Sunday, September 6, 2009

RON95 AND RON97

Mau merah kalu atau mau hijau kalu ??

Terima hakikat yang harga minyak sudah naik.Apabila Ismail Sabri Yaakob bapa kepada Dafi AF5 ini berkata "tiada perubahan harga minyak utama,lalu menjadikan RON 95 sebagai petrol utama negara,satu perkara yang hendak dihighlightkan disini.

Apa perbezaan antara RON 95 dan RON 97.Saya dahulu tidak pernah ambil pot tentang benda ini,tapi satu hari,saya bertanya kepada ayah kawan saya,dia seorang petroleum engineer(syarikat mana tu dirahsiakan).Dia lekas menjawab,"perbezaan RON 95 dan RON 97 adalah dari segi berapa banyak iso-oktana dalam kandungan petrol tersebut".

Iso-oktana,atau Trimethylpentane ini merupakan kandungan terikat alkali dalam jisim petrol.Iso-oktana ini juga mengukur sejauh mana kelancaran spark plug membakar petrol.Apabila anda menghidupkan enjin,kelancaran itu diukur sejauh mana Trimethylpentane ini terdapat dalam petrol anda.

Oleh kerana Sains KBSM tidak pernah mengajar perkara ini,maka anda tidak dapat membezakan apa beza RON 95 dan RON 97 ini.

Jika anda ke stesen Petronas,mereka akan menjual RON 95 sebagai petrol utama mereka.Ini kerana dasar kerajaan mahu menjadikan RON 95 untuk rakyat,kerana petrol tersebut lebih murah berbanding petrol RON 97.Apa yang mereka tidak tahu - RON 95 kualiti sulfur lebih tinggi dan cepat merendahkan jangka hayat enjin.

RON - atau singkatan daripada Research Octane Number ini adalah kandungan sejauh mana kadar iso-oktana dalam petrol yang bakal dituang ke dalam enjin anda.Jika kita bandingkan RON 95 dan RON 97,kadar kandungan sulfur di dalam RON 95 lebih tinggi,dan petrolnya cepat dibakar(combustion).

Saya pernah mencuba beza antara RON 95 dan RON 97.RON 95 - bagi skuter Elit,bagi harga RM 5 hanya mampu pergi sejauh 48 kilometer,sedangkan RON 97 boleh pergi sehingga 60 kilometer.Ini kerana enjin skuter saya berjalan dengan lebih baik,kandungan sulfur dalam petrol adalah rendah berbanding RON 95.

Kebanyakan petrol di Amerika Syarikat dan Kanada adalah RON 97.Begitu juga di Eropah - Europremium yang RON 95 adalah jarang dijual - sebab takde siapa yang nak pakai.Semua sekarang pakai SuperPlus - RON 97.

Jadi,apabila Utusan Melayau berkata "tiada perubahan harga",anda diklepet lagi.Ini kerana anda yang selama ini menggunakan RON 97 - kini RON 95 terpaksa menggunakan petrol yang kualitinya lebih rendah,dan kadar sulfur yang lebih tinggi.

Jadi janganlah tak tau bila esok isi minyak kata "tak naik harga apa pun,sama je RM1.80".

Sebenarnya,harga RM1.80 adalah untuk petrol yang kualiti lebih rendah.

Tak caya?Try isi dan bawa kereta anda sampai minyak dalam tangki anda kosong.Lihat bezanya sendiri.

SUMBER : teh tarik gelas besar.blogspot.com


Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

No comments:

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...