Pada jam 4.15 ptg, 26 Januari 2009 aku telah menerima satu SMS dari kawan aku dari JAKIM mengenai akan berlakunya gerhana matahari dan dapat dilihat di Malaysia. Dalam hatiku " betul ke ni, lama dah tak nampak gerhana ni last pon masa kocik dulu. Dlm SMS tu juga memaklumkan cara solat gerhana matahari iaitu buat solat sunat dua rakaat, setiap rakaat ada dua kali rukuk (baca fatihah dan surah pastu rukuk dan iktidal, jgn sujud, teruskan membaca fatihah dan surah semula kemudian rukuk balik dan iktidal pastu terus sujud dan buat pada rakaat kedua macam yg pertama). Aku dapat la jugak solat sunat gerhana tu...
Alhamdulilah aku masa tu ada kat Tg. Malim dengan izin Allah dapat melihat gerhana matahari tanpa pakai google atau tengok dalam air pon, sebab awan nipis telah meliputi matahari sekadar sekejap 5 minit. Dengan terangnya aku dapat lihat kebesaran Allah ini 3 orang kawan aku telah aku hubungi agar melihat kejadian ini. Tapi sayang semua tak dapat tgk sebab mendung waktu tu kt tmpat diaorang............
Lastly.... tak tau laaa aku masa tu begitu teruja bangat kejadian Allah tu, sblm ni tak la pulak......apa-apa pon itu. SUBHANALAH
Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM
" Bandingan ( derma ) orang2 yg membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji dan ( INGATLAH), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yg dikehendakinya-NYA dan Allah Maha Luas ( Rahmat ) kurniaNYA, lagi meliputi ilmu pengetahuanNYA. ( AL-BAQARAH : 261 )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...
-
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, amirul mukminin khalifah yg 4, sahabat sahabat Nabi, para wa...
-
Selawat Ke Atas nabi dan Keluarganya Ahlul Bait AKMAL, Melaka 19 Julai 2014, Alhamdulillah masuk hari ini sudah 41 hari aku berkurs...
-
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, amirul mukminin khalifah yg 4, sahabat sahabat Nabi, para wa...
No comments:
Post a Comment