Sunday, August 24, 2008

MSKK GOLF CHALLENGE 2008

Majlis Sukan dan Kebajikan Kastam KUala Lumpur pada hari ini telah berjaya menganjurkan Pertandingan Golf " MSKK GOLF CHALLENGE 2008 " bertempat di Kinrara Golf Club, Puchong dengan jayanya. Saya bersama Tuan Presiden (Mohd Hisham) telah menyertai pertandingan tersebut yang mana tee off telah bermula jam 3.00 petang secara shot gun. Jadual pada awalnya bermula pada 1.40 petang telah ditunda pada jam 3.00 petang ekoran hujan lebat yang melanda (RAHMAT DARI ALLAH S.W.T). Jam 7.00 malam siren penamat telah dibunyikan menandakan perlawanan terpaksa dihentikan, walaupun terdapat baki dua lagi lubang. Elok jugak ler diaorang berhentikan sebab nak solat Asar. Ramai dari kalangan staff Kastam yang mengambil bahagian. Juara keseluruhan dimenangi oleh Dato' Mohd Rajiun, Bekas Pengarah Kastam WPKL. Saya pula dapat rezeki dari ALLAH SWT iaitu sebuah trofi 2nd Runner Up dan voucher dari Metrojaya ( yg sepatutnya dimenangi oleh kastam tapi dibatalkan sebab orang kastam tak boleh dapat hadiah, so hadiah trofi dijadikan hadiah LUCKY DRAW )
ALHAMDULILLAH

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj

No comments:

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...