Tuesday, July 23, 2019

WAJAH TERAKHIR TOK KENALI WALI ALLAH

Related Posts with Thumbnails Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, amirul mukminin khalifah yg 4, sahabat sahabat Nabi, para wali2 Allah
1) Sayyidina As Syeikh Jaafar As Shodiq
2) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abdul Qodir Al Jailani
 3) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abu Hassan Syazili
4) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abu Yazid Al Bustami
5) Sultan Aulia Abdul Kuzumi Al Kholidi
6) Sultanul Ariffin As Syeikh Junaid Al Baghdadi
7) Sultanul Ariffin As Syeikh Yahya Al Kholidi
8) Sultanul Ariffin As Syeikh Buha'uddin Naqsabandi




Gambar wajah akhir Al Alim Al Alamah Tok Kenali.

Photo ini telah dikemaskini dan dinaikkan warnanya di Hong Kong untuk mendapatkan warna sebenar pakaian Tok Kenali.

Ini adalah pakaian Tok Kenali dalam safar.
Gambar ini diambil semasa Tok Kenali bersiap hendak ke Pahang. Antara gambar paling rare di dunia . Kita selalu tengok gambar Tok Kenali waktu beliau bertubuh gempal.

Gambar asal kepada gambar ni terlalu lusuh dan tidak jelas. Sebab itu ia dihantar ke Hong Kong untuk dibaik pulih. Pada hari hari biasa Tok Kenali tidak berbaju, baju beliau akan digantung di bahu dan berkain pelikat singkat ...

Moga ALLAH Ta'ala menempatkan Tok Kenali dikalangan para Syuhada dan Solihin .. . Aamiin

:- Kredit buat Ustaz  Wan Asrul Al-Kalantani.
































 Nor Amran Abdullah Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur ( PPM-001-14-13052013) Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka Exco Kebajikan, Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia, Cawangan Putrajaya

Tuesday, July 9, 2019

ZIARAH MAKAM WALI ALLAH

Related Posts with Thumbnails Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, amirul mukminin khalifah yg 4, sahabat sahabat Nabi, para wali2 Allah
 1) Sayyidina As Syeikh Jaafar As Shodiq
2) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abdul Qodir Al Jailani
3) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abu Hassan Syazili
4) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abu Yazid Al Bustami
5) Sultan Aulia Abdul Kuzumi Al Kholidi
6) Sultanul Ariffin As Syeikh Junaid Al Baghdadi
7) Sultanul Ariffin As Syeikh Yahya Al Kholidi
8) Sultanul Ariffin As Syeikh Buha'uddin Naqsabandi


Pada 6 - 7 Julai 2019, alhamdulillah jemaah Lantabur telah bergerak jam 10 pagi ke Kg Gajah PErak untuk beriktikaf di Masjid Muhamadiah, Kg Air Mati Mukim Bandar, Kg Gajah Perak...ni kali ke 5 aku dah ke sini, apa yang menariknya Masjid ni ?????

1. Masjid ni dah lama org kg tak mendirikan solat Jumaat
2. Kg dah kurang orang asal
3. Sekrang yg memakmurkan adalah segelintir penduduk waris asal dan beberapa pekerja warga Indonesia.
4. Walaupun solok iaitu 5KM dari Jalan Besar / Main Road tp masjid tersebut sekarang ni tlh diubahsuai menjadi lebih cantik, ada pendingin hawa dan segalanya tip top utk sebuah fungsi masjid.

Berhampiran masjid ini ada satu Makam Wali Allah yg kurang dikenali akan tetapi di alam kewalian al marhum adalah antara yang tinggi makam darjat kewalian di tanah Melayu. Kebiasaanya pengikut jalan kesufian yang terbuka hijabnya pasti akan tahu, dan buat masa ini jemaah kami antara pengunjung tetap Masjid Ini.......kerana hubungan kerohanian wujud, kalau setakat jemaah biasa-biasa atau tabligh mgkn tak masuk sini sebab orang kampung dah hampir tiada lg....hanya mengharapkan kg sebelah...dan jarak antara kg ke kg adalah jauh.

Siapakah Wali Allah yang dimaksudkan ??

Tunggu...

Maklumat di bawah ini adalah dari Wikipedia mengenai Kampung Air Mati....

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Kampung Air Mati
Kampung
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Kampung Air Mati
Flag
Mohor rasmi Kampung Air Mati
Mohor
Moto: 
"Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu kebangsaan: 
MENU
0:00

Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriNegeri Perak
DaerahKampung Gajah
KampungKampung Air Mati
Kerajaan
 • JenisRaja berperlembagaanelektif dan demokrasi berparlimen
 • Yang di-Pertuan AgongSultan Muhammad V
 • Perdana MenteriTun Dr. Mahathir bin Mohamad
 • Timbalan Perdana MenteriDatuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Penduduk 
( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki, perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan % perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
36800
Kod kawasan+605
Lokasi Kampung Air Mati di Peta Google
Kampung Air Mati merupakan sebuah kampung yang terletak di Kampung Gajah, dalam negeri Perak, iaitu sebuah negeri di Malaysia.
Kampung Air Mati terletak di tebing kiri Sungai Perak, dalam mukim BandarKampung GajahPerak. Kampung ini sering dilanda banjir lebih-lebih lagi sebelum Empangan Temenggor siap dibina pada tahun 1976.
Sebagaimana kampung-kampung di tebing sebelah kiri Sungai Perak, kampung ini menghadapi masalah perhubungan yang serius sebelum tahun 1987. Sistem pengangkutan yang ada ketika itu ialah menggunakan bot, sebesar bot nelayan pantai.
Antara bot yang ada sekitar tahun 1960-an dan 1970-an ialah bot 88, bot Pak Ismail, bot Mat Lepap, bot Ghazali, bot naga dan lain-lain.
Di Kampung Air Mati terdapat tiga buah surau dan sebuah masjid. Masjid batu ini dibina berhampiran masjid kayu bertiang pada tahun 1960 dan dirasmikan oleh Tun Abdul Razak. Tun Razak dikatakan menjelajah ke seluruh negara lebih 200,000 kilometer dengan kereta, Vespa dan basikal. Untuk pergi ke sana ketika itu, Tun Razak terpaksa menggunakan bot, mudik dari Durian SebatangTeluk Intan

























 Nor Amran Abdullah Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur ( PPM-001-14-13052013) Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka Exco Kebajikan, Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia, Cawangan Putrajaya

Monday, July 1, 2019

KURSUS PENGUKUHAN INTEGRITI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Related Posts with ThumbnailsSelawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, amirul mukminin khalifah yg 4, sahabat sahabat Nabi, para wali2 Allah
1) Sayyidina As Syeikh Jaafar As Shodiq
2) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abdul Qodir Al Jailani
3) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abu Hassan Syazili
4) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abu Yazid Al Bustami
5) Sultan Aulia Abdul Kuzumi Al Kholidi
6) Sultanul Ariffin As Syeikh Junaid Al Baghdadi
7) Sultanul Ariffin As Syeikh Yahya Al Kholidi
8) Sultanul Ariffin As Syeikh Buha'uddin Naqsabandi

Pada 26 - 28 Jun 2019, Unit Integriti JKDM telah menganjurkan satu kursus pengukuhan integriti bertempat di Institut Latihan Islam Timur, Besut Terengganu..... lebih kurang 26 pegawai kanan telah melapor diri pada Kursus tersebut.


Kalau ikutkan biasa biasa saja je. tapi apa yang cuba aku nak kongsikan disini ialah pengisian modul yang kami ikuti ini adalah amat berlainan sekali. Sebab apa ...selain pengisian secara konvensial macam ice breaking, tubuh kumpulan, nama kumpulan, motto dan sebagainya, ada satu modul ni amat rare dan jarang aku join.......namanya SANTAPAN DIRAJA . apo yang best.............
Ni haaa aku listkan sejak awal jam 9.00 pagi sampai jam 1.30 ptg


1. Dibahagikan 4 kumpulan, dimulakan mcm ala-ala EXPLORACE gituuuu...

2. Permainan macam terompah gergasi, tp kali ni pegang kengkawan punyer badan, tak leh lepas, pastu setiap orgn baling dadu gergasi dan kalu nombor ganjil (kena gerak ke hadapan) klu nombor genap (kena gostan ke belakang). kump mesti sampai dari mula point pertama hingga point kedua ...jarak dalam 30 meter jer kot....kt bawah ni turutan diaaa........


1. Balingan rezeki - perlu baling dadu, dapat no genap.. Perlu langkah ke belakang, dapat no ganjil baru langkah ke depan.. Sape abes dulu baru leh wat task seterusnya.. 
2. Setelah dapat clue, baru ke Tasik Kenyir.. Perlu menangkap 5 ikan ekor keli dalam tasik.. Setelah dapat, perlu siang dan bersihkan
3. Selepas dapat clue kedua, task seterusnya ke Pulau Perhentian.. Perlu menaiki rakit ke pulau untuk dapatkan 2 biji kelapa.. Dan kopek kelapa tersebut. Ahli yang lain perlu menyelesaikan Puzzle T. 
4. Selesai task tersebut, dapat clue seterusnya pergi ke Ganu Poultry.. Main kejor2 ngan ayam kampung.. Tangkap 2 ekor, sembelih dan seterusnya rebus utk cabut bulu ayam.
5. P plak Pasar Payang clue yg agak mengelirukan.. Sini laa p beli brg2 peralatan masak serta bahan masak.. Pas pasar tutup, ada duit babai jer laa.. Masak jer laa apa yg ada..
6. Pastu bermula laa gotong royong masak menu Santapan Diraja hari ini.. 



#KursusPengukuhanIntegriti
#Terbaek

 Nor Amran Abdullah Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur ( PPM-001-14-13052013) Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka Exco Kebajikan, Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia, Cawangan Putrajaya

HUKUM MAKAN DAN MINUM SAMBIL BERDIRI

Related Posts with ThumbnailsSelawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, amirul mukminin khalifah yg 4, sahabat sahabat Nabi, para wali2 Allah
1) Sayyidina As Syeikh Jaafar As Shodiq
2) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abdul Qodir Al Jailani
3) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abu Hassan Syazili
4) Sultan Aulia Sayyidina As Syeikh Abu Yazid Al Bustami
5) Sultan Aulia Abdul Kuzumi Al Kholidi
6) Sultanul Ariffin As Syeikh Junaid Al Baghdadi
7) Sultanul Ariffin As Syeikh Yahya Al Kholidi
8) Sultanul Ariffin As Syeikh Buha'uddin Naqsabandi

Soalan:
Apakah hukum makan dan minum sambil berdiri?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT, selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda Rasulullah SAW sehingga hari kiamat.
Terdapat banyak hadith yang secara zahirnya melarang daripada makan dan minum sambil berdiri. Contohnya hadith Nabi SAW:
لا يَشْرَبَنَّ أَحَدٌ مِنْكُمْ قَائِمًا فَمَنْ نَسِيَ فَلْيَسْتَقِئْ
MaksudnyaJangan sekali-kali kalian minum sambil berdiri; siapa yang terminum sambil berdiri dalam keadaan terlupa hendaklah dia memuntahkannya kembali
Sahih Muslim (2026)
Diriwayatkan bahawa Anas bin Malik R.A menyatakan:
عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ نَهَى أَنْ يَشْرَبَ الرَّجُلُ قَائِمًا ‏.‏ قَالَ قَتَادَةُ فَقُلْنَا فَالأَكْلُ فَقَالَ ذَاكَ أَشَرُّ أَوْ أَخْبَثُ
MaksudnyaSesungguhnya Nabi SAW melarang daripada meminum sambil berdiri. Qatadah bertanya bagaimana pula dengan makan (sambil berdiri)? Anas menjawab: “Yang demikian itu adalah lebih buruk dan tercela.
Sahih Muslim (2024)
Namun demikian, terdapat juga beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa Nabi SAW sendiri pernah minum sambil berdiri, dan sahabat sendiri pernah makan dan minum sambil berdiri atau berjalan.
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya:
سَقَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مِنْ زَمْزَمَ فَشَرِبَ وَهُوَ قَائِمٌ
Maksudnya: Aku pernah menghidangkan air zam-zam kepada Rasulullah SAW dan Baginda SAW minum dalam keadaan berdiri.
Sahih Muslim (2027)
Diriwayatkan bahawa Ibn Umar R.Anhuma:
كُنَّا نَأْكُلُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَنَحْنُ نَمْشِي وَنَشْرَبُ وَنَحْنُ قِيَامٌ
MaksudnyaPada zaman Nabi SAW, kami biasa makan sambil berjalan dan minum sambil berdiri.
Sunan Tirmizi (1880)
Imam Al-Mubarakfuri telah meletakkan hadith ini di bawah bab ‘Rukhsah dalam Minum sambil Berdiri’. Menurut beliau, hadith ini menjadi dalil akan keharusan makan sambil berjalan. Adapun hadith riwayat Anas bin Malik di atas yang menunjukkan larangan, ditakwil sebagai makruh tanzih dan bukannya haram. (Rujuk Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami’ al-Tirmizi, 6/3)
Dalam satu hadith yang lain, diriwayatkan bahawa:
أَتَى عَلِيٌّ ـ رضى الله عنه ـ عَلَى باب الرَّحَبَةِ، فَشَرِبَ قَائِمًا فَقَالَ إِنَّ نَاسًا يَكْرَهُ أَحَدُهُمْ أَنْ يَشْرَبَ وَهْوَ قَائِمٌ، وَإِنِّي رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَعَلَ كَمَا رَأَيْتُمُونِي فَعَلْتُ
MaksudnyaAli R.A tiba di pagar perkarangan masjid, dan minum sambil berdiri lalu berkata “Ramai orang yang benci apabila ada dalam kalangan mereka yang minum sambil berdiri, sedangkan aku melihat Nabi SAW melakukan apa yang kami lihat aku lakukan.”
Sahih Bukhari (5615)
Perbahasan Ulama
Para ulama sebenarnya berbeza pandangan dalam isu ini:
  1. Haram: Ibn Hazm dan para ulama mazhab Zahiri yang lain berpandangan makan dan minum sambil berdiri adalah haram, dan hadith-hadith yang mengharuskan telah dimansukhkan oleh hadith-hadith yang melarangBegitu juga Ibn Taimiyyah yang mengharamkannya kecuali dalam keadaan-keadaan darurat yang memerlukan. . (Rujuk Al-Muhalla7/519-520 dan Majmu’ al-Fatawa 32/209)
  2. Makruh Tanzihi: Jumhur ulama pula berpandangan hukumnya makruh tanzihi yang tidak sampai ke tahap haram. Hal ini berdasarkan penjelasan oleh para ulama muhaqqiqun yang menjelaskan maksud hadith-hadith yang dinyatakan di atas.
Menurut Imam al-Nawawi, larangan daripada makan dan minum sambil berdiri ini menunjukkan kepada makruh tanzih, dan Rasulullah SAW melakukan hal tersebut semata-mata untuk menunjukkan keharusannya ketika ada keperluan. (Rujuk Syarh Sahih Muslim 13/195 dan Zad al-Ma’ad 2/257)
Ini juga dipersetujui oleh Ibnu Hajar Al-‘Asqalani yang turut berkata larangan minum berdiri adalah berbentuk makruh tanzihi, dan perbuatan Nabi SAW sendiri yang minum sambil berdiri menunjukkan bahawa ia tidak haram. Beliau juga menyebut hadith yang memerintahkan supaya memuntahkan kembali air yang diminum sambil berdiri perlu difahami sebagai arahan berbentuk sunat dan bukannya wajib. (Rujuk Fath al-Bari 10/82)
  1. Harus dan tidak makruh: Ini merupakan pandangan pendapat jumhur tabi’in seperti Sa’id bin Jubair, Thaawus, Zaadzaan Abu ‘Umar Al-Kindi, dan Ibrahim bin Yaziid An-Nakha’iy, salah satu pendapat masyhur Imam Ahmad bin Hanbal dan jumhur Malikiyyah. (Rujuk Al-Muntaqa Syarh Al-Muwaththa’ 7/237, ‘Aaridhatul Ahwadziy 8/72-73, Syarh Al-Bukhari oleh Ibnu Baththaal 6/72, Al-Mufhim 5/285-286, Hasyiyyah Al-‘Adawiy 2/609, Fawaakih al-Dawaani 2/319)
Begitu juga Syeikh Zakariyya al-Ansari menegaskan bahawa makan dan minum sambil berdiri tanpa sebarang keperluan tidaklah makruh, cuma ia menyanggahi adab yang lebih utama iaitu duduk (khilaf al-aula). (Rujuk Al-Ghurar al-Bahiyyah 4/214)

Kesimpulan
Kesimpulannya, kami berpandangan hukum makan dan minum sambil berdiri hukumnya adalah makruh tanzihi, yang tidak sampai ke tahap haram. Ini berdasarkan kepada tarjih Imam al-Nawawi yang menganggapnya sebagai makruh tanzihi.
Namun begitu, mengambil kira banyaknya hadith yang melarang, dan sebahagian ulama yang mengharamkannya, maka kami menasihati agar menjauhi amalan makan dan minum sambil berdiri ini semampu yang mungkin. Makan dan minum dalam keadaan duduk secara tertib juga merupakan satu adab Islami yang perlu dipelihara.
Wallahu a’lam.

SUMBER : http://muftiwp.gov.my


 Nor Amran Abdullah
Setiausaha Kehormat Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur ( PPM-001-14-13052013) Presiden Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka
Exco Kebajikan, Persatuan Pegawai Kanan Kastam Malaysia, Cawangan Putrajaya

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...