam pada waktu tengahari/lunch ( bagi yg ada bilik ) bagi ruang besar tak dapat nak nolong sebab centralize.
Tapi kan saya ada dengar satu cerita, betul atau tidak waAllahu A'lam ada satu jabatan ni beli satu binatang hidup harganya hingga 5 angka , pada minggu lepas MasyaAllah. Mintak-mintak ler Ketua Jabatan tu tarik balik pembelian binatang hidup tu, sebab Kerajaan baru jer announce berjimat cermat......
Anyway apa-apa pon kenaikan harga minyak ni, memang memberikan kesan dalam kehidupan saya seharian, time bawak kereta jer mesti pandang meter minyak. Saya berharap agar plan kerajaan ni sampai kepada rakyat dan tidak hanya pemgumuman saja. YANG PALING PENTING BERAS, HARGA MESTI TURUN !!!!!!!!!!! KITA ORANG MALAYSIA MAKAN NASI, KERAJAAN PATUT AMBIL BALIK BERNAS TU, MMG TAK PATUT HARGA BERAS NAIK, HARI2 MAKAN BEB




Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

No comments:

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...