Pada 11 Januari 2014 (Sabtu ), aku bersama geng Inspirasi Wawasan (IW) seramai empat orang telah menyertai Treasure Hunt 2014 anjuran Persatuan Pegawai Kanan Kastam WPKL. Kami bersarapan bersama di mamak Kelana Jaya sebelum pergi daftar di JKDM WPKL. Ini adalah pengalaman pertama aku TREASURE HUNT..memang memenatkan, soalan mencabar, jarak pulak MULA KELANA JAYA HABIS KT MELAKA. Seramai 47 kenderaan ( 4 org satu kereta ) mengambil bahagian.
Dari segi pencapaian mmg kitaorg menjadi pasukan pertama menghantar semua task yang diberi, selesai dalam tempoh 8 jam . Kami bermula jam 8.37 pagi dan sampai plak jam 3.30 petang, mmg memenatkan dan habis idea. Tiba di lokasi akhir iaitu di Avillion Hotel, Melaka sebelah Fajar, kami diberikan tugasan terakhir .
Pada waktu malam diadakan Majlis Makan Malam di Hotel Avillion bagi meraikan pemenang, hanya pemenang tempat ketiga hingga Johan sahaja. Begitu juga terdapat cabutan bertuah hampir 100 hadiah disediakan. NEXT TIME NAK JOIN LAGI LAAA....
Tapi apa yang penting pasukan wajib satu kepala dan bijak bijak belaka hahahahaha.
Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat
Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur
( PPM-001-14-13052013)
ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka
1 comment:
terbaik la bro..(y)
Post a Comment