Wednesday, March 27, 2013

CIA DALANG DISEBALIK LONJAKAN SENJATA BESAR-BESARAN KEPADA MILITAN SYRIA DENGAN BANTUAN NEGARA ARAB,TURKI

Related Posts with Thumbnails SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA...............


Assalamualaikum ...telah aku duga sejak dari dulu lagi sebenarnya konflik di Syria bukanlah isu SUNNI DAN SYIAH sepertimana yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak......., ini semua adalah angkara pihak Barat menggunakan orang Islam untuk menghancurkan negara Islam yang lain. Perkara ini sama juga seperti Pengganas Sulu yang sekarang nak menjahanamkan keamanan rakyat Malaysia khususnya di Sabah.




Orang Islam dipergunakan untuk membunuh orang Islam yang lain, sesungguhnya kezuhuran Imam Mahdi makin hampir, dunia kini telah penuh dgn fitnah dan pembunuhan dan sebagainya.

Sekarang lihat CIA, USA khususnya barat secara terang-terangan membekalkan anggota dan senjata kepada pemberontak Syria. Niat mereka cuma satu untuk melemahkan kekuatan orang Islam sahaja. Apabila mereka menakluk Syria, proksi CIA ini akan mudah menawan Palestin melalui Israel kerana Syria sempadan Israel dan mudah bagi pula menyerang Iran ...hehehehehehe DUNIA OH DUNIA. Dibawah ini aku sertakan keterangan dari sumber Press TV mengenai perkara ini...


Agensi perisikan AS CIA telah memainkan peranan utama dalam mencari sumber senjata dan menyelaraskan penghantaran besar-besaran kelengkapan persenjataan kepada militan bersandarkan asing di Syria oleh kerajaan Qatar, Arab Saudi, Turki dan Jordan.
Daripada "pejabat di lokasi rahsia," ejen perisikan Amerika telah membantu negara Arab bersandarkan AS untuk "membeli senjata," termasuk pembelian senjata utama Arab Saudi dari Croatia, yang telah pun ditentukan kelompok militan atau komander yang mana harus menerima senjata yang bakal tiba , The New York Times melaporkan hari Isnin, memetik sumber dari pegawai Amerika yang tidak mahu namanya disiarkan.




Skala penghantaran adalah "sangat besar," dengan kerajaan Turki menjalankan pemantauan terhadap sebahagian besar operasi penghantaran, "memasang transponder kepada trak yang mengangkut barangan ketenteraan melalui Turki" untuk memantau penghantaran ke Syria melalui jalan darat , dan laporan itu menambah, "pegawai-pegawai yang lazim dengan saluran penghantaran (senjata) dan seorang pegawai penyiasat pemerdagangan senjata manusia akan mengumpul data daripada pesawat kargo yang terlibat. "



"Satu anggaran konservatif terhadap muatan peralatan ketenteraan pesawat ini adalah 3,500 tan," kata seorang pemantau pemindahan senjata haram, Hugh Griffiths, daripada Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm, seperti yang dipetik dalam laporan itu.


"Keamatan dan kekerapan penerbangan ini menandakan operasi logistik ketenteraan terancang dan terselaras secara haram," tambah Griffiths.


Penghantaran senjata dari Qatar dan Arab Saudi meningkat secara drastik pada musim gugur lewat kebenaran daripada kerajaan Turki agar penghantaran senjata melalui kargo udara kepada puak militan anti Damsyik dipercepatkan.


Pada masa yang sama, menurut nota laporan, pesawat kargo Jordan, bertindak sebagai barisan hadapan untuk tentera kerajaan monarki itu, telah menerbangkan senjata utama hasil pembelian Saudi dari Croatia kepada puak militan ditaja asing yang beroperasi di selatan Syria, membentuk satu "katarak senjata," seperti yang digambarkan oleh bekas pegawai AS yang pernah diberi taklimat berkenaan operasi mempermudahkan pemindahan senjata haram AS.


Qatar, menggunakan Pengkalan Udara Al Udeid , yang berfungsi sebagai "hub untuk logistik tentera Amerika di Timur Tengah," telah menjadi "pembekal senjata yang aktif," akhbar harian tersebut dipetik, mendakwa Amerika Syarikat dan lain-lain pegawai Barat serta komander militan anti Damsyik di Syria, "sehinggakan Amerika Syarikat menjadi bimbang tentang beberapa kumpulan Islamis yang telah dipersenjatakan oleh kerajaan Qatar."


Laporan itu juga memetik data kawalan trafik udara menunjukkan bahawa pesawat kargo Jordan "melakukan gabungan 36 pusingan perjalanan penerbangan antara Amman dan Croatia dari Disember hingga Februari" di samping lima penerbangan antara Amman dan Turki Januari ini.


Sedang rutin penghantaran bekalan senjata menerusi udara oleh Qatar berjalan terus, Tentera Udara Di raja Saudi juga "memulakan jadual harian yang sibuk", akhbar harian tersebut menambah," dengan membuat sekurang-kurangnya 30 penerbangan pesawat C-130 ke Pengkalan Udara Esenboga, Turki dari pertengahan Februari Mac awal tahun ini.


Pegawai Amerika itu, laporan itu menegaskan, "telah mengesahkan bahawa pegawai kanan White House kerap diberi taklimat mengenai penghantaran (senjata) itu," dan juga mengatakan bahawa mantan Pengarah CIA David Petraeus "memainkan peranan penting dalam membantu untuk mendapatkan rangkaian pesawat (penghantaran senjata secara haram) untuk bergerak dan telah memujuk pelbagai negara untuk bekerja bersama-sama. "


Walaupun pentadbiran Obama telah secara terbuka mendakwa bahawa ia hanya menawarkan bantuan "tidak berbahaya" kepada kumpulan-kumpulan yang cuba untuk menggulingkan kerajaan Presiden Syria Bashar Al-Assad, "penglibatan CIA dalam penghantaran senjata ... telah menunjukkan bahawa Amerika Syarikat lebih bersedia untuk membantu sekutu Arab menyokong 'bahaya' terhadap perang saudara di sana, " laporan itu menekankan.


Harian itu juga mencadangkan usaha oleh Amerika Syarikat dan sekutu Arab untuk "menarik Turki dan Jordan supaya aktif dalam perang" yang telah mereka lancarkan di Syria, dengan harapan untuk "memprovokasi" Iran agar turut serta ke dalam konflik.


Perkembangan itu muncul sebagai laporan akhbar baru-baru ini yang menamakan pemimpin tentera Israel sebagai mendakwa dengan keadaan tentera Syria "semakin jatuh," tentera Zionis kini berada dalam kedudukan untuk "menumpukan" usaha mereka ke atas Lubnan.


Ini berikutan laporan daripada cawangan media AS yang dipetik secara meluas melaporkan bahawa dalam lawatan mengejut Setiausaha Negara AS ke Iraq, beliau telah menekan pemimpin negara untuk menghadkan penerbangan Iran ke Syria, manakala berikrar untuk "mencergaskan" kembali hubungan dengan negara yang telah mereka (AS) cerobohi selama lebih tujuh tahun, meninggalkan di sebalik apa yang secara meluas dianggap sebagai jejak kematian, kemusnahan, penderaan, dan campur tangan politik yang masih berterusan.


Republik Islam Iran telah menyatakan sokongan penuh kepada kerajaan Presiden Assad di Syria sambil menggesa resolusi aman terhadap krisis negara Syria tanpa sebarang campur tangan asing.


Iran selanjutnya menegaskan bahawa pergolakan semasa di Syria telah dihasut dan dibiayai oleh rejim Israel, Amerika Syarikat, dan sebahagian besar kerajaan korup Arab di Teluk Parsi yang masih memegang kuasa hasil sokongan tentera Amerika.


Sumber : Press TV

Monday, March 25, 2013

TAYANGAN VIDEO OPS DAULAT 2013 DAN SELAMAT HARI POLIS KE 206

Related Posts with Thumbnails
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANY AHLUL BAIT

SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS KE 206, takziah kepada keluarga perwira negara yang gugur di dalam pertempuran di Sabah tempohari....


Alhamdulillah pada hari ini Pasukan Polis Diraja Malaysia telah merayakan Hari Polis ke 206, walaupon aku bukan polis atau tidak keluarga yang menggangotai polis, paling dekat pon sepupu aku yg kini bertugas di Trafik Kuching , Sarawak....

Tahniah pasukan PDRM, saya dengan ini amat bersimpati dengan anggota keselamatan yang telah gugur di dalam pertempuran dengan pengganas SULU di Sabah tempohari.












 Kuala Lumpur, 25 Mac - Hari Polis ke-206 hari ini disambut dalam suasana kesayuan tetapi penuh patriotik. 

Suasana hening seketika apabila balu dan waris anggota yang terkorban dalam krisis pencerobohan di Sabah, mengambil kenaikan pangkat pegawai dan anggota berkenaan.

Kesedihan jelas terpancar di wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau menyampaikan kenaikan pangkat itu kepada anak tunggal DSP Michael Padel yang memakai baju kemeja dan berseluar hitam tanda masih berkabung atas kematian bapanya.

Kelapan-lapan pegawai dan anggota yang gugur itu mendapat kenaikan pangkat secara Medan Posthumous.

Mereka yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas militan di Kampung Tanduo pada 1 Mac ialah ASP Zulkifli Mamat, 29; dan Sjn Sabarudin Daud, 46; manakala anggota yang gugur di Semporna pada 2 Mac ialah ACP Ibrahim Lebar, 52;
Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27; DSP Michael Padel, 36; Sjn Mejar Baharin Hamid, 49; Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48; dan Sjn Salam Togiran, 42.

Sambutan Hari Polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bermula 8.30 pagi dengan perbarisan lintas hormat.

Perbarisan itu turut disertai 93 anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat. Mereka diterbangkan khas dari Sabah untuk sambutan Hari Polis itu.

Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 pegawai Komando VAT69 dan Jabatan Siasatan Jenayah itu mengenakan pakaian seragam lengkap semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Sambutan Hari Polis, yang bertemakan 'Komuniti Sejahtera Komitmen Kami' itu antara lain mengetengahkan revolusi kepolisan negara sejak zaman Kesultanan Melayu hingga kepada usaha pasukan keselamatan itu ke arah perkhidmatan masyarakat bertaraf dunia.

Tiga era perkhidmatan PDRM itu ialah dari zaman Kesultanan Melayu sehingga negara mencapai kemerdekaan; pasukan polis di zaman pasca merdeka sehingga era komunis; dan menuju era kepolisan bertaraf antarabangsa.

Pada sambutan kali ini buat pertama kalinya, pasukan polis mempersembahkan lagu tema perbarisan sempena sambutan Hari Polis. - BERNAMA

Thursday, March 21, 2013

PENGGANAS SULU AMAL ILMU HITAM

Related Posts with Thumbnails
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA AHLUL BAIT


LAHAD DATU, 21 Mac – Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.

Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan keselamatan.
Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.

“Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka,” katanya.

Beliau berkata ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar. “Peliknya pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiarkan lebih dari dua atau tiga hari,” katanya.

Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah Mejar Anuar Mat Zin berkata Islam melarang menggunakan ilmu kebatinan yang boleh menyekutukan Allah dalam menegakkan sesuatu perjuangan kerana ia lari daripada landasan agama.

Beliau berkata perbuatan itu boleh merosakkan akidah sekaligus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia. “Perbuatan memuja sesuatu ilmu seperti untuk kebal adalah salah di sisi Islam, Islam tidak menerima perjuangan seperti itu biar apapun niat dan matlamatnya,” katanya yang turut terlibat dalam Operasi Daulat dalam membanteras kumpulan pengganas itu.

Beliau berkata soal ajal dan maut adalah di tangan Allah dan tiada siapa atau kuasa yang dapat mengubahnya. Pengganas yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk kebal turut memakai tangkal dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Itu mungkin kepercayaan mereka,” katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini pada Rabu.

Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi pula menyifatkan amalan kebatinan pengganas tidak melambangkan mereka seorang pejuang jihad seperti yang cuba digembar-gemburkan pihak tertentu di negara ini.

“Menurut Islam adalah haram bagi mana-mana pihak yang ingin mengganggu-gugat negara yang berdaulat, iaitu pemimpinnya dipilih oleh rakyat dengan kerelaan hati mereka.

“Tetapi ia dibenarkan jika kedaulatan negara terancam seperti Palestin kerana ia demi mempertahankan kedaulatan negara itu yang telah dirampas,” katanya yang menyifatkan pengorbanan pasukan keselamatan adalah satu jihad kerana mempertahankan negara berdaulat.



Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
JKDM

Sunday, March 17, 2013

FUTSAL MUHIBBAH KELAB SUKAN CAWANGAN AKAUN JKDM

Related Posts with Thumbnails SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA



















Alhamdulillah pada 15 Mac 2013 ( Jumaat ) , Kelab Sukan Dan Kebajikan Cawangan Akaun, JKDM HQ telah menganjurkan Futsal Muhibbah yang terbuka kepada semua kakitangan serta ahli keluarga. Bertempat di Padang Futsal 1Malaysia, Presint 18 telah mendapat sambutan yang begitu baik dari kalangan kakitangan dan ahli keluarga mereka.

Futsal Muhibbah telah mula berlangsung pada jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam. Tahniah kepada semua yang hadir.

OPERASI DAULAT DITERUSKAN SEHINGGA ZON MERAH BERSIH DARIPADA PENGGANAS

Related Posts with Thumbnails SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA



Kuala Lumpur, 16 Mac - Operasi Daulat untuk memburu saki baki pengganas militan yang menceroboh Lahad Datu sejak 12 Feb lepas akan diteruskan sehingga semua kawasan di daerah berkenaan bersih daripada penceroboh dari selatan Filipina itu.

Yakin operasi itu boleh diselesaikan dalam masa terdekat, pasukan keselamatan percaya kini hanya tinggal sekitar 50 orang lagi saki baki kumpulan militan di kawasan berkenaan.

Anggaran bilangan musuh itu dibuat berdasarkan jumlah yang ditembak mati, ditahan dan lari ke selatan Filipina.

"Kami akan cuba selesaikan secepat mungkin," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib sambil menegaskan bahawa pasukan keselamatan tidak meletak 'garis masa' untuk operasi itu.

Selepas 12 hari Operasi Daulat, Kampung Tanduo yang sebelum ini menjadi kubu kumpulan penceroboh kini bersih daripada pengganas, dan pasukan keselamatan percaya usaha membersih Kampung Tanjung Batu akan dapat diselesaikan esok.

Hamza berkata penduduk kampung terlibat akan dibenar pulang selepas pasukan keselamatan membersihkan kawasan itu daripada jerangkap samar dan pelbagai ancaman lain serta berbincang dengan ketua masyarakat.

"Kami akan letak anggota keselamatan untuk pastikan tiada musuh dapat kembali semula ke kampung berkenaan," katanya.

Dalam tempoh 72 jam sehingga 5 petang ini, tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan.

Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan militant dari Sulu pada 5 Mac selepas beberapa siri rundingan dengan kumpulan yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas, gagal.

Dalam tempoh itu, 61 musuh ditembak mati dan 27 daripada mayat pengganas telah dibawa keluar dari zon merah manakala 104 ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas, dan 232 ditahan kerana berada di kawasan larangan.

Sembilan anggota keselamatan terdiri daripada lapan anggota polis dan seorang tentera terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan pengganas itu.

Seorang lagi anggota tentera terkorban dalam kemalangan jalan raya melibatkan trak tentera yang dalam konvoi untuk Operasi Daulat. - BERNAMA




Sunday, March 3, 2013

LIMA POLIS TERKORBAN DALAM SERANG HENDAP DI SEMPORNA

Related Posts with Thumbnails SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA

1/ Seorang pegawai dan empat anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah semalam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada sidang akhbar di Lahad Datu hari ini.

Sementara dua dari kumpulan bersenjata turut terbunuh, katanya.- BERNAMA





2/ KEDUDUKAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN DIPERKUKUH DAN BERSEDIA

Lahad Datu, 3 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
menegaskan bahawa keselamatan di Sabah terutama di tiga lokasi berlaku pencerobohan kumpulan bersenjata adalah terkawal.

"Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin) untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu.

"Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang akhbar di Residental Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini.

Beliau merujuk kepada tiga situasi iaitu penahanan tiga anggota penceroboh yang cuba keluar dari kawasan kepungan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, lima anggota polis mati ditembak di Kampung Seri Jaya Simunul di Semporna dan
laporan pencerobohan 10 lelaki di Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Zulkifeli, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Ismail meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain.

Ismail sekali lagi menegaskan bahawa sehingga hari ini polis tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini.

Beliau turut memberi jaminan keselamatan kepada pelancong yang ingin datang ke negeri ini untuk bercuti. Sementara itu, Zulkifeli dalam sidang akhbar sama berkata penduduk di negeri
ini terutama masyarakat setempat di daerah ini tidak perlu bimbang kerana situasi adalah terkawal dan pihaknya berkerjasama rapat dengan polis dalam menangani situasi keselamatan.

"Saya dan Ketua Polis Negara telah merancang sesuatu dan kami boleh tangani situasi ini dengan kawalan keselamatan yang ketat," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya penduduk di daerah ini, Semporna dan Kunak menjalani kehidupan seperti biasa.

Zulkifeli berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa kawasan di kawasan pantai timur negeri ini



- BERNAMA




Saturday, March 2, 2013

2 WIRA NEGARA TERBUNUH DI LAHAD DATU, SABAH

Related Posts with Thumbnails
SELAWAT KE ATAS NABI DAN KELUARGANYA




AL-FATIHAH KE ATAS ARWAH Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46, terkorban setelah terkena tembakan daripada kumpulan penceroboh itu di kampung tersebut yang terletak kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu. 

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, kumpulan penceroboh bersenjata menggunakan taktik mengibarkan bendera putih (sebagai tanda menyerah diri) untuk memerangkap anggota polis komando VAT 69 dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam. 

Perdana Menteri berkata, perkara itu disahkan oleh salah seorang anggota VAT 69 yang terbabit dalam pertempuran di kubu kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari selatan Filipina. 
Dalam kejadian itu, dua anggota komando polis Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46, terkorban setelah terkena tembakan daripada kumpulan penceroboh itu di kampung tersebut yang terletak kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu. 


Dalam insiden itu, tiga lagi anggota keselamatan negara cedera dan 12 anggota kumpulan itu maut. 

Najib berkata, beliau dimaklumkan bahawa dua anggota polis yang terbunuh itu melihat bendera putih dikibarkan sebelum rakan kumpulan penceroboh itu memerhati gerakan anggota polis itu sebelum melepaskan tembakan. 

"Saya tidak menolak kemungkinan itu satu perangkap oleh kumpulan itu dan ianya adalah satu taktik pengecut," katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota itu di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, dekat sini, hari ini. 

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah yang berkenan meluangkan masa bersama keluarga Zulkifli dan Sabarudin serta menyampaikan sumbangan peribadi baginda. 
Pesawat Charlie 130 TUDM yang membawa jenazah kedua-dua wira negara tiba dari Tawau pada jam 12.30 tengah hari dengan disambut dengan perasaan sayu dan hiba oleh anggota keluarga serta mereka yang hadir. 

Najib turut mengiringi jenazah ketika diusung keluar dari pesawat ke bilik menunggu untuk diberi penghormatan terakhir. 

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Ali Hamsa dan beberapa menteri Kabinet. 

Kedua-dua jenazah itu kemudian dibawa pulang oleh keluarga untuk dikebumikan di kampung masing-masing. 

Jenazah Zulkifli diiiringi oleh balunya, Noraziah Noor dan dua anak lelakinya berusia satu dan empat tahun manakala jenazah Sabarudin diiringi oleh oleh balunya, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak mereka iaitu dua lelaki dan seorang perempuan. 

Jenazah Zulkifli diterbangkan dengan pesawat CN235 TUDM dari Subang ke Pangkalan TUDM Gong Kedak, Besut, Terengganu, sebelum dibawa ke kediaman keluarganya di Kampung Kubang Ikan, Jertih untuk disembayangkan. 

Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gong Bayor, Jertih selepas solat Asar nanti. 

Jenazah Sabarudin pula dibawa pulang ke kampungnya di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. 

- BERNAMA

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...