Tuesday, August 16, 2011

PEMAIN BOLASEPAK MUSLIM EROPAH MENGHADAPI BULAN RAMADHAN KETIKA LIGA BERMULA

Related Posts with Thumbnails
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA........

Apakah situasi anda sebagai pemain profesional , katakan aku mgambil contoh kalau khabar angin benar utk Baddrol Bakhtiar dapat tawaran bermain dgn Wigan Athletic bagaimana beliau akan menghadapi situasi bermain pada bulan Ramadhan. TAHUKAH TEMAN-TEMAN sekelian mereka yang muslim yg pekerjaannya pemain bolasepak adalah dbenarkan utk tidak berpuasa ?.....Makan ini jawapannya .........aku ambil dari SOKERNET.COM

Sebenarnya diorang mmg menghadapi dilemma utk berpuasa kerana majikan tidak membenarkan berpuasa ketika turun beraksi di padang. So di bawah ini aku nyatakan situasi muslim profesional yang bermain di eropah..

Ramadhan datang lagi dan selepas sesi testing dan menganjing in the last couple of days time to get serious eh? Sempena kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini ada baiknya aku post berita fatwa hukum berpuasa bagi pemain bola professional di negara Jerman.

Seperti yang kita sedia maklum didalam pasukan Jerman terdapat beberapa orang pemain muslim. Mereka adalah Sami Khedira, Mesut Ozil dan Serdar Tasci. Setipa kali datang bulan puasa pemain berugama islam menghadapi dilemma sama ada mahu berpuasa atau didenda kelab yang menggaji mereka. Tahun lalu 3 orang pemain FSV Frankfurt berugama Islam didenda kelab kerana berpuasa tanpa meminta kebenaran kelab. Mengikut pandangan ahli fioslogi pemain bola yang berpuasa lebih mudah penat dan cedera disamping mengalami performanca issue. Pemain Islam seperti Nicolas Anelka (Abdul-Salam Bilal) terang-terang mengaku beliau tidak berpuasa jika musim bolasepak bertindan dengan bulan ramahdan.



Bagi mengelakkan salah faham untuk musim akan datang. Persatuan Bolasepak Jerman meminta pandangan German Central Council of Muslims. Pihak kounsil ini pula mendapatkan pandangan Universiti Al Azhar. Universiti Al Azhar mengeluarkan fatwa dimana;

"Pemain bolasepak professional dibenarkan tidak berpuasa pada bulan Ramadhan atas alasan perkerjaan mereka. Jika berpuasa memudaratkan prestasi melakukan kerja mereka maka tidak salah jika tidak berpuasa"

Nice

Walau bagaimanapun terdapat beberapa pemain yang berkeras untuk berpuasa. Mereka ialah pemain FC Cologne Adil Chichi dan Youssef Mohamad. Mereka percaya prestasi mereka tidak terganggu kerana sudah biasa bermain bola dalam keadaan berpuasa.

Sebelum fatwa ini dikeluarkan ada pemain-pemain berugama Islam menggunakan loophole untuk tidak berpuasa. Sebagai contoh pada hari perlawanan, mereka akan memandu sejauh beberapa kilometer diatas jalan raya bagi mendapatkan status musafir. Clever

Bagi aku, sesunguhnya Allah Maha Mengetahui, Wallahua'lam......

Diterjemah dari
DW-World.DE

CREDIT TO SOKERNET.COM

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

No comments:

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...