Friday, November 7, 2008

KONVENSYEN KMK KDRM 2008

InsyAllah pada 9 November 2008 jam 9.00 pagi saya selaku Pengurus bersama pasukan KMK Ibu Pejabat (JMS) akan berangkat pergi ke Johor Bharu, Johor bagi menyertai Konvensyen Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) Peringkat Kebangsaan Kastam Diraja Malaysia bermula dari 9 hingga 12 November 2008. Pada tahun ini Konvensyen akan diadakan di Menara Kastam, Larkin, JB manakala penginapan para peserta di Hotel New York, Johor. Kontinjen Ibu Pejabat akan menaiki bas eksekutif KDRM " Putra Malaysia" dengan semangat dan keluhuran hati untuk cuba memenangi gelaran juara KMK KDRM. Pada tahun 2007, kontinjen Ibu Pejabat telah berjaya meraih Pasukan Persembahan Terbaik di Kelantan, pada tahun ini pula kita akan cuba sedaya upaya untuk memberikan persembahan terbaik bagi menghadapi gergasi KMK dari Negeri Selangor yang menjadi juara pada tahun lalu. Diharapkan segala yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar. Terima diucapkan kepada penaja atas sumbangan tuan puan.
Kepada ahli pasukan JMS, Ibu Pejabat " pull up your socks " SELAMAT BERJUANG.

Nor Amran Abdullah
Bendahari KBKPj
KDRM

1 comment:

arecoii said...

Nak duit yang tak putus masuk ke akaun tak? baru dilancarkan...cepat daftar...rugi wooo....nanti nyesal...

http://www.dspaceads.com/?id=ceewak

FIRST STEP : PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW dan keluarganya serta pada para sahabat, Alhamdulillah , hari ni teringat pulak n...