Thursday, April 11, 2013

SELAMAT MENGUNDI PRU - 13

Related Posts with Thumbnails
SELAWAT KEATAS NABI DAN KELUARGANYA

Marilah mari , pergi mengundi jangan lupa kewajipan pada negara. semalam SPR telah mengumumkan tarikh pilihanraya PRU ke 13, berikut merupakan pengumuman yang dibuat oleh SPR berhubunga pilihanraya yang bakal menjelma.

Di bawah ini jugak aku paparkan LOKASI mengundi aku hehehee selamat mengundi




Tarikh Keluar  Writ        
:
11 APRIL 2013 (KHAMIS)
Tarikh Notis Pilihan Raya        
:
12 APRIL 2013 (JUMAAT)
Tarikh Penamaan Calon
:
20 APRIL 2013 (SABTU)
Tarikh Mengundi Awal
:
30 APRIL 2013 (SELASA)
Tarikh Mengundi 
(Jika ada pertandingan)
:
05 MEI 2013 (AHAD)



 1.      Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima Perisytiharan  oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 3 April 2013   berhubung dengan pembubaran Dewan  Rakyat.  Pada 5 April 2013 semua Dewan Undangan Negeri juga telah dibubarkan dan pada  hari ini SPR telah mengadakan Mesyuarat Khas.

2.      Menurut Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan suatu pilihan raya umum di  dalam tempoh enam puluh (60) hari dari  tarikh pembubaran itu.

3.      Bagi membantu SPR menjalankan pilihan raya itu, penyerahan writ oleh Pengarah-Pengarah Pilihan Raya Negeri kepada  222  Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan 1,088  Penolong Pegawai Pengurus akan dibuat.  Bagi tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen,  SPR  telah memutuskan untuk menubuhkan  379  Pegawai Penguat Kuasa yang juga merupakan Ketua bagi Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).  

4.      Bagi menjalankan PRU Ke-13 ini,  SPR akan  menggunakan
8,789 Pusat Mengundi yang mengandungi 26,219 Tempat Mengundi (Saluran).  Bagi maksud Hari Pengundian Awal, sebanyak 544 Pusat Mengundi dengan 882 Tempat Mengundi akan dibuka.  Manakala bagiPengundian Biasa, sebanyak 8,245 Pusat Mengundi disediakan dengan25,337 Tempat Mengundi akan dibuka. 

5.      Bagi tujuan membantu SPR menjalankan PRU Ke-13,  seramai 234,905 orang petugas pilihan raya akan dilantik. Untuk PRU Ke-13, sebanyak RM400 juta peruntukan   telah diperolehi oleh SPR bagi  menjalankan pilihan raya ini.

6.      Daftar Pemilih yang akan digunakan bagi PRU Ke-13 ini ialah  Daftar Pemilih Induk (DPI) 2011, Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun  Pertama 2012, Suku Tahun Kedua 2012, Suku Tahun Ketiga 2012 dan Suku Tahun Keempat 2012 yang dinyatakan dalam Notis Pewartaan yang akan  diwartakan pada 11 April 2013.  Daftar Pemilih Pilihan Raya itu mengandungi 13,268,002 orang pemilih yang terdiri dari  12,992,661 Pemilih Biasa, 161,251 orang Tentera dan pasangan, 111,136 orang Polis dan pasangan  Polis Gerakan Am (PGA) serta 2,954 orang Pengundi Tidak Hadir (PTH) luar negara.  

7.      Daftar Pemilih Pilihan Raya dalam bentuk Cakera Padat (CD)  bagi pilihan raya itu akan mula dijual pada 15 April 2013 dan dalam bentuk buku pada  19 April 2013. Para pengundi boleh membuat semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi  mereka melalui laman web SPR  (www.spr.gov.my), Portal PRU Ke-13 (www.pru13.gov.my) atau melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR  SEMAK  NO. KAD PENGENALAN  dan hantar kepada 15888  mulai  15 April 2013. Bagi semakan melalui SMS juga, SPR telah menyediakan kemudahan tambahan  seperti yang berikut: 
(a) 29292 bagi pengguna Celcom;
(b) 33080 dan 22789 bagi pengguna Maxis;  dan
(c) 33080 bagi pengguna Digi.
Semakan boleh dibuat dengan menaip spr no. kad pengenalan dan hantar kepada nombor-nombor tersebut.Para pengundi juga boleh menelefon  Ibu Pejabat  SPR di Putrajaya (03-8885 6565)   dan  Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri.  

8.      Sehubungan dengan itu, pada hari ini SPR yang terdiri daripada tujuh anggota Ahli Panel, iaitu saya selaku Pengerusi. Timbalan Pengerusi, Datuk Wira Haji Wan Ahmad Wan Omar  dan lima Ahli lain, iaitu Datu Haji Ramji bin Alli, Datuk Dr. P. Manogran, Datuk Christopher Wan Soo Kee, Dato’ Haji Md. Yusop bin Haji Mansor dan Tuan Haji Abdul Aziz bin Khalidin telah mengadakan Mesyuarat Khas dan mengumumkan tarikh-tarikh penting bagi PRU Ke-13 adalah  seperti yang berikut:

Tarikh Keluar  Writ        
:
11 APRIL 2013 (KHAMIS)
Tarikh Notis Pilihan Raya        
:
12 APRIL 2013 (JUMAAT)
Tarikh Penamaan Calon
:
20 APRIL 2013 (SABTU)
Tarikh Mengundi Awal
:
30 APRIL 2013 (SELASA)
Tarikh Mengundi 
(Jika ada pertandingan)
:
05 MEI 2013 (AHAD)

9.      Bagi memastikan proses pelaksanaan PRU Ke-13 ini berjalan lancar, SPR memohon agar semua pihak mematuhi undang-undang dan peraturan serta arahan pihak polis yang bertanggungjawab untuk memastikan ketenteraman awam semasa PRU Ke-13.  Parti-parti politik, calon-calon, petugas-petugas dan  para penyokong parti  serta  mana-mana individu lain yang akan terlibat  semasa berkempen, hendaklah mematuhi undang-undang dan  peraturan-peraturan  pilihan raya serta tatasusila berkempen sebagaimana yang ditetapkan oleh SPR.

10.    SPR juga ingin mengingatkan calon-calon dan parti-parti yang bertanding mengenai kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5). Bahagian III Akta 5  menyenaraikan segala perbuatan rasuah yang jika seseorang itu disabitkan  dengan kesalahan itu dia boleh dikenakan hukuman penjara dan denda. Kesalahan di bawah  Bahagian III Akta 5 ini  merupakan “kesalahan yang ditetapkan” di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang mempunyai kuasa untuk menyiasat, mengikut peruntukan undang-undang, mana-mana orang yang melanggar mana-mana  seksyen di bawah Bahagian III Akta 5. Sepanjang tempoh PRU  Ke-13 ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memantau apa-apa aktiviti  bagi memastikan mana-mana orang yang didapati melanggar Akta 5  akan disiasat dan jika mempunyai bukti yang lengkap, akan didakwa.

11.    SPR juga ingin mengingatkan  bahawa pada hari pengundian,  tiap-tiap majikan dikehendaki memperuntukkan tempoh yang munasabah kepada pekerja-pekerjanya untuk keluar mengundi. Subseksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954  memperuntukkan seperti yang berikut:

“25(1) Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi membenarkan suatu tempoh yang munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi, dan tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja dalam tempoh itu.” .

12.    Mana-mana majikan yang secara langsung atau tidak langsung enggan membenarkan pekerjanya keluar mengundi  boleh, apabila disabitkan,  didenda sebanyak lima ribu ringgit atau dipenjara selama satu tahun sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subsekyen 25(3)  Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

13.    Maklumat-maklumat lain berhubung dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 ini akan dikeluarkan  dari semasa ke semasa oleh Ibu Pejabat SPR atau Pengarah-pengarah Pilihan Raya Negeri atau Pegawai-pegawai Pengurus Pilihan Raya berkenaan.

Sekian dimaklumkan dan dan terima kasih.

(TAN SRI DATO’ SERI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF)
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
10 April 2013

Sunday, April 7, 2013

SIDEK BABA PEJUANG ISLAM : ORANG KESAYANGAN ANWAR IBRAHIM ?

Related Posts with Thumbnails SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA

Pada kali ini, aku paparkan satu cerita yang di ambil dari satu blog Wartawan Rasmi Laman Reformasi, bukannya apa , Sidek Baba ini begitu dekat jugak dengan aku kerana beliau merupakan saudara sebelah Arwah bapaku yang mana asal dari Kampong Pulau , Masjid Tanah , Melaka. Cerita ini mungkin tepat atau sebaliknya, tapi aku bukannya jenis percaya bulat2 dalam internet ni. Memang setiap kali sedara mara aku kahwin, di Melaka ker, KL ker, mmg kami sekeluarganya akan bertegur sapa dan bertemu dengan beliau. Begitu juga apabila berhari raya, beliau mesti singgah di rumah nenekku di Kg. Pulau. Arwah Bapa aku dengan beliau sangat rapat masa di kampung dan sekolah dulu, maklumlah sekampung dan bersaudara ( spt diceritakan oleh arwah bapaku ). Memang kami sekeluarga menghormati beliau sebagai orang terpelajar dan terkenal.

Selagi ianya bukan dari hadis shahih, aku boleh katakan cerita ini boleh sekadar baca jer, tapi terpulang kepada anda yang membacanya.


  1. Saya mengenali Sidek Baba sejak 1977 bila saya menjadi Mahasiswa Universiti Malaya dan Sidek menjadi AJK Minggu Orientasi-UM. Kami panggil dia Cikgu Sidek kerana dia sudah dewasa umurnya.Dia senior saya satu tahun sahaja dari segi senioriti di universiti tetapi saya jauh lebih muda dari beliau dari segi umur kerana saya fresh dari sekolah dan terus ke universiti.
  2. Saya mengikuti dari dekat perkembangan kerjaya Sidek. Sidek bercerita bagaimana beliau datang dari keluarga susah. Bermula bekerja sebagai budak pejabat kemudian ambil kelas malam dan lulus SPM. Kemudian ke Maktab Perguruan. Mengajar di sekolah. Kemudian ambil kelas malam. Lulus STPM dan masuk ke Universiti Malaya.
  3. Sidek lembut orangnya. Berbicara dengan bahasa yang baik dan teratur. Beliau bergiat cergas dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Diantara yang aktif waktu itu ialah Syed Darwilah, Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil, Dr Oniah dan ramai lagi. Saya terlibat dalam kumpulan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Diantara yang aktif ialah Dato Rozai Shafian,Bekas Speaker Kedah. Juga Tan Sri Muhammad Mohd Taib Bekas Menteri Besar Selangor.
  4. Sidek juga mengajar di Yayasan Anda, yang terletak di deretan kedai di Pantai Baru betul-betudi depan pintu masuk Universiti Malaya. Sekolah Persendirian yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim,Datuk Kamaruddin Mohd Nor,Datuk Kamaruddin Jaafar bagi mambantu anak-anak Melayu yang tercicir dari arus pendidikan. Ramai anak Melayu yang miskin menuntut disini dan ramai yang berjaya dalam hidup. Datuk Zabidi ZainalKetua Pengarah Perkhidmatan Awam, KPPA adalah bekas pelajar Yayasan Anda.
  5. Semasa di universiti hubungan kami rapat walaupun agak berlainan pendapat dan ideologi politik. Dia Islamis dan saya nasionalis. Bila ada masa terluang sementara menunggu kuliah selanjutnya, Sidek akan bersyarah panjang kepada kami tentang perjuangan Islam dan Anwar Ibrahim. Bagi Sidek, Anwar adalah pemimpin yang akan memimpin umat Melayu menuju ke kemuncak dan mesti berpaksikan Islam. Setiap lima ayat yang diungkapkan oleh Sidek akan ditutup dengan menyebut perkataan Pak Sheik bermaksud Anwar Ibrahim. Anwar adalah idola Sidek. Saya amat meluat melihat betapa taksubnya Sidek kepada Anwar.
  6. Anwar selalu masuk kampus dan bercerita tentang dirinya yang terpenjara di Kemunting kerana membela rakyat Baling, Kedah. Hampir setiap minggu ada saja program sebagini yang dianjurkan oleh Sidek dan PMIUM. Dimata kami Sidek adalah Anwar dan Anwar adalah Sidek.
  7. Selepas lulus dari universiti dan menamatkan Diploma Pendidikan saya dilantik menjadi Guru Siswazah.  Saya akhirnya menyertai UMNO dan aktif di Cawangan.  Sebagai Pegawai Pendidikan Division Satu,saya tidak boleh aktif dihadapan jadi saya bantu dari belakang.
  8. Hubungan saya dengan Sidek berterusan. Bila Anwar menjadi Menteri Pendidikan dan berpejabat di Bandar Baru Damansara, saya ditukarkan ke Kementerian Pendidikan sebagai Ketua Unit.
  9. Adalah menjadi amalan Anwar setiap hari Jumaat Anwar akan berjumpa dengan orang awam,orang kampong,sahabat-sahabat beliau dan sesiapa sahaja tanpa temujanji.Anwar akan jamu tetamu makan nasi bungkus.Amalan ini berterusan hingga beliau meninggalkan Kementerian Pendidikan. Orang yang sentiasa saya jumpa dihampir setiap Jumaat ialah Sidek. Macam-macam yang dia bawa cerita dan bilik saya akan jadi tempat persinggahan beliau samaada sebelum berjumpa Anwar atau selepas jumpa Anwar.
  10. Malah diantara tajuk yang sentiasa dibawa dalam perbincangan kami bagaimana beliau katakan beliau lebih layak menjadi EXCO jika dibandingkan dengan mana-mana EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan telah beliau nyatakan beberapa kali kepada Anwar untuk bertanding di Melaka dan menjadi Ketua Menteri Melaka.
  11. Saya memang tidak berminat untuk mendedahkan hal keburukan Sidek pada ramai. Sebagai seorang Pegawai Kerajaan yang telah bersara, saya selesa berihat dan membaca. Tetapi akhir-akhir ini Sidek terlalu ghairah mencaci dan mencerca Anwar. Saya ahli UMNO. Saya juga bukan pengikut Anwar tetapi pembohongan Sidek yang saya anggap keterlaluan mesti dihentikan.
  12. Sidek memang kaki bodek. Kalau bercakap amat lembut dan bahasa bersajak. Orang lain bodoh belaka dan dialah orang paling hebat. Kata-kata manis ini, bagi mereka yang kenal dia, satu penipuan.
  13. Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil pernah beritahu saya bahawa Sidek setiap hari dan malam menelefon beliau untuk lobi Anwar beri biasiswa supaya dia dapat buat Masters. Akhirnya Anwar luluskan. Kemudian lobi Azmin untuk minta Anwar luluskan beliau buat Ph.D Juga dia dapat. Bagi saya itu bukan kesalahan kerana Sidek ingin memperkemaskan dirinya menjadi seorang ilmuan.
  14. Tapi bila melobi kawan-kawan di Selangor dan minta tanah dari Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor, itu ada sedikit masalah. Muhammad Taib beritahu Nasaruddin dan saya yang dia telah beri tanah prime land milik PKNS kepada Sidek tapi Sidek jual tak sampai pun setahun diluluskan. Sidek ambil duit taukeh Cina dan bayar premium kepada PKNS dan lebih dari separuh dia kebas kerana Muhammad Taib jual tanah PKNS kepada Sidek dengan premium yang amat murah. Saya yakin Anwar tahu hal ini. Muhammad Taib pernah menjadi Naib Presiden UMNO dan dia tahu Sidek rapat dengan Anwar.
  15. Sidek waktu itu Timbalan Rektor berulang alik ke pejabat Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri lobi Azmin, lobi semua orang untuk jadi Rektor UIA. Sebenarnya ramai Pensyarah UIA yang lebih senior dari Sidek yang layak jadi Timbalan Rektor. Tapi kerana pressure dari Pejabat Anwar Ibrahim, Sidek dapat jawatan itu.Jawatan Timbalan Rektor. Saya orang UMNO saya juga tidak setuju dengan tindakan Anwar menempatkan Sidek disitu. Sidek ada Ph.D dan kajian akedemik  yang beliau lakukan untuk Ph.D ialahberkenaan Institusi Usrah (Study Circle) dalam ABIM. Kita tidak pertikaikan Ph.D nya tapi bidang kajian itu, terlalu cetek untuk dia menjadi Rektor UIA. Bila dia gagal ke jawatan Rektor UIA Sidek amat kecewa.
  16. Bila Pakatan Rakyat merampas Selangor Sidek berjumpa dengan Dr Wan Azizah isteri Anwar untuk melobi kejawatan Timbalan Naib Canselor UNISEL. Saya jumpa seorang Dekan UNISEL yang dahulunya sama Jabatan dengan saya semasa di Kementerian Pendidikan. Dia kata kami mungkin dapat ketua baru di UNISEL. Sidek Baba akan jadi Timbalan Naib Canselor jika Tuanku Sultan setuju. Baru-baru ini saya dapat tahu orang yang sekat Sidek dari dipertimbangkan ke jawatan itu ialah Anwar Ibrahim sendiri bukan kerana faktor umur atau lain-lain tetapi bagi Anwar Sidek tidak cemerlang. Sidek selepas mendapat Ph.D tidak pernah menulis apa-apa memorable academic paper dan tidak ada satu pun academic paper dalam International Journal yang beliau hasilkan.
  17. Bila Dr Mahathir menahan Sidek dibawah ISA selama 14 hari, akibat tercetusnya gerakan reformasi, Sidek cerita segalanya kepada ASP Kamal Pegawai SB yang menyiasat beliau. Sidek mengaku yang dia bersama sekumpulan pelajar-pelajar UIA seramai 18 orang merancang bersama-sama Pemuda UMNO yang diketuai oleh Zahid Hamidi mahu menawan RTM. Sidek yakin rakyat akan bangkit menentang Dr Mahathir kerana ABIM mempunyai ramai anggota dan ahli UMNO yang menyokong Anwar. Sidek pecahkan semua rahsia Gerakan Reformasi kepada polis. Akibat tindakan beliau ramai yang ditahan antaranya: Roslan Kassim, Ezam Mohd Nor, Datuk Kamaruddin Jaafar, Malik Hussin, Datuk Zamri Kadir, dan ramai lagi pelajar UIA yang terlibat tetapi sempat melarikan diri termasuk Dr Yusri Mohamad dan Dr Asyraf Wajdi anak Datuk Dusuki Ahmad.
  18. Sidek tidak ditahan lama malah tidak dibawa ke Kemunting. Beliau dibebaskan setelah bersetuju untuk bekerjasama dengan polis dan menjadi agen polis bagi melumpuhkan Gerakan Reformasi.
  19. Bila saya berjumpa beliau sebulan selepas dibebaskan dari ISA di Hotel Legend Kuala Lumpur beliau kelihatan seperti orang yang baru keluar dari hutan belantara. Mukanya pucat dan wajahnya ketakutan. Bercakap secara berbisik dan ayat yang diungkapkan tidak jejas. Saya faham keadaanya.
  20. Pada satu Jumaat dua bulan yang lalu saya jumpa dia sekali lagi di Masjid di Sentul. Perwatakannya tidak berubah. Bercakap secara berbisik seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.
  21. Kini baru saya faham kenapa Sidek menyerang Anwar. Kenapa Sidek fitnah Anwar. Mudah sahaja plot dan jalan ceritanya. Sidek satu masa dulu amat yakin kepada perjuangan Anwar. Sidek dapat banyak habuan dari Anwar. Tapi ada lagi yang belum cukup untuk Sidek. Sidek merasakan beliau telah banyak berkorban untu Anwar hingga ditahan dibawah ISA. Bila Anwar kembali berkuasa Anwar gagal membantunya untuk menjadi orang nombor satu di UNISEL. Maknanya Anwar sudah ada penggantinya dan Sidek bukan lagi orang kesayangan Anwar.
  22. Sidek tiada pilihan. Dia sudah berjanji malah amat takut kepada polis. Bila pilihanraya sudah hampir tiba, polis dan Dr Mahathir panggil Sidek dan tagih hutang lama. Sidek tiada pilihan dan terus menjadi kuda yang ditunggang oleh Dr Mahathir dan pemerintah. Sidek kini terperangkap. Ilmu yang dia miliki dicampakkan kelongkang. Iman yang dia ada digadai kerana takutkan manusia yang lemah seperti Dr Mahathir.
  23. Anak buah saya kini berada dalam Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Elias Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gajisebanyak RM 15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim. Itu sahaja. Mereka telah kenal pasti 113 orang yang akan dikumpulan dan digunakan sepenuhnya untuk tujuan ini. Siapa mereka? Mereka adalah kenalan, sahabat karib dan orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Pemimpin yang mereka sanjung satu masa dahulu.
  24. Saya bukan penyokong Anwar Ibrahim. Minat saya hanyalah kepada Sidek Baba. Manusia yang rapat dengan saya tetapi jual dirinya kerana dunia. Saya masih ahli UMNO, saya nasionalis bukan Islamis seperti Sidek Baba.
Hj Omar Bin Abdul Rahman
Ipoh Perak.
1 April 2013
SUMBER : http://wrlr.blogspot.com/2013/04/siapa-sebenarnya-sidek-baba.html

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...