Wednesday, May 26, 2010

AHLI PARLIMEN REMBAU TAMAT LATIHAN WATANIAH




Kenal siapa ni? Sekali imbas tak ubah macam mana-mana anggota tentera yang baru tamat latihan.Rupanya di sini beliau ‘ menyepi’ selama sebulan. Ini kerana ramai juga orang bertanya kemana perginya Khairy Jamaluddin.Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu tidak kelihatan semasa kempen pilihanraya kecil Sibu di Sarawak baru-baru ini.

Hari Selasa beliau menamatkan latihan sebagai askar Wataniah yang disertainya. sepanjang sebulan Khairy menjalani latihan ketenteraan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor.

Ahli Parlimen Rembau ini muncul sebagai sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan dan Pelatih Akademik Terbaik Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah pada majlis di , Rasah, sekat Seremban.

Menurut Khairy, penyertaannya dalam pasukan simpanan tentera darat itu semata-mata untuk berkhidmat kepada negara dan bukan disebabkan dorongan politik. Katanya beliau mempelajari banyak perkara semasa dalam latihan itu dan berharap dapat menarik golongan muda tanpa mengira fahaman politik untuk menyertai askar Wataniah. Khairy mengakui bahawa beliau sungguh minat dengan tentera, walaupun tidak pernah menyertai pasukan beruniform semasa dibangku sekolah dan pusat pengajian tinggi tetapi penyertaannya dalam Askar Wataniah telah menyempurnakan impian untuk menyarung uniform.

Beliau memilih untuk menjalani latihan asas dari bawah sebagai rekrut sedangkan ditawarkan untuk memiliki pangkat Mejar Kehormat.

“Saya masih muda, ada kudrat sikit, sebagai orang muda kita kena lalui dari bawah sepertimana 86 rekrut lain, dalam askar tiada jalan pintas, saya masak, makan, minum, mandi dan bekerjasama dalam apa juga keadaan” katanya.

Beliau sifatkan latihan Askar Wataniah lebih mencabar dan lasak walaupun selama sebulan berbanding Latihan Khidmat Negara (LKN) yang mengambil masa selama tiga bulan.

“Sebulan, lihatlah saya dah kurus dan rentung…walaupun azab seksa, kena kawad dari pagi sampai petang dan pernah sampai tengahmalam, kena ‘pumping’ berpuluh kali, tukar baju tujuh lapan kali, kena buat dan rasa dulu, kita jadi contoh pada golongan muda,” katanya.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut mentuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Jeanne, isterinya Nori dan ibunya Datuk Rahmah Abdul Hamid.-25/5/2010

sumber : AGENDA DAILY

Related Posts with Thumbnails
Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

No comments:

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...