Wednesday, February 15, 2012

IRAN MANSUHKAN EKSPORT MINYAK KE 6 NEGARA EROPAH

SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA

Dalam tindakbalasnya kepada berbagai sekatan oleh negara2 Kesatuan Eropah (EU) ke atas sektor tenaga (minyak) dan perbankannya, Republik Islam Iran telah memotong bekalan ekspot minyaknya ke 6 negara EU.

Iran pada hari Rabu secara rasminya menamatkan ekspot minyaknya kepada 6 negara Eropah iaitu Holland, Sepanyol, Italy, France, Greece dan Portugal.

http://www.presstv.ir/detail/226807.html

SEDIKIT ANALISIS DARI PERKEMBANGAN INI:-
Kesatuan Eropah telah pada 23 Januari 2012 sebulat suara mengisytiharkan sekatan impot minyak Iran ke atas negara-negara anggotanya yang selama ini banyak membeli minyak mentah daripada Iran. Namun perlaksanaannya telah ditangguhkan sehingga 1 Julai tahun ini memandangkan negara2 Eropah tersebut yang banyak mendapatkan bekalan minyaknya dari Iran sedang mengalami masalah ekonomi yang gawat seperti Greece, Italy dan Sepanyol. Penangguhan tersebut bertujuan agar Kesatuan Eropah mempunyai masa yang cukup untuk membantu mengukuhkan kembali ekonomi negara2 ini serta memberikan masa yang cukup kepada negara2 itu untuk mendapatkan bekalan minyak alternatif daripada negara-negara lain.

Namun begitu, pada 26 Januari, akhbar Tehran Times telah melaporkan kenyataan salah seorang ahli parlimen Iran, Nasir Soudani yang telah mengusulkan kepada Parlimen Iran agar negaranya menyekat langsung penjualan minyaknya kepada negara-negara Eropah tersebut pada waktu itu juga agar mereka akan terbakar di dalam telaga-telaga minyak Iran. Kenyataan keras Soudani adalah berdasarkan kepada tiga faktor berikut :-

1) Kebanyakan negara2 Eropah itu tidak boleh membeli minyak mentah daripada negara lain kerana kilang-kilang penapis mereka telah dibina khusus hanya untuk menapis minyak mentah daripada Iran dan tidak dari negara atau sumber yang lain (Secara tak langsung, jika menghentikannya bekalan minyaknya pada waktu ini juga, maka negara-negara ini yang sedang mengalami masalah ekonomi yang gawat, akan terus jatuh menjunam kerana tidak punya bekalan minyak yang mencukupi untuk keperluan negaranya).

2) Sekatan impot minyak Iran akan mengakibatkan seluruh negara2 Eropah mengalami kekurangan bekalan minyak dan secara tak langsung harga minyak akan melambung di rantau itu dan menimbulkan masalah kegawatan eokonomi yang lebih meruncing kepada negara2 EU.

3)Negara2 EU itu dalam keadaan sedemikian akan terpaksa mendapatkan bekalan minyak mentah Iran dengan menggunakan khidmat orang tengah yang secara tak langsung juga akan meningkatkan kos pembelian minyak mereka.

Berdasarkan ketiga-tiga faktor di atas, Soudani menegaskan bahawa tindakan EU untuk mengenakan sekatan impot minyak Iran tersebut adalah sebuah tindakan yang akan hanya memerangkap diri mereka sendiri dan mereka perlu diberikan pengajaran agar tidak akan cuba bermain dengan api lagi di masa hadapan.

Lanjutan daripada cadangan Soudani itu yang mendapat sokongan majoriti ahli parlimen Iran ketika itu, beberapa negara EU itu telah menghantar wakil mereka untuk bertemu dengan Menteri Minyak Iran dan merayu agar Iran tidak meneruskan tindakannya itu.

Namun jelas pada hari ini, Iran tidak akan sesekali memberi muka kepada sesiapa sahaja yang terlalu ghairah untuk menjadi budak suruhan Zionis.




 Nor Amran Abdullah 
Bendahari KBKPj 
JKDM

No comments:

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...