Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, amirul mukminin khalifah yg 4, sahabat sahabat Nabi, para wali2 Allah
1) Sayyidina As Syeikh Jaafar As Shodiq
2) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abdul Qodir Al Jailani
3) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abu Hassan Syazili
4) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abu Yazid Al Bustami
5) Sultan Aulia Abdul Kuzumi Al Kholidi
1) Sayyidina As Syeikh Jaafar As Shodiq
2) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abdul Qodir Al Jailani
3) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abu Hassan Syazili
4) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abu Yazid Al Bustami
5) Sultan Aulia Abdul Kuzumi Al Kholidi
6) Sultanul Ariffin As Syeikh Junaid Al Baghdadi
7) Sultanul Ariffin As Syeikh Yahya Al Kholidi
8) Sultanul Ariffin As Syeikh Buha'uddin Naqsabandi
7) Sultanul Ariffin As Syeikh Yahya Al Kholidi
8) Sultanul Ariffin As Syeikh Buha'uddin Naqsabandi
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami berpasang-pasangan. Selawat dan salam di atas junjungan kami Saiyidina Muhammad rahmat sekelian alam serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian. Ya Allah, pada petang yang berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka.
Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis ini semoga ianya berjalan dengan sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki dan berkatilah majlis yang diadakan ini dengan keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal A’lamin.
Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad s.a.w & Siti Khadijah. Ya Allah, satukanlah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.
اَ
Segala puji-pujian adalah milik Allah. Kami memujiMu, memohon pertolongan dan keampunan kepadaMu Ya Allah. Kami berlindung kepada Mu Allah daripada segala kesalahan dan keterlanjuran kami. Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah semata-mata yang tiada sekutu bagiNya dan kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah hamba dan rasulNya. Bersempena dengan majlis walimah ini, kami memohon inayah dan rahmatMu. Ya Allah, agar dikurniakan kepada kedua mempelai yang diraikan tengahari ini, iaitu XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX dan pasanganya XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX, kesejahteraan, kebahagiaan, ketenangan dan zuriat yang beriman lagi bertaqwa.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya kami menyedari bahawa Engkau telah menjadikan semua makhluk ciptaanMu berpasangan. Benarlah firmanMU, Maha suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari Yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa Yang mereka tidak mengetahuinya.
Ya Rahman Ya Rahim, Anugerahkanlah keberkatan dan kerahmatan kepada kedua pasangan mempelai pada hari ini kerana mereka telah menunaikan salah satu daripada sunnah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. Mantapkanlah iman, ikatan kasih sayang dan perasaan hormat-menghormati sesama mereka. Perkasakan akhlak dan budi bahasa mereka. Anugerahkanlah kepada pasangan pengantin yang diraikan hari ini keintiman, kecenderungan dan perasaan tenteram sentiasa. Jalinkahlah perhubungan mereka dengan ikatan kasih sayang, persefahaman, kebahagiaan dan belas ihsan.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya pasangan yang diraikan dalam walimatul’urus ini telah menunaikan salah satu suruhan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dalam sabda baginda yang bermaksud: “Sejahtera ke atas kamu yang memilih jalan pernikahan kerana kamu telah memilih untuk menutup jalan maksiat”. Anugerahkanlah zuriat yang berkualiti dan warisan anak-pinak yang banyak kepada mereka.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya kami sedar betapa hebatnya hikmah orang yang bernikah berbanding mereka yang hidup bujang dan betapa Islam memuliakan mereka yang memilih jalan pernikahan daripada mereka yang masih terdedah dengan pintu-pintu kemaksiatan. Dengan hanya satu lafaz agung, yang haram menjadi halal, yang maksiat menjadi ibadah, yang keji menjadi suci terpuji.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami sedar bahawa engkau telah menyediakan jalan yang paling mudah untuk menghalalkan cinta sepasang anak Adam ini. Bahagiakanlah pasangan ini dahulu, kini dan selamanya. Engkau semaikanlah putik dan bunga-bunga kasih yang mekar dalam mahligai pasangan ini. Jadikanlah pasangan ini merpati dua sejoli yang berkongsi kasih, kehidupan dan segalanya. Engkau tegakkanlah pintu ketenteraman dan kedamaian dalam kehidupan pasangan ini biar apapun badai yang melanda. Ya Allah, engkau anugerahkanlah pepohon cinta yang berpanjangan dan hubungan yang berkekalan dan semaikanlah bibit cinta mereka keranaMu ya Allah. Kami merakamkan ucapan Barakallahulakum Wa Baraka’Alaikum Wa Jama’a Bainakuma Fil Khair (Mudah-mudahan Allah melimpahkan barakah kepada pasangan yang diraikan perkahwinan mereka hari ini dan semoga Allah melimpahkan kebahagiaan ke atas mereka dan mempertemukan mereka dalam kebaikan.
Nor Amran Abdullah
Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur ( PPM-001-14-13052013)
Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka (2018 - 2020 )
Exco Kebajikan, Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia, Cawangan Putrajaya (2018 -2020)