Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mendesak kabinet menarik balik keputusannya yang menyatakan bahawa status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.
Dalam satu kenyataaan hari, Naib Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, PKPIM mengkritik sekeras-kerasnya keputusan kabinet itu.
Kabinet membuat keputusan itu pada 23 April lalu sebagai langkah untuk menyelesaikan pertikaian antara Mohd Ridzuan yang dilaporkan baru memeluk agama Islam dan isterinya Indra Ghandhi berhubung status agama tiga anak mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.
Muhammad Faisal berkata, keputusan jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga dianggap tidak tepat kerana ia dibuat dengan cara tergesa-gesa tanpa merujuk kepada pihak yang berautoriti seperti mufti.
"Memandangkan isu ini amat berkait rapat dengan persoalan perundangan Islam, seharusnya pihak kabinet membuat penelitian dengan lebih mendalam dengan mengambil kira pandangan mereka yang pakar terlebih dahulu sebelum memutuskan apa-apa keputusan.
"Justeru, PKPIM berpandangan tindakan kabinet yang membuat ketetapan tersebut tanpa sebarang rujukan kepada tokoh ulamak adalah sesuatu yang amat mengecewakan," tegas Muhammad Faisal.
PKPIM juga,katanya, melihat tindakan kabinet itu amat bercanggah dengan prinsip pengasingan kuasa antara pihak mahkamah dan eksekutif.
'Campuri bidang kehakiman'
"Ini kerana tindakan tersebut secara jelas telah menggambarkan usaha dari pihak eksekutif untuk campur tangan dalam perkara yang melibatkan bidang kuasa kehakiman, sedangkan pihak kehakiman sepatutnya bebas dalam mengadili sesuatu pertikaian tanpa diganggu oleh apa yang diputuskan kerajaan.
"Berdasarkan kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu.
"Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa(salah seorang) atau penjaga.
"Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan," kata Muhammad Faisal.
Oleh itu, katanya, PKPIM mengkritik sekeras-kerasnya tindakan kabinet yang "membuat keputusan secara tidak berhemah dan tergopoh-gapah memandangkan kes itu masih dibicara melalui proses mahkamah di Mahkamah Tinggi Syariah Perak".
Sehubungan itu, katanya, PKPIM turut mendesak kabinet menarik balik keputuan yang telah ditetapkan demi menjaga kelestarian prinsip demokrasi dan keutuhan kuasa pihak mahkamah.
sumber : MALAYSIAKINI
ULASAN : APA NAK JADI NIE.... PADA PANDANGAN SAYA, NEGARA KITA YANG MAJORITI ISLAM MESTI BERTEGAS DALAM PERKARA INI. KESIAN.
Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM
" Bandingan ( derma ) orang2 yg membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji dan ( INGATLAH), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yg dikehendakinya-NYA dan Allah Maha Luas ( Rahmat ) kurniaNYA, lagi meliputi ilmu pengetahuanNYA. ( AL-BAQARAH : 261 )
Monday, April 27, 2009
Friday, April 24, 2009
ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG DAN NAIK PANGKAT KDRM 2009
KDRM ibu pejabat akan mengadakan majlis APC dan naik pangkat pada 27 APril 2009 (Isnin) jam 2.30 petang di Dewan Kementerian Kewangan, Putrajaya.
Aku dijemput menghadiri mesyuarat APC di aras 9 KPSM pagi tadi , terkejut jugak aku sebab dah lama tidak menyumbangkan jasa kepada KDRM. Tup...tup semalam aku dpt surat dari Timb. Ph KPSM untuk hadir jam 9.30 pagi. Dlm firasat aku, mesti aku kena baca doa.... macam biasalah.... lastly bukannya baca doa tapi jadi sebagai JK yg buat arrangement pegawai yg akan terima anugerah di pentas. Aku diamanahkan mengetuai 4 org staff iaitu PiK Khairul, Pik Ezlan, Shamsul dan Hasrul untuk araanggement peg nak ambil anugerah. Petang tadi satu rehersal diadakan , kena buat 2 kali. Aku akan bekerjasama dgn Anuar dan Pn Jakiyah yg dilantik sbg MC dan juga Dr. Hosni. Nasib baik tak ramai.
Bukannya apa aku takut peristiwa tahun2 lalu berulang lagi, tapi so far aku tgk TImb Ph. KPSM (PTD) very good dlm arrangement, macam aku .....hehehehehe
Apa2 pon tahniah kepada penerima APC dan naik pangkat pada tahun ini, SEMOGA BERJAYA

Friday, April 10, 2009
KEJOHANAN BOWLING JEMPUTAN KELAB BOWLING KASTAM PUTRAJAYA BERSAMA CENTRAL MANAGEMENT CATALOGUE AGENCY (CMCA)
InsyAllah jika tiada halangan, Kelab Bowling Kastam Putrajaya akan mengadakan kejohanan bowling persahabatan dengan Central Management Catalogue Agency (CMCA) pada hujung bulan ini, saya kini bersama saudara Jukie dan Hanizah sedang dalam rangka budget dan akan memaklumkan kepada Presiden Kelab nanti.... pihak CMCA sudah bersetuju dgn saya pada hari Rabu lepas. Kepada semua ahli kelab bowling Kastam BERSEDIA UNTUK MENGGEGARKAN AMPANGBOWL, KAJANG.!!!!!!!!!
MAKLUMAT TERKINI AKAN DIBERITAHU DARI MASA KE SEMASA...
ADIOS.....
Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM
MAKLUMAT TERKINI AKAN DIBERITAHU DARI MASA KE SEMASA...
ADIOS.....
Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM
KABINET BARU MALAYSIA 10 APRIL 2009
"Upacara mengangkat sumpah memegang jawatan, menyimpan rahsia serta sumpah taat setia para menteri dan timbalan menteri yang diumumkan semalam selamat disempurnakan di Istana Negara.
Seramai 28 menteri dan 40 timbalan masing-masing mengangkat sumpah taat setia dan simpan rahsia di depan Yang di-Pertuan Agong pagi tadi."
Bagi saya kita tunggu dan lihat apa perubahan yang akan dilaksanakan oleh pemimpin baru ini, adakah mereka ini mcm biasa atau ada extraordinary , maklumlah waktu sekarang nie pemerintah kena mengembalikan kegemilangannya.... yang tak terpilih tu sabor , hidup ibarat roda, kejap diatas kejap kita dibawah. PM baru ada kata " JANGANLAH KITA MENGEJAR KEUNTUNGAN" apa maksudnya tu.....?
anyway.... tahniah kepada calon yang menang di DUA BUKIT DAN SATU BATANG.... berkhidmat lah untuk rakyat dan negara, jangan mengejar untung sahaja.
ANDA PIKIRLAH SENDIRI....

Subscribe to:
Posts (Atom)
FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...
-
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, amirul mukminin khalifah yg 4, sahabat sahabat Nabi, para wa...
-
Selawat Ke Atas nabi dan Keluarganya Ahlul Bait AKMAL, Melaka 19 Julai 2014, Alhamdulillah masuk hari ini sudah 41 hari aku berkurs...
-
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya, amirul mukminin khalifah yg 4, sahabat sahabat Nabi, para wa...