Saturday, June 7, 2008

Kenaikan MInyak Dunia

Kenaikan minyak dunia amat mendukacitakan rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung kos bahan api dinegara ini. Kenaikan sebanyak 41% kos bahan petrol dinegara ini amat mendadak, cuba bayangkan lepas ini semua harga barang keperluan asas akan naik kerana keperluan asas yang diangkut semuanya dengan lori atau van yang menggunakan minyak bukannya guna basikal. Aduhh..... saya pon terasa bahangnya, bayangkan semalam mak mertua saya memberitahu harga tong gas 14KG telah diwar-warkan naik hingga mencecah RM32.00 setong di Tanjong Malim, Perak. Perkara ini memang tak mustahil, mungkin manipulasi peniaga menaikkan harga barang sewenang-wenangnya tanpa kawalan. Kerajaan harus mengambil langkah segera. Semalam Dato' Noh Omar kata tambang pengangkutan awam tidak naik, tapi hari nie ada pengusaha bas awam kata tambang akan dinaikkan. Saya rasa sekarang ni macam keadaan tak terkawal laaaaa. Semuanya naik, tak turun-turun, saya harap Dato' Noh Omar dapat turun padang menyelesaikan kemelut ini dan bantu rakyat pertengahan dan berpendapatan rendah. Kalau boleh jangan cakap jer kat paper, itulah yang diharapkan. Saya berharap agar kerajaan Barisan Nasional sekarang ini dapat mengatasi kemelut sekarang dengan disamping tentangan dari Pakatan Rakyat dan Tun Mahathir. Kalau tak bersungguh2, mungkin tak lama lagi Dato' Seri Anwar akan berada di tampuk kerajaan Malaysia. Apa-apa pon saya yang nuetral ini berharap kerajaan dapat bersungguh-sungguh mengatasi masalah ini
Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

No comments:

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...