Monday, June 2, 2014

HARI TERAKHIR DI PERBENDAHARAAN MALAYSIA


Related Posts with Thumbnails Selawat ke atas nabi dan keluarganya

Hari ini merupakan hari terakhir aku bertugas di Bahagian Pengurusan Aset Awam, Perbendaharaan Malaysia, selama 1 tahun aku berada di sini bertugas. Bermacam-macam pengalaman bekerja di bawah Agensi Pusat iaitu Kementerian Kewangan, aku merantau seluruh Malaysia untuk memberikan khidmat nasihat berkaitan aset dan stor.

Bermula 9 Jun 2014 , aku akan melapor diri di AKMAL, Melaka setelah berkhidmat selama 13 tahun di dalam Skim Pentadbiran dan Sokongan PPTK , maka aku akan memasuki satu skim yang berbeza iaitu Skim Penguasa Kastam, walaupun aku pernah berkhidmat di JKDM selama 12 tahun tetapi itu hanya sebagai orang awam JPA sahaja. 

Selama 3 bulan aku akan menjalani latihan di AKMAL, Melaka dan kemudian penempatan akan dimaklumkan kemudian.

Terima kasih kepada rakan pejabat seperti bos aku Puan Hamidah Hamid, Zahri, Sohimi, Sairol, Pn Normah, Razeman, Nini dan Asrani. Terima kasih semua, Selamat tinggal Seksyen Pengurusan Aset, Bahagian Pengurusan Aset Awam, MOF


Nor Amran Abdullah 
Setiausaha Kehormat 
Persatuan Inspirasi Wawasan Kuala Lumpur ( PPM-001-14-13052013) 

Presiden ( Penaja )
Persatuan ALUMNI Al-Ehya El-Karim 
Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka

No comments:

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...