Thursday, July 28, 2011

PEMAIN TUMPUAN ( MALAYSIA VS SINGAPORE )


Related Posts with Thumbnails
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA



PEMAIN TUMPUAN
( MALAYSIA )

MOHD SAFEE SALI
POSISI: PENYERANG
Selepas ketinggalan dengan defisit 2 gol, maka harapan tinggi terletak di bahu Safee Sali untuk menggegar gawang lawan. Ketajamannya penyudahnya tidak boleh lagi diragui dengan empat gol dalam dua perlawanan. Semangat juangnya yang tinggi membuka peluang Malaysia memiliki peluang untuk bangkit daripada keputusan perlawanan pertama.

KHAIRUL FAHMI CHE MAT
POSISI: PENJAGA GOL
Khairul Fahmi dijangka kembali akan membarisi skuad utama bagi perlawanan timbal-balik menentang pasukan Kota Singa. Refleksi dan lonjakannya menyambut bola tinggi adalah satu kelebihan sementara apa yang lebih mustahak ialah komunikasinya dengan pemain pertahanan lebih baik berbanding pesaingnya yang lain.

AIDIL ZAFUAN ABDUL RAZAK
POSISI: PERTAHANAN TENGAH
Ketiadaannya jelas begitu dirasai selepas pertahanan negara mudah diperkotak-katikkan sebelum ini. Cukup kental sebagai pertahanan tengah dengan mengekang pergerakan lawan, corak agresif dan kebolehannya membaca perlawanan dengan baik mampu membantu negara untuk mematahkan serangan lawan. Aidil juga berkemampuan meledakkan rembatan kencang dalam situasi sepakan percuma selepas ketiadaan mastermind Safiq Rahim.

S. KUNANLAN
POSISI: PEMAIN SAYAP
Sama ada diletakkan di sayap kiri atau kanan, tiada masalah buat S. Kunanlan. Kelincahannya menyebabkan Malaysia kembali bernyawa untuk permainan menjadi 10 lawan 10 selepas Ismail Yunos dipersalahkan kerana mengasarinya dalam perlawanan terdahulu. Selepas meraih pujian beberapa jurulatih luar sebelum ini, Kunanlan akan terus dipertaruhkan Datuk K. Rajagobal dan rating persembahannya pasti lebih baik andai sentuhan penyudahnya lebih tajam.

ISMAIL FARUQI
POSISI: PEMAIN TENGAH
Pilihan kelima bagi pemain yang bakal menjadi tumpuan kali ini jatuh kepada perancang Terengganu, Ismail Faruqi. Kehadirannya di tengah kali ini cukup penting dan kerana itu dia telah mengetepikan Amirulhadi Zainal dalam pilihan kali ini. Sama ada bersedia atau tidak, Ismail Faruqi bakal menjadi pilihan utama sebagai arkitek di tengah padang bagi menampung kehilangan kapten pasukan, Safiq Rahim.

sUMBER : MALAYATIGERFOOTBALL..............




Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

No comments:

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...